cookieOptions = {have some cookies?}

Ustaz Azhar Idrus VS Tengku Adnan Mansor.

Wednesday, 8 January 2014 | comments



Kenapa perlu guna gambar dan Statement Azhar idrus? sebab senang nak dibuat perbandingan mentaliti penyokong pembangkang, ihihih, isu nya mudah, bila Azhar Idrus bagi kenyataan lawak bodoh macam nih, ramai yang sokong dan mengatakan bahawa ayat Azhar Idrus ini sangat sacarstic dan mendalam.

tapi bila pihak lain pulak yang sacarstic? Apa yang jadi ek?

Secara automatiknya penyokong pembangkang hilang keupayaan untuk berfikir, jadi bodoh macam selalu.

hihihihih

nak lebih faham isu ini, boleh baca kupasan yang mudah ini.
__________________________________________________________________________________

Mentafsir Kenyataan Ku Nan, Jangan Risau, Tidak Akan Ada Hard Rock di Putrajaya

Ingatkan “taufan Hard Rock Cafe” yang melanda Putrajaya sejak dua hari lalu telah berakhir sebaik Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat mengeluarkan kenyataan Ahad lewat malam yang lalu.

Dalam kenyataan pada jam 11.45 malam itu (sesuatu yang sangat luar biasa untuk seorang penjawat awam membuat kenyataan lewat malam pada hai cuti), Aseh Che Mat, beliau menegaskan tiada permohonan dibuat jadi tidak timbul soal lulus atau tidak.

Malah beliau menyatakan tidak akan ada sebarang kelulusan untuk Hard Rock Cafe jika ada permohonan pada masa akan datang.

Ini berbeza dengan kenyataan dalam akhbar sebelum ini bahawa ia akan dibuka dalam masa empat bulan. Kenyataan ini juga agak berbeza dengan kenyataan rasmi pada pagi sebelumnya.

Ketika penganalisa cuaca meramalkan banjir gelombang kedua, taufan Hard Rock Cafe yang pertama membuat kemunculan kali kedua. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang baru pulang dari luar negara telah diberi taklimat oleh Aseh Che Mat. 


Selepas taklimat tersebut, Tengku Adnan telah mengadakan sidang akhbar antara lain:
Pusat hiburan terkenal, Hard Rock Cafe hanya boleh menjual barangan di bawah jenama tersebut selain beroperasi sebagai hotel di sini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak yang berminat perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan iaitu tidak menjual alkohol dan hiburan mengghairahkan.
Katanya, pihaknya tidak mempunyai masalah jika garis panduan itu dipatuhi oleh pelabur yang berminat. – UTUSAN ONLINE


Dilaporkan oleh rakan wartawan, dalam sidang akhbar tersebut Tengku Adnan jelas sekali meletakkan beberapa syarat seperti tiada jualan arak dan hanya lagu-lagu nasyid yang dibenarkan.

Syarat-syarat yang diletak oleh Ku Nan ini tidak masuk akal dan agak mustahil akan diterima oleh Hard Rock Cafe International yang keuntungan perniagaannya bergantung kepada jualan arak dan hiburan ala barat.

Ini adalah jalan terbaik Menteri Wilayah tersebut untuk menjaga air muka Presiden Perbadanan Putrajaya yang telah tersilap langkah mengumumkan pembukaan Hard Rock Cafe dalam masa empat bulan.

Ini juga sebagai menjaga imej dan maruah kerajaan di mata pelabur tempatan dan luar negara agak tida kelihatan flip flop dengan desakan media sosial.

Dengan kata lain, syarat-syarat yang diletak oleh Ku Nan ini seumpama syarat-syarat hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. Puteri Gunung Ledang meminta pelbagai hantaran tidak masuk akal sebagai jalan menolak peminangan Raja Melaka secara hormat.

Justeru secara adilnya, saya melihat tindakan Ku Nan meletak pelbagai syarat ini merupakan cara menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak selerak.

Namun seperti mana dalam editorial sebelum ini tidak mustahil, Hard Rock Cafe akan meneruskan pembukaan ini biar apa pun syaratnya kerana mahu menggunakan nama Putrajaya sebagai sebahagian program “global branding” syarikat tersebut.

Jika ini berlaku, saya percaya Ku Nan akan melakukan sesuatu untuk menghalangnya. Kita tunggu dan lihat.


Sumber Artikel:- "Mentafsir Kenyataan Ku Nan, Jangan Risau, Tidak Akan Ada Hard Rock di Putrajaya"

Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger