cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

Masih Mahu Menyokong Anwar Ibrahim?

Monday, 8 April 2013 | comments


Pasti ramai Anwarinas yang sedaya upaya mempertahankan Anwar Ibrahim daripada kenyataan-kenyataan yang dilemparkan oleh Dr. Chandra bukan?

Sabar kawan, sebelum menghentam beliau baca sikit info nih.
"Chandra Muzaffar ialah seorang ahli sains politik Malaysia yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya(UM) selama beberapa tahun, dan kini merupakan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menumpukan persoalan-persoalan keadilan sejagat dari segi kerohanian dan akhlak. Dialog antara agama merupakan salah satu daripada keutamaannya dan beliau adalah ahli Majlis Keamanan Antara Agama Antarabangsa serta ahli lembaga Titik Persamaan (Common Ground), sebuah gerakan antarabangsa terhadap semua bentuk diskriminasi dan rasisme. Muzaffar pernah memegang jawatan dalam Parti Keadilan, sebuah parti pembangkang Malaysia. " -Sumber WikiPedia.
Pernahkah walau sedetik anda terfikir bagaimana seramai 32 orang kuat termasuk Dr. Chandra sendiri yang mengasaskan PKR, telah keluar dari parti itu secara keseluruhan? yang tinggal hanyalah Azmin Ali, Wan Azizah (The Puppet), & Tian Chua ?

Yang setia mempertahankan PKR ? tinggal Macai-macai politik sempit anwar ibrahim..kihkihkih kelakar.

Mahu Tahu Tentang Misteri Foundation Of The Future? Klik Sini

Video Penuh :




PENING LAGI BUNG NUOR




Ketua Penerangan PKR, Kutuk Anwar?

Monday, 1 April 2013 | comments


Kah kah kah kah kah !!, Jadi ini membawa maksud, yang orang PKR sebenarnya memang dah sedia maklumlah? Memang orang PKR sendiri mengakulah isu moral yang sedang melanda parti Anugerah Tuhan nih? kah kah kah kah 


Banduan Sebilik Pun Jadi Mangsa Anwar?

Sunday, 31 March 2013 | comments




AIDCNews – 30/03/13 – Bekas pembantu kepada peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mengakui telah menemui bekas rakan sepenjara Ketua Umum PKR itu ketika sama-sama merengkok di penjara Sungai Buloh.

“Saya bertemu bekas rakan sepenjara Anwar dari Sungai Buloh..dia berusia lewat 20-an .. dia banyak berkongsi cerita-cerita tentang Anwar.

“(Saya akan tulis dalam) artikel seterusnya tidak lama lagi,” kata Yuktes dalam twitternya semalam.

Pada 2 November 1998, Anwar telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat pertuduhan salah laku rasuah di mana telah mengambil masa perbicaraan yang panjang, akhirnya pada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya serta dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Sungai Buloh.

Ketika masih berada di penjara, Anwar sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada 7 Jun 1999, kali ini dibicarakan bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pemandu peribadi, Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Setelah perbicaraan berlangsung selama satu tahun empat bulan, pada 8 Ogos 2000, Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membuat keputusan Anwar dan Sukma bersalah meliwat Azizan.

Anwar dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Namun, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan dan dilepaskan dari penjara Sungai Buloh setelah berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dianggap pengamal undang-undang dan penulis Baratsebagai ‘bebas secara teknikal.”

-AIDC

Bekas Peguam Liwat Anwar II Mohon Maaf Pada Saiful

Saturday, 30 March 2013 | comments


KUALA LUMPUR 29 Mac - Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.

Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

"Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

"Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

"Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam," ujarnya.

Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com. - Utusan

Perbezaan Antara Anwar Dan Cristiano Ronaldo?

Thursday, 28 March 2013 | comments


KIH KIH KIH KIH KIH KIH !!!!
Sekali lagi pemain bola sepak Cristiano Ronaldo menunjukkan tanda solidariti beliau buat Negara Palestin. Dalam satu perlawanan, Cristiano enggan bertukar-tukar jersi seperti lazimnya dengan pemain Israel.

Menurut beberapa laporan media, Cristiano enggan untuk bertukar T-Shirt dengan pemain bola sepak Israel untuk menunjukan bantahan terhadap kekejaman Israel di Palestin. Video ini juga menunjukkan bahawa bagaimana Cristiano dengan beraninya menolak untuk bertukar jersi.



BUAT TANAH PALESTIN!



Ini bukan kali pertama bagi pemain berusia 28 tahun itu menunjukkan hormat dan kasih sayangnya terhadap Negara Palestin yang telah menderita sejak beberapa dekad. Pada tahun 2011, Ronaldo menjual kasut untuk mendapatkan derma Real Madrid Foundation, organisasi yang akan membina sekolah-sekolah di 66 negara termasuk Palestin.

Pada bulan November 2012, beliau menderma Boots Emas bernilai 1,5 Euro. Sebaliknya, bagi sesetengah pengkritik pula berkata, bahawa Cristiano zalim dan ini menunjukkan kebencian beliau terhadap Israel.

Cristiano Ronaldo!!!




 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger