cookieOptions = {have some cookies?}

DAP Terbukti Kuat Menipu: Pemilihan Semula CEC Perlu diPantau BERSIH?

Wednesday 31 July 2013 | comments



Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas. 

Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik. 

Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan. 

ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC. Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat. 

Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional. Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus. 

Malah, DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus. Untuk itu, DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU, kononnya. 


Ironinya, pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus. Dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti ini tidak bijak menangani isu ini. 

Oleh itu, seruan bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat agar pemilihan semula diadakan bagi membersihkan DAP adalah bertepatan. Ini kerana parti yang kepimpinannya terlantik dengan cara kotor tidak mungkin mampu menjadi pemerintah yang bersih. 

Dan jika negara diperintah oleh parti yang kotor, maka kekotoran itu akan kekal dan tidak mungkin dapat dicuci lagi. Bagi memastikan pemilihan semula CEC berjalan dengan bersih, inilah disarankan agar BERSIH masuk campur bagi memastikan keadilan terlaksana dalam parti DAP. 

Dengan cara ini, BERSIH turut berpeluang membersihkan imejnya yang terpalit najis DAP dan pembangkang serta membuktikan pertubuhan itu sebagai sebuah NGO bebas. 

Mungkin juga BERSIH boleh mencadangkan dakwat kekal serta pemantau dari luar negara untuk memantau pemilihan CEC DAP. Namun, jika benar-benar ingin dianggap bersih dan telus, DAP boleh sahaja mengadakan pengundian secara terbuka, iaitu dengan mengangkat tangan. 

Cara ini tentu lebih mudah memandangkan DAP tidak begitu bijak menggunakan komputer untuk pengiraan. Setakat ini, sudah tiga kali DAP tersalah kira melalui komputer iaitu ketika pemilihan awal CEC, pengiraan semula pemilihan CEC dan juga pembentangan projek terowong di bawah laut yang tersasar sehingga lebih RM2 billion. 


Jika pemilihan terbuka dapat dilakukan maka kita pasti DAP akan dapat memulihkan sedikit imejnya yang telah dicop sebagai ‘penipu tegar’. 

Ketelusan pemilihan CEC DAP adalah penting kerana kita perlu mengelak sebarang kemungkinan sebuah parti penipu turut bertanding dalam PRU yang akan datang.

The New Village : Tahniah KDN Punya Menteri Yang Tegas!

Tuesday 30 July 2013 | comments


Suara rakyat suara keramat katanya. Memang betullah tu. Penulis pun bersetuju. Cuma yang penulis tidak bersetuju hanyalah cara mereka meluahkan pandangan dengan berdemonstrasi di jalanan.

Terbukti suara rakyat juga didengari oleh kerajaan walaupun hanya melalui tulisan di laman sosial dan blog. Tidak perlu turun ke jalanan, namun tindakan yang diambil oleh kerajaan lebih cepat dan pantas.

Pandangan yang disuarakan rakyat melalui tulisan dan komen di laman sosial dan blog dan juga ketidakpuasan hati mereka tentang kelulusan penayangan filem yang menimbulkan kontroversi segera mendapat maklumbalas daripada kerajaan. Rentetan daripada itu, filem tersebut ditangguhkan daripada ditayangkan seperti yang telah dijadualkan.

The New Village, filem arahan Wong Kew Lit yang khabarnya bakal ditayangkan pada 22 Ogos sempena bulan kemerdekaan, akhirnya diarahkan untuk melalui satu lagi penapisan oleh menteri KDN. Filem yang mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan ini menaikkan kemarahan ramai yang mengetahui tentang sejarah kemerdekaan negara.

Penulis tertanya-tanya apakah motif yang ada di sebalik kewujudan filem ini. Apakah yang ingin disampaikan oleh penulis skrip dan pengarahnya dengan penghasilan sebuah filem yang terang dan nyata memutarbelitkan sejarah?

Sudah cukup kaum Cina mengawal ekonomi negara, kini mereka cuba pula untuk menukar sejarah negara. Di mana letaknya jasa mereka dalam sejarah kemerdekaan negara sedangkan mereka hanya pendatang yang dibawa masuk untuk menjadi pekerja?

Apakah nyawa askar Melayu dan anggota polis yang terkorban ketika itu tidak ada nilai langsung dan komunis yang kejam serta mahu membalas dendam itu yang dikatakan pejuang kemerdekaan?

Baguslah tindakbalas yang diberikan oleh menteri KDN yang baru ini. Harapnya selepas ini tiada lagi pihak FINAS atau mana-mana pihak terlepas pandang akan fakta yang cuba dikelirukan oleh sesiapa yang berniat tidak baik terhadap negara.

Che Long! Dah Kalah Tu Kalahlah

Saturday 27 July 2013 | comments




Che long cakap dia kalah sebab dia lawan kerajaan Malaysia yang berjanji jutaan ringgit projek. Kalah sebab TPM dan Menteri turun padang. Kalah sebab dia orang biasa (walaupun selalu claim diri sebagai Kontraktor Kelas A berjaya).

Apakah jentera pihak lawan harus berteleku diam baru Che Long boleh terima kekalahan? Adakah Che Long mahu agar geng Barisan Nasional jangan buat apa apa program baru Che Long redhoo?

Serius macam mana nak menang kalau Anwar Ibrahim yang menang "Undi Popular"  turun mencemar duli tapi berucap tak sampai 15 minit dan intipati asyik cerita dia jumpa ulamak itu ulamak ini, gerakan itu-gerakan ini. Ucapan hanya berkisar bertapa hebatnya dia dimata dunia.

Promosi untuk Che Long? Adalah 5% jer..

Macam mana juga Che Long nak menang bila hadi turun dan sepatutnya  menawarkan harapan tapi leka cerita kemuliaan Ramadhan dalam kempen? Mahfuz asyik citer harga ayam, serius.. mana je ceramah asyik cerita harga ayam dan bertapa hebatnya dia dalam parlimen.

Yang nak bertanding nih Mahfuz ke?

Macam mana nak menang kalau Abby asyik citer camner dia masuk PAS?Kalau asyik nak Promote laki baru dia?

Yang nak bertanding nih Laki Baru Abby ke?

Camner nak menang kalau usung Nik Aziz yg dah uzur sebagai bahan kempen? lebih 80% masa Nik Aziz di Kuala Besut dihabiskan dengan tidur. Tuh pon bajet boleh menang ke?



Statement yg akhirnya menunjukkan Che Long letak 100% kesalahan pada jentera sendiri.

In the end dia mungkin lupa. Rakyat nak tengok apa harapan yg boleh dibawa untuk mereka. Lain kali smash sekali org yg bagi arahan supaya tuan sentiasa tutup mulut sewaktu berkempen. Lepas PRK baru nak bukak mulut.

What a joke Che Long!

untuk rekod - Che Long kalah kepada Tengku Zaihan, 37, dengan majoriti 2,592 undi setelah mendapat 5,696 undi berbanding calon BN yang mendapat 8,288 undi.

Raksasa Apa Di Teluk Parsi Ini?

| comments

Bangkai pelik yang dijumpai oleh navy Iran di Teluk Parsi. Bangkai yang berbau busuk yang sangat dasyat. Pada hemat anda. Binatang apakah ini? Buaya Air Masin?Ikan Paus? Sotong Kurita?

Dunia nih masih ada banyak yang perlu kita teroka :)  Jom nikmati beberapa keping gambar yang berjaya di rakamkan.











Blogger Seks Sedang Meroyan Lagi.

| comments





Pasangan Blogger Seks Bimbang Keselamatan Diri Mereka



KUALA LUMPUR: Pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee - yang dikenali umum sebagai Alvivi - mungkin perlu berasa bimbang dengan keselamatan mereka sekarang apabila telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Peguam pasangan itu, Chong Joo Tian, ​​berkata, jika terdapat sebarang ancaman dibuat terhadap mereka, mereka akan "membuat laporan polis dan meminta perlindungan polis".

"Tetapi ini adalah langkah awal keselamatan kerana ikat jamin baru diberikan," katanya kepada The Star Online.

Pasangan itu telah dihujani dengan ancaman selepas mereka mencatatkan ucapan 'Ramadan' yang menimbulkan kontroversi pada laman peminat Facebook mereka.

Semua pengguna Facebook dan Twitter berlainan agama dan latar belakang dan kaum serta-merta mengutuk pasangan ini melalui media sosial.

Ramai telah mengancam kesejahteraan mereka di Facebook dan berkongsi butir-butir peribadi mereka seperti alamat, nombor kad pengenalan, dan butiran saudara-mara.

Gambar pasangan ini dengan kapsyen 'KILL - Jika anda mencederakan atau membunuh 'sampah' ini di depan saya, saya akan bertindak seolah-olah tidak melihatnya juga telah tersebar di Facebook.

Kutukan bertalu-talu membawa Alvivi menulis 'tweet' dari akaun Twitter mereka kini yang telah dinyahaktifkan, merayu supaya ia dihentikan.

Mereka berkata ancaman begitu menyebabkan mereka tidak selesa dan mereka tidak dapat makan atau tidur.

#KualaBesut : Senarai Fitnah PAS Tak Berkesudahan

Wednesday 24 July 2013 | comments



Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.


1. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2. Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3. Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4. Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5. Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6. Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7. Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8. Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004 untuk dijadikan ladang limau

9. Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10. Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

Lagi Bukti "Pelajar Makan Dalam Jamban"

| comments



Tahniah pada Blogger blogger yang berkiblatkan Anwar sebab berjaya lagi mencetuskan rasa benci antara rakyat Malaysia, dan meniup lagi api kebencian antara sesama bangsa. Benda yang kecil terus diperbesarkan tanpa usul periksa.

Setelah kantoi menipu? Terus cakap yang kes ini dah ditutup dan memuji tindakan menteri sebab pantas.
kelakar.. bulan puasa nih.. macam dah takder batas ...

Lagi penerangan tentang isu ini.



Pembetulan Fakta Berhubung Dakwaan Kononnya Pelajar Bukan Islam Makan Di Dalam Bilik Air Sekolah – Mazidul Akmal

Tuesday 23 July 2013 | comments




Dipetik daripada http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pembetulan-fakta-dakwaan-kononnya.html

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR. Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.

Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.

“Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka,” ujar sumber.

 


“Mengapakah mereka tidak makan di kantin?,” soal saya.

“Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera,” jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.

“Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu,” pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.

Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.

Gambar lain sila lawati http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pembetulan-fakta-dakwaan-kononnya.html

Sumber: MyKMU.net

Infografik : Murid Sekolah Korban Lif

Monday 22 July 2013 | comments



Sibuk betul kita ekoran pilihan raya kecil Kuala Besut sampai kadang kadang kita lupa peristiwa yang jadi di tempat lain. Walaupun lambat,  kami nak share juga infografik ini dan sempena Ramadhan yang mulia ini. mari sedekahkan sepotong Al-Fatihah buat adik kita.....
Berita Insiden 

17 Julai 2013 di Blok 8,PPR Desa Tun Razak Sg. Besi, seorang murid sekolah berumur 11 tahun meninggal dunia kerana tersepit di pintu lift di flat kediamannya. Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang tiba ditempat kejadian pada jam 13.16 untuk respon panggilan kecemasan Lift tersangkut . Apabila bomba membuka pintu lift di tingkat 3, berjaya menyelamatkan seramai 17 orang di dalam lift . Selepas itu ,menerima maklumat dari mangsa-mangsa yang terperangkap menyatakan terdapat seorang budak tersepit di pintu lift antara tingkat 2 dan 3.

Mangsa yang dikenali Khairul Amir Azri bin Lani dikatakan cuba memanjat keluar daripada lift tersebut dengan didahului kepala ,namun badan mangsa masih lagi berada di dalam lift.

Malangnya dengan secara tiba-tiba lift tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal menyebabkan leher mangsa terkepit antara lantai tingkat 3 dan lift. Mangsa didapati cedera parah di leher dan meninggal dunia di tempat kejadian.







PAS Menyerah Kalah, Tiada Harapan Untuk Mengurangkan Majoriti

| comments



PAS telah menyerah kalah dan tidak lagi berharap untuk memenangi kerusi dun Kuala Besut.

 Mereka juga merasakan usaha mereka untuk mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sebanyak 2,434 undi merupakan satu usaha yang sia-sia.

Mengikut kata mereka, tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa majoriti besar yang dimenangi BN boleh dikurangkan apabila terdapat beberapa faktor yang telah menumpaskan mereka sebelum gelanggang pertarungan dibuka.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, yang juga Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar telah mengatakan hari pengundian yang berlangsung pada hari Rabu (hari bekerja) sebagai faktor pertama yang akan mengurangkan pengundi luar . Ramai diantara mereka tidak dapat pulang untuk mengundi pada hari Rabu.

Yang keduanya, kehadiran pengundi tempatan pun tidak lah sebanyak mana kerana ianya adalah hari sabtu, dan juga kerana di dalam bulan Ramadhan. 

“Walaubagaimanapun, kami tetap akan berusaha, kerana kami masih lagi belum tewas.” Kata Datuk Kamaruddin Jaafar kepada pihak kami. 

PAS sememangnya tertinggal jauh kebelakang berbanding BN, dan dengan hanya 3 hari lagi sebelum hari mengundi, kehadiran ceramah mereka setiap malam tidak lebih daripada 150 orang sahaja. 

Kecuali Mursyidul Am Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dimana ceramahnya dihadiri 1,000 orang, namun kehadiran itu disebabkan oleh rakyat negeri Kelantan yang hadir dan bukannya pengundi Kuala Besut. 

Bermula dari tiga hari lepas Nik Aziz tidak dapat hadir kerana beliau tidak sihat dan hanya bercakap selama 15 minit diatas pentas. Ucapan beliau telah dihentikan kerana beliau berasa kurang sihat pada malam tersebut.

Ketua PAS Terengganu yang merupakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya hadir dua hari selepas kembali dari Umrah, meninggalkan jentera PAS Terengganu tanpa Jeneral di dalam peperangan yang kononya boleh mengubah nasib PAS di Terengganu. 

Parti tersebut sebenarnya telah jauh ketinggalan di belakang pada hari pertama kempen, manakala BN pula melancarkan perang besar-besaran terhadap kawasan DUN.

Menteri dan timbalan menteri hadir bertali arus berjumpa dengan pengundi siang dan malam. Ceramah pula diadakan secara kelompok dimana, tidak lebih 100 orang dijemput hadir. 

Penerangan terhadap polisi kerajaan dan apakah bantuan yang boleh diterima oleh rakyat dalam pelbagai sektor diadakan secara berterusan. 

Manakala majlis-majlis rasmi diadakan setiap hari diwaktu pagi. Ini menunjukkan kuasa dan kesepakatan BN dalam meraih pengundi dikawasan DUN tersebut. 

PAS pula, terlalu lambat untuk menjalankan gerak kerja mereka, ini berlaku kerana PAS Terengganu telah diletakkan sebagai pengemudi kedua, dan PAS Kelantan pula diberikan kuasa penuh kerana wakil mereka dari Kelantan telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya kecil Kuala Besut-Datuk Husam Musa. 

Kebanyakkan jentera juga berasal dari PAS Kelantan dari Pasir Puteh yang hanya 20 minit dari Kuala Besut. Dengan senario sedemikian rupa, Kamaruddin benar dalam mengagak situasi yang dilanda oleh parti beliau di dalam peperangan ini.

Respek!!! Percubaan Mamat Cina Untuk Berpuasa Sehari :)

| comments

Percubaan yang patut dipuji, Tahniah Kawan! Memang seronok bila tengok kawan-kawan kita yang bukan muslim berjaya mengharungi saat getir menunaikan puasa. Tapi cuba lihat apa yang cuba disampaikan oleh Jo dalam videonya.

Kita ini sudah terlalu banyak perselisihan faham antara kaum yang kadang-kadang kita sendiri tak faham mengapa dan kenapa. 

Raikan perbezaan, Kita cari titik persefahaman. :) selamat berpuasa semua.



Ratu Cantik Malaysia. Fatwa nih Apa Fungsinya?

Sunday 21 July 2013 | comments


Pertandingan Ratu Cantik

Tarikh Keputusan: 
 15 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Keputusan: 
Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Keterangan/Hujah: 
Berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islam.
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 8 Feb, 1996
Nombor Rujukan: 
 JAWI/A/145;PN.(PU2) 530
Akta/Enakmen: 
 Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993

 

Ok lepas nih jangan kluarkan apa apa fatwa kalau rasa rasa takde makna ok? cukup-cukup lah tunjukkan yang anda berkuasa hanya atas jawatan.

Diberi jawatan agama, diberi kerusi empuk menguruskan hal ehwal agama, tapi gagal segagal-gagalnya..
yang berjaya cuma tangkap orang khalwat je..sebab benda tuh seronok yer tak?



#KualaBesut: Video Tok Guru Jeles!!!

| comments (2)



Marah Betul Pokcik nih yer...ala rileks lah... ada rezeki boleh punya masuk tv, radio, rancangan memasak..ada kesempatan mesti boleh punya..

#KualaBesut - "Lebuh Raya Rakyat Guna Duit Sami Siam" - Nik Aziz

Friday 19 July 2013 | comments






Ada sedikit kesangsian berkenaan Tuan Guru Teramat Mulia Nik Aziz nih... bila Kerajaan bagi bantuan macam macam kata yang keluar..

" UMNO, Nama pon mat saleh, takkan nak bantu orang Islam"

Tapi dalam bab nih... terima bantuan sami siam jadi halal pulak...ooo guano tuh tok guru oi...


Sumber : Wartarakyat

Mukhriz Seru Anak Muda Kekalkan BN Di Besut

| comments



KUALA BESUT-- Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mengekalkan pemerintahan Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN) dengan memilih BN pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini.

"Oleh kerana sudah ada yang baik-baik di negeri Terengganu ini, sehinggakan kami dari Kedah dan negeri-negeri lain pun datang untuk belajar dengan Terengganu, maka saya rasa tidak ada sebarang keperluan untuk penduduk negeri ini menukar kerajaan.

"Kami lihat kerajaan BN Terengganu adalah satu kerajaan yang begitu progresif dan mempunyai wawasan serta pendekatan luar kotak yang telah berjaya melonjakkan negeri ini ke tahap jauh lebih baik berbanding terdahulu termasuklah bidang pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kedah.

Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada lebih 100 penerima dari Kampung Air Terjun dekat sini Jumaat.

Mukhriz juga berkata, Kedah akan mencontohi teknik pendidikan Terengganu terutama dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga mencatat keputusan cemerlang untuk 11 tahun berturut-turut.

Selain itu, Terengganu juga membuktikan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) paling cemerlang empat tahun berturut-turut dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tiga tahun berturut-turut.

Mukhriz turut menaruh keyakinan terhadap perwatakan dan peribadi calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk membawa kemenangan pada 24 Julai ini.

"Oleh kerana saya difahamkan pengundi muda di sini sebanyak 54 peratus, saya yakin dengan pendekatan secara terus dan perwatakannya yang rendah diri itu mampu menarik pengundi terutama golongan muda," katanya.

Mukhriz turut melawat seorang warga emas, Hasan Ali, 68 serta bersolat Asar di rumah bekas bendahari PAS Gong Penaga.

-- BERNAMA

#KualaBesut: "Rakyat Kelate Diajar Kedekut"- Nik Aziz

| comments





Persoalan selama ini terjawab kenapa selama 23tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan kurang pembangunan dan kurang membina masjid. PRK N1 Kuala Besut semalam menyaksikan akhirnya Nik Aziz menjawab segala persoalannya. Dalam ceramah kempen untuk calon PAS Kuala Besut di Kampung Beris Pak Abu, akhirnya beliau menjawab sambil membuka pekung sendiri. Nik Aziz dengan selamba mengakui selama ini pembangunan di Kelantan terbina atas ehsan Kerajaan Pusat.

Mengakui masjid dibina peruntukan Kerajaan Pusat dan selamba kata "masjid dia bina tapi tak sembahyang" sungguh hebat dan sungguh tinggi ilmu Nik Aziz dari ilmu mengajar agama hingga ilmu menilik menggunakan air dalam mangkuk kerana sesuka hati mengatakan pemimpin BN hanya membina masjid tapi tidak sembahyang.... mata Nik Aziz ada di mana-mana ke?

Mengakui pembangunan dari Kerajaan Pusat yang ditadbir BN. Tapi liciknya beliau menyalahkan Kerajaan Pusat dan mengatakan Kerajaan Pusat telah mengajar rakyat Kelantan menjadi kedekut. Apa yang menariknya Nik Aziz mengatakan sepatutnya untuk membina masjid rakyat Kelantan sendiri wajar membuat sumbangan dan membuat kutipan sendiri. Namun apabila kerajaan pusat memberi peruntukan untuk membina masjid di Kelantan akhirnya rakyat menjadi kedekut dan hanya mencari duit untuk membina rumah sendiri.

Bertambah keji apabila Nik Aziz menguna kisah Rasulullah SAW semasa membina masjid Quba hasil kutipan masyarakat Madinah. Bila beliau berceramah mengait kisah Rasulullah SAW dan mencampurkan sedikit terjemahan ayat Al Quran maka bertambah sedap ceritanya untuk menutup kelemahan sendiri. Menggunakan Agama untuk kepentingan politik. Masukkan Hadis, Kisah Perjuangan Rasulullah dan terjemahan Ayat Al Quran dalam ceramah dan hentam Kerajaan Pusat wajau setuju dan mengakui sendiri Kerajaan Negeri yang dipimpinnya tidak buat apa-apa. Ironinya mudah….

Selama 23tahun mentadbir negeri, pembangunan hasil kutipan dan sumbangan rakyat. Persoalannya kemanakah perginya kutipan cukai dan hasil negeri?

Adakah tugas utama Menteri Besar Kelantan hanyalah berceramah sahaja dan tak perlu fikir pembangunan dan mentadbir negeri Kelantan adakah hanya perlu bercakap dan meminta rakyat menyumbang untuk pembangunan? Sungguh pelik dasar Tuan Guru Nik Aziz Mursyidur Am PAS ini. Dah bantu salah tak bantu lagilah salah.

Tidur sahaja dan tak perlu fikir apa-apa


Tidur tidur tidur


Sumber : Blog Kuala Besut

Kejam: Nasib Penyokong Morsi Di Mesir

| comments





Nampaknya Mesir Sedang Menuju Kearah Kehancuran Total!! Segala propaganda yang menyeru kearah perubahan pemerintahan akan membawa Mesir ke arah lebih baik nampaknya menjadi sebaliknya.

Gen yang ada didalam DNA rakyat Mesir nampaknya lebih suka menyelesaikan apa sahaja yang tidak disukainya dengan kekerasan....

Malaysia pon sedang menuju ke arah ini..

PENGHINAAN!! Lucutkan Taraf Warganegara - Tun Dr. Mahathir

Thursday 18 July 2013 | comments



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang, mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan.

Katanya, namun undang-undang di negara ini tidak pernah melucutkan kewarganegaraan seseorang.
Jelasnya, perbuatan menceroboh agama lain adalah perkara yang tidak baik dan boleh sampai ke peringkat mencetuskan rusuhan .

"Jika kita lihat, di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, namun Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan itu. Namun, apa yang kita nampak perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan balas lalu bermusuh

"Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh di ajar," katanya ketika majlis berbuka puasa dan solat terawih anjuran Proton di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Alvin Tay Jye Yee, 25, dan pasangannya, Vivian Lee, 24, yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Beliau menambah, jika berlaku rusuhan , mereka ini tidak akan bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas jika tidak dilucutkan kewarganegaraan.

Selain itu, Mahathir turut berkata, undang-undang dibuat adalah untuk menentukan hidup kita lebih selesa.

"Undang-undang dibuat untuk menjadikan masayarkat kita lebih sempurna dan jika mansuhkan semua undang-undang, saya fikir kita akan binasa," katanya.

Sumber

Spa Siput: Iyewwwww

| comments

Spa Siput yang sedang menjadi trend sekarang ini. Harga sama dengan RM 766.00 atau $ 270.00 Iyewwww










Pemberian Tanah Terengganu Tak Salah- Husam

| comments



BN Tetap Perintah Terengganu



BESUT: PAS mengakui parti itu tidak akan berupaya membentuk kerajaan di Terengganu walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak dengan Barisan Nasional (BN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sasaran parti itu untuk mewujudkan 'DUN tergantung' 16:16 tidak akan menggugat penguasaan BN di negeri ini.

"Barisan Nasional tidak perlu bimbang, mereka tetap akan kekal berkuasa (di Terengganu)," katanya pada sidang media di markas parti itu di Kampung Baharu di sini, Khamis.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, PAS meletakkan matlamat untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 iaitu BN dan pakatan pembangkang mempunyai bilangan kerusi sama banyak di DUN.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan BN menguasai 17 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu) selepas PRU-13 lalu.

Menurut Husam, sasaran PAS menerusi moto '16:16 Terengganu Baru' bertujuan memastikan rakyat di negeri ini mendapat lebih manfaat daripada kerajaan menerusi sistem politik baru.

"Apabila berlakunya jumlah kerusi sama banyak dalam DUN, kerajaan negeri tidak boleh membuat keputusan sesuka hati.

"BN perlu duduk berbincang bersama-sama PAS sebelum meluluskan sesuatu dalam DUN," katanya.

Selain itu Husam yang juga Pengarah Pilihan PAS bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berkata, parti itu juga menyediakan pelan komprehensif jangka panjang meliputi aspek ekonomi dan pembangunan sosial di Terengganu.

"Rasuah dan politik wang yang hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak akan berakhir.

"Rakyat akan diberi pembelaan yang sewajarnya...jadi undilah calon PAS iaitu Che Long (Endut @ Azlan Yusof)," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pemberian tanah kepada empat pemimpin BN termasuk Datuk Seri Idris Jusoh, Husam memuji sikap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang terbuka mengenai isu itu.

"Kami hormati kejujuran Ahmad. Penganugerahan tanah itu memang betul dari segi undang-undang tapi salah dari segi moral.

"Bagus bagi Ahmad untuk respon isu ini dengan cepat, tapi kita lihat Idris masih membisu," katanya.

Zahid Bantai Ghani Patail

| comments



Dah tak paham dengan Ghani nih... dia nih Peguam Negara ke Peguam Penjenayah? Semua benda tak boleh..

Letak Jawatan Lah Woii

Ahmad Zahid Minta Peguam Negara Fahami Tugas Polis


KAJANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu meminta Peguam Negara melihat sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).

Beliau berkata hanya dengan cara itu mereka akan memahami beban yang terpaksa dipikul pasukan berkenaan dalam membanteras jenayah di negara ini.

"Kami tidak mahu menyanggah apa yang dilakukan oleh Peguam Negara untuk melakukan transformasi. Tetapi fahamilah tugas polis yang 'toothless', yang tidak ada gigi bila EO ini tidak ada.

"Jangan lihat dari segi perundangan sahaja, lihat dari aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah harus dibanteras dan hukuman harus dibuat kerana tidak semua perlakuan jenayah ada saksi dan bukti yang nyata," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan, di sini, Rabu.

Sehubungan itu katanya, undang-undang baharu yang bakal diperkenal bagi menggantikan EO harus menyamai peruntukan EO bagi memberi kuasa kepada polis memerangi jenayah terutama membabitkan kes berat.

Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah.

Beliau sebelum ini dilapor berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada antara mereka yang kembali terbabit jenayah.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut meminta masyarakat memahami kedudukan polis yang semakin kehilangan kuasa.

"Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh," katanya.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta agar undang-undang baharu menyamai EO bagi membendung jenayah terutamanya membabitkansenjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjata api. - BERNAMA

Lagi Produk Jual Agama. Tahniah JAKIM!

Wednesday 17 July 2013 | comments


Teun Castelein


THE HAGUE, Belanda – Seorang artis seni Belanda gagal menggunakan nama Allah sebagai jenama, kata Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP) kelmarin.
“Permohonan itu ditolak,” menurut satu dokumen di laman web BIOP.

Artis seni itu, Teun Castelein menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan nama Allah sebagai jenama pada 29 Disember tahun lalu di pejabat berkenaan.


Tapi ini berlaku di Belanda, tiada siapa yang peduli dan yang buat pon terdiri dari orang orang yang bukan Islam. Bagaimana pula di Malaysia? lagi kelakar..!! JAKIM LEMBIK!!!!



BN & PR Akhirnya Dah Bersatu Hati

Tuesday 16 July 2013 | comments

Akhirnya, berkongsi pandangan juga dua pihak di Malaysia ini. Mana tahu masa akan datang, lebih banyak isu yang boleh dikongsi sama pandang dan hala tujunya.?






BN, Pembangkang Sepakat Tindakan Tegas Terhadap Pasangan Persenda Umat Islam
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang pada Selasa sepakat menggesa tindakan tegas diambil terhadap pasangan yang mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) ketika menyentuh isu itu berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap pasangan berkenaan bagi mengelak kejadian sama berlaku pada masa depan yang boleh menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dan hairan dengan perilaku remaja dalam negara yang begitu liar akhir-akhir ini yang seolah-olah tidak menghormati soal agama dan kaum.

“Pasangan ini bukan contoh yang baik kepada remaja masa depan negara, mereka perlu dihukum dengan setimpal dan seberat-beratnya atas tingkah laku yang diambil.

“Saya minta pihak polis tahan mereka di lokap tiga malam, biar mereka rasa bagaimana penderitaannya, lepas itu dakwa mereka di mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Pada Isnin, Tan Jye Yee (Alvin), 25, dan pasangannya, Vivian Lee, 24, hadir di pejabat Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi keterangan berhubung dakwaan memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Facebook, Jumaat lepas.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) ketika menyokong, berkata semua pihak seharusnya mengambil tanggungjawab dan memandang serius perkara seperti itu kerana kesannya sangat buruk kepada negara.

“Kita harus melihat perkara ini secara menyeluruh bukan secara parti. Saya fikir gejala membangkitkan isu sensitif seperti ini harus dibendung bersama, kerana ia adalah untuk negara dan masa depan,” katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong berkata perkara seperti itu tidak boleh dilengahkan, siasatan segera perlu dilakukan dan tindakan diambil sebagai pengajaran kepada pihak lain.

“Saya percaya kami pakatan rakyat, sepertimana yang disuarakan Setiausaha Agung DAP (adalah) tegas, kita tidak boleh izinkan dalam negara kita mana-mana pihak sengaja bangun menghina agama Islam seperti yang dilakukan oleh Vivian dan Alvin itu atau mana-mana pihak menghina mana-mana kepercayaan agama lain sekalipun.

“Ini pendirian kita yang amat tegas yang kita laksanakan…saya tidak fikir kita patut lengahkan supaya siasatan segera dan tindakan diambil sebagai satu pengajaran. Undang-undang mesti dipatuhi, penghinaan agama tidak boleh diizinkan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar turut meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino yang mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Katanya rakyat terkilan dengan duta itu yang seharusnya peka bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat.

“Saya minta kerajaan ambil tindakan tegas, usir dia dari negara ini kerana kita tidak memerlukan dia berada di sini kerana dia memecahbelahkan perpaduan, bangsa dan agama kita,” katanya.

- BERNAMA

Pondan P.Pinang Harap Layanan Sama Rata Pada Transgender

Friday 12 July 2013 | comments (1)



GEORGE TOWN: Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang baru dilantik berharap pelantikan beliau dalam memegang jawatan itu dapat membuka jalan kepada layanan sama rata dalam komuniti transgender.

Hezreen Shaik Daud, 33, yang merupakan seorang transgender mengakui berdebar tetapi teruja pada masa yang sama apabila beliau memulakan tugas secara rasmi pada Isnin.

“Saya amat berterima kasih kepada YB kerana menawarkan kerja ini kepada saya dan saya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

“Ia adalah sukar bagi kami untuk diambil bekerja di syarikat-syarikat maka saya berharap dengan pelantikan saya ini, kami dapat menunjukkan bahawa kami berupaya dalam melakukan tugas sebagaimana yang lain,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Hezreen, yang pernah bertugas sebagai pegawai projek dengan Persatuan Pembangunan Kesihatan Masyarakat Pulau Pinang berkata, sesetengah syarikat enggan mengambilnya bekerja kerana mereka bimbang beliau tidak mampu untuk berada di tempat kerja yang mempunyai pekerja lelaki.

“Saya hanya meminta supaya diberikan saya peluang dan saya akan melakukan yang terbaik di tempat kerja.
“Kami memerlukan penerimaan kerana kami juga manusia. Kami mahu dilayan sama rata seperti yang lain.
“YB menawarkan saya kerja ini pada awal tahun dan sekali lagi pada bulan lepas. 

Beliau memperjelaskan kepada saya mengenai skop kerja dan tugas sebagai setiausaha politik membuatkan saya memahami dengan lebih jelas,” kata Hezreen yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien.

Bekas pelajar Sekolah Tinggi Heng Ee itu berkata, beliau telah bekerja dengan Teh untuk beberapa projek sejak beliau berada dalam persatuan itu.

Beliau merupakan pemegang Diloma dalam Teknologi Maklumat dari Informatics College.

Artikel Ini Diceduk dari : Sumber

Alvin&Vivian: Ucapan Berbuka Puasa Dengan Makan Babi

| comments (2)


Rasanya makin lama makin ramai orang  mempertikaikan hampir kesemua perihal melayu. Dari agama orang Melayu, hak orang Melayu, Keistimewaan Melayu, Raja Melayu, Bahasa Melayu, pendek kata kesemuanya lah.

Memang dari azalinya lagi, dari datangnya Parameswara ke bumi tanah hujung ini, orang Melayu dengan penuh santunnya menerima sahaja kedatangan semua orang baik dari mana sahaja dipelusuk dunia ini untuk bertandang bumi yang penuh rahmat ini.

Namun, kebaikan itu biasanya menunjukkan kebodohan bangsa Melayu itu sendiri bila dengan mudah maruahnya mudah diinjak, dipijak, diludah-ludah tanpa segan. Mungkin harfiahnya Melayu itu sinonim dengan sifat bersabar. Tapi sampai mana? sampai bila?

Mungkin niatnya yang baik. Caranya salah sebab dia tak tahu babi tuh haram buat orang Islam..

ok F*ck!

Kau dah hidup selama nih dibesarkan dengan hidup dalam negara majoritinya Melayu, berjiran dengan orang Melayu dan kau tak tahu babi tuh haram? Atau memang saja nak bangkitkan kemarahan orang Melayu?

Takper, untuk bangsa lain dalam Malaysia nih buat lah apa pun korang nak pada Melayu, sebab pasti ada orang Melayu juga yang akan tolong support korang.

Video: Kenapa Rakyat Mesir Jadi Ganas? (Tutorial)

Tuesday 9 July 2013 | comments


Mungkin ini salah satu cara yang diajarkan dalam buku Gene Sharp , pakar menjatuhkan sesebuah kerajaan tanpa keganasan. Aktivis Mesir mengambil pendekatan yang lebih up to date , iaitu meletakan semua kesalahan di bahu tentera dengan cara yang lebih rare dan ganas. 


Tujuan?

Seperti yang tertulis dalam buku "The Methods of Nonviolent Action - Gene Sharp" ,  cara paling mudah mengumpul "bala tentera" dari kalangan rakyat itu sendiri adalah dengan mencipta persepsi, mewujudkan satu musuh yang sama.

Dalam kes Mesir, langkah pertama adalah, tentera digambarkan sebagai satu pihak yang Pro-Morsi. Morsi pula adalah musuh rakyat Mesir, jadi Tentera juga adalah musuh Rakyat Mesir.

Seterusnya mewujudkan mangsa dikalangan rakyat Mesir itu sendiri..macam mana nak wujudkan "Mangsa"?
Sila tonton video ini.

(masa 0.17. yang menembak aktivis adalah dikalangan aktivis sendiri.)

Kemudian? Sebarkan pada orang ramai, bahawa si mati dibunuh oleh tentera. Sebab tuh dalam video kita boleh nampak, orang ramai mengejar kenderaan tentera tu.

dah faham?  Ok sila aplikasikan cara keji ini di Malaysia.. oppss tunggu sekejap.. Anwar Ibrahim dah buat dulukan cara ini di Malaysia.?

hihihihi

P/S: Ini bukan bermakna Blog ini menyokong mana mana pihak, baik pihak aktivis mahupun pihak tentera. tulisan ini cuma berdasarkan video ini SAHAJA. Tentera Mesir pun bukan baik sangat

Video : Jurnalis Belanda Dirogol Aktivis Mesir!

| comments



Hancur rasanya Negara Mesir dek tangan tangan yang laparkan kuasa, yang tak pernah paham maksud sabar. Terima Kasih Aktivis Mesir, kerana berjaya mempromosikan "Islam itu Ganas."

Sebab tuh mengulingkan kerajaan ditaktor sebelum ini adalah kesilapan terbesar Mesir. Jangan dipertikaikan kekejaman yang dilakukan pemerintah sewaktu itu. Kerana rakyat mereka dilihat, memang layak diperintah sebegitu. Itu cara memerintah yang paling efektif jika "berakyatkan " rakyat Mesir.

Ini petikan dari thesun.co.uk

"A YOUNG female journalist was gang-raped during violent mass protests in Egypt on a night that saw 44 sickening attacks on women.
Five men attacked the 22-year-old Dutch woman in Tahrir Square, Cairo, leaving her in a “severe condition” and needing surgery.
While reports also claimed a grandmother and a seven-year-old child were sexually assaulted.
The Dutch woman is thought to have been an intern taking pictures of the protests for an Egyptian organisation.
The attack comes just two years after a leading US reporter was molested by gangs of men while covering demonstrations in the same square."




Video Jurnalis Belanda di Serang/Cabul seterusnya dirogol.

Macam Binatang!

berdasarkan perkara ini, aktivis atau pelampau ini rasanya dah tak peduli apa dah. Jadi sebelum jadi perkara yang lebih teruk. Elok bawa pulang pelajar kita yang tersisa di sana.






Video: Tentera Mesir Guna Khidmat 'Snipper" Bunuh Aktivis

| comments


Sekarang keadaan kacau bilau di Mesir ekoran Morsi digulingkan dilihat seperti tidak terkawal. Dari satu sumber menunjukkan dengan jelas, protester mengunakan provokasi melampau seperti menikam pihak tentera dengan pisau, melontar molotov cocktail hingga menyebabkan ramai polis yang cedera, dan bermacam lagi.

Dari satu sumber lain pula, dilihat pihak tentera menyerang rakyat Mesir seperti musuh yang dihalalkan darah mereka ditumpahkan tanpa mengira had umur.

ok..dah pening.. kehidupan mereka yang mengajar mereka jadi seperti sekarang atau mmg sudah berada didalam genetik mereka sehingga kekerasan itu telah menjadi wajib dalam menyelesaikan sesuatu konflik..

Dalam video dibawah, penembak tepat dilihat menembak rambang sasarannya..nampak terus tembak..apa nak jadi? Orang awam terpaksa berlindung disebalik kenderaan dan juga bangunan.

ini cuma salah satu video yang ada..akan ada video part 2 yang lagi kejam dan keji.




 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger