cookieOptions = {have some cookies?}

#MyVOC : Kg Raja Cameron Highland Dibantu Skuad Sukarelawan

Wednesday 30 September 2015 | comments















MBM dan KBS secara rasminya telah menubuhkan Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) pada 25 Ogos 2015 di mana komuniti ini akan diterajui oleh Sahabat Majlis Belia Malaysia yang akan bertindak mengumpul sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesionalisme untuk dijadikan model dan asas bagi merencana SOP kerja sukarela serta melaksana program-program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada.

Keperluan mempunyai sukarelawan dari pelbagai bidang ini adalah penting kerana pengalaman pengurusan bencana yang lalu memerlukan sukarelawan yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, seperti sukarelawan yang membantu membetulkan rumah, sukarelawan yang mengajar atau memberi motivasi kepada anak-anak, sukarelawan yang membantu dalam menyediakan makan minum dan lain-lain.

Kali ini, Team MyVOC berkonvoi bagi meluaskan khidmat kesukarelaan mereka bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highland yang telah ditimpa musibah tersebut pada hari jumaat yang lalu.



Program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Kerjasama Majlis Belia Malaysia ini turut menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.




Turut hadir dalam majlis ini ialah Sdr. Eric Chu, Exco Majlis Belia Malaysia, En. Zambri Bin Aziz, daripada Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highland, En. Khairul Izwan bin Abdul Khalid, Exco MBM Pahang.




>> Pasukan Majlis Belia Malaysia – 6 Buah kenderaan 4×4 daripada Kilo Lima Bravo Motorsport Club (KLBMC) dan Selangor Advanture Club (SAC) dalam perjalanan daripada Gombak menuju ke Cameron Highland dengan membawa peserta sukarelawan MyVOC dengan diketuai oleh Pak Kulim.

#MyVOC :Sukarelawan Belia Edar Topeng Muka Ke Sekolah Lagi

| comments






















Komuniti Sukarelawan Belia #MyVOC, Majlis Belia Malaysia telah mengedarkan sebanyak 1000 keping topeng muka kepada guru-guru dan murid-murid di Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, Puchong.



Sebelum mengedarkan topeng muka, sedikit penerangan mengenai jerebu dan cara pemakaian topeng muka diterangkan oleh Encik Zaidi Aziz, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia. Turut hadir untuk mengedarkan topeng muka tersebut ialah Encik Ahmad Saparudin Yusop, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.-belia.org.my


#MyVOC : Radio Amatur Sukarelawan Sedia Bantu Masyarakat Ketika Bencana

| comments


Kewujudan pasukan ini adalah sebahagian dari kepakaran Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC) yang di wujudkan oleh MBM dengan kerjasama KBS.


Ketua Penerangan MBM, Saudara Mohammad Rizan Hassan berkata, pasukan radio amatur ini merupakan perkhidmatan radiokomunikasi bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan laporan yang dijalankan oleh sukarelawan terlatih tanpa ada kepentingan kewangan.


Menurut Rizan Hassan, pengendali radio amatur pada dasarnya menjadikan alat komunikasi itu sebagai hobi bagi berhubung dengan rakan-rakan yang lain di seluruh negara, namun mereka turut memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa ketika kecemasan dan bencana.



“Sebagai contoh, ketika banjir besar melanda Kelantan yang lalu, kumpulan radio amatur menghulurkan bantuan dari segi komunikasi berikutan sistem talian selular mengalami gangguan,” katanya lagi.

Tambah beliau, ”MBM kini memfokuskan latihan kepada sukarelawan yang berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing. Ini bermakna, MBM menerusi MYVOC akan mempunyai sukarelawan yang terlatih yang akan bergerak di bawah pengawasan miimum ketika kerja lapangan nanti”.



Pasukan ini juga mendapat perhatian dan pujian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak ketika merasmikan SilverYouth Fest 2015 di Ipoh tempohari. Beliau yang melawat gerai pameran MYVOC turut memuji usaha KBS-MBM ini yang dilihat sentiasa terkehadapan dalam misi-misi bantuan kemanusiaan. Turut sama dalam lawatan itu ialah YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan Saudara Hasnul Fairuz, Presiden Majlis Belia Negeri Perak.



Penyertaan MYVOC di dalam SilverYouth Fest 2015 adalah dalam rangka Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Selain dari pameran radio amatur, MYVOC turut menampilkan pasukan perubatan yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung. Pemeriksaan kesihatan meliputi pemeriksaan tekanan darah, kandugan gula dalam darah dan khidmat nasihat kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.- belia.org.my

#MyVOC : Jerebu Satukan Dua Negara

Sunday 27 September 2015 | comments


Kuala Lumpur – KNPI Indonesia Cawangan Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif mengedarkan topeng muka kepada orang awam di sekitar KLCC bermula seawal jam 8 pagi.

Sebanyak 1500 penutup muka diedarkan kepada orang ramai di sekitar hentian bas dan laluan keluar dari LRT KLCC.

Mohamad Yassar, Pengurus KNPI Caw Malaysia menyatakan perlunya tindakan yang lebih keras kepada pesalah yang menyebabkan jerubu berlaku.



Sdr Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM pula menghargai usaha bersama ini dalam menyatakan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh masyarakat kedua-dua negara.



Seramai 20 orang aktivis daripada kedua-dua negara hadir melakukan kerja penyerahan selama setengah jam tersebut bermula 8.00 pagi.

Semoga usaha kecil ini mendapat perhatian masyarakat umum berkenaan kesihatan dan memberi mesej kepada Kerajaan Indonesia supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Tindakan tegas harus diambil kepada pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

KITA BERKONGSI UDARA YANG SAMA


#MyVOC: Jerebu-Team Sukarelawan Belia MyVOC ‘Serbu’ SK Putrajaya Precint 18(2)

| comments




Putrajaya – Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) ke SK Putrajaya Precint 18(2) sempena kempen atasi bahaya jerebu di sekolah-sekolah dan tempat awam yang telah digiatkan semenjak minggu lepas.

Selain mengedarkan topeng muka kepada pelajar-pelajar, team MyVOC juga telah memberikan penerangan tentang tindakan semasa jerebu.





Turut hadir ke program tersebut ialah Sdr Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM, Ybhg Dr Sharifah Norazah bt Syed Anuar, Yang Dipertua PIBG SKPP18(2) bersama Pn Alijah bt Ali, Guru Besar SKPP18(2) serta wakil dari Kementerian Belia dan Sukan. -Belia.org.my



#MyVOC - Edar 10 Ribu Penutup Mulut

| comments



SUBANG JAYA – Majlis Belia Malaysia (MBM) sudah mengedarkan hampir 10 ribu keping penutup mulut disekitar lembah Klang bermula khamis minggu lepas.

Keadaan Jerebu yang dilihat semakin membimbangkan menjadi faktor MBM tampil menghulurkan bantuan dengan mengedarkan penutup mulut di sekitar lembah Klang khususnya melibatkan pelajar sekolah .

Pagi tadi, MBM bersama sukarelawan MyVoc telah menyerahkan hampir 2 ribu keping penutup mulut kepada guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara untuk diedarkan kepada murid sekolah terbabit.



Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden MBM, Saudara Mohd Zaidi Aziz dan beberapa orang sukarelawan Myvoc yang turun membantu.

“Ini merupakan satu usaha murni MBM dan Myvoc dalam memberi kesedaran berkenaan kesihatan dalam keadaan jerebu ini dan ia merupakan salah satu klausa didalam perlaksanaan program Myvoc iaitu pendidikan dan kaunseling”, Zaidi Mohd Aziz.

Turut berlangsung pagi tadi ialah penyerahan penutup mulut oleh Kongres Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Cawangan Malaysia bersama MBM di hentian Bas KLCC.

Selain dari kawasan sekolah, MBM turut mengedarkan penutup mulut secara percuma di sekitar Bangsar dan Bandar Kuching dan mereka dalam perancangan untuk mengedarkan lebih banyak lagi penutup mulut kepada orang awam dalam minggu ini sehinggalah keadaan udara di negara ini kembali kepada paras normal.

Lewat tengah malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan dalam Twitter beliau mengumumkan persetujuan Menteri Pendidikan untuk menutup sekolah hari ini yang melibatkan Kuala Lumpur/Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Melaka kerana Indeks Pencemaran Udara IPU dikawasan terbabit kebanyakannya hampir mencecah 200, iaitu paras bahaya.

#MyVOC Bantu Mangsa Banjir Di Cameron Highland

Saturday 26 September 2015 | comments


Banjir Kilat yang melanda baru baru ini memusnahkan banyak harta benda.


Sekali lagi, pasukan MyVOC membuat percaturan yang bijak dengan menghantar misi bantuan kepada penduduk Kg Raja Cameron Highland yang telah ditimpa banjir lumpur baru-baru ini. Misi bantuan yang diketuai oleh exco Majlis Belia Malaysia (Eric Chu) bersama-sama sukarelawan dari negeri Selangor dan Pahang.


Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk dengan kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang. Syukur, sumbangan ini sedikit sabanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya.



Mengulas tentang program ini, En. Eric Chu selaku Exco Majlis Belia Malaysia dan selaku ketua misi bantuan,” Majlis Belia Malaysia bersama pasukan MyVOC dan sukarelawan telah Berjaya sampai ke Kg Raja Cameron Highland pada hari ini (13 september 2015) untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir disini yang ditimpa musibah pada baru-baru ini.


Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir alami dengan serta merta. Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan golongan-golongan professional dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa musibah tidak kira dari apa bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia.


Program sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang melalui Maljlis Belia Malaysia untuk mangsa bencana dan golongan kurang mampu dan pasukan MyVOC ini juga telah bersedia untuk memberi bantuan dimana sahaja sekiranya terjadi sekali lagi kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini di negeri Kelantan”




En. Khairul Izwan B. Abdul Khalid, Exco Majlis Belia Negeri Pahang


Dalam masa yang sama, En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid selaku Exco Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha Majlis Belia Daerah Lipis memberitahu, “ Pada konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC ini, kami dari rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Pahang telah menghantar wakil seramai 32 orang untuk bersama-sama Majlis Belia Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.


Usaha ini adalah usahasama yang mana jentera kami akan sentiasa membantu Majlis Belia Malaysia dalam apa jua cara berbentuk kesukarelaan yang mana sekarang ini sukarelawan adalah sesuatu yang penting dalam keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu terutama di Cameron Highland.


Majlis belia Pahang akan terus bersama majlis belia Malaysia untuk terus membentuk sukarelawan dari kalangan belia terutama di negeri Pahang dan gabungan sukarelawan negeri Pahang yang telah dibentuk dan diterajui oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang” yang menggabungkan seluruh sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang.


Misi bantuan ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir atau apa sekali pun, sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.


En. Zambri B. Aziz, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.


” Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Pahang atas kehadiran pasukan sukarelawan MyVOC ini ke sini yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban anggota masyarakat yang terjejas akibat banjir baru – baru ini.


Walaupun banjir kali ini tidak seteruk yang dulu, namun ianya telah menjejaskan sekurang – kurangnya 33 buah rumah penduduk dan kedai – kedai yang berada di kawasan Kg. Raja ini.” Ujar En. Zambri B. Aziz daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.


” Oleh itu, kehadiran konvoi sukarelawan ini besar ertinya buat masyarakat disini.” tambah beliau lagi.

Guna Butang Setting Pada Facebook Untuk Jana Pendapatan Mudah!!

| comments






Mudah dan terbukti Berhasil, hanya dengan klik satu butang kita mampu untuk menghasilkan pendapatan.

#MyVOC :Raikan 400 Pesakit Wanita Dan Kanak-kanak

Wednesday 23 September 2015 | comments


“ Walaupun memerlukan perbelanjaan tinggi dan jarak perjalanan lebih 400 kilometer terpaksa ditempuh setiap bulan, ia bukan penghalang buat saya dan suami untuk mendapatkan rawatan buat anak sulung yang menghidap leukemia, ” kata Salinah Mat Yusof, 48, ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Anaknya, Mohamad Nazmi Mohd Yusoff, 14, disahkan menghidap leukemia sejak setahun lalu selepas mengalami demam berlarutan selama dua bulan.

Katanya, dia yang menetap di Kampung Sarang Tiong, Rompin, Pahang terpaksa berulang-alik ke HSNZ setiap bulan bagi mendapatkan rawatan untuk mohamad Nazmi sejak setahun lalu.

“ Kami terpaksa berulang-alik dari Rompin ke Kuala Terengganu kerana kemudahan rawatan bagi kanak-kanak menghidap leukemia yang paling hampir hanya ada di HSNZ.



“ Dilema saya dan suami, Mohd Yusoff Mohd Daud yang berumur 42 tahun adalah kos bagi perbelanjaan berulang-alik dari rumah ke HSNZ berikutan jarak yang jauh dan memerlukan peruntukan kewangan yang mencukupi memandangkan suami hanya bekerja sendiri.

“ Namun, bagi memastikan Mohamad Nazmi sihat seperti kanak-kanak lain, saya dan suami berkorban tenaga, masa serta wang untuk ke Terengganu setiap bulan,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih, Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC, Majlis Belia Malaysia (MBM) di HSNZ, di sini, semalam.

Menurutnya, tahun lalu, Mohamad Nazmi terlantar di wad HSNZ selama tujuh bulan dan tiap-tiap bulan, anaknya akan mendapatkan rawatan susulan di HSNZ termasuk menjalani rawatan kimoterapi.

Katanya, tiada yang lebih berharga apabila melihat Mohamad Nazmi dalam keadaan sihat walaupun tidak seperti dulu dan sudah setahun anaknya tercicir sesi pembelajaran di sekolah berikutan penyakit yang dihidapi itu.
Salinah berkata, dia teringin melihat anaknya kembali ke sekolah seperti biasa, namun dia yakin hajatnya itu akan tertunai berikutan rawatan yang baik diperoleh di HSNZ.



Sementara itu,Naib Presiden MBM Asfalinda Anuar berkata, program disertai 30 sukarelawan wanita yang mengunjungi wad wanita dan warga emas di HSNZ selain menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian juga alat tulis.

“ Program ini bertujuan menghargai golongan wanita sama ada yang sakit mahupun yang berkorban tenaga menjaga ahli keluarga mereka. Dalam program berkenaan, kami mengagihkan 250 sumbangan kepada wanita dan 150 kepada kanak-kanak, “ katanya.

#MyVOC : Tempuh 5000KM Untuk Mencurahkan Bakti Di Kemboja

| comments



KUALA LUMPUR- Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) dalam perjalanan ke Kemboja bagi melaksanakan program Ziarah Qurban 2015 dari 20 September hingga 30 September 2015 sempena sambutan Hari AidilAdha Khamis ini.

Myvoc dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia Sukan dan Kelab kereta 4×4 telah bergerak ke Kemboja pada 20 September yang lalu dimana ia telah dilepaskan oleh Timbalan Presiden MBM Saudara Zaidi Aziz di Tanjung Malim.

Berbekalkan kekuatan 27 Orang dan 7 buah kenderaan pacuan empat roda, Konvoi Myvoc dijangka tiba di lokasi Qurban di Kemboja hari ini setelah menempuh perjalanan yang agak jauh dan memenatkan.

Difahamkan perlbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui Konvoi ini yang jaraknya sekitar 5000KM, dimana ada kenderaan yang mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti telah disusun selain daripada Ibadah Qorban.Peserta konvoi juga dijangka akan menjalankan aktiviti perkongsian bahasa dan budaya antara dua buah negara ini sebaik sahaja mereka tiba nanti.

Sementara itu, ketika perlepasan konvoi MyVoc di Tanjung Malim, Timbalan Presiden MBM, Saudara Zaidi Aziz berharap para peserta menjaga nama baik negara kerana Program ini bukanlah kali pertama tetapi ia telah masuk tahun ketiga.

“Alhamdulillah program ini telah memasuki tahun ke 3,pelbagai aktiviti sudah disusun dimana ianya bukan sahaja program Qurban semata-semata tetapi juga program seperti perkongsian sosio budaya dan bahasa masyarakat disana.

Saya juga berharap peserta konvoi Ziarah Qurban 2015 dapat mematuhi arahan dari ketua yang dilantik dan apa yang penting sikap saling bekerjasama antara satu sama lain amatlah dituntut dalam program sebegini”, Zaidi Aziz .

Yang pasti, peserta yang menyertai konvoi ini bakal mendapat pengalaman yang amat bermakna dan begitu berharga. Pasti banyak perkara suka dan duka yang akan mereka perolehi sepanjang 10 hari konvoi ini berjalan.

Semoga peserta yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan selamat pulang ke Tanah Air.

#MyVOC : Bantu Pulih Sekolah Akibat Gempa Bumi

Tuesday 22 September 2015 | comments


Kota Pariaman – KESAN kemusnahan akibat gempa bumi yang melanda Kota Pariaman pada tahun 2009 masih jelas kelihatan. Antara yang terkesan ialah bangunan sekolah yang kini menempatkan seramai 24 orang pelajar.

Menerusi Kembara ASEAN 2015, salah satu pengisian aktiviti ialah mewujudkan sudut bacaan / perpustakaan mini bagi membolehkan pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan Global Pariaman menikmati ruang belajar yang selesa dan ceria.



Seramai 13 orang sukarelawan MyVOC KBS-MBM-UMP bertungkus-lumus selama dua hari menyiapkan sudut bacaan ini. Turut disumbangkan ialah meja dan kerusi serta kabinet menyimpan buku.



Pasukan ini diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM dan turut menyertainya ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP.
PENERANGAN MBM
Kota Pariaman

youthcharacter.net








#MyVOC : FitMalaysia Sampai Ke Indonesia!

| comments



Kota Pariaman – GAYA hidup sihat adalah budaya yang perlu dipupuk di setiap lapisan masyarakat. Untuk itu, Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC) membawa semangat FIT MALAYSIA ke Kota Pariaman, Indonesia bersama masyarakat disini dengan menganjurkan Senamrobik bertemakan FIT MALAYSIA, FIT INDONESIA.

Fit Malaysia diasaskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menggalakkan masyarakat Malaysia khususnya gerenrasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat menerusi sukan.




Kegiatan senamrobik ini adalah sebahagian dari aktiviti yang dianjurkan oleh MyVOC sempena Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kembara ASEAN 2015 adalah gerakan kesukarelaan yang berteraskan pendidikan, alam sekitar, kemasyarakatan dan potensi diri.

Seramai 13 orang sukarelawan MyVOC KBS-MBM-UMP menggerakkan aktiviti ini dengan di hadiri sekitar 300 masyarakat disini terutamanya kaum wanita. Turut sama menjayakan aktiviti ini ialah Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM, Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Puan Farah Hazlini bt Mohd San, Pegawai Psikologi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP.
PENERANGAN MBM
KOTA PARIAMAN, SUMATERA BARAT
13 SEPTEMBER 2015

– youthcharacter.net



#MyVOC : Raikan Anak Yatim

Monday 21 September 2015 | comments



Padang – SERAMAI 20 orang anak yatim piatu mangsa gempa bumi Padang 2009 melahirkan rasa syukur dan teruja kerana kali pertama menaiki keretapi dan menikmati ayam di KFC. Ini adalah usaha dan inisiatif Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC) menerusi Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Seramai 13 orang sukarelawan MYVOC bersama anak-anak yatim dari Panti Asuahn Aisyiyah, Kota Pariaman di bawa menaiki keretapi dari Kota Pariaman ke Padang seterusnya menikmati makan tengahari ayam KFC di Basko Plaza, Padang diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

Turut sama dalam kegiatan ini ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM), Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP), Bapak Eka Putra Pernanda (Kepala Sekolah SMK Global Pariaman).

Pelbagai aktiviti di adakan sepanjang dua jam perjalanan pergi dan balik Kota Pariaman-Padang-Kota Pariaman, antaranya nyanyian patriotic, kuiz dan perkongsian pengalaman oleh para sukarelawan yang terdiri dari pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Pahang.



“Mungkin apa yang kita lakukan hari ini terlalu kecil tetapi besar maknanya bagi mereka. Keceriaan mereka adalah hadiah bermakna kepada kami sukarelawan MyVOC”, kata Rizan Hassan yang mengetuai pasukan ini.

Menurut Ibu Kepala Sekolah Panti Asuhan Aisyiyah pula terharu dan melahirkan rasa syukur amat sangat dengan apa yang di sumbangkan oleh sukarelawan MyVoc.



“Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa saja membalasnya. Kasih sayang Tuhan sentiasa ada buat kalian”, katanya berlinangan airmata.



PENERANGAN MBM
KOTA PARIAMAN, SUMATERA BARAT
13 SEPTEMBER 2015
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger