cookieOptions = {have some cookies?}

[VIDEO] Penjelasan Ibu OKU Dikurung Sehingga Kering.

Sunday 22 June 2014 | comments (2)






Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Taman Semarak, Nilai, semalam, mendakwa tidak tahu bagaimana cara meminta bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata dalam laporan Berita Harian, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.

“Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya. Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.

Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.

“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami. Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja berkenaan dipetik laporan Harian Metro pula.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.




“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

[Gambar] 10 Senarai Manusia Dengan "SuperPower" Yang Sebenar

Saturday 21 June 2014 | comments (1)



Mereka Wujud!




Cara Mudah Tipu Rakyat Tentang GST

Tuesday 17 June 2014 | comments




Dalam "Wacana GST Siapa Untung Siapa Rugi Bhg 1" on YouTube - Wacana GST Siapa Untung Siapa Rugi Bhg 1:  terdapat sejumlah pembohongan yang dibuat oleh Rafizi Ramli. JOM sekolahkan dia!

1. PEMBOHONGAN 1 - Rafizi kata, SST 16% salah kerana ia perkara berlainan. Regim yang ada 10% cukai jualan dan 6% cukai perkhidmatan, bukan 16%

FAKTA - Rafizi cuba menafikan terdapat keadaan CUKAI BERTINDIH 16% yang wujud dalam SST. Dalam kes restoran makanan segera seperti KFC misalnya ada barangan yang dicukai 10% dan di restoran dikenakan lagi 6% cukai perkhidmatan. Di pusat servis kereta juga ada keadaan CUKAI BERTINDIH 16%.




HAKIKATNYA - Melalui GST memang ada keadaan penurunan cukai yang tinggi, iaitu 16% kepada hanya 6% kerana keadaan Cukai Bertindih dihapuskan.

2. Pembohongan 2 - Rafizi kata - rekod berhutang BN paling hebat di dunia. Sukar nak cari kerajaan macam ni kecuali kerajaan Afrika dan sewaktu dengannya.

FAKTA 1 - Hutang Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom jauh lebih tinggi daripada Malaysia




FAKTA 2 - Hutang Luar Malaysia adalah rendah berbanding negara lain.





FAKTA 3 - Hutang Domestik dalam negara agak tinggi tapi ia berpunca daripada hutang rakyat dalam pelbagai sektor, terutama pembelian hartanah.






3. PEMBOHONGAN 3 - Kenapa orang kaya di Malaysia membayar kadar cukai yang sama seperti orang lain?

FAKTA 1. Kadar cukai pendapatan untuk orang kaya tidak sama dengan yang berpendapatan lebih rendah

FAKTA 2. Berdasarkan trend dan nilai perbelanjaan harian, jumlah cukai yang dibayar oleh orang kaya lebih tinggi daripada yang berpendapatan rendah walaupun jikan kadarnya sama.





Jadual kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu di Malaysia. Takkan akauntan bertauliah tak tau pasal perbezaan kadar ni?


4. PEMBOHONGAN 4 - GST boleh kutip lebih banyak daripada Cukai Pendapatan.




FAKTA - Cukai Pendapatan menyumbang kepada sebanyak 47.9% (RM 107 bilion) daripada hasil pendapatan negara, sedangkan Cukai Tidak Langsung, seperti Duti Kastam, Duti Eksais dan SST hanya menyumbang kepada 14.8% (RM33.2 bilion) daripada hasil pendapatan negara. Jika GST dilaksanakan, terdapat tambahan hanya sebanyak RM9 bilion, iaitu hanya sekitar 4% daripada jumlah hasil negara, masih tidak dapat mengatasi jumlah kutipan cukai pendapatan.

Sumber:-  TF

Penafian JAKIM Status Halal Bihun Cap Masjid

Tuesday 10 June 2014 | comments

Tahniah Pada JAKIM apabila mengeluarkan kenyataan balas dalam waktu yang singkat. Trend sebegini harus diteruskan agar para peniaga diluar sana berebut untuk dapatkan Status Halal yang diiktiraf oleh JAKIM. dan pengguna dapat dilindungi. 



JIJIK! : Cara Pemprosesan Bihun Cap Masjid!

| comments

Cehhhh! Potong Selera ar kalau macam nih? Mana Pihak yang patut bertanggung jawab?

Ok Alternatif bagi peminat bihun. Ini Senarai Bihun yang dijamin bersih dan produk Bumiputera. Percaya tak Produk yang berunsurkan "Islamik" dipergunakan sesuka hati? Cap Masjid konon..


- Bihun Sufi
- Mi Kuning Sufi
- Kuey Teow Sufi
- Bihun Kampung
- Bihun- FAEZA
















DNA Babi Halal: Majlis Fatwa dimaki, Qaradawi Macam Mana?

Friday 6 June 2014 | comments (2)



Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan bahawa sesiapa yang termakan Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015 yang didakwa mempunyai DNA Babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah halal.
Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’, demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan ‘Umum al-Balwa’, iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’.
“Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan,”


Mereka tidak menanggung sebarang dosa memakan makanan haram selaras dengan ijtihad para ulama sesuatu itu halal sehingga terbukti haram. Dalam Islam termakan sesuatu yang haram tanpa disedar tidak berdosa.

Keputusan Majlis Fatwa ini dibuat berikutan timbul kenyataan-kenyataan yang memalukan Islam daripada NGO Islam termasuk mahu mencuci darah. Ada pula yang mahu menyamak tangan, mulut dan lidah.

Majlis Fatwa tidak pernah mengatakan gelatin atau DNA dari babi itu halal seperti mana dakwaan kumpulan tertentu yang mahu merosakkan imej Majlis Fatwa dan juga kredebiliti sijil halal Jakim.

Yang sangat aneh mereka yang memaki hamun Majlis Fatwa Kebangsaan ini terdiri daripada mereka yang taksub dengan seorang tokoh pembangkang. Tokoh ini pula rapat dengan seorang ulama terkenal yang menjadi pujaan ramai umat Islam di negara ini iaitu Syeikh Yusuf al-Qaradawi.

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Gelatin haiwan adalah halal walau daripada babi:
Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa, guru kami (fil riwayah) Syaikhuna Fadhilah al-Syaikh al-’Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya berkenaan hukum memakan makanan yang mengandungi gelatin yang dibuat daripada haiwan termasuk babi, maka jawab al-Syaikh al-Qaradhawi:
هناك شيء يغفل عنه الكثيرون وهي قضية الاستحالة، نقول إذا استحالت النجاسة طَهُرت، يعني ممكن الشيء يكون أصله خنـزير ثم استحال أصبح مادة أخرى، أصله خنـزير ولكن أخذ منه وتحول إلى شيء آخر وصار صابون، الفقهاء قالوا مثلاً الأشياء مثل الروث ونحو ذلك حينما تؤخذ وتدخل النار وتحترق، فرمادها حلال لأنه صار شيء آخر، قالوا لو دخل كلب في مملحة ومات في المملحة وأكله الملح وإذا بحثت عنه فلن تجده، أصبح الكلب ملح، فممكن أن تستعمله في الأكل والشرب وكل شيء، لأنه تحولت العين، الحكم يدور مع عِلِّته وجوداً وعدماً، فالعِلَّة لم تعد موجودة ولذلك إذا لحم الخنـزير أو عظام الخنـزير تحولت وأنا سمعت من أخونا الدكتور محمد الهواري وهو من الدكاترة العلميين الذين يعيشون في ألمانيا من سنين طويلة وله بحث جيد في هذه القضايا، قال لك: معظم هذه الأشياء ممكن تؤخذ ويُعمل منه معجون أسنان، وتعمل منه صابون وتعمل منه جلي هو أصله خنـزير إنما صار مركباً كيماوياً جديداً فأخذ حكماً آخر.
Terjemahan: “Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat).
Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasi menjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.
Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.
Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal)”
[Sumber: laman rasmi al-Syaikh al-Qaradhawi: http://www.qaradawi.net/new/component/content/article/220-2014-01-26-18-21-41/2014-01-26-18-26-08/632-#لحم%20الخنـزير%20أم%20كل%20المشتقات؟ ]


Selain Yusuf al-Qaradawi, Dr. Abdul-Ghaffar Ash-Sharif (Former Dean/Professor of Shari’ah Kuwait college), Tahir al-Mahdi al-Baleeli (European Fiqh Council), Muhammad Al-Hawaari (European Council for Fatwa Research) turut menyokong pandangan bahawa semua jenis gelatin termasuk dari babi dianggal halal kerana ia telah berubah sifat.

Pandangan gelatin termasuk dari babi halal:
This was principle was discussed in detail in a lecture by Shaykh Muhammad Bazmool (hafidahullah) , Professor at Umm ul Qura Makkah, based on a fatwa given by Shaykh Al-Albaanee (rahimahullah) on gelatin. The principle is also discussed by Ibn Hazm (rahimahullah) , the exponent of the Literalist school, in his manual Al Muhalla.
As the Shaykh so perfectly described it in his lecture, “We must be careful when we call things haraam because it is a form of thulm (oppression) . Scholars have said that it is worse that you make something halaal to haraam rather than making something haraam to halaal. This deen of Allaah has been made yusr (easy) let us not make it ‘usr (hard).”
The following is the transcription of the lecture given by Shaykh Muhammad Bazmool (hafidhahullah)
The Fiqh Principle of Istihala – Changing from impure to pure
(Taken entirely from a dars given by Sh. Muhammad Bazmool, Professor at Umm ul Qura Makkah translated by Moosa Richardson and a fatwa given by Shaykh al-Albaani)
Istihala is when something becomes pure. It was najis (impure) but it is now taahir (pure). A good example would be maitah (animal carcass): it is najis, but should it be burned and become ashes, or decompose and become earth, then it is taahir, it is no longer najis. This can happen with dung or feces or whatever. Whenever something changes from one property to another, then the ruling likewise changes.
Example: Let us say that someone uses the fat of a dead animal to make soap. That fat is najis, but the chemical change that it was put through makes it taahir.
Ibn Hazm put it concisely when he said, “Ruling upon an object is upon what it is named (what it is), if the name (what it is) changes then so does the ruling.”
He also mentioned in his book of fiqh, Al-Muhalla: “If the quality of the substance of naturally impure objects changes the name which was given to it so that it is no more applicable to it and it is given a new name which is given to a pure object, so it is no more an impure thing. It becomes a new object, with a new rule.”
Meaning that if the natural composition of a substance changes to another substance of a different composition, so much so that you can no longer call the new substance by the name of what it was– ruling upon that substance changes too.
Proof/Example 1:
The companions (radyallahu anhum) used to eat a cheese that came from the land of the disbelievers. In that cheese was a part of the calf which was slaughtered by the disbelievers in a way that is not in accordance with Islaam. The companions knew this, but they also knew that the prohibition was upon the calf, what is directly from the calf, and what could be properly called part of the calf; the ruling is not upon that which you cannot identify as part of the calf nor is it called any longer such-and-such part of the calf. This is called istihala.
Proof/Example 2:
Another proof from the Sunnah: The Prophet (sallallahu ‘alayhi wa sallam) forbade making vinegar out of wine, but he said that if you should come across vinegar that has been made from wine then it is halaal.
Why?
The ruling is upon what the object is, and not what it was. Wine is haraam; vinegar is not, and before the wine became an intoxicant, it was halaal. Why? Because it was fruit before that.
Proof/Example 3:
Allah says in the Qur’an:
“And surely there is a lesson for you in the cattle we give you to drink of what is in their bellies from between the feces and blood, pure milk, wholesome to those who drink it.” (16:66)
Allah is putting forth an example for us of how something pure can come from something impure.
And we can also use as proof something that we’ve already gone over.
The Prophet (sallallahu ‘alayhi wa sallam) said that when the hide of maitah (the carrion) is tanned, then it is taahir. He (sallallahu ‘alayhi wa sallam) gave us a method to purify something which was first impure.
Let us examine things we are familiar with: mono and diglycerides, whey, gluten, emulsifiers, gelatin, and whatever else is on the international haraam list. These by-products sometimes come from animals, pigs even, in which case the ruling on the initial substances is that they are haraam.
But the initial substances (e.g. fat, marrow, cartilage, etc.) are put through chemical change so that you no longer can even call it “pig fat” or “animal bone” or “skin” or “cartilage”, etc. because it is no longer that, hence it is taahir, it is halaal.
What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: “A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling.” (page 290)
Is this a chemical change or is this not a chemical change? Is it protein any longer? No, it is not.
You are in disbelief so you ask, “But how can it be halaal when it came from something haraam?”
Because of the proofs mentioned above, the ruling is not based upon what it was, the ruling is based upon what it is. A Hanafi scholar, Ibn Abedin gave the example: “the swine which drowns in a salt lake and decomposes and becomes salt itself, is now halaal.”
And other Hanafi scholars go on to say: “salt is different from meat and bones. If they become salt, they are salt.”
To take the salt example further: salt consists of sodium chloride (NaCl) when together they are the halaal food known as salt, when separated they make up two poisonous substances which are then haraam for consumption.
The ahnaaf (Hanafis) also use as an example the human semen, saying that it is najis, then when it inseminates the egg and becomes a blood clot it is still najis, but when it becomes flesh it is no longer najis. And the ahnaaf are not the only ones who take this position.
The examples are numerous and they extend beyond food: Yesterday a man was kaafir and going towards Hell, today he is Muslim, so what is the ruling upon him? It is based upon what he is today.
We must be careful when we call things haraam because it is a form of thulm (oppression) . Scholars have said that it is worse that you make something halaal to haraam rather than making something haraam to halaal. This deen Allah has made yusr (easy) let us not make it ‘usr (hard). Wallahu ‘Alim.
End of Dars
http://www.suhaibwebb.com/islam-studies/question-what-is-the-ruling-on-gelatin-whether-derived-from-cows-or-pigs-answered-by-abu-majeed/


Pandangan Gelatin Babi Haram

Bagaimanapun pandangan popular ulama di seluruh dunia termasuk untuk mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ialah gelatin babi adalah haram kerana asalnya sememangnya haram.

Pandangan ini tidak mengambil kira penelitian saintifik yang dilakukan oleh ulama-ulama yang menyatakan semua jenis gelatin termasuk gelatin babi adalah halal.

Namun dalam kelompok yang mengharamkan gelatin babi ini, terpecah pula kepada dua iaitu yang mengharuskan pengambilan gelatin lembu tanpa mengambil kira cara sembelihan dengan yang menitik beratkan cara sembelihan.

Yang mengamuk sehingga hendak cuci darah, hendak tutup kilang Cadbury, hendak saman berbilion ringgit, ambillah masa beristighfar sedikit.

Yang memaki hamun Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan sekarang ini berfikir secara waras, berbincang secara manusia Islam bukan hero filem Tamil.

Artikel ini bukan bertujuan menghalalkan gelatin babi, Ia sekadar mengingatkan kita bahawa terdapat ulama-ulama yang lebih besar telah mengadakan kajian dan membuat ijtihad yang berbeza daripada tanggapan umum kita.

Seperti kata seorang pengkaji:
I support the first opinion that there is a clear change in chemical structure thus becoming a different substance altogether which does not carry the ruling of cow or pig bone. This opinion is based on thorough scientific research from Muslim and non-Muslim resources.
But I am still wary of eating things with gelatin because of the original disagreement of the process of istihaalah.

Wallahualam!

Pengebom Berani Mati Made In Malaysia.

Wednesday 4 June 2014 | comments


KUALA LUMPUR- Ahmad Tarmimi Maliki, 26, adalah seorang pekerja kilang biasa di Selangor tetapi di luar rutin aktiviti hariannya, dia rupa-rupanya telah direkrut sebagai pengebom berani mati.

Tanpa diketahui oleh keluarga dekatnya di Pahang, dia yang diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi telah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.

Ahmad Tarmimi yang dikesan pernah mengikuti latihan ala ketenteraan sebuah kumpulan militan di Port Dickson akhir tahun lalu meletupkan dirinya bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh pasukan tentera kumpulan militan Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS).

Serangan itu dikatakan telah membunuh 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan berkenaan.

Berita tentang serangan itu disiarkan di dalam media rasmi ISIS dengan tajuk utama Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom yang disertakan gambar Ahmad Tarmimi.

Dalam laporan itu turut dinyatakan pasukan ISIS merampas sejumlah besar senjata api termasuk raifal, mesingan ringan dan peluru.

Ahmad Tarmimi dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati,


Berita penuh : Klik

PM Saman MalaysiaKini!

| comments






KUALA LUMPUR- Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Media memperoleh writ saman itu hari ini.

Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.

Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.

Mereka mendakwa artikel tersebut diletakkan di bawah ruangan 'Yoursay' di laman web portal www.malaysiakini.com oleh defendan-defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.

Artikel pertama iaitu 'A case of the PM reaping what he sows' adalah berkaitan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel kedua 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu.

Najib, yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak Umno, mendakwa defendan-defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.

Najib mendakwa kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.

Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen-komen tersebut telah membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan Umno tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.

Mereka juga mendakwa kata-kata finah itu bertujuan menggambarkan Umno telah menyalah guna kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini.

Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka telah terjejas teruk apabila Umno dikecam terutama di media sosial dan media massa.

Dakwa plaintif lagi, artikel berkenaan adalah komen-komen yang diberi tanpa sebarang asas dan hanyalah tuduhan melulu yang berniat jahat terhadap Umno, menyebabkan ketegangan antara rakyat dan Umno.

"Artikel-artikel fitnah tersebut menyebabkan ketegangan antara rakyat terhadap Umno, dilibatkan dengan skandal awam, diaibkan dan dihina oleh khalayak ramai dan masyarakat awam serta antarabangsa.

"Kerosakan pada reputasi Umno adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh penerbitan artikel fitnah tersebut yang boleh diakses dengan meluas di mana sahaja kerana ia diterbitkan di laman portal tersebut dan mempunyai pembaca virtual di serata dunia yang mana artikel itu juga boleh dikongsi di laman sosial lain termasuk forum-forum dan blog-blog persendirian tanpa sempadan," kata plaintif dalam pernyataan tuntutan.

Kedua-dua plaintif berkata pada 15 Mei lalu, satu notis tuntutan telah dihantar kepada defendan-defendan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk menuntut permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik artikel fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.

Pada tarikh sama, plaintif-plaintif juga menuntut supaya kesemua defendan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan kenyataan serupa.

Bagaimanapun, pada keesokannya (16 Mei) Malaysiakini menjawab notis tuntutan itu dengan pembelaan komen yang wajar untuk kepentingan awam dan menawarkan kepada plaintif-plaintif menjawab artikel berkenaan tanpa memenuhi tuntutan seperti yang dipohon plaintif-plaintif.

Pada 28 Mei, plaintif-plaintif telah menolak tawaran itu dan menerusi saman fitnah berkenaan menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan mahkamah.

Turut dituntut adalah ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan-defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel tersebut, perintah bahawa defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan kos.

-- BERNAMA
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger