cookieOptions = {have some cookies?}

[Video]Ucapan Live! Obama Di Universiti Malaya.

Sunday 27 April 2014 | comments

"Mereka Suruh Isteri Saya Minum Arak!"

Monday 21 April 2014 | comments



Klang: “Mereka suruh isteri saya minum arak. Tindakan itu amat tidak masuk akal,” kata Muhamad Izuan Mosli, 22, yang mendakwa dibelasah dan disiram air panas oleh sepasang adik-beradik selepas mempertikai perbuatan itu.

Menurutnya, dia dipukul suspek selepas menunjukkan isyarat lucah akibat marah dan enggan membayar wang denda RM3,600 seperti diminta suspek.

Mangsa berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang rakan di Taman Intan, di sini, yang turut dihadiri dua suspek terbabit pada 15 April lalu.

“Isteri saya yang sedang mengandung mengadu seorang daripada suspek terbabit menyuruhnya meminum arak dengan alasan minuman keras itu baik untuk wanita mengandung.

“Akibatnya saya tidak dapat menahan marah dan secara tidak sengaja menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka sebelum beredar meninggalkan majlis,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, kelmarin.

Dia berkata, dua suspek terbabit kemudian mahu berjumpa dengannya untuk berbincang berhubung kejadian itu di sebuah restoran berhampiran pusat beli-belah di pusat bandar Klang, di sini, Khamis lalu.

“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian menemui dua suspek itu dengan ditemani isteri.
Namun sangkaan saya meleset apabila dua beradik itu mendesak supaya saya memberi mereka wang RM3,600 sekiranya mahu perkara itu diselesaikan.

“Saya berkeras enggan membayar wang diminta kerana beranggapan ia peras ugut."

Bagaimanapun, seorang daripada mereka terus menyimbah air panas ke arah saya dan memukul saya menggunakan kerusi serta meja tanpa belas kasihan,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang cuba membantu turut ditendang di perut hingga terjatuh.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian membantu meleraikan pergaduhan sebelum kedua-dua suspek segera melarikan diri.
Kami kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Kapar,” katanya.

-Harian Metro

“Tolonglah berhenti menyalahkan suami saya"- Isteri Pemandu Lori

Sunday 20 April 2014 | comments



Nur Azlina Ahmad, 23 ketika ditemui petang tadi berkata pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan kepada suaminya sehingga menyebabkan orang mula memandang sinis kepada keluarganya.

“Tolonglah berhenti menyalahkan suami saya.

“Hampir setiap hari saya menangis apabila membaca komen yang dilemparkan.

“Macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Kononnya dia kena upah, kemalangan yang dirancang, malah ada yang mengatakan, (ketika kejadian) suami saya di bawah pengaruh dadah” ujarnya sayu.

Para penyokong mendiang Karpal sebelum ini cuba menyalahkan pemandu lori tersebut yang dikatakan menjadi punca kemalangan yang meragut nyawa bekas penasihat DAP itu.

Malah ada di kalangan mereka yang turut bertindak keterlaluan dengan mengeluarkan komen-komen berbaur ugutan di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Menurut Azlina sepanjang pengetahuannya, suaminya tidak pernah mengambil sebarang jenis dadah yang dilarang. Malah di kalangan rakan sekerjanya beliau turut dikenali sebagai seorang pemandu yang berhati-hati.

“Ketika membuat laporan polis, kami telah memberikan kerjasama yang penuh.

“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak, biarlah pihak polis yang menyiasat perkara yang sebenar,” ujarnya lagi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Manakala pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45 bersama isteri dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di dalam kenyataan sebelum ini berkata
pemeriksaan awal yang dilakukan mendapati pemandu Karpal yang juga merupakan warganegara dari India itu mempunyai 15 saman trafik akibat memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Kemalangan tersebut telah dijalankan di bawah Section 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[VIDEO] Puaka Gua Tempurung Punca Kemalangan Maut Karpal Singh???

| comments



“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi."


Dia teruk, dia mengarut, dia pelat, dia kelakar, dia nonsense, niat dia baik. mungkin cara tak betul. Nak maki hamun..kita duduk jelah belakang keyboard.


Puaka Gua Tempurung Punca Kemalangan Maut Karpal Singh??

| comments



Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Pengurusan Korea VS Pengurusan Malaysia Menghadapi Musibah.

Friday 18 April 2014 | comments

Hujung tahun 2013 yang lalu, negara kita dilanda banjir yang sangat teruk terutamanya di kawasan pantai timur. Di dalam keadaan yang tidak menentu itu, masih ingat lagi ada sesetengah pihak termasuk wakil rakyat yang menangguk di air yang keruh dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak menguruskan mangsa banjir dengan baik.

Golongan ini siap menunjukkan bukti pengurusan bencana dari luar negara yang sangat baik dan teratur berbanding Malaysia yang hanya menempatkan mangsa banjir di dalam dewan.

Baru-baru ini, sebuah feri komersial Korea Selatan yang membawa 477 penumpang yang kebanyakannya pelajar sekolah karam dalam perjalanan ke Pulau Jeju. Dan di bawah beberapa gambar cara Kerajaan Korea Selatan menguruskan mangsa feri karam.

Seorang Pegawai Kerajaan Ditampar Oleh Keluarga Mangsa 



Suasana Dalam Sebuah Dewan Penempatan Sementara Negara Maju Korea Selatan Semalam Menempatkan Mangsa Feri Karam


Perdana Menteri Korea Selatan Dibaling Botol Air 



Cara Negara Maju Korea Selatan Mengurus Rakyat Mereka Dalam Dewan/Stadium tertutup


Kita mencadangkan supaya mana-mana Wakil Rakyat yang suka mengkritik negara sendiri tentang pengurusan mangsa-mangsa di dalam dewan supaya membuat lawatan belajar segera ke Korea Selatan sekarang. Inilah masa yang paling sesuai untuk membuat perbandingan pengurusan penempatan mangsa-mangsa tragedi di dalam dewan.

Lawatan ini diharap akan memberi kesedaran kepada mana-mana Wakil Rakyat betapa kemas dan tersusun pengurusan penginapan sementara dalam dewan yang diuruskan oleh kerajaan Malaysia.

Mesti ada sebab kenapa Perdana Menterinya dibaling botol mineral. Mesti ada sebab kenapa pegawai kerajaannya ditampar. Mangsa di Korea tidak sampai 1000 orang pun, di Malaysia kerajaan mengurus mangsa-mangsa di dalam dewan sehingga mencecah puluhan ribu orang.

Berita Penuh Artikel Menarik Ini Boleh Didapati Di :- pensilrajin.

[Gambar] Rahsia Yang Anda Wajib Tahu Ketika Di Atas Kapal Terbang Iyewwww

Wednesday 16 April 2014 | comments



















[Video] Klip SEDAR feat Felixia Yeap

Tuesday 15 April 2014 | comments



P/s:Jika Tak dapat view Video Klip Dibawah...sila sign in facebook anda kerana video di embed direct dari tuan empunya video.




Perhatian Pengemar Kopi : Senarai Kopi Beracun!

| comments




SENARAI KOPI BERACUN DI SAHKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-
1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
41.CATUABA

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya .

Sumber:-
Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan

[Video] : Raja Bomoh Akan Ke Australia, Bantu Misi Mencari MH370

Wednesday 9 April 2014 | comments


Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berkata, beliau akan berangkat ke Australia bagi membantu misi mencari pesawat MH370 yang hilang baru-baru ini.

Beliau yang ditemui petang tadi menegaskan, ia adalah merupakan sebahagian daripada usaha yang ingin dilakukan agar semua penumpang di dalam pesawat yang hilang itu dapat ditemui.

“Dalam teropong saya di atas gelap dan gelita (ritual yang dilakukan sebelum ini), berkelip-kelip. Dia ada menghampiri 3 pulau. Pulau itu saya tidak tahu di mana, tapi mengikut pandangan saya ia (mungkin) berada di Australia atau US.



“Saya telah usaha pergi ke Pulau Sembilan, (bersama peralatan) kerantong, buluh dan (melakukan) azan. Masa saya tarik buluh itu (ketika ritual dilakukan) tiada ada balasan, (contohnya) seperti menarik besi berani (magnet), sekiranya ada di laut (kebiasaannya saya dapat merasakan seperti ada tarikan),” jelasnya.

Ibrahim berkata, menurut pandangannya sebagai Raja Bomoh semua mangsa yang terlibat masih hidup.

“Saya akan bertolak ke Australia atau kawasan yang berdekatan dengan tempat carian (untuk turut sama membantu usaha mencari yang dilakukan). Saya (juga akan turut) meminta (berdoa) kepada Allah swt,” katanya.

Ibrahim turut menjelaskan usaha yang dijalankan ini, adalah merupakan inisiatif beliau sendiri tanpa dibiayai oleh mana-mana pihak.

Beliau turut menyeru agar semua masyarakat di negara ini teruskan berdoa agar misi mencari pesawat ini berjaya dan berhenti menuding jari menyalahkan orang lain.

“Sains dan teknologi serta amalan traditional Melayu (perlu) berganding bahu, seperti tangan kanan dan kiri (agar) benda yang berat (sukar) dapat ditolong (dipermudahkan)” jelasnya lagi.



Suara.TV

[Video]: Kais Tanah Demi Cebisan Roti. Tabahlah Anak-Anak Syiria!

Friday 4 April 2014 | comments


Dua beradik di Hajar Al-Aswad, Damascus, Syria terpaksa menguis tanah mencari habuk roti untuk dimakan.

Apabila ditanya apa yang diinginkan mereka, katanya mereka hanya mahu keadaan kembali seperti biasa jadi mereka tidak lagi tidur dalam keadaan lapar setiap hari.

Keluarga mereka susah kerana tidak mendapat bantuan makanan disebabkan ibu mereka meninggalkan tempat tersebut bersama dokumen keluarga kerana tidak tahan dengan kesempitan hidup.

Bapa mereka pula, kehilangan kad pengenalan membuatkan mereka tidak dapat memberikan bukti identiti yang merupakan syarat untuk mendapat makanan bantuan.

Namun mulianya hati anak kecil ini, mereka sedikit pun tidak marah dengan orang yang meninggalkan mereka di situ termasuk si ibu malah mendoakan mereka semua sihat dan gembira.

Kata mereka, sungguh pun sudah hampir setahun melalui hidup yang sukar namun Allah sentiasa bersama mereka dan orang yang sabar.

Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan kepada mangsa kemelut Syria termasuk kanak-kanak ini, bolehlah menyumbang kepada IKRAM for SYRIA menerusi:

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad

120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com atau; Tabung Palestin:

AQSA SYARIF BERHAD’


1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada @aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.
Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah.


Sila Klik
Sumber: Facebook Aqsa Syarif / Sosejroll

Wajah Hodoh Celcom Dari Kaca Mata Pengguna Setia (Siri 1)

Wednesday 2 April 2014 | comments (2)




Saya tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran. Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya. Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya. Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu. Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya.

Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja. Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.

Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya : 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh Suara.TV [Lihat: Bil Telefon Beribu, Pengguna Berang Dakwa Celcom Bangang]


Kes I: Bil Meningkat Mendadak Dalam Masa Sehari

Kejadian bermula pada 28 Mac 2014 apabila saya menerima mesej pada jam 3.20 petang menyatakan bil saya sekarang berjumlah RM 782.12.

Kemudiannya pada hari yang sama pada jam 7.34 malam satu lagi mesej dihantar oleh Celcom menyatakan bil saya telah meningkat kepada RM 963.42.

Akhirnya pada jam 8.08 malam satu lagi mesej dihantar kepada saya menyatakan bil telefon saya sudah meningkat kepada RM 1195.45 dan talian saya terus disekat.




Bagaimana bil saya boleh meningkat beratus ringgit hingga mencecah RM 1000 dalam masa beberapa jam adalah sesuatu yang misteri.

Malam tersebut juga saya bekejar ke mesin pembayaran Celcom di Kuala Lumpur untuk membayar dan mengaktifkan talian tersebut. Saya bayar sekitar RM RM 1140.00 (RM 380×3). Pada malam tersebut juga talian tersebut diaktifkan secara otomatik.

Sungguhpun tidak berpuas hati, saya berpendapat mungkin ini ada kesilapan semasa keluar negara minggu sebelumnya. Namun saya pasti sangat tidak ada bil sebesar itu kerana saya telah memilih “Rakan Celcom” secara manual di negara tersebut yang menawarkan RM 38 sehari untuk penggunaan data internet.

Apa perasaan anda sekiranya dalam masa satu hari bil anda meningkat dari 500 ke RM 700 ke RM 1000 dan talian disekat pada hari yang sama? Redha sahajalah buat masa itu.


Kes II: Bil Meningkat, Celcom Tidak Boleh Jelaskan


Namun masalah yang dijangka selesai berulang lagi pada 30 Mac 2014. Pada jam 8.03 pagi saya menerima mesej menyatakan bil saya telah mencecah RM 521.51. Saya beranggapan mungkin ini kesilapan sistem.

Namun pada jam 12.32 saya menerima satu lagi mesej menyatakan bil saya kini mencecah RM 702.56. Dalam masa beberapa jam bil telefon saya telah meningkat sebanyak RM 200.00.

Saya terus menghubungi Celcom Care bagi mendapat penjelasan isu ini. Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah adakah encik menukar telefon bimbit baru.

Sambil menyatakan saya telah beberapa bulan menukar telefon baru, saya bertanya, apa kena mengena menukar telefon baru dengan peningkatan bil secara mendadak pada minggu lalu dan pada hari ini? Beliau tidak memberi sebarang jawapan.

Beliau kemudiannya bertanya adakah saya ke luar negara baru-baru ini. Saya kata ada pada minggu lalu dan saya menggunakan “rakan celcom” di sana dan menetapkan pilihan secara manual pada telefon bimbit saya. Ini bermakna tidak mungkin akan ada peralihan daripada penyedia telekomunikasi rakan celcom kepada syarikat lain yang boleh meningkatkan bil saya secara mendadak.


Saya bertanya, “katakanlah ada kesilapan saya di luar negara tersebut pun, bagaimana bil ini boleh datang secara berperingkat-peringkat seminggu setelah saya di Malaysia?”

“Jika ada pun bil dari luar negara mengapa ia telah caj saya pada minggu lalu, dan mengenakan caj lagi pada hari ini?”

Pegawai tersebut berkata, “saya tidak dapat berbuat apa-apa encik. Kena tunggu bil encik keluar pada 13 April 2014 baru kita boleh siasat.”

Tanya saya, “Habis kalau talian saya disekat lagi saya perlu bayar lagi dan terpaksa tunggu 13 April untuk siasatan?”

“Encik boleh hubungi saya untuk aktifkan talian encik buat sementara waktu.”

Saya tahu pengaktifan seperti ini tidak bermakna apa-apa kerana ia akan disekat kembali dalam masa beberapa hari jika kita tidak menjelaskan bayaran tersebut.

Seperti dijangka talian saya disekat pada 31 Mac 2014. Saya memohon pengaktifan sementara dan diberi tempoh selama dua hari dengan had kredit RM 5 pada jam 6.51 petang.

Yang menyakitkan hati, lebih kurang sejam selepas pengaktifan sementara, saya menerima satu lagi mesej (jam 8.13 malam) menyatakan bil telefon saya telah meningkat kepada RM 1511.03. Talian saya terus disekat!


Dengan beberapa mesyuarat perlu saya hadiri malam tersebut dan keesokannya, saya fikir jika pada masa itu saya berjumpa CEO Celcom yang berambut panjang tersebut pasti saya tumbuk sahaja muka beliau!

Bayangkan hari kerja tanpa kemudahan komunikasi? Bayangkan terpaksa meminjam telefon kawan di hadapan pelanggan untuk menghubungi pejabat saya! Memalukan, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya hadapi.


Kes III: Celcom Blue Cube Sunway Penipu

Sekitar Jam 630 petang, 1 April 2014, saya ke pusat Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid. Saya memaklumkan kepada pegawai bertugas masalah-masalah saya seperti di atas. Berikut lebih kurang dialog antara saya dengan pegawai tersebut.

Celcom: “Saya perlu tunggu bil encik dikeluarkan dulu. Buat masa ini saya hanya boleh aktifkan akaun encik untuk 3 hari sahaja.”

Celcom: “Sebenarnya akaun encik ada lebihan RM900.”

Saya: “Habis mengapa akaun saya disekat.”

Celcom: “Itu saya tidak pasti. Kena tunggu bil encik keluar 13 April. Kalau encik nak cepat saya boleh tukar kepada 3hb.”

Saya: “Mengapa tidak boleh hari ini?”

Celcom: “Tak boleh sistem kami memang macam tu.”

Saya: “Jadi jika saya hendak tukar kepada syarikat lain tidak ada masalah? Akaun saya ada lebihan RM 900.00kan?”

Celcom: “Ya, tidak ada masalah.” (Dengan wajah yang tidak rasa apa-apa kerugian seorang pelanggan bercadang berpindah ke syarikat lain.)

Memang saya merancang untuk menukar syarikat lain kerana bosan dengan masalah ini. Namun kerana hari telah lewat petang, akaun saya telah aktif saya ambil keputusan untuk balik ke pejabat dulu.

Namun pada jam 9.14 malam saya menerima mesej Celcom menyatakan bil saya mencecah RM 2393.10. Seminit kemudian talian saya disekat.


Baru dua jam sebelumnya saya dimaklumkan ada lebihan RM 900 dalam akaun dan akaun saya akan aktif selama 3 hari, sekarang talian saya disekat BUAT KALI KETIGA dalam masa 5 hari dan saya berhutang RM 2000 dengan CELCOM?

Saya tidak kisah membayar bil tersebut jika saya menggunakannya. Saya mahu penjelasan dari CELCOM sebelum saya membayar bil yang luar biasa ini. Malangnya, saya tidak menerima sebarang penjelasan, dan tentulah tidak logik untuk saya membayar ribuan ringgit begitu sahaja.

Sangat aneh dalam dunia serba moden ini Celcom tidak boleh menjelaskan kepada penggunanya secara langsung apakah punca peningkatan bil secara mendadak dan mencecah ribuan ringgit?

Tidak logik Celcom hanya boleh menjelaskan peningkatan mendadak ini semasa bil dikeluarkan, tetapi pengguna perlu membayar apa saja caj yang dikenakan oleh Celcom sebelum bil dikeluarkan jika mahu talian kekal aktif. Ini perniagaan “Abu Jahal” atau “40 Penyamun”?

Apakah para pegawai CELCOM ini “kaki rasuah” sehingga membeli sistem yang ketinggalan zaman dan dan tidak efektif bagi perkhidmatan pelanggannya?

Saya juga ingin bertanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia, layakkah syarikat seperti ini terus diberi lesen perkhidmatan telekomunikasi?

Saya akan menulis siri ke-2 mengenai Celcom sedikit masa lagi. Saya memutuskan untuk tidak menukar syarikat telekomunikasi buat masa ini sebaliknya “memerangi” CELCOM sehingga mereka berubah.

:-Sumber
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger