Nur Azlina Ahmad, 23 ketika ditemui petang tadi berkata pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan kepada suaminya sehingga menyebabkan orang mula memandang sinis kepada keluarganya.
“Tolonglah berhenti menyalahkan suami saya.
“Hampir setiap hari saya menangis apabila membaca komen yang dilemparkan.
“Macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Kononnya dia kena upah, kemalangan yang dirancang, malah ada yang mengatakan, (ketika kejadian) suami saya di bawah pengaruh dadah” ujarnya sayu.
Para penyokong mendiang Karpal sebelum ini cuba menyalahkan pemandu lori tersebut yang dikatakan menjadi punca kemalangan yang meragut nyawa bekas penasihat DAP itu.
Malah ada di kalangan mereka yang turut bertindak keterlaluan dengan mengeluarkan komen-komen berbaur ugutan di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.
Menurut Azlina sepanjang pengetahuannya, suaminya tidak pernah mengambil sebarang jenis dadah yang dilarang. Malah di kalangan rakan sekerjanya beliau turut dikenali sebagai seorang pemandu yang berhati-hati.
“Ketika membuat laporan polis, kami telah memberikan kerjasama yang penuh.
“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak, biarlah pihak polis yang menyiasat perkara yang sebenar,” ujarnya lagi.
Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.
Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
Manakala pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45 bersama isteri dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di dalam kenyataan sebelum ini berkata
pemeriksaan awal yang dilakukan mendapati pemandu Karpal yang juga merupakan warganegara dari India itu mempunyai 15 saman trafik akibat memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Kemalangan tersebut telah dijalankan di bawah Section 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D