Persoalan selama ini terjawab kenapa selama 23tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan kurang pembangunan dan kurang membina masjid. PRK N1 Kuala Besut semalam menyaksikan akhirnya Nik Aziz menjawab segala persoalannya. Dalam ceramah kempen untuk calon PAS Kuala Besut di Kampung Beris Pak Abu, akhirnya beliau menjawab sambil membuka pekung sendiri. Nik Aziz dengan selamba mengakui selama ini pembangunan di Kelantan terbina atas ehsan Kerajaan Pusat.
Mengakui masjid dibina peruntukan Kerajaan Pusat dan selamba kata "masjid dia bina tapi tak sembahyang" sungguh hebat dan sungguh tinggi ilmu Nik Aziz dari ilmu mengajar agama hingga ilmu menilik menggunakan air dalam mangkuk kerana sesuka hati mengatakan pemimpin BN hanya membina masjid tapi tidak sembahyang.... mata Nik Aziz ada di mana-mana ke?
Mengakui pembangunan dari Kerajaan Pusat yang ditadbir BN. Tapi liciknya beliau menyalahkan Kerajaan Pusat dan mengatakan Kerajaan Pusat telah mengajar rakyat Kelantan menjadi kedekut. Apa yang menariknya Nik Aziz mengatakan sepatutnya untuk membina masjid rakyat Kelantan sendiri wajar membuat sumbangan dan membuat kutipan sendiri. Namun apabila kerajaan pusat memberi peruntukan untuk membina masjid di Kelantan akhirnya rakyat menjadi kedekut dan hanya mencari duit untuk membina rumah sendiri.
Bertambah keji apabila Nik Aziz menguna kisah Rasulullah SAW semasa membina masjid Quba hasil kutipan masyarakat Madinah. Bila beliau berceramah mengait kisah Rasulullah SAW dan mencampurkan sedikit terjemahan ayat Al Quran maka bertambah sedap ceritanya untuk menutup kelemahan sendiri. Menggunakan Agama untuk kepentingan politik. Masukkan Hadis, Kisah Perjuangan Rasulullah dan terjemahan Ayat Al Quran dalam ceramah dan hentam Kerajaan Pusat wajau setuju dan mengakui sendiri Kerajaan Negeri yang dipimpinnya tidak buat apa-apa. Ironinya mudah….
Selama 23tahun mentadbir negeri, pembangunan hasil kutipan dan sumbangan rakyat. Persoalannya kemanakah perginya kutipan cukai dan hasil negeri?
Adakah tugas utama Menteri Besar Kelantan hanyalah berceramah sahaja dan tak perlu fikir pembangunan dan mentadbir negeri Kelantan adakah hanya perlu bercakap dan meminta rakyat menyumbang untuk pembangunan? Sungguh pelik dasar Tuan Guru Nik Aziz Mursyidur Am PAS ini. Dah bantu salah tak bantu lagilah salah.
Adakah tugas utama Menteri Besar Kelantan hanyalah berceramah sahaja dan tak perlu fikir pembangunan dan mentadbir negeri Kelantan adakah hanya perlu bercakap dan meminta rakyat menyumbang untuk pembangunan? Sungguh pelik dasar Tuan Guru Nik Aziz Mursyidur Am PAS ini. Dah bantu salah tak bantu lagilah salah.
Tidur sahaja dan tak perlu fikir apa-apa
Tidur tidur tidur
Sumber : Blog Kuala Besut
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D