Pages

Pages - Menu

Thursday, 14 March 2013

Polis buru guru hina Polis-Isu Cikgu Anjing




KOTA BHARU 14 Mac - Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

“Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.

“Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Artikel Penuh: Utusan
 

3 comments:

  1. cari sampai lubang cacing

    ReplyDelete
  2. Kesian, tak fasal2 nama sekolah dia turut terpalit, kesian, kesian
    Bukan mudah nak membina nama baik sekolah
    Anak murid bertungkus lumus dlm kokurikulum
    Nak mengharumkan nama sekolah
    Cuma dgn menaip beberapa ayat
    telah meruntuhkan nama baik itu.

    ReplyDelete
  3. dengar citer daripada member di kelantan...cikgu ni dah berbulan tak mengajar....dah ada lesen besar.andainya betul mengapa jpn tak maklumkan.bersihkan nama institusi guru.....mengapa tak umumkan dalam tv...

    ReplyDelete

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D