cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Video Kantoi :Guna Mahasiswa Untuk Politik? Ini Kalilah!

Friday, 3 May 2013 | comments (1)


Kantoi~ Kalau selama ini, mahasiswa dikatakan hanya untuk meramaikan program, sekarang ini, mahasiswa Malaysia diangkat ke level yang lebih tinggi. Menjadi Jentera Macai Politik.

Kesian.. tak tahu apa-apa, tiada kepentingan apa-apa, tapi demi kepentingan politik, orang PR tak peduli itu semua asalkan nafsu politik mereka dipuaskan. Diugut dengan menggunakan markah final exam, Mahasiswa ditakut-takutkan untuk buat kerja mempromosikan PR dengan baik jika mahu lulus dengan cemerlang.

Soalnya.. Inikah yang Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) juangkan? Sejijik UMNO/BN tak pernah sehina ini  level mempergunakan Mahasiswa. Kesian....Rasanya Rakyat dah boleh nilai, mana satu yang teruk.. ini karilah!

Gambar di atas , tetap sekadar hiasan. Jom Tonton Video Kantoi Ini.

Nasib Baik Bukan Zaman Aku Lah Pensyarah ni!

Orang Malaysia Sudah Boleh Melawat Israel??

Tuesday, 30 April 2013 | comments (1)



Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.

Saksikan video ini;



Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.

Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.

Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan pembangkang adalah sesuatu yang pasti.

Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.

Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.

Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.

Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.

Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.

Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong pembangkang.

Tentulah ini tidak masuk akal.

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap pembangkang, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.

Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.

Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.

Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya ?

Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.

BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan pembangkang juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.

Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata.

Kenapa ?

Apakah sudah sah yang pembangkang akan menang ?

 Sambung baca sehingga habis di http://www.parlimenpekan.com/?p=1222

Unit Amal Pas Pukul Che'Gu Bard?

Tuesday, 23 April 2013 | comments



Che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh . Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. CheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.

Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara.

"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir…tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi.


Artikel ini diceduk dari :http://kedahan69ers.com/chegu-bard-ditolak-pas-dari-dun-n21-sg-acheh/

Pening Juak PR. Juanda Jaya Sokong BN!

| comments





“Jika kerusi itu diperuntukkan kepada PKR, sememangnya dia (Dr Juanda) adalah calon terbaik bagi PKR bagi memenangi undi pengundi di situ.


“Dia masih menyokong PKR dan berjanji akan terus memberi sokongan,”

- Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Mohd Faisol Abd Rahman

Masih terdengar sorak sorai penyokong Pakatan bila berita ulasan dari Pengerusi PKR SYIAH Perlis memberi ulasan ini pada media. Katanya, Ulama termasuk mufti sudah "kembali" ke pangkal jalan, katanya Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan ramai. Katanya PR dijalan yang benar, 

Katanya..kihkhikhikihki ... lagi pun semua orang tahu yang Pengerusi PKR Perlis nih penyebar Syiah dan direstui sendiri oleh PAS yang merupakan "sahabat" dalam Pakatan Rakyat. Mana mungkin seorang ulamak Sunni boleh duduk sekapal dengan geng geng yang menkafirkan sahabat-sahabat Nabi?

Kelakar~ 




Masih Mahu Menyokong Anwar Ibrahim?

Monday, 8 April 2013 | comments


Pasti ramai Anwarinas yang sedaya upaya mempertahankan Anwar Ibrahim daripada kenyataan-kenyataan yang dilemparkan oleh Dr. Chandra bukan?

Sabar kawan, sebelum menghentam beliau baca sikit info nih.
"Chandra Muzaffar ialah seorang ahli sains politik Malaysia yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya(UM) selama beberapa tahun, dan kini merupakan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menumpukan persoalan-persoalan keadilan sejagat dari segi kerohanian dan akhlak. Dialog antara agama merupakan salah satu daripada keutamaannya dan beliau adalah ahli Majlis Keamanan Antara Agama Antarabangsa serta ahli lembaga Titik Persamaan (Common Ground), sebuah gerakan antarabangsa terhadap semua bentuk diskriminasi dan rasisme. Muzaffar pernah memegang jawatan dalam Parti Keadilan, sebuah parti pembangkang Malaysia. " -Sumber WikiPedia.
Pernahkah walau sedetik anda terfikir bagaimana seramai 32 orang kuat termasuk Dr. Chandra sendiri yang mengasaskan PKR, telah keluar dari parti itu secara keseluruhan? yang tinggal hanyalah Azmin Ali, Wan Azizah (The Puppet), & Tian Chua ?

Yang setia mempertahankan PKR ? tinggal Macai-macai politik sempit anwar ibrahim..kihkihkih kelakar.

Mahu Tahu Tentang Misteri Foundation Of The Future? Klik Sini

Video Penuh :




PENING LAGI BUNG NUOR




Artis Rasional Tolak Nik Aziz?

Thursday, 4 April 2013 | comments (1)


Kecoh khabarnya video klip bekas kumpulan Exist ada muka aljuburi dan itu bukti yang bekas kumpulan Exist dan Golongan Artis dah sokong PR..Senang kiraan geng pakatan nih kan?

Jom kita dengar lagu dari "artis" nih pulak. hihihihi rakyat dah makin bijak, rakyat akan tolak pakatan sampai rebah! Kami Sayang Malaysia


Dari MyMassa.

DAP Junamkan Ekonomi Pulau Pinang?

Friday, 29 March 2013 | comments

Sila Sangkal Info Ini
Hanya lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang sudah menjadi bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009. Tak Percaya? Rujuk >>>>  Penang’s Deficit Hits RM262 Million in 2013

Ramai percaya LGE berjaya kurangkan hutang negeri. Namun ramai yang tak tahu atau tak pernah nak ambil tahu bahawa itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan

Pulau Pinang sekarang ini sedang mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP & Lim Guan Eng. Tapi dah sebab orang kita jenis suka bersuap, LGE DAP bagi RM100.00 terus angkat LGE jadi dewa, sedangkan selama nih apa yang kerajaan pusat buat, orang kita akan tutup mata, pekak telinga,

Dan kalimat yang kita sedia marfum akan diguna berulang-ulang kali...

" Bukan duit kerajaan, itu duit rakyat"
" memang tanggungjawab kerajaan"
" itu duit hasil cukai"

Tapi sayang ayat ayat nih tak pernah kluar bila benda yang sama dibuat oleh kerajaan pembangkang..
Tipikal Maleis... hihihi
Lebih info di bawah...









Nallakaruppan Bantai Anwar Ibrahim?

Wednesday, 27 March 2013 | comments


Siapa Nallakaruppan?



"Nallakaruppan adalah rakan tennis Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berkawan baik selama 30 tahun lebih.

Setelah sekian lama menyepikan diri selepas dikaitkan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau muncul semula di persada politik Malaysia sebagai Ketua Bahagian PKR Kepong,Selangor. Beliau menyertai PKR pada 2006 kerana yakin dengan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 Nallakaruppan berjoget bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentas kempen bagi memenangkan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimanapun, Cikgu Parthiban dari Barisan Nasional-MIC menang."

Pakatan Rakyat Hina Mahasiswa Malaysia?

Wednesday, 20 March 2013 | comments

ptptn-logo


Lebih “Auta” dari “Fakta” apabila sekali lagi Rafizi Ramli memperbodohkan dirinya dengan berkata “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dihapuskan segera bagi mengelakkan perbadanan tersebut membankrapkan negara !!!”

Masih ingatkah anda semua akan perdebatan Isu Mansuh PTPTN diantara Khairi Jamalludin dan petualang bangsa Rafizi Ramli yang mana Rafizi gagal membuktikan kemampuan PR melaksanakan Dasar Pendidikan Percuma ?

Sebelum ini Rafizi dalam ucapan-ucapannya sering mengaitkan negara-negara “Scandinavia” untuk dijadikan perbandingan seperti Turki dan Finland tetapi tidak kini kerana info dan maklumat yang diberikan nyata bercanggah dengan kenyataan dan hampir memalukan dirinya.

Wajarkah Malaysia dibandingkan dengan Negara Uncle Sam (Amerika), begitu bangsatkah siswa-siswi Malaysia dipandangan mata Rafizi Ramli dengan membuat andaian Malaysia akan muflis jika PTPTN diteruskan dengan “andaian” lepasan siswazah yang menerima pinjaman PTPTN akan melupakan akur janji untuk membayar balik pinjaman ?!

Semenjak PTPTN dutubuhkan pada tahun 1997 sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam telah menerima manfaat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Berbeza dengan pihak pembangkang, Kerajaan sentiasa percaya dan yakin bahawa sikap jujur, amanah dan bertanggunajawab yang disemai dan diamalkan rakyat Malaysia pastinya tidak akan merugikan dan membebankan Kerajaan.

Beberapa pekej dan tawaran diperkenalkan demi memastikan peminjam PTPTN membayar balik pimjaman antaranya diskaun 20 peratus itu diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan hutang secara sekali gus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

Hasilnya seramai 13,900 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil menyelesaikan pinjaman pembiayaan pendidikan PTPTN bagi menikmati tawaran diskaun sebanyak 20 peratus seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daripada 1 Oktober sehingga 15 Disember lepas jumlah pembiayaan sebanyak RM47.94 juta manakala jumlah bayaran balik yang diterima adalah RM38.36 juta dengan jumlah diskaun pengurangan bayaran balik adalah sebanyak RM9.59 juta.

Lebih menbanggakan daripada 13,900 peminjam yang membuat bayaran balik secara sekali gus itu, seramai 629 merupakan peminjam yang telah disenarai hitam dengan jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.07 juta.

Jadi tidak patut wujud isu Malaysia bakal mengalami kebankrapan jika PTPTN diteruskan.
“Dasar Pendidikan Percuma” dan “negara bakal muflis” jika PTPTN tidak di mansuhkan sengaja diserapkan di dalam minda rakyat yang berfikiran cetek atau lebih tepat orang-orang yang berfikiran secara melulu oleh pembangkang kerana semakin hampir pilihanraya.

Dasar pendidikan percuma hanyalah satu dasar yang tidak jelas dan kabur kerana ianya bila-bila masa boleh diubah dan dimanupulasi mengikut keadaan.

Banyak keraguan dan kebocoran dalam dasar pendidikan percuma yang dicanag-canangkan oleh pakatan pembangkang.

Cuba fikirkan, sebanyak RM43.85 billion diperlukan untuk melupuskan PTPTN.

Seterusnya satu “dana” diperlukan untuk membayar yuran pengajian IPTA, selepas itu satu lagi “dana” diperlukan lagi untuk kos sara hidup, itu tidak masuk lagi dana yuran pengajian IPTS yang sehingga kini masih belum diperjelaskan lagi.

Bukankah didalam Menifesto Rakyat (buku jingga) Pakatan Rakyat ingin memansuhkan cukai-cukai, tol-tol di Malaysia, kurangkan harga minyak, harga barang, harga kereta dan sebagainya ?!

Pernahkah terfikir bagaimana dan dari mana kah PR akan menampung segala-galanya setelah semua dimansuhkan dan PR masih bermimpi ingin memberikan Pendidikan Percuma ?
Perlukah kita menyokong kepada satu dasar yang tak pasti ?

Walaupun pelbagai-bagai cara di gembar-gemburkan oleh PR untuk menampung kos dasar pendidikan percuma mereka, yang pasti cara-cara tersebut hanyalah mainan politik semata-mata.

Bayangkan begitu banyak wang yang dibelanjakan untuk menjayakan satu dasar yang tak pasti bagaimana pula sektor-sektor lain seperti subsidi, perubatan, pendidikan (menengah/rendah), pembagunan negara dan sebagainya ?

Yang pasti jika Dasar Pendidikan Percuma dilaksanakan dan PTPTN dimansuhkan, yang menjadi mangsa adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Jika kita fokus pada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sehingga pada tahun ini, peminjam PTPTN di bawah IPTS adalah 603,810 orang melibat RM20.2 bilion.

Pada tahun 2012 sahaja, PTPTN meluluskan sejumlah 14,459 peminjam melibatkan peruntukan sejumlah RM182.3 juta.

Daripada 600 IPTS di bawah KPT, sebanyak 434 IPTS di bawah tajaan PTPTN.
Jika PTPTN dimansuhkan ia boleh menyebabkan IPTS di Malaysia gulung tikar.

Seharusnya golongan mahasiswa masa kini memikirkan cara-cara untuk membaik pulih sistem PTPTN dan bukannya terpengaruh dengan dakyah pembangkang dengan memansuhkan terus PTPTN.
Mahasiswa seharusnya sedar sistem dan dasar PTPTN telah memberi kesinambungan dari satu generasi ke satu generasi dengan jayanya.

Jika diadakan universiti percuma, sudah tentu cukai-cukai lain akan meningkat untuk menampung keperluan pengajian percuma, bayangkan keadaan negara ketika itu.

Wajarkah sekadar mengejar kesenangan semantara, nasib negara dimasa depan tergadai.
Tidak pernahkah anda semua terfikir Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sendiri tidak mampu melaksanakan  pendidikan percuma di Negeri Selangor sedangkan dalam kenyataan menteri  besarnya Abdul Khalid Ibrahim  mengatakan rizab tunai terkumpul Selangor sebanyak RM 2.5 billion !

Oleh itu, marilah kita fikirkan dan renungkan bersama.

Sumber

Ini Janji Ditepati? Atau Janji Sang Munafik?

Saturday, 16 February 2013 | comments




Mahkamah Tinggi di sini Isnin menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger