Suara rakyat suara keramat katanya. Memang betullah tu. Penulis pun bersetuju. Cuma yang penulis tidak bersetuju hanyalah cara mereka meluahkan pandangan dengan berdemonstrasi di jalanan.
Terbukti suara rakyat juga didengari oleh kerajaan walaupun hanya melalui tulisan di laman sosial dan blog. Tidak perlu turun ke jalanan, namun tindakan yang diambil oleh kerajaan lebih cepat dan pantas.
Pandangan yang disuarakan rakyat melalui tulisan dan komen di laman sosial dan blog dan juga ketidakpuasan hati mereka tentang kelulusan penayangan filem yang menimbulkan kontroversi segera mendapat maklumbalas daripada kerajaan. Rentetan daripada itu, filem tersebut ditangguhkan daripada ditayangkan seperti yang telah dijadualkan.
The New Village, filem arahan Wong Kew Lit yang khabarnya bakal ditayangkan pada 22 Ogos sempena bulan kemerdekaan, akhirnya diarahkan untuk melalui satu lagi penapisan oleh menteri KDN. Filem yang mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan ini menaikkan kemarahan ramai yang mengetahui tentang sejarah kemerdekaan negara.
Penulis tertanya-tanya apakah motif yang ada di sebalik kewujudan filem ini. Apakah yang ingin disampaikan oleh penulis skrip dan pengarahnya dengan penghasilan sebuah filem yang terang dan nyata memutarbelitkan sejarah?
Sudah cukup kaum Cina mengawal ekonomi negara, kini mereka cuba pula untuk menukar sejarah negara. Di mana letaknya jasa mereka dalam sejarah kemerdekaan negara sedangkan mereka hanya pendatang yang dibawa masuk untuk menjadi pekerja?
Apakah nyawa askar Melayu dan anggota polis yang terkorban ketika itu tidak ada nilai langsung dan komunis yang kejam serta mahu membalas dendam itu yang dikatakan pejuang kemerdekaan?
Baguslah tindakbalas yang diberikan oleh menteri KDN yang baru ini. Harapnya selepas ini tiada lagi pihak FINAS atau mana-mana pihak terlepas pandang akan fakta yang cuba dikelirukan oleh sesiapa yang berniat tidak baik terhadap negara.
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D