Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Taman Semarak, Nilai, semalam, mendakwa tidak tahu bagaimana cara meminta bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata dalam laporan Berita Harian, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.
“Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya. Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.
Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.
Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.
Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.
“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami. Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja berkenaan dipetik laporan Harian Metro pula.
Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih.
Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.
+ comments + 2 comments
kelapa hotak dia giving such lame excuses... binatang pun sayang kan anak.. perbuatan remaja buang anak tepi rumah orang adalah tidak sezalim perbuatan wanita hina ni. kalau saya jumpa perempuan ini di tepi jalan memang tidak teragak2 akan dibaling kasut ke muka atau pun diludahkan sahaja. Tuhan itu Maha Kaya, Mohd Firdaus kalau ikut logik sepatutnye tidak tahan lama nyawa tetapi Allah swt tiupkan nyawa supaya dia ditemui dan bukti kezaliman ibunya diketahui umum. Ini bukan lagi manusia bertopengkan syaitan tapi tak tau nk cakap. Tak mampu? Tp boleh pulak melawa!!!!
kelapa hotak dia giving such lame excuses... binatang pun sayang kan anak.. perbuatan remaja buang anak tepi rumah orang adalah tidak sezalim perbuatan wanita hina ni. kalau saya jumpa perempuan ini di tepi jalan memang tidak teragak2 akan dibaling kasut ke muka atau pun diludahkan sahaja. Tuhan itu Maha Kaya, Mohd Firdaus kalau ikut logik sepatutnye tidak tahan lama nyawa tetapi Allah swt tiupkan nyawa supaya dia ditemui dan bukti kezaliman ibunya diketahui umum. Ini bukan lagi manusia bertopengkan syaitan tapi tak tau nk cakap. Tak mampu? Tp boleh pulak melawa!!!!
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D