cookieOptions = {have some cookies?}

Takutnya Dengan Tanda Putera!

Wednesday 28 August 2013 | comments


Kerajaan P.Pinang Minta Pengusaha Pawagam Tidak Tayang Filem Tanda Putera
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata filem tersebut dijadual ditayangkan pada Khamis (29 Ogos) mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum.
Beliau berkata kerajaan negeri kecewa apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia membenarkan penayangan filem berkenaan tanpa memotong beberapa babak yang boleh mencetuskan provokasi.
Lim berkata dalam filem berkenaan, beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.


"Pengarah filem sendiri berkata beberapa insiden tersebut tidak berlaku namun beliau dengan sengaja menambahkan babak berkenaan bagi menjadikan filem tersebut lebih menarik.
"Beliau dengan sengaja menggunakan perkataan 'lesen kreatif' namun ia tidak memberikan ada lesen untuk menimpu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Rabu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan pekeliling kepada semua panggung wayang namun mereka tidak mempunyai kuasa ke atas kandungan filem bekernaan.
Bagaimanapun, dalam soal menjaga sensitiviti dalam filem berkenaan beliau berkata, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai akan mengeluarkan surat meminta semua panggung wayang tidak menayangkan filem berkenaan.
-mStar

Orang Muda Mahu 10 Pemimpin UMNO Ini Turun!!!

Tuesday 27 August 2013 | comments





Menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal mengadakan pemilihan tidak lama lagi, wujudlah cakap-cakap di sana-sini perihal calon yang disukai, calon tak sedar diri serta calon yang sibuk melobi. Jom Kita lihat senarai ini :




10. Dato' Sulaiman B. Mohd Karli


Beliau dikatakan punca kekalahan paling teruk di Kuala Langat dan sejak 2008, UMNO Bahagian Kuala Langat menjadi antara bahagian bermasalah.





9. Dato' Shaziman bin Abu Mansor



Ahli Parlimen Tampin. Apa salah YB ni ya? Ikut orang cakap dia antara MT yang gagal. Hmm






8. Dato' Sri Dr. Ir. Jamaluddin bin Mohd. Jarjis


Ketua UMNO Bahagian Rompin ini sebenarnya disukai di bahagian dia sendiri. Namun ada suara-suara mengatakan dia merupakan 'pencatur calon' pada PRU13 yang lepas membuatkan akar umbi menolak dia untuk MT.





7.Datuk Zainal Abidin Osman


Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Sebab musabab dia ditolak adalah sifat 'ignorance' dia terhadap kepimpinan Pulau Pinang. Apa masalah sebenar dia mesti orang UMNO Pulau Pinang lebih mengetahui. Lagipun BN Kalah di Pulau Pinang, boleh tukar kot untuk idea dan strategi baru.






6. Dato' Tajuddin Abdul Rahman



Ahli Parlimen Pasir Salak yang sudah berapa penggal. Antara veteran UMNO yang patut sudah boleh angkat kaki dan beri peluang kepada anak muda. Dia juga terkenal sebagai orang yang memalukan BN di dalam Parlimen Malaysia bila mudah baran dan suka maki.






5. Dato' Hj Tajul Urus B Hj Mat Zain


Gagal di bahagian sendiri. Terus terang orang yang sombong dan angkuh. Bercakap berdasarkan pengalaman. Sepak kamera kawan Keris tapi tak minta maaf. Siap jeling lagi. Ini nak menerajui kepimpinan UMNO?






4. Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee



Seorang Ketua Bahagian yang sangat aktif dalam mencari kesalahan orang lain. Kerja dia kritik, kritik, kritik. Bahagian sendiri sampai sudah tak menang-menang tapi dok sibuk cerita pasal bahagian orang lain. Lagipun takkan tak ada orang lagi dekat Cheras yang boleh bagi formula memenangkan BN?







3.Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin



Gagal di Gombak maka sebagai orang bertanggungjawab, sudah pasti dia harus berundur demi memastikan BN merampas kembali Gombak. Lagipun Gombak bahagian yang bermasalah selepas Kuala Langat.






2. Y.B Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed


Pemimpin UMNO Selangor yang bukan anak jati Selangor. Harus bertanggungjawab diatas kekalahan Selangor buat penggal yang kedua. Dia juga dikhabarkan sebagai 'pencatur calon' yang akhirnya memusnahkan UMNO Selangor. Manusia yang memalukan Perdana Menteri ketika itu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Dia sendiri kalah di Sepang dengan wakil rakyat PAS yang perangai buruk.






1. ????

Boleh teka? Tak boleh? Ok sila klik gambar...

Infografik Mudah Krisis Mesir

Tuesday 20 August 2013 | comments


Sangat mudah bagi yang tidak faham apa yang berlaku di Mesir dan pegolakan yang melanda negara itu.






Cara Protestor Mesir Dilayan. Malaysia Juga Yang Kejam!

Monday 19 August 2013 | comments


Malaysia kejam bila layan penunjuk perasaan dengan bom pemedih mata, Kejam bila hidangkan semburan air pada penjilat penjilat anwar ibrahim.. Tapi itu definisi kejam di Malaysia.

Disebabkan Anwar serta sekutunya gemar mengunakan negara luar sebagai contoh kayu ukur Malaysia dalam segala benda. Boleh juga kita bandingkan cara Polis Diraja Malaysia layan penunjuk perasaan dengan cara rakyat Mesir dilayan.

Takkan nak banding harga minyak jer kan?


Menyuraikan penunjuk perasaan dengan peluru hidup.




Angkat Tangan Depan Tentera? Ini Habuannya.





ok Malaysia tak aman..


Di Sekitar Set Pengambaran Transformer 4

Tuesday 13 August 2013 | comments











































































 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger