Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berkata, beliau akan berangkat ke Australia bagi membantu misi mencari pesawat MH370 yang hilang baru-baru ini.
Beliau yang ditemui petang tadi menegaskan, ia adalah merupakan sebahagian daripada usaha yang ingin dilakukan agar semua penumpang di dalam pesawat yang hilang itu dapat ditemui.
“Dalam teropong saya di atas gelap dan gelita (ritual yang dilakukan sebelum ini), berkelip-kelip. Dia ada menghampiri 3 pulau. Pulau itu saya tidak tahu di mana, tapi mengikut pandangan saya ia (mungkin) berada di Australia atau US.
“Saya telah usaha pergi ke Pulau Sembilan, (bersama peralatan) kerantong, buluh dan (melakukan) azan. Masa saya tarik buluh itu (ketika ritual dilakukan) tiada ada balasan, (contohnya) seperti menarik besi berani (magnet), sekiranya ada di laut (kebiasaannya saya dapat merasakan seperti ada tarikan),” jelasnya.
Ibrahim berkata, menurut pandangannya sebagai Raja Bomoh semua mangsa yang terlibat masih hidup.
“Saya akan bertolak ke Australia atau kawasan yang berdekatan dengan tempat carian (untuk turut sama membantu usaha mencari yang dilakukan). Saya (juga akan turut) meminta (berdoa) kepada Allah swt,” katanya.
Ibrahim turut menjelaskan usaha yang dijalankan ini, adalah merupakan inisiatif beliau sendiri tanpa dibiayai oleh mana-mana pihak.
Beliau turut menyeru agar semua masyarakat di negara ini teruskan berdoa agar misi mencari pesawat ini berjaya dan berhenti menuding jari menyalahkan orang lain.
“Sains dan teknologi serta amalan traditional Melayu (perlu) berganding bahu, seperti tangan kanan dan kiri (agar) benda yang berat (sukar) dapat ditolong (dipermudahkan)” jelasnya lagi.
Suara.TV
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D