cookieOptions = {have some cookies?}

Denda RM1 Juta Sorok Minyak Masak!

Monday 7 November 2016 | comments



KUALA LANGAT – Peruncit dan pasar raya digesa supaya memastikan bekalan minyak masak di premis masing-masing mencukupi bagi mengelakkan orang ramai beranggapan bekalan barangan itu tidak mencukupi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang degil menyorokkan minyak masak hingga mencetuskan panik kepada pengguna.



“Saya mahu nasihatkan pekedai dan pasar raya supaya memesan dengan lebih awal bekalan minyak masak ini supaya ia tidak habis sekali gus mengelakkan pengguna daripada panik.

“Penguatkuasa kementerian akan sentiasa memantau keadaan dan jika berlaku perkara seperti ini (sorok minyak) mereka boleh dibawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman dengan denda maksima bernilai RM1 juta, ” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke atas dua kilang memproses dan membungkus minyak masak di Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Henry turut menjelaskan sehingga kini bekalan minyak masak di kilang-kilang memproses dan membungkus minyak masak terutama dalam paket seberat satu kilogram adalah mencukupi.

Turut hadir Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Roslan Mahyuddin dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakub.

Sementara itu, pemeriksaan KPDNKK Selangor di sebuah pasar raya di Bukit Rimau, Shah Alam, mendapati stok bekalan minyak masak terkawal dan tidak mengalami masalah putus bekalan.

Pegawai penguatkuasanya, Mohd Zarif Anwar Mohd Ali berkata pemeriksaan di stor pasar raya berkenaan juga mendapati tiada bekalan minyak masak yang disorokkan.
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger