cookieOptions = {have some cookies?}

Revolusi?? Mengarut...

Thursday 30 January 2014 | comments




"MELAYU BODOH!!" - Seorang Cina Ditumbuk

Sunday 19 January 2014 | comments



Hari ini himpunan membantah kebiadapan Adun PKR Machang Bubuk diteruskan dan kali ini ia dilakukan di depana Pejabat Adun berkenaan di Alma , Bukit Mertajam .

Dianggarkan 500 orang peserta hadir terdiri daripada pengundi Melayu Machang Bubuk , ahli UMNO Bukit Mertajam & juga NGO Melayu . Rata-rata yang hadir begitu marah di atas kebiadapan Adun berkenaan yang lebih sibuk menghina dan mengaibkan PM daripada menjaga kebajikan rakyat di kawasannya .

Mereka juga meletakkan pelbagai kain rentang dan kertas bantahan di depan pejabatnya sebagai tanda protes dan bantahan .




Kehadiran ramai orang Melayu membantah kebiadapan Adun PKR ternyata tidak disenangi pembangkang dan kekecohan telah ditimbulkan oleh seorang lelaki Cina yang mungkin penyokong mereka di situ .

Beliau menjerit " Melayu Bodoh " telah membangkitkan kemarahan peserta himpunan yang hadir dan terus menyerbunya dan menumbuk mukanya . Mujurlah pihak Polis berjaya meleraikan ketegangan dan terus menangkapnya untuk dibawa ke balai polis .

Ternyata kehadiran seorang lelaki Cina yang sudah berani jerit Melayu Bodoh di depan ramai orang Melayu begitu juga kebiadapan Adun PKR Machang Bubuk pastinya memanaskan suhu politik di negeri P.Pinang.

Berita Penuh beserta video insiden
>>> KLIK

Gambaran Neraka: Figura McDonalds & Hitler Yang WTF!

| comments

Banyak betul masa dan modal Jake and Dinos Chapman nih.. Apa apa pun kena ingat pesanan Nabi Muhammad s.a.w :

sabda baginda :

"Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya."

jadi anggap sahaja artwork yang di gambarkan Jake dan Dinos ini sebagai Interpretasi mereka semata-mata. jom layan...









Ayuh Bersatulah Berdiri Teguh Di Belakang JAIS, Ia Sedang Dihina...

Saturday 18 January 2014 | comments




TINDAKAN Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan setelah terdesak.

Terdesak kerana Pas, parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tidak mahu mempercayai wujudkan gejala penyebaran al-Kitab Bible kepada anak-anak muda kita.

Sebenarnya, setelah berkecimpung selama 25 tahun dengan dunia kewartawanan ini, saya cukup masak dengan kerenah Pas ini. Ia cakap tak serupa bikin.

Riuh sekampung, hasilnya tiada. Yang ada ialah untuk menyemai kebencian kepada orang ramai, terutamanya umat Melayu Islam. Tujuannya ialah supaya orang Melayu menyokong mereka. Untuk apa, untuk politik totok mereka semata-mata.

Apabila tibanya isu seperti JAIS ini mereka sanggup memutar-belit perkataan demi memelihara hati rakan-rakan cauvinis DAP dan PKR.

Wahai pembaca sekelian. Sudah banyak kali Pas berkelakuan sedemikian. Sejak puluhan tahun lalu.

Isu hudud diadu-dombakan setiap kali pilihan raya sahaja untuk membuka mata rakyat Melayu supaya membenci pemerintah. Mereka menuduh Pusat tidak mahu melaksanakan undang-undang itu.

Namun, amat dikesalkan di Kelantan sendiri, negeri yang mereka perintah sejak pilihan raya umum 1990 -- tidak pula dilaksanakan, walaupun secebis kecil daripada undang-undang itu.

Memang benar orang politik ini banyak cakap "tapi tak serupa bikin".

Bayangkan para juak-juaknya berkata serbuan JAIS adalah bagi mengalih perhatian rakyat kepada isu barang naik! Astagfirullah, macam itu sekali.

                      

Sebagai orang Islam, saya melihat telah berlaku cubaan demi cubaan pihak gereja yang cuba mencabar umat Islam, terutamanya di Selangor, sejak kerajaan pakatan pembangkang ini memerintah. Gerejanya semakin berani dan paderi mereka juga sudah ke hadapan.

Dulu perkara-perkara mengarut ini tidak pernah kedengaran. Walaupun ada, namun bukan secara terbuka seperti ini.

Kini gerakan pendakwahan Kristian ini sudah berani. Mengapa mereka terlalu berani?

Pengedaran Bible versi bahasa Melayu dilakukan secara terbuka di Shah Alam dan tempat-tempat lain di Selangor. Adakah Selangor memberi perlindungan kepada mereka? Apakah ada orang-orang tertentu dalam politik mereka juga menjadi penggerak kepada pendakwahan ini?

Saya rasa Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Exco Selangor ada jawapannya. Beliau telah menolak prinsipnya demi agama Islam yang suci. Tetapi bagi orang Pas ini, apabila Dr. Hasan bercakap benar, dia dicap sebagai fitnah, zalim dan pembohong!



Itulah Pas, yang mula saya kenali daripada lubuknya sendiri di Kelantan, semasa dihantar bertugas di sana 23 tahun lalu. Nik Aziz Nik Mat baru masuk ke pejabat Menteri Besar dan Husam Musa masih berhingus lagi.

Sepanjang berada di situ selama kurang 2 tahun, negeri itu penuh dengan politiking. Siang malam cakap politik. Orang itu kafir, orang itu taghut, orang itu zalim, orang itu masuk neraka. Semua yang jahat ialah kerajaan Pusat dan orang UMNO. Hanya mereka yang masuk syurga.

Selama satu generasi itulah rakyat Kelantan diindoktrinasikan otak dan fikiran mereka. Yang putih jadi hitam, yang hitam jadi putih.


Saya bercakap berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan terbabit secara langsung dengan mereka.

Itu pasal apabila JAIS mengambil tindakan itu, ia terus disalahkan. JAIS tidak demokratik walaupun ia mengikut peraturan undang-undang dan Perlembagaan.

JAIS dulu semasa di bawah kerajaan yang dijatuhkan, tidak pernah diperlakukan sebegini. Agama Islam terus semarak, dan institusi surau dan masjid berkembang pesat. Mengapa kini ia berlaku semasa di bawah Pas?

Apakah Pas malu apabila berita rampasan Bible itu telah menjadi berita dunia? Apakah DAP dan PKR sangat marah?

Apa yang takut sangat, kitab suci al-Quran pun pernah dibakar, dipijak-pijak, dihina oleh Paderi Terry Jones dari Gereja Dove World Outreach Center, Florida di Amerika Syarikat.

Penghinaan itu lebih dahsyat lagi daripada hanya merampas kitab Bible yang dilakukan mengikut undang-undang.

Jangan butakan mata-hati kita semua. Pihak musuh hanya mahu memecah belah umat Melayu Islam. Itu adalah grand design atau agenda besar mereka. Itu semua ialah cubaan neokolonisasi, penjajahan baru mereka bagi menukar sepenuhnya rejim Melayu Islam di negara ini.

Pas masih tidak sedarkah dan terus berfungsi atas dasar politik semata-mata. Mereka sudah tiada perasaan.
                         


Wahai rakyat yang waras, marilah kita menyokong JAIS.

Jangan biarkan ia keseorangan -- dihentam, dibalun, dipersendakan. Bersatu teguh, bercerai roboh!



-Zaini Hassan

"Mengingati Ayahanda Saya, Tun Razak"- Nazir Razak

Thursday 16 January 2014 | comments



HARI ini, tiga puluh lapan tahun yang lalu, pada tanggal 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia di London disebabkan komplikasi daripada lukemia.

Malaysia kehilangan seorang Perdana Menteri.

Saya kehilangan seorang ayah. Malaysia ketika itu berusia sembilan-belas tahun. Saya, sembilan tahun.

Hari-hari berikutnya kami berada dalam kesedihan, seakan-akan diselimuti kabur sementara seluruh Malaysia ‘meratap’ akan pemergiannya. Saya dan keempat-empat abang saya segera menghulurkan sokongan kepada ibu kami, Sambil menerima ucapan takziah dari seluruh pelusuk tanah air.

Ini membuat kami merasa bahawa bukan kami sekeluarga sahaja yang terjejas ekoran daripada tragedi pemergian beliau.

Saya perlu akui, pada usia saya yang terlalu muda ketika itu, saya kadang kala merasakan bahawa beliau terlalu mengutamakan urusan negara dan meninggalkan sedikit sahaja kenangan untuk kami sekeluarga.

Walaubagaimanapun, saya tidak pernah sekali pun berasa ragu akan sikap dedikasi beliau dan tidak mementingkan diri dalam memikul tanggungjawab dan perhatian terhadap negara kita yang sedang baru membangun. Ia tetap tersemat di hati ini.

Saya tidak berkesempatan untuk ‘mengenal’ beliau. Tetapi, kesan mendalam yang terpahat dalam diri ini adalah nilai-nilai yang beliau sampaikan dan integriti diri yang beliau tekankan yang mengatasi segala-galanya.




Ya, ini juga termasuklah ke atas keluarganya.

Saya teringat kepada satu peristiwa di mana kami adik-beradik telah meminta beliau membina sebuah kolam renang di kawasan rumah kami, di Seri Taman, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri.

Oleh kerana beliau adalah seorang peguam yang terlatih, beliau telah mengarahkan kami supaya membentangkan kes bagi permintaan ini dan bersedia dengan hujah-hujah yang lojik dan rasional.

Kami benar-benar fikirkan bahawa kami telah mengutarakan cadangan yang bernas dengan hujah-hujah yang mantap, sehinggalah kami terlihat air mukanya yang semakin berubah dan diiringi dengan tenungan yang tajam.



KENANGAN LALU...Nazir bersama-sama ayahandanya Tun Razak pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ayahanda saya memberitahu dengan jelas bahawa walaupun Seri Taman adalah kediaman rasmi kami tetapi ia sebenarnya hak negara; bermakna, hak rakyat.

Apa sahaja yang dibelanjakan untuk rumah itu adalah daripada tabung negara dan beliau tidak akan membenarkan negara menampung perbelanjaan bagi sesuatu yang tidak penting seperti kolam renang.

“Apa akan rakyat fikir nanti?” tengking beliau.

Ketika usia saya semakin meningkat, saya berusaha untuk mencari maklumat daripada mereka yang mengenali beliau, termasuk mereka yang pernah bekerja dengannya di dalam kerajaan, ahli politik, mereka yang memperjuangkan kemerdekaan dan lain-lain termasuklah dari kalangan teman-teman beliau.

Ini adalah satu-satunya cara untuk saya mengenalinya. Dalam hampir kesemua perbualan saya, saya dapati, perkara yang paling ketara dan terkesan sekali ialah nilai-nilai yang dipegang teguh oleh beliau.

Sebagai pemegang amanah kepada tabung negara, sikap berhemat beliau dalam berbelanja adalah legenda.

“Kamu mesti bertanggungjawab terhadap setiap sen yang dibelanjakan, jika tidak beliau akan meminta penjelasan yang terperinci,” kata seorang bekas menteri kepada saya.

Sebenarnya saya memang sudah sedia maklum akan perkara ini. Bukan hanya kerana episod kolam renang itu sahaja, malah daripada peristiwa- peristiwa lain.
Abang-abang saya sering bercakap tentang pengalaman mengiringi beliau ke Switzerland dalam satu lawatan rasmi - iaitu peluang yang jarang-jarang sekali mereka perolehi.

Saya diberitahu bahawa beliau memastikan segala kos penginapan ditanggungnya sendiri dan oleh kerana beliau seorang yang amat prihatin tentang pembiayaan yang dikeluarkan oleh negara, beliau menempatkan rombongannya di penginapan yang lebih murah daripada yang telah dirancang dan selama abang-abang saya berada di sana mereka hanya makan di restoran yang paling murah yang berdekatan dengan hotel.

Dan kemudian pada Oktober 1975, iaitu ketika perjalanan terakhir beliau ke Eropah untuk rawatan perubatan.

Mungkin beliau telah merasakan bahawa perjalanan itu adalah yang terakhir tetapi oleh kerana beliau ingin berjimat cermat, beliau tidak membenarkan ibu saya untuk mengiringinya, mungkin juga kerana beliau mahukan supaya ibu mempunyai simpanan yang cukup dan berada di dalam kemampuan bagi meneruskan kehidupan apabila ketiadaan beliau kelak.

Ibu bagaimanapun dapat bersama beliau beberapa minggu kemudiannya atas desakan kabinet yang mengeluarkan kebenaran untuk menggunakan wang negara bagi keperluan perjalanan ke sana.

Satu lagi sifat istimewa yang dikaitkan dengan perwatakannya ialah integriti beliau. Beliau sentiasa berpandukan kepada prinsip yang sekarang mungkin dilihat sebagai kolot atau gaya lama dalam melaksanakan tanggungjawab, iaitu penjawat awam adalah terlebih dahulu merupakan ‘hamba’ kepada rakyat yang mana kepercayaan tersebut tidak seharusnya dikhianati.

Juga beliau sentiasa dikaitkan dengan stamina yang kuat.

Ramai yang terperanjat apabila mengetahui yang beliau menghidap penyakit luekemia. Ini kerana semasa memegang jawatan, beliau sentiasa aktif; memberi perhatian terhadap urusan rasmi, meneliti semua dasar terperinci dan tentu sekali lawatan mengejut yang sering beliau lakukan ke seluruh kawasan di dalam negara.

Lawatan-lawatan ini mengeratkan lagi perhubungan beliau dengan rakyat dan membantu beliau secara peribadi untuk memahami apa yang berlaku di bawah.
Tentu sekali orang terlupa akan dedikasi yang ditunjukkan beliau ke atas pembangungan kawasan luar bandar.

Dari mula lagi Tun Razak sentiasa berpegang kepada prinsip “Rakyat Diutamakan”, satu pegangan yang beliau pertahankan, dari dulu lagi sebelum konsep ini menjadi sebutan ramai.

Tetapi, yang paling dipersetujui oleh mereka yang mengenalinya ialah komitmen Tun Razak kepada keharmonian dan penyatuan negara – ke arah membina sebuah negara yang memberi peluang dan tempat kepada setiap seorang rakyat di bumi Malaysia ini.

Visi ini diserapkan di dalam dua inisiatif yang beliau terajui semasa tragedi 13 Mei – penggubalan Rukunegara pada 1970 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.

Rukunegara berperanan untuk menyatukan rakyat dengan pelbagai latarbelakang dan budaya menerusi sebuah negara yang sekular.

DEB pula adalah dasar yang menegakkan perpaduan negara melalui percubaan secara besar-besaran di dalam pembangunan sosio-ekonomi dengan serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira bangsa dan membangunkan semula ekonomi dengan tujuan untuk menghapuskan sebarang kaitan ekonomi dengan sesuatu kaum.

Pendebatan mengenai DEB masih berterusan.
Saya sendiri secara terbuka telah menyatakan bahawa terdapat kesilapan di dalam perlaksanaanya.

Pelaksanaan sistem kuota yang ditetapkan yang membuka laluan mudah yang menguntungkan segelintir pihak sahaja telah melahirkan jurang kelas dan status yang besar di kalangan kaum itu sendiri dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat di luar kaum itu sendiri.

Tentu sekali ini mengakibatkan ketegangan di antara kaum. Kedua-dua keadaan ini hanya melemahkan, malah menidakkan matlamat rangkuman DEB yang dicetuskan oleh Tun Razak, iaitu sebenarnya untuk mengukuhkan perpaduan negara.

Di manakah silapnya? Ada yang berpendapat bahawa kesilapan itu adalah hasil daripada langkah-langkah afirmatif itu sendiri.

Bagi saya ia disebabkan perlaksanaan yang terlalu tertumpu kepada pendekatan taktikal sedangkan sepatutnya tumpuan dan komitmen harus diarahkan kepada matlamat yang strategik. DEB tentu sekali telah membantu membanteras kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi apabila terbentuknya kelas pertengahan untuk kaum Melayu.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan pada keseluruhannya DEB terbukti berjaya mengurangkan konflik antara kaum selepas tragedi 13 Mei.

Bertuah juga kerana nasib Malaysia tidak seperti Sri Lanka, di mana pergolakkan dan perbalahan berterusan berdekad lamanya di antara pendatang Tamil dan kaum asal Sinhalese.

Pencapaian DEB bukanlah kecil tetapi matlamat DEB masih belum lagi tercapai kerana DEB sebenarnya adalah untuk mengukuhkan perpaduan negara.

Hakikatnya, ada tanda-tanda sekarang ini yang menunjukkan ketegangan di antara kaum semakin menjurus ke arah titik yang membimbangkan.

Apa yang boleh dilakukan? Ada pepatah Melayu yang berbunyi, “Sesat di Hujung Jalan, Balik ke Pangkal Jalan,” yang bermaksud “apabila kita tersesat, pulanglah ke tempat asal.”

Dan pada hemat saya, perkataan ‘asal’ di sini bererti, ‘nilai-nilai’, ‘kesungguhan’, ‘visi’ dan ‘pendekatan inklusif’; yakni sifat-sifat yang terkandung di dalam diri Tun Razak.

Saya telah pun menyebut tadi tentang komen-komen mengenai integriti diri beliau, komitmennya terhadap perkhidmatan awam dan visinya ke arah sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, makmur dan bersatu padu.

Izinkan saya mengakhiri dengan menekankan dua lagi kemuncak legasi beliau.

Pertama, Tun Razak adalah seorang demokrat yang sejati. Selepas dua tahun mengepalai Majlis Gerakan Negara (Mageran), ekoran insiden 13 Mei 1969, beliau telah membubarkan jawatankuasanya dan mengembalikan peraturan demokratik.

Walaupun beliau memegang kuasa sebagai Ketua Mageran, tetapi pandangan dan nilai-nilai yang diterapkan adalah berasaskan peraturan demokratik dan bukan pemerintahan diktator atau ‘kuku besi’.

Cara beliau membuat keputusan membuktikannya: beliau akan mendengar pendapat dari semua yang terlibat dan berunding secara berhemat sebelum mengambil sebarang keputusan muktamad.

Beliau tidak pernah mengenepikan pandangan dari mereka yang mungkin bercanggah pendapat dengannya, malah beliau mengalu-alukan kepelbagaian pendapat supaya peluang membuat pilihan yang paling tepat terlaksana.

Yang kedua, sementara beliau berlaku komited untuk membantu kehidupan bumiputra agar menjadi lebih baik dan tidak berulangnya lagi tragedi “13 Mei”, beliau beranggappan bahawa ini adalah tanggungjawab negara dan bukan dilakukan kerana sesebuah bangsa.
Ini, bagi saya, menunjukkan kesungguhan beliau kerana beliau melibatkan tokoh-tokoh yang terbaik dan pintar dalam mengusahakan perkara ini, tidak mengira bangsa atau keturunan. Buatlah semakan dengan mereka yang bertugas sewaktu pentadbiran beliau.

Kesemua mereka adalah rakyat Malaysia, bersatu padu di dalam keazaman untuk membina semula sebuah negara, membersihkan ‘debu-debu’ selepas tragedi 13 Mei.

Itulah legasi Tun Razak untuk Malaysia. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada legasi ini dengan kembali ke “Pangkal Jalan.”

Adab Makan Di Seluruh Dunia.

Wednesday 15 January 2014 | comments


Rasulullah saw. bersabda, 

"Aku tidak makan dalam keadaan bersandar, karena aku seorang budak yang makan seperti makannya budak, dan aku duduk seperti duduknya budak." (Diriwayatkan Al-Bukhari).

























MAZA Dilantik Jadi Mufti Negeri Melaka? Terbaik..

Thursday 9 January 2014 | comments




Sultan tuh pon tak dapat dapat lagi....memandai je nak offer orang jawatan.. hihihihihi

Ustaz Azhar Idrus VS Tengku Adnan Mansor.

Wednesday 8 January 2014 | comments



Kenapa perlu guna gambar dan Statement Azhar idrus? sebab senang nak dibuat perbandingan mentaliti penyokong pembangkang, ihihih, isu nya mudah, bila Azhar Idrus bagi kenyataan lawak bodoh macam nih, ramai yang sokong dan mengatakan bahawa ayat Azhar Idrus ini sangat sacarstic dan mendalam.

tapi bila pihak lain pulak yang sacarstic? Apa yang jadi ek?

Secara automatiknya penyokong pembangkang hilang keupayaan untuk berfikir, jadi bodoh macam selalu.

hihihihih

nak lebih faham isu ini, boleh baca kupasan yang mudah ini.
__________________________________________________________________________________

Mentafsir Kenyataan Ku Nan, Jangan Risau, Tidak Akan Ada Hard Rock di Putrajaya

Ingatkan “taufan Hard Rock Cafe” yang melanda Putrajaya sejak dua hari lalu telah berakhir sebaik Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat mengeluarkan kenyataan Ahad lewat malam yang lalu.

Dalam kenyataan pada jam 11.45 malam itu (sesuatu yang sangat luar biasa untuk seorang penjawat awam membuat kenyataan lewat malam pada hai cuti), Aseh Che Mat, beliau menegaskan tiada permohonan dibuat jadi tidak timbul soal lulus atau tidak.

Malah beliau menyatakan tidak akan ada sebarang kelulusan untuk Hard Rock Cafe jika ada permohonan pada masa akan datang.

Ini berbeza dengan kenyataan dalam akhbar sebelum ini bahawa ia akan dibuka dalam masa empat bulan. Kenyataan ini juga agak berbeza dengan kenyataan rasmi pada pagi sebelumnya.

Ketika penganalisa cuaca meramalkan banjir gelombang kedua, taufan Hard Rock Cafe yang pertama membuat kemunculan kali kedua. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang baru pulang dari luar negara telah diberi taklimat oleh Aseh Che Mat. 


Selepas taklimat tersebut, Tengku Adnan telah mengadakan sidang akhbar antara lain:
Pusat hiburan terkenal, Hard Rock Cafe hanya boleh menjual barangan di bawah jenama tersebut selain beroperasi sebagai hotel di sini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak yang berminat perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan iaitu tidak menjual alkohol dan hiburan mengghairahkan.
Katanya, pihaknya tidak mempunyai masalah jika garis panduan itu dipatuhi oleh pelabur yang berminat. – UTUSAN ONLINE


Dilaporkan oleh rakan wartawan, dalam sidang akhbar tersebut Tengku Adnan jelas sekali meletakkan beberapa syarat seperti tiada jualan arak dan hanya lagu-lagu nasyid yang dibenarkan.

Syarat-syarat yang diletak oleh Ku Nan ini tidak masuk akal dan agak mustahil akan diterima oleh Hard Rock Cafe International yang keuntungan perniagaannya bergantung kepada jualan arak dan hiburan ala barat.

Ini adalah jalan terbaik Menteri Wilayah tersebut untuk menjaga air muka Presiden Perbadanan Putrajaya yang telah tersilap langkah mengumumkan pembukaan Hard Rock Cafe dalam masa empat bulan.

Ini juga sebagai menjaga imej dan maruah kerajaan di mata pelabur tempatan dan luar negara agak tida kelihatan flip flop dengan desakan media sosial.

Dengan kata lain, syarat-syarat yang diletak oleh Ku Nan ini seumpama syarat-syarat hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. Puteri Gunung Ledang meminta pelbagai hantaran tidak masuk akal sebagai jalan menolak peminangan Raja Melaka secara hormat.

Justeru secara adilnya, saya melihat tindakan Ku Nan meletak pelbagai syarat ini merupakan cara menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak selerak.

Namun seperti mana dalam editorial sebelum ini tidak mustahil, Hard Rock Cafe akan meneruskan pembukaan ini biar apa pun syaratnya kerana mahu menggunakan nama Putrajaya sebagai sebahagian program “global branding” syarikat tersebut.

Jika ini berlaku, saya percaya Ku Nan akan melakukan sesuatu untuk menghalangnya. Kita tunggu dan lihat.


Sumber Artikel:- "Mentafsir Kenyataan Ku Nan, Jangan Risau, Tidak Akan Ada Hard Rock di Putrajaya"

Di Sebalik Keperkasaan Umar Al- Khattab ( Allah Redha Kepadanya.)

Sunday 5 January 2014 | comments



Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. pernah berdoa kepada Allah untuk menguatkan Islam dengan salah satu dari dua orang iaitu Abu Jahal atau Umar Al-Khattab. Dengan izin Allah, maka Umar telah terpilih. Di sebalik sifatnya yang kasar dan keras, hidupnya yang tenggelam dalam kejahilan, perasaan bencinya dan niatnya yang ingin membunuh nabi, namun akhirnya hati Umar Al-Khattab tertambat dengan Islam tatkala mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran.

Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. pernah menjelaskan bahawa “Allah meletakkan kebenaran di lidah dan hati Umar”. Beliau adalah merupakan sahabat nabi yang keras dan tegas terhadap orang kafir dan kemungkaran, namun lembut hati kepada orang-orang yang beriman. Oleh yang demikian, beliau digelar “Al-Faruq” yang bermaksud yang tegas yang membezakan yang hak dengan yang batil. Bahkan syaitan pun tidak berani melalui jalan yang dilalui Umar.

Tahukah anda, di sebalik keperkasaan seorang yang bergelar Umar, terdapat tanda di wajahnya kerana beliau banyak menangis. Umar adalah seorang yang perkasa tetapi beliau merasa lemah dan tidak berdaya di hadapan Rabb dan Maha Perkasa. Bahkan Umar yang kuat itu, luluh hatinya dan menangis kerana rengekkan anak kecil yang lapar. Digalasnya guni gandum bersendirian lalu dimasaknya untuk anak tersebut.

Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Jikalau benar ada nabi yang akan datang setelah aku, orang itu adalah Umar”. Namun demikian, Umar yang gagah perkasa itu tidak mabuk sanjungan ataupun merasa mulia. Dengan segala kerendahan hatinya ia dilantik sebagai khalifah oleh Abu Bakar. Namun ia dengan tegas menolak dan berkata : “Andai leherku terjulur di bawah pedang, lantas pedang itu menebasnya sampai putus dijalan Allah adalah lebih baik daripada aku memeritah umat Islam, yang di dalamnya ada Abu Bakar”.

Wallahua’lam...
Dipetik dari Novel Sejarah Islam : Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam, karya Abdul Latip Talib

Keadaan Tempat Parking Universiti Di Dubai.

Friday 3 January 2014 | comments

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger