cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label lahad datu. Show all posts
Showing posts with label lahad datu. Show all posts

Pulau Mabul Diserang Penceroboh Sulu!

Sunday, 13 July 2014 | comments





SABAH- Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom,telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi,pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran,bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.

berita penuh :- Klik

Lahad Datu : "Kenapa tak datang selamatkan kami??"

Friday, 2 August 2013 | comments








PETALING JAYA: Gambar dua lelaki bersaudara yang diculik oleh kumpulan bersenjata Filipina di Lahad Datu pada November lalu muncul sekaligus menguatkan harapan bahawa mereka masih lagi hidup.

Sekeping gambar Chong Wei Fei, 33, seorang pengurus ladang dan Chong Wei Jie, 25, pembantu pengurus, dihantar oleh seorang kenalan kepada The Star Online menerusi e-mel pada Khamis.

Dalam gambar tersebut, kedua-dua mereka memegang papan tanda bertarikh ’7 Mac 2013′ manakala penculik terbabit menghalakan senjata ke arah mereka.

“Kedua-dua tebusan itu bertanya mengapa tiada siapa tampil untuk menyelamatkan mereka. Mereka menghidap diabetis dan darah tinggi,” kata seorang sumber di selatan Filipina.

Sumber yang berusaha menguruskan pembebasan dua lelaki bersaudara itu mengesahkan gambar itu adalah mereka.

Menurut sumber, kedua-dua tebusan itu sentiasa berpindah dari satu tempat persembunyian ke tempat lain di kepulauan Jolo, selatan Filipina sejak diculik dari sebuah ladang kelapa sawit dekat Lahad Datu di pantai timur Sabah lebih lapan bulan lalu.

Dalam kejadian penculikan terancang pada 13 November tahun lalu, lima lelaki berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan dua pucuk senapang M-16 menculik Wei Fei dan Wei Jie ketika mereka dan beberapa pekerja lain sedang memeriksa rumah sarang burung di ladang kelapa sawit dekat Kampung Manakayan.

Kesemua mereka diarahkan untuk menyerahkan telefon bimbit dan barang berharga selain turut diminta meninggalkan kawasan itu.

Kumpulan tersebut mengiring Wei Fei dan Wei Jie serta dua yang lain termasuk seorang pekerja kira-kira 2km ke arah pantai di mana sebuah bot sedang menunggu.

Kumpulan tersebut turut memutuskan untuk membawa Wei Fei dan Wei Jie bersama dan berlepas menghala ke Laut Sulawesi.

Kumpulan tersebut dilaporkan memberitahu dua yang lain ‘ada wang tiada masalah’ untuk membebaskan Wei Fei dan Wei Jie.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis yakin kedua-dua tebusan itu masih hidup dan mahu berhubung semula dengan kumpulan terbabit selepas rundingan tersebut terganggu akibat pencerobohan tentera Sulu ke Kampung Tanduo di Felda Sahabat 17, Februari lalu.

Beliau menegaskan berhubung semula dengan kumpulan penculik itu amat penting dan sedia menunggu mereka untuk membuat beberapa permintaan tidak lama lagi.

Difahamkan kumpulan tersebut bersetuju dengan beberapa jumlah sebagai wang tebus tetapi rundingan itu terganggu akibat pencerobohan tentera Sulu di mana pasukan keselamatan negara melancarkan Ops Daulat untuk menamatkan keganasan di Kampung Tanduo.

Kurang Ajar!!! 1,000 Pengganas Akan Dihantar Ke Sabah Selepas PRU13!!

Friday, 26 April 2013 | comments


 Menurut Idjirani, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.

“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.

Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.

“Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau,” katanya.

Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.

“Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,” katanya.

Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13. - SINAR



Isu Lahad Datu: S’wak Juga Pernah Diceroboh!

Sunday, 14 April 2013 | comments



KANOWIT – Jam 10 malam 18 Feb 1972, 14 keluarga di rumah panjang Lat, Nanga Dap, sejam perjalanan menaiki bot panjang dari sini, baru hendak masuk tidur, bila anjing di rumah panjang itu mula menyalak tidak berhenti-henti.

Warga emas Saun anak Skudan, 82, masih terkenang peristiwa beliau dan penghuni lain tiba-tiba mendapati sekumpulan lelaki dan wanita bersenjata berpakaian celoreng hijau gelap berada di luar pintu dan dalam kedudukan strategik di luar rumah panjang itu.

Mengintai di lubang dinding, Saun nampak dua senjata besar (mesingan) yang diletakkan di ruai (ruang legar) dan menghadap biliknya (unit keluarga) dan bilik abangnya, Ngalang.

Secara Rasminya RASCOM Ditubuhkan Pada 1972.
"Rajang Area Security Command"
Seorang wanita bergigi jarang berusia lingkungan 30-an, dikatakan ketua kumpulan bersenjata itu, meminta mereka membuka pintu untuk ‘berbual’ seketika, kata Saun yang terkenang kembali pengalaman beliau berdepan dengan pengganas komunis 41 tahun lepas susulan pencerobohan terbaru pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Saun enggan membuka pintu kerana mengetahui mereka adalah pengganas komunis. Dia telah lama mengetahui tindakan ganas mereka jika provokasi dilakukan.

Bimbang perkara yang lebih buruk mungkin terjadi, anggota keluarganya membuat sekatan di pintu itu dari dalam dengan menyusun gong tembaga dan apa sahaja objek berat yang mereka temui. Yang lain menyembunyikan dua senapang patah yang ada dalam rumah.

Saun memberitahu Bernama keluarganya menjadi sasaran kerana mendiang suaminya Lias anak Kana, ketika itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri 1969 sebagai calon Bebas.

“Selaku ADUN, dia merupakan sasaran utama kempen mereka untuk menakutkan penduduk. Pengganas itu datang semata-mata mencarinya tetapi suami saya berada di Kuching menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri,” katanya.

“Berjam-jam saya merayu wanita itu supaya meninggalkan kami dengan memberi alasan terdapat banyak kanak-kanak bersama saya. Dia nampaknya mengalah kerana ketika itu itu dia bercakap dengan seorang wanita lain, dan saya pula bertekad memastikan mereka pergi.

“Tetapi jika mereka menyerbu masuk malam itu, sudah pasti pertumpahan darah tidak dapat dielakkan,” katanya.
Pahlawan Iban Dengan Duku Ilang
Beliau berkata selain menghalang saudara lelakinya, dia juga terpaksa memujuk mendiang bapanya yang telah berumur, seorang pemburu kepala pada masa mudanya, supaya tidak melawan pengganas itu yang ketika itu hanya bersenjatakan duku ilang (pedang perang).

Pengganas itu akhirnya beredar sebelum subuh tetapi merampas dua senapang patah dan beberapa kampit beras daripada dua keluarga di situ.

Mereka juga memaksa seorang lelaki tua mengikuti mereka kerana menantunya menyertai ‘Pengakap Sempadan’, tetapi kemudian melepaskannya.

Pengganas itu memaksa dua lelaki mengikuti mereka, yang telah ditahan dua hari kerana mungkin menganggap mereka berpotensi menjadi rekrut.

“Mereka meninggalkan tanda di belakang…bendera merah ikonik mereka dan bom buatan sendiri yang dipasang di sepanjang laluan papan ke sungai,” kata Mancha anak Ngalang yang pertama sekali tiba keesokannya.

Mancha seorang pesara merupakan bekas pengurus kanan Pihak Berkuasa Pembangunan Bintulu (Perancangan Bandar) dan ketika kejadian itu pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kerajaan Kanowit.

Katanya, kira-kira pukul 10 pagi, bot panjang yang membawa sekumpulan Pengakap Sempadan pulang daripada operasi di Nanga Ngemah, diketuai mendiang ASP Wilfred Gomez Malong yang melalui rumah panjang itu.

Melihat kibaran bendera merah di laluan papan itu, Gomez, penerima pingat PGB (Panglima Gagah Berani), lantas menyedari rumah panjang itu telah dikunjungi ‘tetamu ganas’ pada malam itu.

Beliau berhenti untuk memeriksa situasi di situ dan kemudian menelefon pangkalan tentera di bandar Kanowit meminta bantuan mengalihkan bom, yang ditemui bukan sahaja di laluan papan tetapi turut dipasang di sekitar kawasan Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Dap Kanowit.

Seminggu kemudian pada 25 Feb, tersebar berita mengenai sekumpulan pengganas diketuai wanita yang sama, bergigi jarang, telah menuju ke Ulu Batang Oya di mana mereka menembak mati Penghulu Imban anak Medan.

Mangsa didakwa melaporkan kehadiran pengganas itu di kawasan berkenaan kepada kerajaan.
Saun kemudian kehilangan penghuni di rumah panjang itu, Matahari, dengan mayatnya tanpa kepala ditemui di kebun kecil getah berhampiran.

Insiden itu menyebabkan kerajaan menghantar tentera untuk melindungi rumah panjang Saun. Beberapa bulan kemudian, penduduk rumah panjang yang tinggal di kawasan pedalaman ditempatkan di Nanga Dap.

Kem Pengakap Sempadan ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan keselamatan yang amat diperlukan oleh penduduk.

Penduduk lain ditempatkan di pusat pemindahan Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) di Naga Sekuau di Sibu, Nanga Taada, Nanga Ngungun dan Nanga Jagau di Kanowit dan Rantau Panjai dekat Sibu.

Saun dan Mancha bersetuju tentang usaha kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu dan meningkatkan kehadiran anggota keselamatan terdiri daripada polis dan tentera adalah usaha terbaik.

Usaha kerajaan itu mengingatkan kembali kepada mereka hari-hari yang dilalui di bawah RASCOM yang diwujudkan untuk menyediakan keselamatan bagi penghuni rumah panjang di kawasan pedalaman dan membebaskan mereka daripada gangguan serta ugutan.

“Apabila RASCOM ditubuhkan pada 26 Mac 1972, kita tidak lagi berasa takut pengganas akan datang merampas makanan, senjata dan mencari rekrut. Di petempatan baharu, kami disediakan perubatan, kebajikan dan perkhidmatan lain.

“Pengumpulan dan rancangan petempatan semula dan strategi tentera serta polis akhirnya memaksa pengganas menyerah diri dan meletakkan senjata dan RASCOM dibubarkan pada 5 April 1995,” kata Mancha.


–BERNAMA

Jerangkung Belaan Tentera Sulu Sudah Tertangkap

Wednesday, 10 April 2013 | comments (3)


Jerangkung Ini Sniper Tahu...hebat betul..

Kurus kering, pucat lesi, cengkung..perghHH macam jerangkung dalam almari..khabarnya beliau adalah 'snipper' atau penembak tepat yang kebal. Dalam Ops Daulat tersebut, beliau d kepung beberapa hari d kawasan paya besar dan akhirnya menyerah diri..anihnya tanpa sebarang luka atau cedera d badan walau d hujani peluru..

Kisah pengganas Kiram III yang d katakan kebal kerana tangkal yang d bekalkan oleh Ketua segala pengganas, Kiram III ini menjadi bualan hangat penduduk tempatan.

Kisah kononnya mereka nampak ada makhluk terbang waktu malam malah ada kisah kononnya mereka amalkan ilmu Hanuman Kera Putih, mampu untuk terbang dari pokok ke pokok juga tak kurang hebatnya berlegar d kedai kopi pekan Felda Kencana dan warung makanan Felda Sahabat.

Berita Penuh Dengan Kupasan Lebih Hebat ? Klik Sini AAKJ

Balu Wira Lahad Datu Terima Tanah

Friday, 5 April 2013 | comments (1)



KANGAR - Jasa dan pengorbanan Allahyarham Asisten Superitendan Zulkifli Mamat, anggota VAT69 yang gugur dalam pertempuran menentang pengganas di Sabah awal bulan lalu mendapat penghargaan kerajaan negeri Perlis apabila menyumbangkan sebidang tanah kepada keluarganya.

Sumbangan geran tanah berkenaan diserahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu kepada balu Allahyarham, Noor Aziah Noor di kediaman ibu bapanya di sini, kelmarin.

Md Isa berkata, sumbangan tanah berkeluasan 0.0145 hektar itu adalah kecil sahaja nilainya berbanding pengorbanan Allahyarham mempertahankan kedaulatan negara.

“Sumbangan geran tanah ini adalah tidak seberapa kerajaan negeri. Saya berharap ia dapat membantu dan meringankan beban Noor Aziah dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu Noor Aziah yang ditemui terharu menerima sumbangan berkenaan bercadang membina rumah di tanah itu.



Menurut Noor Aziah lagi, beliau berharap rumah yang dibina dapat memberi keselesaan kepada anak-anaknya meneruskan hidup.

“Alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perlis di atas sumbangan geran tanah kepada kami sekeluarga berdekatan rumah ibu bapa saya. Saya amat menghargai sumbangan yang diberikan,” katanya.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid, Exco Belia dan Sukan Negeri, Jamil Saad dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Sabry Ahmad dan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri, Hisan Abu Bakar.

Krisis Lahad Datu - "Saya Hampir Disembelih!"

Sunday, 31 March 2013 | comments




Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna hingga menyebabkan beberapa pengikutnya mati dan ditangkap," katanya.

Menurut Ajmain, ketika itu Jeneral Musa diiringi kira-kira 50 pengikutnya yang mengarahkan dia dan penduduk lain berkumpul di satu tempat.

"Ketika itu kira-kira jam 9 pagi, saya berasa sangat takut," katanya.

Ajmain berkata, selain diacu parang, dia juga ditempeleng beberapa kali oleh Jeneral Musa.

“Saya hanya mampu berdoa, tiba-tiba ada seorang dari mereka menghalang Jeneral Musa dari membunuh saya,” katanya semalam.

Katanya, pengganas Kiram turut membuat dua sekatan bagi menghalang penduduk Kampung Tanjung Batu keluar dari kawasan terbabit.

“Kami berjaya melepaskan diri apabila pengganas benarkan kami keluar. Ada juga berjaya keluar apabila pengganas beri wang untuk membeli barang-barang makanan,” katanya.

Pengganas Kiram Tinggal Lebih Kurang 10 Orang Je?

Saturday, 30 March 2013 | comments (3)




LAHAD DATU, 29 Mac – Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya…kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.

Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.

Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.

“Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu,” katanya.

– BERNAMA


Krisis Lahad Datu : Berperisai Dengan Kalimah Allah!

Monday, 25 March 2013 | comments (1)



Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan 'Allahhuakbar' menjadi perisai ketika diserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.

"Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)...Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.

"Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini

Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.

"Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air," katanya.

Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.

"Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham," katanya.

Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.

"Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam
situasi sebenar," katanya.

Mengambil pendekatan untuk tidak merisaukan orang tersayang, Mohamad Asrul berkata beliau memberitahu ibunya bahawa beliau sedang mengikuti kursus.

"Isteri saya pula hanya dimaklumkan bahawa saya terlibat dalam pertempuran ini tetapi tidak pernah memberitahunya apa yang saya lalui termasuk kecederaan yang saya alami," katanya.- BERNAMA

Krisis Lahad Datu : Pengkhianat Negara!

Saturday, 23 March 2013 | comments



Seorang lelaki yang membantu rakyat Filipina untuk pulang ke Sulu selepas insiden pencerobohan ke atas Sabah gusar untuk kembali ke tanahair kerana bimbang bakal menghadapi tindakan oleh penguatkuasa undang- undang menurut laporan akhbar online, ABN News.


Bukan sahaja membantu pengganas, malah memohon pula agar diterima sebagai rakyat Filipina??? Penderhakaan apakah ini? Tidak cukup bertuahkan anak bangsa Malaysia selama ini? Bagus, kau duduk sahaja di Filipina tuh, join jadi pengganas, dan satu hari bila kau dah menyesal, jangan pulang semula.

Malaysia Tiada Tempat Untuk Orang Macam Ini!!





Krisis Lahad Datu: Kronologi Operasi Daulat 16-21 Mac

Friday, 22 March 2013 | comments



KUALA LUMPUR 21 Mac – Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah masih berterusan dengan usaha mengesan dan membersih saki-baki pengganas dipertingkat pasukan keselamatan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat berhubung tahap keselamatan di kawasan terjejas dengan peristiwa itu.

Langkah itu telah memecahkan benteng penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di kawasan zon merah Operasi Daulat selain beberapa lagi musuh ditembak mati dan ditangkap pasukan keselamatan dalam beberapa pertempuran.

Berikut adalah kronologi selepas 17 hari Operasi Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:

16 Mac - Polis dalam peringkat akhir bagi menyiapkan kertas siasatan terhadap 27 suspek yang ditahan di daerah Semporna, dipercayai terlibat dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas.

17 Mac - Pasukan keselamatan mencadangkan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) penempatan haram di beberapa perkampungan air di daerah Semporna dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan serta aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah.

17 Mac - Pasukan keselamatan Operasi Daulat menembak mati seorang pengganas Sulu dari selatan Filipina dalam operasi di Kampung Tanjung Batu.

17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.

17 Mac - Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, bermula di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik.

19 Mac - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, tiada kecederaan dilapor dalam pertempuran itu.

20 Mac - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, atas pertuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan Seksyen 121 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

21 Mac - Sehingga kini, 268 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan manakala 108 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

21 Mac - Lapan warga Filipina berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas

SUMBER

Krisis Lahad Datu: Cedera? Wira Kita Mahu Terus Berjuang!

| comments (1)



Kota Baharu, 22 Mac - "Saya berazam untuk kembali ke kawasan Operasi Daulat selepas sembuh nanti," kata L/Kpl Mohd Zariman Ibrahim yang cedera ketika bertempur dengan militan dari selatan Filipina di Sungai Nyamuk di Lahad Datu, Sabah 10 Mac lepas.

Mohd Zariman, 31, dari Batalion ke-12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dari Sabah pada 4 petang tadi.

Ketibaan beliau yang diiringi bapa, Ibrahim Abdullah, 55, dan ibu, Noraini Mohamad, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut kira-kira 500 orang yang memenuhi kawasan lapangan terbang itu sambil lagu patriotik dimainkan pasukan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Mohd Zariman yang dibawa dengan kerusi roda turut diiringi beberapa rakan sepasukannya yang diketuai Pegawai Pemerintah Batalion itu Supt Syar'ie Saari dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.

Mohd Zariman berkata kejadian serangan hendap musuh seawal 3 pagi itu, turut menyebabkan seorang rakannya cedera.

Beliau yang berpangkalan di Kem PGA Miri, Sarawak lebih dua tahun lepas cedera parah terkena serpihan peluru di paha dan kaki kanan, akan menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia.

"Kecederaan yang saya alami semasa bertugas itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara," kata anggota polis yang masih bujang itu.

Sementara itu ibu Mohd Zariman berkata beliau akan mengadakan majlis kesyukuran untuk anaknya itu esok. - BERNAMA
 TABIK HORMAT!

Krisis Lahad Datu - Pengganas Wanita Yang Berjaya DItahan!

| comments (3)


Eiii....Meremang bulu ROMA satu badan nak buat posting ni. Eksklusif buat pembaca, inilah wajah pengganas wanita yang ditahan oleh pasukan keselamatan kita. 

Dan semasa ditahan, wanita ini memiliki Senjata "sniper" bersamanya. 
Info yang diterima mengatakan sebelum diserbu, rumah tempat persembunyiannya (sebetulnya macam pondok jer)  ini telah dihujani peluru.

Tetapi lihatlah sendiri keadaannya dalam gambar  ini walaupun rumah itu dah hampir roboh. Tak tahu nak cakap apa lagi. Yang paling tak dapat diterima, wanita ini masih dapat tersenyum (Sinis).
Wallahu 'alam


Krisis Lahad Datu - Pengganas Kiram Diupah Bunuh Pejuang Kita?

Thursday, 21 March 2013 | comments


TAWAU: Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.
 


Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada 2000.

Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.


Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Semua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.


Semua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Semua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. - BERNAMA



Krisis Lahad Datu - Gambar "Dua" Penganas Kiram Yang Berjaya Ditangkap Hidup-Hidup

| comments

Dua Orang Pengganas Kiram Yang berjaya ditahan, pakai baju QPR lagi , Lawa tak bajunya? ok seorang berjaya ditahan mungkin sebab nak menyamar jadi orang awam..sori tentera kita tak bodoh ok.?

Seorang lagi? terlantar sakit, kesian apa kita nak buat ngan yang sakit nih? kemungkinan besar beliau ada kena mengena dengan Kesultanan Sulu juga,  takper nanti kita tahu lah apa hukuman yang sesuai.


Pengganas Kiram No.1 Yang Berjaya Ditahan.



No.2
V
V
V
V
V
V
V
V





 Pengganas No.2 .. .sedang terlantar
kihkihkih...

Pengalaman Getir VAT69 Yang Terselamat

Wednesday, 20 March 2013 | comments (2)




Berdasarkan artikel terbitan NST yang telah dialih bahasa, temuramah dengan anggota VAT69 yang terselamat semasa serangan di Semporna dulu.

2 org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013

Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, Adam, Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah.

beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.

Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.

Mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan-rakannya yang sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam

" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”

" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.

Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.

" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali.

" Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran.

Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap. Kurang dr seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn lebih tekanan.

Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri

Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yg gugur dalam rumah yg malap itu. Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: " kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”.

" Saya melihat seorg dr saudara saya, yg telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu. Dia kemudian ditembak di mulut ," kata Musa , suaranya bergetar.

Pada saat inilah Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak, diserang pangganas dengan barong mereka.

Walaupun dia tidak dapat membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya. Pada ketika itu, jari dan lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya jugta sempat menetaknya di kepala dan belakang badan

Ahmad, dari kedudukannya, melihat keselurah perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya. Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kososng berhamburan keluar tanpa henti. Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan pengganas itu. Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour atau perlindungan ballistik.

Pada ketika itu, Hasnal bangun dan mencari perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yang menuju ke rumah dimana Ahmad berada. Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.

Superintendent Ibrahim Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di belakang Hasnal. Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya dengan sebilah barong.
Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah, menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri. Ibrahim meninggal dunia di laluan itu.

Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah.

Malam semakin sepi.

24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat perlindungan mereka itu. Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai.

dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut, sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa berlari di sekeliling rumah itu. Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera.

"saya terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2 itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup."

Musa telah menjumpai sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah di mukanya”.

Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak mematikannya. Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka dirampas.

Operasi Penyelamatan

Bunyi laluan berkayu yg berkeriut itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan.

Ia diikuti bunyi tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia menagmbil jaket pantulan cahaya yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu.
Terdahulu, sebelum misis itu, keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg memastikan komunikasi yg efisien.

Seperti dipersetujui semasa briefing di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan berbaring dan diam. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka.

Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan laopran ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di situ, termasuk miliknya.

" Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan pulang mendapatkan saya," katanya.

Inspektor Hasnal segera dibawa pergi oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. " leganya saya bila Hasnal dibawa keluar dlm keadaan hidup”.

"Dia berjuang utk nyawanya..dan ia tidak sia2."...=WRA=


Kredit to FB The Black Daggers

Krisis Lahad Datu- Lagi Cikgu Hina Polis Bodoh & Bukan Wira?

Tuesday, 19 March 2013 | comments (1)




Satu demi satu orang yang "tinggi" pelajarannya mempertikai, dan terus memperlekehkan  wira-wira kita yang gugur di Lahad Datu. Hebat sangatkah kita bila mengambil "the Another Side" dalam kes ini?

Ini contoh hasil doktrin yang telah berjaya disemai pasca Bersih 1.0, 2.0 , 3.0 . Rasa benci terhadap anggota keselamatan kita dipupuk dalam keadaan tanpa sedar telah membuah menjadi warga bangsa yang langsung tidak mengenal erti berterima kasih, erti bersyukur, malah bangsa yang dibodohkan dan terus diperbodohkan.

Cikgu begini yang mengajar anak bangsa masa hadapan....


Sumber

 Profile Guru Biadap ini : http://www.facebook.com/ishak.johari

Krisis Lahad Datu - 50 Sen Tanda Komando Kita Dah Sampai Rumah Kiram!

Friday, 15 March 2013 | comments (11)



Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

Sebagai tanda kehadiran komando kita yang sudah berada di sana. Syiling 50Sen Malaysia yang baru. Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura Di Bukit Batok. Mungkin petanda yang serupa sedang komando kita beri pada Kiram? hahah


Krisis Lahad Datu - Gempur Terakhir Dalam 48 Jam Di Ops Daulat!

Thursday, 14 March 2013 | comments




Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.



Menurut maklumat (SUMBER) yang diterima, adalah difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.

Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.




Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.


Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.


Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.

Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah digunakan.



Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.

Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.

Sumber.

Krisis Lahad Datu - Cikgu Gelar Polis Anjing!

Monday, 11 March 2013 | comments (3)


Ini muka manusia ( baca ; anjing)  yang memanggil pasukan Polis kita yang bersukat darah, bertimbang daging berjuang demi tanah air kita nun  jauh di hujung tanah Sabah dengan panggil "Anjing". Nak dipanggil bebal, dapat kerja sebagai cikgu..


Benar bukan semua cikgu tuh pandai. Namun kalau dah Level kebodohan-kebiadapan macam nih... rasanya orang macam nih layak juga kita tahan , masukan dia sekali dalam satu sel dengan geng geng penganas Sulu. BIADAP! Sama macam Anwar....
Dibawah Ada beberapa screenshot, mahu lebih detail? sila klik sini 








 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger