cookieOptions = {have some cookies?}

KERAMAT 153, KERIS TERAKHIR MELAYU DAN BUMIPUTRA

Wednesday 15 May 2013 | comments


Pertama kali, saya mahu menjelaskan tujuan saya menukilkan artikel ini adalah untuk menjawab segala kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Ahmad Ibrahim. Beliau dengan lantang mempertikaikan mengenai Artikel 153 dalam perlembagaan tanpa sedikitpun memahami artikel itu diwujudkan, dan apa kandungannya. Sebelum itu, hayati petikan ucapan dua orang figura politik Malaysia yang terkenal.

"Orang Melayu perlu mengekalkan hak istimewa selagi mereka memerlukan." - Dr Mahathir Muhamad.

"Orang Melayu perlu mengekalkan hak istimewa Melayu sehingga kiamat." Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kembali kepada artikel, kita dapat melihat beliau mula memasang jarum dalam menghasut. Beliau mempertikaikan apakah ada dalil dalam Al-Quran untuk membenarkan hak keistimewaan ke atas bangsa Melayu. Hmmm… sebenarnya salah sebenarnya permintaan. Sebelum meminta dalil apa-apa, kita kena buka kembali buku sejarah. Juga memahami dengan mata hati apa itu artikel 153 dalam perlembagaan? Sebelum membicarakan bagaimana artikel 153 ini boleh wujud, kita kena salami dahulu apa itu artikel ini.

Saya jangkakan bahawa anda sebelum bersuara mengenai perkara ini sepatutnya sudah meneliti bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia itu, terdapat ‘provision-provision’ yang menghuraikan tentang hak keistimewaan orang melayu yang terdapat di dalam Klausa (1) dan Klausa (2) Artikel 153 – meliputi aspek kuota untuk servis, permit dan lain-lain, untuk Melayu dan etnik Sabah dan Sarawak (yang dimasukkan susulan formasi penggabungan Malaysia 1963).

Sekarang kita faham artikel 153 ini bercakap mengenai apa? Sekarang, kita kembali menyelami sejarah di sebalik penubuhan artikel 153 ini. Kalau dirujuk sejarah, Melayu dan orang asli merupakan pribumi. Orang asli juga terbahagi kepada dua, di mana satu dalam kategori Melayu asli dan satu lagi merupakan Negrito. Di mana sebelum penjajah datang ke tanah air kita yang tercinta ini,

Selepas Jepun menjajah, British kembali memegang Tanah Melayu ketika itu dengan melaksanakan Malayan Union. Ketika itulah kita melihat bersatunya orang Melayu seperti mana belum pernah mereka bersatu. Selepas berjaya menjatuhkan Malayan Union, maka orang Melayu mula menuntut kemerdekaan. Tetapi, British memberi syarat kepada orang Melayu, mereka boleh beri kemerdekaan asalkan warga cina dan india yang berada di tanah Melayu diberi kewarganegaraan. Pada asalnya, orang Melayu tidak bersetuju langsung pada waktu itu. Mereka mengatakan apa gunanya melawan Malayan Union, kalau pada akhirnya mereka yang bukan penghuni asal tanah ini akhirnya menjadi warganegara.

Lantas, orang Melayu mengatakan kami boleh memberikan kerakyatan kepada 1juta kepada mereka yang bukan Melayu, tetapi dengan syarat, orang bukan Melayu harus bersetuju dengan kontrak sosial. Antara kandungan kontrak sosial itu ialah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra haruslah terjamin.

Selepas penjelasan ringkas mengenai sejarah lahirnya artikel 153 ini, mari kita kembali kepada pertanyaan dalil apakah yang membenarkan hak keistimewaan bangsa Melayu. Sebenarnya, izinkan saya membetulkan kenyataan anda. Soalan anda sepatunya begini, dalil manakah yang boleh digunakan daripada Al-Quran atau hadis nabi untuk membenarkan sebuah perjanjian dilanggar sama sekali?

Kenapa? Anda kena ingat, mereka yang bukan Melayu pada ketika itulah yang bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada warganegara dan sebagai pertukaran, mereka harus menerima dan mengakui hak pribumi. Mereka yang sudah berjanji dengan kami, dan soalan anda sepatutnya bertanyakan apakah dalil dari Quran dan hadis yang membenarkan sebuah perjanjian yang dimeterai dibogelkan? Tanya pada diri anda sendiri.

Saya tak tahu dari mana sumber sejarah saudara mengatakan bahawa British hanya memberikan 15 tahun untuk artikel 153 berjalan. Sila kemukakan sumber yang sahih agar senang saya mengkajinya. Apa-apa pun, anda jangkakan tempoh 15tahun itu cukup untuk kembali mengisi kembali ruang yang ditinggalkan oleh British dalam dasar pecah dan perintah?

Apa itu dasar pecah dan perintah? Meh sini nak ajar anda. Dulu, ketika British datang ke Tanah Melayu, British tahu perpaduan akan menggugat penjajahannya. Lantas, satu dasar pecah dan perintah diperkenalkan. Di mana orang Melayu akan diletakkan di kawasan kampung, orang India akan diletakkan di kawasan estet manakala orang cina diletakkan di kawasan bandar. Apabila ini berlaku selama ratusan tahun, pastinya jurangnya sangat besar. Dan anda jangkakan jurang ekonomi selama ratusan tahun mampu ditimbus dalam masa sesingkat 15 tahun? Saya nak gelak sikit kat anda…

Lagi, kami dapati anda telah faham artikel 153 dengan DEB. Hehehe… artikel 153 fungsinya adalah untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu manakala DEB sebenarnya fungsinya untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Okey, memandangkan anda dah tanya apa yang “artikel 153” ini sudah buat? Mari saya senaraikan.

Pada tahun 1970, untuk pengetahuan saudara, kadar kemiskinan di Malaysia ialah hampir sahaja mencecah 50 peratus, dalam angka 49.3%. Di mana daripada kadar kemiskinan itu memperlihatkan 64.8 peratus orang Melayu hidup di bawah paras kemiskinan. Pendapatan orang Melayu daripada RM 173 meningkat kepada RM 931 pada akhir perlaksanaan DEB. Sebelum DEB pemilikan ekuiti bumiputera 15 peratus dan matlamatnya mahu dinaikkan sehingga 30 peratus. Sebelum DEB pemilikan ekuiti Cina dan bukan Melayu hanya 23 peratus tetapi meningkat kepada 40 peratus. Pada hari, saya mahu bertanya, orang Melayu sudah cukup senang dengan dasar DEB yang bertunjangkang artikel 145 ini. Jadi di mana kenyataan mereka mengatakan bahawa artikel ini untuk kroni. Namun, orang Melayu lagi ketinggalan dan memerlukan artikel 153. Seperti mana kata Tun, satu hari nanti orang Melayu sendiri akan melepaskan hak yang telah diberikan kepada mereka.

Sesungguhnya Artikel 153 ini bersifat sangat pasif dan sederhana bercanggah dengan apa yang selalu digambarkan oleh ekstrimis-ekstrimis pembangkang. Sama juga halnya untuk Artikel artikel yang diperuntukkan untuk kaum bukan bumiputera, dimana perlembagaan telah meletakkan garis panduan yang pada hemat saya seadil mungkin bagi kaum bumiputera yang lahir dan tanah ini diperturunkan padanya dan kaum bukan bumiputera yang datang dandiberi kerakyatan berlandaskan kontrak sosial pada awalnya. Apabila Artikel 8 dan Artikel 136 dibaca bersama, Artikel 153 tidaklah dengan apa cara sekalipun menindas mereka yang bukan bumiputera.

Orang melayu memang ada hak yang lebih dekat tanah sendiri. Perkara ni tak patut dipersoalkan sebab benda yang sama berlaku di mana mana negara pun. Penduduk asal mmg dapat privelege. Kalau kita tengok tiada satu negara dalam dunia pun yang ada keharmonian kaum yang sebegitu ketara mcm Malaysia. Ingat, keadilan bukan bermaksud kesamarataan tetapi meletakkan sesuatu di tempatnya. Itu prinsip keadilan dalam Islam.

P.S: Dulu, orang kafir Zimmi yang mahu menghuni di negara orang Islam pun harus membayar kifyah. Malah kadar cukai penduduk arab, parsi dan non arab berbeza-beza pada zaman Dinasti Umayyah.

Jangan ditanyakan dalil untuk semua perkara. Kalau macam tu tak ada guna pejuang melayu dulu lawan british sebab tak ada dalil kena lawan British. Tu sebab ada ihtijad ulama di mana untuk perkara yang tak pasti, maka ulama akan berihtijad.



sayacedukdari: 
Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger