SELEPAS selesai ucapan pembukaan Presiden pagi tadi, bertebaran maklumat palsu di Whatsapp mengenai kononnya strategi UMNO dalam menghadapi PRU14 yang akan datang.
(Mesej yang berkenaan boleh dirujuk di bawah).
Seperti mana biasa, mesej ‘ternampak’ betul ini memang menjadi kegemaran kaki forward tanpa akal sehingga terlupa satu perkara asas – strategi UMNO (psywar atau apa jenis war pun) tidak dibincang di kedai kopi. Let alone, membincangkan hal seserius ini dengan orang yang entah apa hulu halanya.
Benda bincang di kedai kopi, hasilnya pun taraf kedai kopi jugaklah.
Jelasnya, ini hanyalah propaganda pembangkang, tidak lebih dan tidak kurang. Semua maklumat di dalamnya adalah palsu semata-mata. Malah tidak keterlaluan penulis katakan, silap-silap yang disebutkan itu (main isu perkauman dan sebagainya) adalah strategi pembangkang sebenarnya, bukan strategi UMNO pun.
UMNO/BN dah perintah hampir 60 tahun dah, tolak 22 tahun di bawah Mahathir, selain itu kalau nak main isu perkauman, lama dah kita main, tapi tak pun. Penulis tak berani nak ulas 22 tahun bawah pemerintahan Mahathir sebab segala yang buruk tentang cara menang pilihanraya ini, ada disitu.
Selama hari ini, itulah cara mereka kan, selain memindahkan pengundi dari kawasan selamat ke kawasan dimana kalah dengan majoriti kecil.
Bagaimanapun, semua ini menunjukkan UMNO yang kononnya sudah tidak lagi relevan ini, masih mendapat perhatian penyebar fitnah pembangkang sehingga benda yang tidak ada pun masih diada-adakan.
Di PWTC petang tadi….Aku duduk minum dan sempat berbicara dgn seseorang yg agak berpengaruh (ada jawatan) di dalam UMNO…(dia kawan rapat aku masa dlm army dulu…tak perlulah di sebutkan namanya)Beliau berkongsi beberapa tips yg aku rasa tidak menjadi satu kesalahan utk aku share di sini………Katanya…UMNO/BN berada di situasi yg amat genting…. kesan semasa Anwar Ibrahim di pecat thn 1998 dahulu tidaklah seteruk hari ini…Terkini…Umno sudah mula melancarkan psy-war & propaganda utk memastikan mereka memenangi PRU14 dgn apa cara sekalipun…. dia ckp org putih dgn aku….katanya….’by hook or by crook’….aku ringkaskan 7 agenda psy-war yg dikongsikan……..1. Melayan PAS supaya terus menjauhi gabungan parti pembangkang. UMNO terpaksa mengambil sikap ‘berlembut’ dgn PAS untuk memujuk org melayu. Pertandingan 3 penjuru mesti di realisasikan dlm PRU ke 14….dgn 3 penjuru sahajalah Umno/BN masih berpeluang utk menang .2. Memainkan sentimen perkauman supaya orang Melayu menolak DAP kononnya DAP adalah parti cauvinis cina & ada agenda utk membunuh Melayu di tanahair sendiri. Lalaikan org Melayu daripada melihat MCA, Gerakan & Parti Komunis China sebenarnya lebih berbahaya berbanding DAP…3. Mengumpan isu2 agama spt himpunan selawat dan majlis2 bercorak agama. Terkini mengumpan isu RUU355 supaya orang Melayu Islam mula melihat Umno sudah mula berminat dgn agenda perjuangan Islam..ini telah membuka laluan mudah untuk mereka mendekati PAS & agenda ini telah menampakkan kejayaannya…kini PAS seperti telah termakan umpan UMNO..ini terbukti dgn agenda UMNO utk menangguhkan perbahasan mengenai RUU tersebut telah dilaksanakan dgn jayanya oleh PAS. katanya…”now…they are playing with time”….4. Menggunakan NGO2 melayu pro umno untuk mewar2kan isu2 peribadi pemimpin pembangkang konon ada skandal seks & sebagainya supaya rakyat meragui kepimpinan mereka.5. Membesar2kan isu keselamatan negara spt Daesh, IS & pengganas, ….dengan isu2 ini..UMNO akan lebih mudah meminta org Melayu Islam untuk bersatu…6. Pemindahan pengundi ke kawasan lain utk memenangkan Umno – satu komplot terancang sedang dilaksanakan oleh satu &^$#@ yg dilantik khas….. Proses Gerrymandering bukan di buat oleh pihak SPR, sebaliknya oleh satu tim *%#@%^ pemindahan pengundi…ini sedang berjalan….perkara ini agak sulit utk di dedahkan…tetapi itu sedang berjalan…..7. Medium 3M akan digunakan secara optimum. Money,Media,dan Machinery ( jentera kerajaan) akan digunakan secara besar2an utk memastikan undi memihak kpd mereka. Media digunakan utk memesongkan fakta, mengalih isu, menutup penyelewengan pemimpin Umno. Kakitangan kerajaan & bajet yg ada digunakan sewenang2nya utk buat program supaya pemimpin Umno dpt “mendekati” rakyat. Manakala wang akan diberikan secara tunai kpd rakyat supaya kerajaan dilihat sbg prihatin terhadap nasib rakyat. Semua agensi kerajaan spt Felda, Felcra & Risda akan memberikan wang tunai & segala “bantuan” secara besar2an menjelang PRU14. Felda mungkin akan berikan RM25000 kpd setiap peneroka mulai thn depan.Itulah sebahagian yg dapat aku kongsikan…….Datuk Seri Zahid Hamidi dlm ucapan dasarnya semalam telah berpesan….”UMNO tidak ada pilihan, melainkan perlu menang” ….FIKIRKAN TENTANG MASA DEPAN ANAK CUCU KITA BERSAMA…..KETEPIKAN SEMENTARA PERBEZAAN…FOKUS KEPADA KERJA2 MENUMBANGKAN MEREKA…..SETAKAT RUU 355 SAHAJA….TIDAK MUNGKIN AKAN DAPAT MENUTUP BERATUS BILLION HUTANG NEGARA…..SETAKAT RUU 355 JUGA…. TIDAK MUNGKIN BOLEH MENGEMBALIKAN RATUSAN BILLION WANG KWSP YG DIPINJAMKAN….TIDAK MUNGKIN BOLEH MENGEMBALIKAN PULUHAN BILLION WANG TABUNG HAJI YANG DI SALAHGUNAKAN…..DAN TIDAK MUNGKIN BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH RATUSAN JUTA WANG LTAT YG HILANG!BELUM LAGI CERITA TENTANG FGV, NFC, FELCRA……DAN IBU SEGALA HUTANG…1MDB!CUKUP2LAH …… AGAMA BUKAN ‘CLOROX’ YG GUNANYA UNTUK ‘MEMUTIHKAN RASUAH DAN PENYELEWENGAN’ PEMIMPIN UMNO/BN!Selamat pagi…….
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D