Ramai yang tahu tentang ALS Ice Bucket Challenge dan cabaran mandi ais ini masih "panas" di ruang ruang media maya sekarang. Namun ramai yang tidak tahu seorang jurnalis Gaza telah melancarkan “Rubble Bucket Challenge” untuk meningkatkan kesedaran tentang kesusahan serta kepayahan yang telah dilalui oleh rakyat Palestin sepanjang konflik di semenanjung Gaza itu.
Pada 7 Julai yang lalu, Israel melancarkan "Operation Protective Edge" dan sejak dari itu lebih dari 17,000 rumah telah rosak dan musnah. 2,100 warga Palestine, yang mana majoritinya terdiri daripada rakyat yang tidak bersalah dan kanak-kanak serta 68 tentera Israel terbunuh dalam trajedi "Operation Protective Edge".
Sementara Semenanjung GAZA kini dibawah gencatan senjata, Ayman Aloul seorang wartawan yang ditempatkan di Gaza menyedari bertapa berjayanya kempen ALS Ice bucket challenge dalam membawa kesedaran masyarakat tentang ALS, Aloul cuba menggunakan pendekatan yang sama namun menggunakan serpihan bangunan yang musnah dalam peperangan tersebut.
Berdasarkan video diatas, Aloul berdiri ditapak rumah yang telah dimusnahkan Israel dalam serangan menggunakan IDF dan dengan cara yang sama melembarkan cabaran pada masyarakat dunia untuk menuangkan debu atau serpihan simen ke badan mereka.
Ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesusahan rakyat Gaza malah untuk menunjukkan bertapa Gaza kekurangan air serta keperluan asas yang diperlukan untuk meneruskan hidup di tebing barat itu. Aloul juga menegaskan bahawa, cabaran ini tidak tertumpu kepada mana mana lapisan masyarakat, namun untuk sesiapa sahaja yang bersimpati atau sekurang-kurangnya yang masih punya hati.
VIVA PALESTINA!
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D