cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label Reformasi?. Show all posts
Showing posts with label Reformasi?. Show all posts

BANJIR : Blogger Dan Media Pro PR Hanya Pandai Sebar Fitnah

Friday, 18 December 2015 | comments




Isu mengenai petugas Pas dihalau kerana memberi khidmat masyarakat kepada mangsa banjir di Kapar, Selangor merupakan satu fitnah yang dibuat media dan blogger pembangkang.

Media dan blogger pembangkang cuba mensensasikan isu terbabit untuk melaga-lagakan Pas dan Umno kerana takut Pas akan menyambut jalinan kerjasama yang dihulur Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu.

Mereka menuduh petugas Pas yang memberi khidmat masyarakat kepada banjir di Kapar dihalau oleh petugas Umno, walhal perkara yang sebenarnya adalah petugas Pas diarahkan memindahkan mangsa banjir ke dalam bilik darjah kerana dewan yang ditempatkan itu akan digunakan untuk majlis kenduri kahwin pada Sabtu ini.


Biasalah, bila dah takut umat Melayu akan bersatu, pihak pembangkang mula mencari isu-isu untuk diputar-belit bagi melaga-lagakan umat Melayu.

Susulan isu terbabit tersebar di media sosial, Timbalan Umno Bahagian Kapar, Datuk Saroni Judi tampil menjelaskan mengenai keadaan sebenar sekaligus menafikan dakwaan yang dibuat media dan blogger pembangkang.

Saroni berkata, petugas Pas bukan dihalau sebaliknya diminta untuk mengosongkan dewan tersebut dan perkara demikian telah dimaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Dr Abdul Rani Osman.

"Pemilik majlis menempah dewan melalui pihak SMK Meru sejak beberapa bulan lalu. Jumaat kerja persiapan untuk perkahwinan akan dimulakan. Sudah pasti persiapan perkahwinan memerlukan masa untuk disiapkan.

"Oleh itu, pihak sekolah minta dewan ini dikosongkan dan Dr Rani bersetuju dengan cadangan ini. Hasil perbincangan, pihak sekolah mencadangkan semua 45 keluarga mangsa banjir dipindahkan ke 9 bilik darjah," kata Saroni.

Dengan penjelasan Saroni ini jelas menunjukkan bahawa media dan blogger pembangkang memutar-belitkan mengenai isu sebenar. Memang sudah menjadi zikir harian mereka untuk memutar-belit mengenai fakta sebenar.

___________________________________________________________________


Berikut merupakan catatan Saudara Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia (MBM) di facebook beliau bagi menafikan dakwaan pembangkang.


16 Disember 2015.



Hadir ke Pusat Pemindahan Banjir SMK Meru, Kapar bersama team Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia - Myvoc Komuniti Pendidikan dan Komuniti Pengurusan Bencana Majlis Belia Malaysia.

Turut hadir dan menjayakan projek kali ini grup sukarelawan MBD Klang diketuai oleh Haiziee pengerusi MBD Klang.

Program dijalankan
1. Pendidikan Kanak-kanak
2. Projek Tirai.
3. Bantuan kepada OKU.

Sempat berkenalan dengan grup anak2 muda dan petugas AMAL MALAYSIA serta solat Asar di imam kan YB Dr Rani.

Istimewa hari ini, selepas Asar kehadiran Menteri Besar Selangor menziarahi pengungsi di sini berserta jentera nya.

Cuma dewan perlu dikosongkan kerana ada komitmen penggunaannya untuk majlis yang sudah awal ditempah. Dewan yang sudah teratur dengan khemah terpaksa dibuka dan dialihkan.

Pengungsi kena berpindah ke bilik darjah. Lalu MyVOC aplikasikan Projek Tirai.

Lewat Maghrib YB Datuk Seri Sahidan Kassim hadir mengejut membuat tinjauan. Ada banyak perkongsian sewaktu Meeting ringkas demi memperbaiki pengurusan sedia ada.

Dalam banyak2 tu dua perkara paling saya Respect dpd sikap beliau.

"Bila bencana , ia ruang utk kita bersama. Kaedah bersama adalah dengan Solat Berjemaah, Memasak dan makan bersama".

Kami pun solat berjemaah dengan diimamkan beliau.

Sepanjang mendampingi beliau menziarahi dan proses agihan sumbangan, watak 'hemoi' dan 'kampung' cukup sebati dalam diri beliau.

Mungkin sebab itu Hero Malaya dari Utara diraih nya.

Catatan dinihari sekembali dari PP SMK MERU.

[Video] #KitaLawan : Bila Rara, Muslimah DAP Terkinja-Kinja.

Sunday, 8 March 2015 | comments



Malas nak komen...cuma boleh cakap.... BOINK! BOINK! BOINK!  :D

VIDEO

Ucapan Anti GST Muslimat PAS Yang Paling LOL'Z!!!

Saturday, 3 May 2014 | comments



Cakap Berdegar degar....tapi sebenarnya dia paham ke tidak apa yang dia cakap nih?

****VIDEO****

Kejam: Nasib Penyokong Morsi Di Mesir

Friday, 19 July 2013 | comments





Nampaknya Mesir Sedang Menuju Kearah Kehancuran Total!! Segala propaganda yang menyeru kearah perubahan pemerintahan akan membawa Mesir ke arah lebih baik nampaknya menjadi sebaliknya.

Gen yang ada didalam DNA rakyat Mesir nampaknya lebih suka menyelesaikan apa sahaja yang tidak disukainya dengan kekerasan....

Malaysia pon sedang menuju ke arah ini..

Video: Kenapa Rakyat Mesir Jadi Ganas? (Tutorial)

Tuesday, 9 July 2013 | comments


Mungkin ini salah satu cara yang diajarkan dalam buku Gene Sharp , pakar menjatuhkan sesebuah kerajaan tanpa keganasan. Aktivis Mesir mengambil pendekatan yang lebih up to date , iaitu meletakan semua kesalahan di bahu tentera dengan cara yang lebih rare dan ganas. 


Tujuan?

Seperti yang tertulis dalam buku "The Methods of Nonviolent Action - Gene Sharp" ,  cara paling mudah mengumpul "bala tentera" dari kalangan rakyat itu sendiri adalah dengan mencipta persepsi, mewujudkan satu musuh yang sama.

Dalam kes Mesir, langkah pertama adalah, tentera digambarkan sebagai satu pihak yang Pro-Morsi. Morsi pula adalah musuh rakyat Mesir, jadi Tentera juga adalah musuh Rakyat Mesir.

Seterusnya mewujudkan mangsa dikalangan rakyat Mesir itu sendiri..macam mana nak wujudkan "Mangsa"?
Sila tonton video ini.

(masa 0.17. yang menembak aktivis adalah dikalangan aktivis sendiri.)

Kemudian? Sebarkan pada orang ramai, bahawa si mati dibunuh oleh tentera. Sebab tuh dalam video kita boleh nampak, orang ramai mengejar kenderaan tentera tu.

dah faham?  Ok sila aplikasikan cara keji ini di Malaysia.. oppss tunggu sekejap.. Anwar Ibrahim dah buat dulukan cara ini di Malaysia.?

hihihihi

P/S: Ini bukan bermakna Blog ini menyokong mana mana pihak, baik pihak aktivis mahupun pihak tentera. tulisan ini cuma berdasarkan video ini SAHAJA. Tentera Mesir pun bukan baik sangat

Video : Jurnalis Belanda Dirogol Aktivis Mesir!

| comments



Hancur rasanya Negara Mesir dek tangan tangan yang laparkan kuasa, yang tak pernah paham maksud sabar. Terima Kasih Aktivis Mesir, kerana berjaya mempromosikan "Islam itu Ganas."

Sebab tuh mengulingkan kerajaan ditaktor sebelum ini adalah kesilapan terbesar Mesir. Jangan dipertikaikan kekejaman yang dilakukan pemerintah sewaktu itu. Kerana rakyat mereka dilihat, memang layak diperintah sebegitu. Itu cara memerintah yang paling efektif jika "berakyatkan " rakyat Mesir.

Ini petikan dari thesun.co.uk

"A YOUNG female journalist was gang-raped during violent mass protests in Egypt on a night that saw 44 sickening attacks on women.
Five men attacked the 22-year-old Dutch woman in Tahrir Square, Cairo, leaving her in a “severe condition” and needing surgery.
While reports also claimed a grandmother and a seven-year-old child were sexually assaulted.
The Dutch woman is thought to have been an intern taking pictures of the protests for an Egyptian organisation.
The attack comes just two years after a leading US reporter was molested by gangs of men while covering demonstrations in the same square."




Video Jurnalis Belanda di Serang/Cabul seterusnya dirogol.

Macam Binatang!

berdasarkan perkara ini, aktivis atau pelampau ini rasanya dah tak peduli apa dah. Jadi sebelum jadi perkara yang lebih teruk. Elok bawa pulang pelajar kita yang tersisa di sana.






Video: Tentera Mesir Guna Khidmat 'Snipper" Bunuh Aktivis

| comments


Sekarang keadaan kacau bilau di Mesir ekoran Morsi digulingkan dilihat seperti tidak terkawal. Dari satu sumber menunjukkan dengan jelas, protester mengunakan provokasi melampau seperti menikam pihak tentera dengan pisau, melontar molotov cocktail hingga menyebabkan ramai polis yang cedera, dan bermacam lagi.

Dari satu sumber lain pula, dilihat pihak tentera menyerang rakyat Mesir seperti musuh yang dihalalkan darah mereka ditumpahkan tanpa mengira had umur.

ok..dah pening.. kehidupan mereka yang mengajar mereka jadi seperti sekarang atau mmg sudah berada didalam genetik mereka sehingga kekerasan itu telah menjadi wajib dalam menyelesaikan sesuatu konflik..

Dalam video dibawah, penembak tepat dilihat menembak rambang sasarannya..nampak terus tembak..apa nak jadi? Orang awam terpaksa berlindung disebalik kenderaan dan juga bangunan.

ini cuma salah satu video yang ada..akan ada video part 2 yang lagi kejam dan keji.




 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger