cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

BANJIR : Blogger Dan Media Pro PR Hanya Pandai Sebar Fitnah

Friday, 18 December 2015 | comments




Isu mengenai petugas Pas dihalau kerana memberi khidmat masyarakat kepada mangsa banjir di Kapar, Selangor merupakan satu fitnah yang dibuat media dan blogger pembangkang.

Media dan blogger pembangkang cuba mensensasikan isu terbabit untuk melaga-lagakan Pas dan Umno kerana takut Pas akan menyambut jalinan kerjasama yang dihulur Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu.

Mereka menuduh petugas Pas yang memberi khidmat masyarakat kepada banjir di Kapar dihalau oleh petugas Umno, walhal perkara yang sebenarnya adalah petugas Pas diarahkan memindahkan mangsa banjir ke dalam bilik darjah kerana dewan yang ditempatkan itu akan digunakan untuk majlis kenduri kahwin pada Sabtu ini.


Biasalah, bila dah takut umat Melayu akan bersatu, pihak pembangkang mula mencari isu-isu untuk diputar-belit bagi melaga-lagakan umat Melayu.

Susulan isu terbabit tersebar di media sosial, Timbalan Umno Bahagian Kapar, Datuk Saroni Judi tampil menjelaskan mengenai keadaan sebenar sekaligus menafikan dakwaan yang dibuat media dan blogger pembangkang.

Saroni berkata, petugas Pas bukan dihalau sebaliknya diminta untuk mengosongkan dewan tersebut dan perkara demikian telah dimaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Dr Abdul Rani Osman.

"Pemilik majlis menempah dewan melalui pihak SMK Meru sejak beberapa bulan lalu. Jumaat kerja persiapan untuk perkahwinan akan dimulakan. Sudah pasti persiapan perkahwinan memerlukan masa untuk disiapkan.

"Oleh itu, pihak sekolah minta dewan ini dikosongkan dan Dr Rani bersetuju dengan cadangan ini. Hasil perbincangan, pihak sekolah mencadangkan semua 45 keluarga mangsa banjir dipindahkan ke 9 bilik darjah," kata Saroni.

Dengan penjelasan Saroni ini jelas menunjukkan bahawa media dan blogger pembangkang memutar-belitkan mengenai isu sebenar. Memang sudah menjadi zikir harian mereka untuk memutar-belit mengenai fakta sebenar.

___________________________________________________________________


Berikut merupakan catatan Saudara Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia (MBM) di facebook beliau bagi menafikan dakwaan pembangkang.


16 Disember 2015.



Hadir ke Pusat Pemindahan Banjir SMK Meru, Kapar bersama team Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia - Myvoc Komuniti Pendidikan dan Komuniti Pengurusan Bencana Majlis Belia Malaysia.

Turut hadir dan menjayakan projek kali ini grup sukarelawan MBD Klang diketuai oleh Haiziee pengerusi MBD Klang.

Program dijalankan
1. Pendidikan Kanak-kanak
2. Projek Tirai.
3. Bantuan kepada OKU.

Sempat berkenalan dengan grup anak2 muda dan petugas AMAL MALAYSIA serta solat Asar di imam kan YB Dr Rani.

Istimewa hari ini, selepas Asar kehadiran Menteri Besar Selangor menziarahi pengungsi di sini berserta jentera nya.

Cuma dewan perlu dikosongkan kerana ada komitmen penggunaannya untuk majlis yang sudah awal ditempah. Dewan yang sudah teratur dengan khemah terpaksa dibuka dan dialihkan.

Pengungsi kena berpindah ke bilik darjah. Lalu MyVOC aplikasikan Projek Tirai.

Lewat Maghrib YB Datuk Seri Sahidan Kassim hadir mengejut membuat tinjauan. Ada banyak perkongsian sewaktu Meeting ringkas demi memperbaiki pengurusan sedia ada.

Dalam banyak2 tu dua perkara paling saya Respect dpd sikap beliau.

"Bila bencana , ia ruang utk kita bersama. Kaedah bersama adalah dengan Solat Berjemaah, Memasak dan makan bersama".

Kami pun solat berjemaah dengan diimamkan beliau.

Sepanjang mendampingi beliau menziarahi dan proses agihan sumbangan, watak 'hemoi' dan 'kampung' cukup sebati dalam diri beliau.

Mungkin sebab itu Hero Malaya dari Utara diraih nya.

Catatan dinihari sekembali dari PP SMK MERU.

#MyVOC Guna Pendekatan “COOL & CATCHY”

Saturday, 3 October 2015 | comments


Hari ini saya berpeluang meluangkan masa bersama seramai 1,119 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur sambil merasmikan Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2015. Turut hadir bersama ialah Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM.

Kesempatan yang terluang, beberapa perkara dapat saya kongsikan dengan para pelajar. Antaranya ialah kepentingan generasi muda di kalangan pelajar sekolah aktif dalam kegiatan kokurikulum samada melalui kegiatan berpersatuan, badan beruniform mahupun sukan.


Majlis Belia Malaysia (MBM) sentiasa membuka ruang dan peluang kepada golongan belia yang berumur 15-18 yang rata-ratanya di bangku sekolah menengah untuk menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.


Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyatakan bahawa MBM bersedia menawarkan penyertaan kepada para pelajar SMK Cochrane menjadi ahli Malaysian Youth Community Volunteer (MyVOC) yang diyakini mampu melahirkan golongan pelajar yang mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji. Pendekatan “cool and catchy” yang diamalkan oleh MBM dalam mendekati anak muda akan dilakukan tanpa meninggalkan nilai-nilai murni yang wajib ada dalam setiap gerakannya.- http://www.rizanhassan.com/.

Tun Mahathir Hipokrit- Amin Yatim

Monday, 24 August 2015 | comments




Oleh Amin Yatim (Emel Pembaca)

Tun Dr Mahathir Mohamad menulis lagi hari ini dalam blognya di bawah tajuk MALAYSIA 2. Tulisan sepanjang 24 para tersebut tidak mempunyai apa-apa yang baharu kecuali usaha berterusan mendesak Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak meletak jawatan.

Tulisan Tun sungguhpun cantik tapi jelas mengambil kebenaran secara berpilih-pilih.

1. What is happening in Malaysia today is unprecedented. The rule of law has been turned upside down and the people seem powerless to do anything to put it upright again. [2.] This is because the very leader entrusted with upholding the law has become the subject of the due process of the law. It is alleged that he has broken the law. As no one is above the law, it follows that he must be investigated to determine if indeed he had broken the law. [3.] Although this is unprecedented in Malaysia, this had happened in many other countries, including in the developed West. [4.] Recall the case of President Nixon of the United States of America. He had used Government officials to spy on his political rival. This was considered as abuse of power in the U.S. [5.] Eventually he was impeached and was forced to resign as President of the U.S. The Vice President took over and in due course elections were held. The Vice-President won. End of problem.

i. Betul, apa yang berlaku kepada Mohd Najib ini sesuatu yang tidak pernah berlaku di negara ini. Ia hanya berlaku kerana Mohd Najib membenarkan “due process of law” berjalan termasuk ke atas dirinya. Tun mungkin merasa hairan bagaimana kerajaan boleh membenarkan Bank Negara, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perdana Menteri. Ini tidak mungkin berlaku pada zaman Tun.

ii. Pernahkah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) menyiasat keputusan Petronas menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad (KPB) milik Mirzan Mahathir sebanyak RM 1.4B pada 1997. Tidak ada. Tidak perlu kita senaraikan banyak lagi kes-kes membabitkan pentdabiran Tun yang tidak pernah disiasat langsung.

iii. Oleh kerana pada zaman Tun Mahathir Mohamad, proses penyiasatan dan perundangan tidak berjalan seperti sepatutnya maka sudah tentu beliau hairan melihat Mohd Najib disiasat oleh pihak berkuasa.

iv. Tujuh belas tahun yang lalu, ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Shafee Yahaya telah diarahkan untuk menutup siasatan satu kes rasuah membabitkan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Ali Abul Hassan Sulaiman hanya kerana Tun percaya ia menjadi mangsa kepada konspirasi Anwar Ibrahim.

v. Tun menyebut skandal Watergate zaman Presiden Nixon. Presiden Nixon hanya meletak jawatan apabila terdapat saksi tampil di hadapan Juri Agung (grand jury) dan pendedahan rakaman pembabitan Nixon. Sebaliknya apa yang ada kepada Mohd Najib hari ini ialah tuduhan dan dakwaan yang belum dibuktikan.

vi. Dalam undang-undang yang Tun jarang tegakkan, seseorang itu tidak bersalah sehingga beliau dibuktikan bersalah – tidak penting sama ada orang itu Perdana Menteri atau rakyat biasa. Jika kemudian terbukti berlaku salah laku Mohd Najib beliau perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

[6]. in other countries more violent methods are used to remove an unpopular president, whether elected or imposed by the military or other politically powerful groups. [7]. Now Malaysia would not want to see violence used. So the instruments or the institutions of Governments were expected to investigate and determine whether the allegations against the P.M. are true or not. [8]. The institution that is normally expected to do this is mainly the police. Other institutions with the capacity to investigate are also expected to do this. In cases involving money, the Central Bank are expected to investigate and report. [9]. Then there are special bodies created to oversee how Government money is managed. These are the Auditor-General and the Public Accounts Committee of Parliament. Additionally there is the Anti-Corruption Commission. [10]. They are however limited to investigations and preparation of reports. They themselves have no power to prosecute. For this, the Attorney-General must decide and initiate legal proceedings. If the A.G. decides there is no case to answer, even the most blatant crime will not be tried in the court. [11]. The only other process for the removal of a PM is a vote of no-confidence in Parliament. It needs a simple majority. With the fall of the PM, the whole Government would fall. But by majority decision in Parliament, a new Government may be set up. It may be the same party or a different party. Alternatively an election can be held. [12] These are the avenues of legal redress provided in the Malaysian Constitution and laws. [13]. Due to the serious nature of the allegations against the highest leader of the Government, a task force of four, consisting of the Attorney General, the Inspector General of Police, the Governor of the Central Bank and the head of the Malaysian Anti-Corruption Commission was formed to collect all relevant evidence for the Attorney General to decide on the action to be taken. [14]. All these agencies and institutions were in the midst of their investigations when the PM struck. He first sacked the A.G. and appointed his man to the post. Then he literally disbanded the Public Accounts Committee by appointing the Chairman and three other members as Deputy Ministers and to other posts. Members of the MACC who were continuing to investigate the case were harassed by the police who accused them of leaking secrets. Two were transferred to the PMO.

Peguam Negara, SPRM dan Bank Negara

vii. Benar Peguam Negara ditukar. Peguam Negara yang menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu mustahil boleh menjadi seorang Peguam Negara yang efektif. Tapi jika Mahathir dan orang ramai mahu percaya Peguam Negara ditukar kerana penyiasatan ke atas Perdana Menteri pun tidak ada masalah...............................

Baca Penuh Di :- OrangMuda.TV

PM Saman MalaysiaKini!

Wednesday, 4 June 2014 | comments






KUALA LUMPUR- Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Media memperoleh writ saman itu hari ini.

Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.

Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.

Mereka mendakwa artikel tersebut diletakkan di bawah ruangan 'Yoursay' di laman web portal www.malaysiakini.com oleh defendan-defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.

Artikel pertama iaitu 'A case of the PM reaping what he sows' adalah berkaitan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel kedua 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu.

Najib, yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak Umno, mendakwa defendan-defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.

Najib mendakwa kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.

Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen-komen tersebut telah membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan Umno tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.

Mereka juga mendakwa kata-kata finah itu bertujuan menggambarkan Umno telah menyalah guna kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini.

Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka telah terjejas teruk apabila Umno dikecam terutama di media sosial dan media massa.

Dakwa plaintif lagi, artikel berkenaan adalah komen-komen yang diberi tanpa sebarang asas dan hanyalah tuduhan melulu yang berniat jahat terhadap Umno, menyebabkan ketegangan antara rakyat dan Umno.

"Artikel-artikel fitnah tersebut menyebabkan ketegangan antara rakyat terhadap Umno, dilibatkan dengan skandal awam, diaibkan dan dihina oleh khalayak ramai dan masyarakat awam serta antarabangsa.

"Kerosakan pada reputasi Umno adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh penerbitan artikel fitnah tersebut yang boleh diakses dengan meluas di mana sahaja kerana ia diterbitkan di laman portal tersebut dan mempunyai pembaca virtual di serata dunia yang mana artikel itu juga boleh dikongsi di laman sosial lain termasuk forum-forum dan blog-blog persendirian tanpa sempadan," kata plaintif dalam pernyataan tuntutan.

Kedua-dua plaintif berkata pada 15 Mei lalu, satu notis tuntutan telah dihantar kepada defendan-defendan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk menuntut permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik artikel fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.

Pada tarikh sama, plaintif-plaintif juga menuntut supaya kesemua defendan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan kenyataan serupa.

Bagaimanapun, pada keesokannya (16 Mei) Malaysiakini menjawab notis tuntutan itu dengan pembelaan komen yang wajar untuk kepentingan awam dan menawarkan kepada plaintif-plaintif menjawab artikel berkenaan tanpa memenuhi tuntutan seperti yang dipohon plaintif-plaintif.

Pada 28 Mei, plaintif-plaintif telah menolak tawaran itu dan menerusi saman fitnah berkenaan menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan mahkamah.

Turut dituntut adalah ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan-defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel tersebut, perintah bahawa defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan kos.

-- BERNAMA

Sampai Bila Lagi Melayu??

Monday, 21 October 2013 | comments



Bangunlah Melayu sebelum layu
 
Saya hairan kenapa ada kalangan orang Melayu yang memandang rendah kepada kedudukan Bahasa Melayu (BM), sedangkan bahasa ini pernah menjadi lingua franca suatu masa dahulu, dipertuturkan begitu ramai sekali. Lebih hebat lagi BM sebagai bahasa perpaduan kalangan bukan Melayu.

#Top100- Ranking Blog Mesra Kerajaan Sehingga 30/9/2013

Monday, 30 September 2013 | comments

Adakah Blog Anda Termasuk Dalam Senarai Ini? 


Untuk Ranking 51 dan ke atas boleh rujuk di sini >>> SGB

Zahid Bantai Ghani Patail

Thursday, 18 July 2013 | comments



Dah tak paham dengan Ghani nih... dia nih Peguam Negara ke Peguam Penjenayah? Semua benda tak boleh..

Letak Jawatan Lah Woii

Ahmad Zahid Minta Peguam Negara Fahami Tugas Polis


KAJANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu meminta Peguam Negara melihat sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).

Beliau berkata hanya dengan cara itu mereka akan memahami beban yang terpaksa dipikul pasukan berkenaan dalam membanteras jenayah di negara ini.

"Kami tidak mahu menyanggah apa yang dilakukan oleh Peguam Negara untuk melakukan transformasi. Tetapi fahamilah tugas polis yang 'toothless', yang tidak ada gigi bila EO ini tidak ada.

"Jangan lihat dari segi perundangan sahaja, lihat dari aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah harus dibanteras dan hukuman harus dibuat kerana tidak semua perlakuan jenayah ada saksi dan bukti yang nyata," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan, di sini, Rabu.

Sehubungan itu katanya, undang-undang baharu yang bakal diperkenal bagi menggantikan EO harus menyamai peruntukan EO bagi memberi kuasa kepada polis memerangi jenayah terutama membabitkan kes berat.

Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah.

Beliau sebelum ini dilapor berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada antara mereka yang kembali terbabit jenayah.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut meminta masyarakat memahami kedudukan polis yang semakin kehilangan kuasa.

"Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh," katanya.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta agar undang-undang baharu menyamai EO bagi membendung jenayah terutamanya membabitkansenjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjata api. - BERNAMA

Apa je Najib Dah Buat Dalam Masa 4 Tahun Nih?

Wednesday, 3 April 2013 | comments




Hari ini 3 April genap YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.
Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:


1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA
* 5 April 2009 – Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
* 11 Julai 2009 – Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.
* 7 Jan 2010 – Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.
* 31 Jan 2010 – Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.
* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
* 19 Feb 2011 – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.
* 22 Jun 2011 – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).
* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.


* 4 Julai 2011 – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
* 7 Julai 2011 – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).
* 7 Julai 2011 – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.
* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
* 18 Feb 2012 – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.
* 23 Jun 2012 – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.
* 24 Jun 2012 – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.
* 7 Julai 2012 – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.
* 14 Julai 2012 – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.


* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.
* 7 Ogos 2012 – Memperkenal kad ’1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.
* 28 Sept 2012 – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
* 12 Nov 2012 – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.
* 15 Feb 2013 – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.
* 19 Mac 2013 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.
* 16 Mac 2013 – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA
* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)
* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.
* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.
* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
* 5 Okt 2011 – Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.
* 24 Nov 2011 – Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.
* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.
* 19 April 2012 – Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.
* 28 Sept 2012 – Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.
* 28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.
* 15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


* 7 Mac 2013 – Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.
* 11 Mac 2013 – Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.
* 25 Mac 2013 – Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
* 30 Mac 2013 – Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.
3. PENTADBIRAN
* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya — menteri dan timbalan Menteri – dalam mencapai matlamat pentadbirannya “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
* 18 Julai 2009 – Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).
* 27 Julai 2009 – Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah – mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)
* 27 Jan 2010 – Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.
* 8 Feb 2010 – Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.
* 23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.
* 4 April 2011 – Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ dalam pengurusan tugas mereka, iaitu ‘mengurang’, ‘menghapus’, ‘mewujud’ dan ‘menambah peluang’.
* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.
* 26 Ogos 2012 – Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.
* 19 Mac 2013 – Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)


* 25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

4. EKONOMI DAN KEWANGAN 

* 10 Mac 2009 – Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.
* 22 Apr 2009 – Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.
* 27 Apr 2009 – Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.
* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.
* 15 Mei 2009 – Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.
* 24 Jun 2009 – Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.
* 30 Jun 2009 – Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).
* 1 Julai 2009 – Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.


* 23 Okt 2009 – Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama’ dengan peruntukan RM191.5 bilion.
* 23 Dis 2009 – Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.
* 30 Mac 2010 – Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.
* 10 Jun 2010 – Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).
* 11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.
5. LUAR NEGARA
* 10 April 2009 – Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand
* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.
* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.
* 30 Sept 2009 – Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.
* 26 Okt 2009 – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.
* 12 April 2010 – Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.
* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya “memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism”.


* 12 Julai 2011 – Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.
* 18 Mei 2011 – Menghadiri “Invest Malaysia New York 2011″ di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.
* 15 Okt 2012 – Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.
* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.


6. TEKNOLOGI DAN INOVASI
* 24 Julai 2009 – menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.
* 15 Sept 2009 – mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.
* 28 Okt 2009 – Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.
* 29 Okt 2009 – Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.
* 17 Dis 2009 – Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.
* 26 Jan 2010 – melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.
* 24 Mac 2010 – Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.
* 10 November 2010 – Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.
* 8 Sept 2011 – Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.
* 7 Julai 2011 – Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.
7. POLITIK 
* 26 Mac 2009 – Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
* 24 April 2009 – Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
* 15 Ogos 2011 – Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.
* 29 Nov 2012 – Melancarkan buku bertajuk ‘Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat’, yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.
* 20 Feb 2013 – Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.



8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB 

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. BACA SINI
* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.
* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.
* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.
* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI
* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.
9. PENDIDIKAN
* 25 Jan 2010 – 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
* 7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama






Qaradhawi Puji Najib - Ehh Dulu Anwar Cakap Lain..

Monday, 18 March 2013 | comments



ASAL kisah laman portal propembangkang menganggap berita ulama terkenal Sheikh Yusof Al-Qardhawi memuji lawatan Perdana Menteri Najib Tun Razak ke Gaza Januari lepas sebagai propaganda yang disebarkan pencacai UMNO sahaja, tapi setelah membuat penyelidikan sendiri, ternyata ia memang berita yang tepat.

Umum di Malaysia ini tahu Al-Qardhawi adalah penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sering memberikan sokongan serta galakan terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia itu dalam sebarang cabaran yang dihadapinya demi menegakkan kebenaran di bumi Malaysia ini.

Anwar juga sering kali menyebut nama Al-Qardhawi sebagai rujukannya bila ada isu-isu berkaitan Islam membabitkan beliau yang dijadikan polemik politik oleh pihak musuh, terutama UMNO. Menyebut nama itu saja bukti penghargaan yang begitu tinggi dari Anwar terhadap Al-Qardhawi.

Tetapi nampak gayanya Anwar kini tidak duduk senang apabila tokoh terkemuka itu memuji Perdana Menteri.

Semalam dalam satu kenyataan, tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menegaskan, lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza Januari lalu menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang sekian lama mengimpikan kemerdekaan di bumi mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Institut Antarabangsa Al-Quds (QII) berkata, lawatan Perdana Menteri itu juga memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa serta pemimpin negara-negara Islam terhadap pentingnya tindakan berani diambil dalam menamatkan sekatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.

Menurutnya, sekatan itu bukan hanya di Gaza malah di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

“Rakyat Palestin kini semakin menderita dengan tindakan kejam rejim Zionis yang cuba menukar identiti Arab dan Islam mereka kepada identiti Yahudi menerusi ‘penjajahan’ Israel itu.

Sememangnya lawatan anda (Najib) telah menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang mencari kebebasan berdekad-dekad lamanya.

“Bagi mereka, Malaysia dianggap sebagai negara Islam utama yang sentiasa memberi perhatian berat terutama dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Oleh itu, lawatan khas ini memperlihatkan penegasan sokongan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat penghargaan kepada Najib bertarikh 15 Februari lalu atas lawatan Perdana Menteri ke Gaza, Januari lalu.

Pada 22 Januari lalu, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia menjejak kaki ke Palestin selain pemimpin Islam pertama dari bukan kalangan negara Arab berbuat demikian.

Lawatan itu bagi melihat sendiri apa yang berlaku di Gaza dan dibuat atas faktor kemanusiaan selain merupakan simbol sokongan kuat Malaysia demi rakyat Palestin.

SUMBER

Tahniah Afdlin Shauki!

Saturday, 2 February 2013 | comments



Berderai- derai gegak Gempita penyokong PR apabila keluarnya gambar penyampaian Bantuan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger