cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

[18+GAMBAR]- Gadis Dipaksa Berkahwin Dengan Anjing

Monday, 8 September 2014 | comments

Dipercayai membawa sial, Mangli Munda, berusia 18 tahun dipaksa mengahwini Sheru seekor anjing jalanan untuk menghapuskan sial yang ada pada Mangli.

Kesian....














“Rubble Bucket Challenge” Tingkat Kesedaran Tentang Kesusahan #GAZA

Wednesday, 3 September 2014 | comments


Ramai yang tahu tentang ALS Ice Bucket Challenge dan cabaran mandi ais ini masih "panas" di ruang ruang media maya sekarang. Namun ramai yang tidak tahu seorang jurnalis Gaza telah melancarkan “Rubble Bucket Challenge” untuk meningkatkan kesedaran tentang kesusahan serta kepayahan yang telah dilalui oleh rakyat Palestin sepanjang konflik di semenanjung Gaza itu.

Pada 7 Julai yang lalu, Israel melancarkan "Operation Protective Edge" dan sejak dari itu lebih dari 17,000 rumah telah rosak dan musnah. 2,100 warga Palestine, yang mana majoritinya terdiri daripada rakyat yang tidak bersalah dan kanak-kanak serta 68 tentera Israel terbunuh dalam trajedi "Operation Protective Edge".



Sementara Semenanjung GAZA kini dibawah gencatan senjata, Ayman Aloul seorang wartawan yang ditempatkan di Gaza menyedari bertapa berjayanya kempen ALS Ice bucket challenge dalam membawa kesedaran masyarakat tentang ALS, Aloul cuba menggunakan pendekatan yang sama namun menggunakan serpihan bangunan yang musnah dalam peperangan tersebut.

Berdasarkan video diatas, Aloul berdiri ditapak rumah yang telah dimusnahkan Israel dalam serangan menggunakan IDF dan dengan cara yang sama melembarkan cabaran pada masyarakat dunia untuk menuangkan debu atau serpihan simen ke badan mereka.

Ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesusahan rakyat Gaza malah untuk menunjukkan bertapa Gaza kekurangan air serta keperluan asas yang diperlukan untuk meneruskan hidup di tebing barat itu. Aloul juga menegaskan bahawa, cabaran ini tidak tertumpu kepada mana mana lapisan masyarakat, namun untuk sesiapa sahaja yang bersimpati atau sekurang-kurangnya yang masih punya hati.


VIVA PALESTINA!


Pulau Mabul Diserang Penceroboh Sulu!

Sunday, 13 July 2014 | comments





SABAH- Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom,telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi,pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran,bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.

berita penuh :- Klik

[VIDEO] Penjelasan Ibu OKU Dikurung Sehingga Kering.

Sunday, 22 June 2014 | comments (2)






Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Taman Semarak, Nilai, semalam, mendakwa tidak tahu bagaimana cara meminta bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata dalam laporan Berita Harian, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.

“Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya. Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.

Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.

“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami. Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja berkenaan dipetik laporan Harian Metro pula.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.




“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

Pengebom Berani Mati Made In Malaysia.

Wednesday, 4 June 2014 | comments


KUALA LUMPUR- Ahmad Tarmimi Maliki, 26, adalah seorang pekerja kilang biasa di Selangor tetapi di luar rutin aktiviti hariannya, dia rupa-rupanya telah direkrut sebagai pengebom berani mati.

Tanpa diketahui oleh keluarga dekatnya di Pahang, dia yang diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi telah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.

Ahmad Tarmimi yang dikesan pernah mengikuti latihan ala ketenteraan sebuah kumpulan militan di Port Dickson akhir tahun lalu meletupkan dirinya bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh pasukan tentera kumpulan militan Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS).

Serangan itu dikatakan telah membunuh 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan berkenaan.

Berita tentang serangan itu disiarkan di dalam media rasmi ISIS dengan tajuk utama Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom yang disertakan gambar Ahmad Tarmimi.

Dalam laporan itu turut dinyatakan pasukan ISIS merampas sejumlah besar senjata api termasuk raifal, mesingan ringan dan peluru.

Ahmad Tarmimi dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati,


Berita penuh : Klik

[Video]Ucapan Live! Obama Di Universiti Malaya.

Sunday, 27 April 2014 | comments

"Mereka Suruh Isteri Saya Minum Arak!"

Monday, 21 April 2014 | comments



Klang: “Mereka suruh isteri saya minum arak. Tindakan itu amat tidak masuk akal,” kata Muhamad Izuan Mosli, 22, yang mendakwa dibelasah dan disiram air panas oleh sepasang adik-beradik selepas mempertikai perbuatan itu.

Menurutnya, dia dipukul suspek selepas menunjukkan isyarat lucah akibat marah dan enggan membayar wang denda RM3,600 seperti diminta suspek.

Mangsa berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang rakan di Taman Intan, di sini, yang turut dihadiri dua suspek terbabit pada 15 April lalu.

“Isteri saya yang sedang mengandung mengadu seorang daripada suspek terbabit menyuruhnya meminum arak dengan alasan minuman keras itu baik untuk wanita mengandung.

“Akibatnya saya tidak dapat menahan marah dan secara tidak sengaja menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka sebelum beredar meninggalkan majlis,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, kelmarin.

Dia berkata, dua suspek terbabit kemudian mahu berjumpa dengannya untuk berbincang berhubung kejadian itu di sebuah restoran berhampiran pusat beli-belah di pusat bandar Klang, di sini, Khamis lalu.

“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian menemui dua suspek itu dengan ditemani isteri.
Namun sangkaan saya meleset apabila dua beradik itu mendesak supaya saya memberi mereka wang RM3,600 sekiranya mahu perkara itu diselesaikan.

“Saya berkeras enggan membayar wang diminta kerana beranggapan ia peras ugut."

Bagaimanapun, seorang daripada mereka terus menyimbah air panas ke arah saya dan memukul saya menggunakan kerusi serta meja tanpa belas kasihan,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang cuba membantu turut ditendang di perut hingga terjatuh.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian membantu meleraikan pergaduhan sebelum kedua-dua suspek segera melarikan diri.
Kami kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Kapar,” katanya.

-Harian Metro

“Tolonglah berhenti menyalahkan suami saya"- Isteri Pemandu Lori

Sunday, 20 April 2014 | comments



Nur Azlina Ahmad, 23 ketika ditemui petang tadi berkata pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan kepada suaminya sehingga menyebabkan orang mula memandang sinis kepada keluarganya.

“Tolonglah berhenti menyalahkan suami saya.

“Hampir setiap hari saya menangis apabila membaca komen yang dilemparkan.

“Macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Kononnya dia kena upah, kemalangan yang dirancang, malah ada yang mengatakan, (ketika kejadian) suami saya di bawah pengaruh dadah” ujarnya sayu.

Para penyokong mendiang Karpal sebelum ini cuba menyalahkan pemandu lori tersebut yang dikatakan menjadi punca kemalangan yang meragut nyawa bekas penasihat DAP itu.

Malah ada di kalangan mereka yang turut bertindak keterlaluan dengan mengeluarkan komen-komen berbaur ugutan di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Menurut Azlina sepanjang pengetahuannya, suaminya tidak pernah mengambil sebarang jenis dadah yang dilarang. Malah di kalangan rakan sekerjanya beliau turut dikenali sebagai seorang pemandu yang berhati-hati.

“Ketika membuat laporan polis, kami telah memberikan kerjasama yang penuh.

“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak, biarlah pihak polis yang menyiasat perkara yang sebenar,” ujarnya lagi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Manakala pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45 bersama isteri dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di dalam kenyataan sebelum ini berkata
pemeriksaan awal yang dilakukan mendapati pemandu Karpal yang juga merupakan warganegara dari India itu mempunyai 15 saman trafik akibat memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Kemalangan tersebut telah dijalankan di bawah Section 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Provokasi : Amaran Dari Yang di-Pertuan Agong

Monday, 10 March 2014 | comments






KUALA LUMPUR,-- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru semua pihak agar mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau tindakan bersifat provokasi dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Seri Paduka bertitah tindakan tegas mesti diambil ke atas anasir jahat yang cuba menyebarkan pemikiran dan tindak-tanduk yang bertujuan meruntuhkan nilai-nilai serta keluhuran Perlembagaan negara.

"Semua pihak perlu sedar akan peri pentingnya perpaduan dengan kembali kepada landasan sebenar asas-asas penubuhan negara ini seperti yang dihasratkan pemimpin terdahulu.

"Ingatlah, apabila terurainya perpaduan, negara akan menuju kehancuran. Justeru, kita hendaklah mengukuhkan perpaduan dengan memupuk perasaan hormat menghormati dan kesederhanaan dalam menjalani kehidupan," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-13 di sini Isnin.

Seri Paduka bertitah dalam pada itu, kemajuan teknologi tanpa sempadan hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab untuk memuliakan lagi peradaban manusia, bukan menghancurkannya.

"Sesebuah negara akan pantas menjadi maju apabila segala urusan perniagaan dan pentadbiran negara bersandar kepada prinsip akhlak, beretika dan mengamalkan integriti yang tinggi," titah Tuanku Abdul Halim.

Mengenai kecelaruan pemikiran ummah dan ancaman akidah, misalnya fahaman pluralisme serta penyebaran ajaran sesat, Yang di-Pertuan Agong bertitah pihak berkuasa agama perlu menangani masalah itu selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan umat Islam di negara ini, demi mengelakkan perpecahan ummah.

Titah Seri Paduka, generasi muda dan belia hari ini adalah cermin wajah negara pada masa hadapan dan merupakan aset penting dalam mencorakkan pembangunan serta kemakmuran negara.

Tuanku Abdul Halim berharap golongan belia akan terus didampingi melalui program pembangunan yang inklusif dan komprehensif berteraskan pendekatan daripada belia untuk belia, yang meliputi aspek-aspek kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelawanan.

"Golongan belia juga perlu ditanamkan semangat patriotik dan dipupuk jiwanya agar cintakan negara," titah baginda.

Justeru, Seri Paduka menyeru semua rakyat jelata terutamanya golongan belia agar menggunakan segala ruang dan peluang yang ada dengan bijaksana serta bersama-sama berpadu tenaga melonjakkan negara ini menjadi negara maju berpendapatan tinggi dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.

"Segala cabaran dan rintangan pasti dapat diatasi. Beta yakin melalui sokongan padu semua pihak, kerajaan di bawah pimpinan Mamanda Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan barisan anggota pentadbiran mampu merealisasikan segala perancangan yang direncanakan," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim juga menyeru agar usaha membasmi jenayah termasuk melalui penambahbaikan undang-undang dan peningkatan kecekapan dalam penguatkuasaan terus dipertingkat.

"Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua pihak yang menyumbang ke arah keamanan, pembangunan dan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat," titah baginda.

-- BERNAMA

#MH370 : Saya Masih Di Pantai, Kata Pemilik Pasport Itali Yang Dicuri

| comments

Luigi Maraldi


KUALA LUMPUR: Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan identitinya digunakan oleh individu yang menaiki pesawat yang hilang daripada radar tersebut.

"Saya OK. Saya nak ke pantai. Saya tak tahu bila semua ini berlaku.

"Semua orang mula cuba menghubungi saya termasuk wartawan daripada Itali. Tapi saya fikir saya tidak mahu diganggu,"
katanya.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya pada 1 Ogos 2013 selepas mencagarkan kepada agensi kereta sewa dan hanya diberitahu telah hilang sewaktu mahu mengembalikan kereta berkenaan.

Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Itali.

Laporan mengenai kehilangan pasport itu terdapat dalam pengkalan data polis antarabangsa (interpol).

Selain Maraldi, turut dilaporkan satu lagi pasport milik warganegara Austria turut digunakan oleh individu untuk menaiki pesawat MH370.

Namun, pemilik sebenar pasport itu, Christan Kozel dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik oleh pihak berkuasa.

Kozel memberitahu media negaranya bahawa pasport miliknya dicuri ketika melawat Thailand pada 2012.

-mStar

APMM Temui Tompok Minyak Di Pesisir Pantai Tok Bali

Sunday, 9 March 2014 | comments




PASIR PUTEH-- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui satu tompokan minyak
yang panjang 100 batu nautika dari pesisir pantai Tok Bali.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sebuah kapal peronda milik APMM sudah diarah mengambil sampel minyak itu.

"Sampel itu diambil untuk kita analisis sama ada minyak yang tumpah itu ialah milik pesawat MH370 atau ia milik kapal-kapal yang menggunakan perairan itu," katanya dalam sidang akhbar Misi Pencarian Kehilangan Pesawat MAS di Pejabat Daerah Maritim Tok Bali di sini.

Beliau berkata APMM memberi tumpuan dalam misi itu dengan mengikut jalan udara yang dilalui MH370 dan meninjau sehingga ke kawasan di mana kali terakhir pesawat berkenaan dikesan.

Pesawat MH370, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dalam perjalanan ke Beijing dan usaha mencarinya sedang dilakukan.


Mohd Amdan juga berkata pihaknya mengarahkan helikopter AW139 milik APMM untuk meninjau perairan Malaysia 90 batu nautika dan ke bawah menuju pesisir pantai Tok Bali bagi memastikan tiada kawasan yang terlepas.

Beliau berkata APMM kini mencari petunjuk jika pesawat itu benar-benar terhempas di dalam perairan Malaysia di Laut China Selatan.

"Jika benar pesawat itu terhempas ke laut, sudah pasti kita akan menemui beg-beg pakaian dan serpihan-serpihan pesawat yang akan terapung," katanya.

Mohd Amdan juga berkata APMM akan menemu bual nelayan yang berpangkalan di Kelantan dan Terengganu bagi meneruskan misi dalam usaha mencari MH370.

Beliau berkata nelayan merupakan satu daripada sumber maklumat APMM bagi mengesan pesawat itu, yang dipercayai hilang di perairan Laut China Selatan.

"Kita akan kerahkan pegawai kita temu bual mulai hari ini kerana nelayan- nelayan mungkin berada di perairan sewaktu kejadian itu berlaku. Kejadian berlaku di awal pagi dan berkemungkinan nelayan berada di laut pada waktu itu," katanya.

Ditanya sama ada APMM akan menambah bilangan aset dalam misi pencarian ini, Mohd Amdan berkata pihaknya telahpun memaksimumkan penggunaan aset milik agensi berkenaan.

APMM turut dibantu enam kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dua kapal milik kerajaan Singapura, katanya.

Beliau berkata APMM telahpun memantau 100 peratus kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan pada hari kedua misi mencari pesawat yang hilang itu.

Bagaimanapun, Mohd Amdan tidak menolak kemungkinan MH370 terhempas di kawasan perairan Vietnam berikutan laporan penemuan tompokan minyak oleh pihak operasi Vietnam.

-- BERNAMA


[VIDEO] : Radar TUDM beri petunjuk MH370 patah balik

| comments

WHAT THE FISSH???




Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM




SEPANG: Siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan ‘air turn back’ atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu.

Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC).

“Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa,” katanya. - BERNAMA


Kedutaan China Sahkan Pasport Curi Digunakan Dua Penumpang Misteri

| comments




PETALING JAYA: Kedutaan China mengesahkan laporan pasport warga Austria dan Italia yang dicuri, digunakan penumpang misteri di dalam pesawat tersebut, kata Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

"Kami mengesahkan insiden tersebut dengan pihak berkuasa Malaysia. Kami turut menyiasat sama ada terdapat dua individu memiliki dokumen visa perjalanan yang sah ke China," kata Huang yang dipetik dari media China pada Ahad.

Huang berkata, berdasarkan apa yang dikumpul dalam pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia, cara pesawat tersebut terputus hubungan dan hilang adalah luar biasa dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Katanya, sekiranya sistem elektronik atau kegagalan enjin, masih ada isyarat dari pesawat tersebut manakala sensor kedudukan elektronik sepatutnya masih berfungsi dan jika pesawat itu diperlahankan.

"Namun saya berharap agar semua akan bersabar kerana kadang-kala terdapat banyak perkara yang diluar kami kita," katanya.


[Video] Kalimah Allah: Penerangan Kenapa Kristian Mahukan Kalimah Allah

Thursday, 6 March 2014 | comments



Bertempat di hadapan Istana Kehakiman , walaupun kecoh sebentar, dan ada yang nak bergaduh, tapi dalam video ini menunjukkan rakyat Malaysia masih boleh berbincang dalam semua isu tanpa kekerasan. 

Dalam video nih,Joe Kwan cuba menerangkan mengapa Kalimah Allah patut dimasukkan kedalam Bible. Sebenarnya ada jawapan balas yang lebih sesuai, tapi mungkin abang abang dalam video nih sedang di bakar semangat yang berkobar-kobar sampai terlupa tanya soalan yang penting. Kenapa hanya Bible Bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan ?




Kami Mahu Aibkan FAM! : Ultras Malaya

Monday, 3 March 2014 | comments




Penyokong Ultras Malaya membakar suar ketika aksi persahabatan antara Harimau Malaya menentang Filipina. malam kelmarin.Kuala Lumpur: "Kami memang sengaja buat," demikian reaksi wakil Ultras Malaya mengenai kejadian bakar suar dan balingan bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin.

Wakil kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lekir berkata, tindakan itu sebagai bukti suara penyokong bola sepak tempatan yang mula muak terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa sudah gagal. 


“Memang tindakan itu dibuat dengan sengaja dan mahu malukan FAM. Ultras Malaya sebagai landasan kepada suara peminat di negara ini, malah pada perlawanan semalam (kelmarin) seluruh stadium turut bersama kami.

Tokyo Mogok Seks - Takder Cara Lain Ke?

Tuesday, 11 February 2014 | comments




Tokyo: Sekumpulan wanita melancarkan mogok seks terhadap lelaki yang mengundi gabenor baru bandar raya ini yang memenangi pilihan raya kelmarin.

Kumpulan itu bertindak demikian selepas Yoichi Masuzoe mendakwa wanita tidak layak memegang jawatan kerajaan kerana tidak boleh membuat keputusan kritikal ketika haid memandangkan mereka tidak normal ketika itu.

Kempen di Twitter itu yang menggesa ‘wanita bersatu untuk tidak melakukan seks dengan lelaki yang mengundi untuk Masuzoe’ memperoleh 3,000 pengikut sejak dilancarkan minggu lalu.

Bagaimanapun, bekas menteri kesihatan yang disokong parti pemerintahan berkenaan memenangi pilihan raya gabenor, menewaskan dua calon yang berjanji untuk mengakhiri kuasa nuklear.


MASUZOE


Pengasas kumpulan itu yang tidak dikenali berkata dalam profil mereka: “Kami sudah berusaha untuk menghalang Masuzoe yang mengeluarkan kenyataan menghina wanita, daripada dipilih. Kami tidak akan melakukan seks dengan lelaki yang mengundinya.”


Dalam wawancara 1989, Masuzoe berkata, wanita menjengkelkan apabila datang haid.

“Wanita tidak stabil ketika datang bulan. Kita tidak boleh mengharapkan mereka membuat keputusan kritikal ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Laman web kedua yang turut dilancarkan Rabu lalu oleh sekumpulan wanita yang cuba untuk menghalangnya daripada menjadi Gabenor Tokyo menarik 75,000 pengikut, lapor media.- Agensi

Salleh Yaakob Maut Disambar Kilat

| comments



Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.

- BERNAMA



Binatang!!! Pukul Isteri Dengan Kapak

Saturday, 1 February 2014 | comments


Kota Bharu: Sudahlah dipukul dengan menggunakan bahagian belakang kapak di kepala, lehernya pula dirantai dan dikunci dengan mangga seperti hamba.

Begitu nasib seorang suri rumah bersuamikan 'lelaki gila' berusia 26 tahun yang menghukumnya hanya kerana gagal memberikan wang seperti yang diminta dalam kejadian di Kampung Temusu, Limbat di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun hanya dapat diselamatkan selepas bapa mangsa menghubungi polis.

Ibu kepada dua anak termasuk seorang anak perempuan yang baru berusia 50 hari mengalami luka di kepala, leher serta lebam di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagaimanapun, suaminya melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

Mengimbas detik cemas itu, mangsa berkata, sebelum kejadian, suaminya yang baru pulang ke rumah meminta wang daripadanya.

Katanya, dia memberitahu suaminya dia tidak mempunyai wang sebelum diarahkan supaya mencari wang untuknya.

"Saya pergi ke rumah rakan untuk meminjam wang, namun tidak berjaya kerana rakan juga tidak mempunyai wang.

"Kerana ketakutan, saya menghubungi bapa untuk meminta pertolongan sebelum pergi ke rumah ibu saudara yang terletak berhampiran dengan rumah rakan itu," katanya ketika ditemui di HUSM, di sini hari ini.

Menurutnya, suaminya tiba-tiba bertindak menyerangnya dengan kapak sebelum belakang senjata tajam itu mengenai kepalanya.

"Saya nekad melarikan diri menerusi pintu dapur rumah itu, namun ditendangnya sehingga terjatuh. Saya bangun dan lari masuk ke dalam rumah sebelum terjun menerusi tingkap rumah itu untuk menyelamatkan diri.

"Dia bagaimanapun berjaya menangkap saya dan mengheret saya balik ke rumah sebelum merantai leher dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga untuk mengelakkan saya melarikan diri," katanya.

Menurutnya, bapanya yang mengetahui kejadian itu menghubungi polis untuk meminta bantuan.

"Dia melarikan diri sebelum polis tiba," katanya yang berkahwin dengan suaminya sejak tiga tahun lalu.

Mangsa berkata, suaminya sudah empat bulan tidak bekerja dan dia yang menanggung keluarga dengan mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman suspek kini giat diburu untuk membantu siasatan.

"Polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kita minta dia menyerah diri.

"Siasatan awal suspek mempunyai dua rekod jenayah membabitkan dadah dan ugutan jenayah" katanya.

HMetro

"MELAYU BODOH!!" - Seorang Cina Ditumbuk

Sunday, 19 January 2014 | comments



Hari ini himpunan membantah kebiadapan Adun PKR Machang Bubuk diteruskan dan kali ini ia dilakukan di depana Pejabat Adun berkenaan di Alma , Bukit Mertajam .

Dianggarkan 500 orang peserta hadir terdiri daripada pengundi Melayu Machang Bubuk , ahli UMNO Bukit Mertajam & juga NGO Melayu . Rata-rata yang hadir begitu marah di atas kebiadapan Adun berkenaan yang lebih sibuk menghina dan mengaibkan PM daripada menjaga kebajikan rakyat di kawasannya .

Mereka juga meletakkan pelbagai kain rentang dan kertas bantahan di depan pejabatnya sebagai tanda protes dan bantahan .




Kehadiran ramai orang Melayu membantah kebiadapan Adun PKR ternyata tidak disenangi pembangkang dan kekecohan telah ditimbulkan oleh seorang lelaki Cina yang mungkin penyokong mereka di situ .

Beliau menjerit " Melayu Bodoh " telah membangkitkan kemarahan peserta himpunan yang hadir dan terus menyerbunya dan menumbuk mukanya . Mujurlah pihak Polis berjaya meleraikan ketegangan dan terus menangkapnya untuk dibawa ke balai polis .

Ternyata kehadiran seorang lelaki Cina yang sudah berani jerit Melayu Bodoh di depan ramai orang Melayu begitu juga kebiadapan Adun PKR Machang Bubuk pastinya memanaskan suhu politik di negeri P.Pinang.

Berita Penuh beserta video insiden
>>> KLIK

'Rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah' kata Ridhuan Tee

Wednesday, 25 December 2013 | comments




Ahli akademik kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran bahawa pengundi Melayu mungkin mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan menaikkan kadar bayaran tol lebuh raya.

Dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan berkata parti Umno sepatutnya membentuk strategi untuk memastikan pengundi Melayu tidak terpengaruh dengan kempen Pakatan.

“Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini.

“Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah!,” katanya.

Mutu lebuhraya itu tetap tidak meningkat walau dengan kenaikan kadar harga tol, kata Ridhuan lagi.

“Adakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Adakah benar BN bermaksud barang naik?,” katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya menyemak semula perjanjian antara syarikat pemegang konsesi lebuhraya untuk mengelakkan perjanjian berat sebelah.

“Peliknya kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura,” katanya lagi.

Katanya lagi, syarikat berkenaan sepatutnya lebih berhati perut kerana sudahpun meraih banyak keuntungan, termasuk dari hasil iklan papan tanda di lebuh raya.

“Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga, Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari,” katanya lagi.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger