cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

Masih Mahu Menyokong Anwar Ibrahim?

Monday, 8 April 2013 | comments


Pasti ramai Anwarinas yang sedaya upaya mempertahankan Anwar Ibrahim daripada kenyataan-kenyataan yang dilemparkan oleh Dr. Chandra bukan?

Sabar kawan, sebelum menghentam beliau baca sikit info nih.
"Chandra Muzaffar ialah seorang ahli sains politik Malaysia yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya(UM) selama beberapa tahun, dan kini merupakan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menumpukan persoalan-persoalan keadilan sejagat dari segi kerohanian dan akhlak. Dialog antara agama merupakan salah satu daripada keutamaannya dan beliau adalah ahli Majlis Keamanan Antara Agama Antarabangsa serta ahli lembaga Titik Persamaan (Common Ground), sebuah gerakan antarabangsa terhadap semua bentuk diskriminasi dan rasisme. Muzaffar pernah memegang jawatan dalam Parti Keadilan, sebuah parti pembangkang Malaysia. " -Sumber WikiPedia.
Pernahkah walau sedetik anda terfikir bagaimana seramai 32 orang kuat termasuk Dr. Chandra sendiri yang mengasaskan PKR, telah keluar dari parti itu secara keseluruhan? yang tinggal hanyalah Azmin Ali, Wan Azizah (The Puppet), & Tian Chua ?

Yang setia mempertahankan PKR ? tinggal Macai-macai politik sempit anwar ibrahim..kihkihkih kelakar.

Mahu Tahu Tentang Misteri Foundation Of The Future? Klik Sini

Video Penuh :




PENING LAGI BUNG NUOR




Ketua Penerangan PKR, Kutuk Anwar?

Monday, 1 April 2013 | comments


Kah kah kah kah kah !!, Jadi ini membawa maksud, yang orang PKR sebenarnya memang dah sedia maklumlah? Memang orang PKR sendiri mengakulah isu moral yang sedang melanda parti Anugerah Tuhan nih? kah kah kah kah 


Banduan Sebilik Pun Jadi Mangsa Anwar?

Sunday, 31 March 2013 | comments




AIDCNews – 30/03/13 – Bekas pembantu kepada peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mengakui telah menemui bekas rakan sepenjara Ketua Umum PKR itu ketika sama-sama merengkok di penjara Sungai Buloh.

“Saya bertemu bekas rakan sepenjara Anwar dari Sungai Buloh..dia berusia lewat 20-an .. dia banyak berkongsi cerita-cerita tentang Anwar.

“(Saya akan tulis dalam) artikel seterusnya tidak lama lagi,” kata Yuktes dalam twitternya semalam.

Pada 2 November 1998, Anwar telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat pertuduhan salah laku rasuah di mana telah mengambil masa perbicaraan yang panjang, akhirnya pada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya serta dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Sungai Buloh.

Ketika masih berada di penjara, Anwar sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada 7 Jun 1999, kali ini dibicarakan bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pemandu peribadi, Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Setelah perbicaraan berlangsung selama satu tahun empat bulan, pada 8 Ogos 2000, Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membuat keputusan Anwar dan Sukma bersalah meliwat Azizan.

Anwar dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Namun, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan dan dilepaskan dari penjara Sungai Buloh setelah berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dianggap pengamal undang-undang dan penulis Baratsebagai ‘bebas secara teknikal.”

-AIDC

Bekas Peguam Liwat Anwar II Mohon Maaf Pada Saiful

Saturday, 30 March 2013 | comments


KUALA LUMPUR 29 Mac - Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.

Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

"Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

"Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

"Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam," ujarnya.

Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com. - Utusan

Perbezaan Antara Anwar Dan Cristiano Ronaldo?

Thursday, 28 March 2013 | comments


KIH KIH KIH KIH KIH KIH !!!!
Sekali lagi pemain bola sepak Cristiano Ronaldo menunjukkan tanda solidariti beliau buat Negara Palestin. Dalam satu perlawanan, Cristiano enggan bertukar-tukar jersi seperti lazimnya dengan pemain Israel.

Menurut beberapa laporan media, Cristiano enggan untuk bertukar T-Shirt dengan pemain bola sepak Israel untuk menunjukan bantahan terhadap kekejaman Israel di Palestin. Video ini juga menunjukkan bahawa bagaimana Cristiano dengan beraninya menolak untuk bertukar jersi.



BUAT TANAH PALESTIN!



Ini bukan kali pertama bagi pemain berusia 28 tahun itu menunjukkan hormat dan kasih sayangnya terhadap Negara Palestin yang telah menderita sejak beberapa dekad. Pada tahun 2011, Ronaldo menjual kasut untuk mendapatkan derma Real Madrid Foundation, organisasi yang akan membina sekolah-sekolah di 66 negara termasuk Palestin.

Pada bulan November 2012, beliau menderma Boots Emas bernilai 1,5 Euro. Sebaliknya, bagi sesetengah pengkritik pula berkata, bahawa Cristiano zalim dan ini menunjukkan kebencian beliau terhadap Israel.

Cristiano Ronaldo!!!




Nallakaruppan Bantai Anwar Ibrahim?

Wednesday, 27 March 2013 | comments


Siapa Nallakaruppan?



"Nallakaruppan adalah rakan tennis Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berkawan baik selama 30 tahun lebih.

Setelah sekian lama menyepikan diri selepas dikaitkan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau muncul semula di persada politik Malaysia sebagai Ketua Bahagian PKR Kepong,Selangor. Beliau menyertai PKR pada 2006 kerana yakin dengan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 Nallakaruppan berjoget bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentas kempen bagi memenangkan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimanapun, Cikgu Parthiban dari Barisan Nasional-MIC menang."

Qaradhawi Puji Najib - Ehh Dulu Anwar Cakap Lain..

Monday, 18 March 2013 | comments



ASAL kisah laman portal propembangkang menganggap berita ulama terkenal Sheikh Yusof Al-Qardhawi memuji lawatan Perdana Menteri Najib Tun Razak ke Gaza Januari lepas sebagai propaganda yang disebarkan pencacai UMNO sahaja, tapi setelah membuat penyelidikan sendiri, ternyata ia memang berita yang tepat.

Umum di Malaysia ini tahu Al-Qardhawi adalah penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sering memberikan sokongan serta galakan terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia itu dalam sebarang cabaran yang dihadapinya demi menegakkan kebenaran di bumi Malaysia ini.

Anwar juga sering kali menyebut nama Al-Qardhawi sebagai rujukannya bila ada isu-isu berkaitan Islam membabitkan beliau yang dijadikan polemik politik oleh pihak musuh, terutama UMNO. Menyebut nama itu saja bukti penghargaan yang begitu tinggi dari Anwar terhadap Al-Qardhawi.

Tetapi nampak gayanya Anwar kini tidak duduk senang apabila tokoh terkemuka itu memuji Perdana Menteri.

Semalam dalam satu kenyataan, tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menegaskan, lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza Januari lalu menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang sekian lama mengimpikan kemerdekaan di bumi mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Institut Antarabangsa Al-Quds (QII) berkata, lawatan Perdana Menteri itu juga memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa serta pemimpin negara-negara Islam terhadap pentingnya tindakan berani diambil dalam menamatkan sekatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.

Menurutnya, sekatan itu bukan hanya di Gaza malah di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

“Rakyat Palestin kini semakin menderita dengan tindakan kejam rejim Zionis yang cuba menukar identiti Arab dan Islam mereka kepada identiti Yahudi menerusi ‘penjajahan’ Israel itu.

Sememangnya lawatan anda (Najib) telah menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang mencari kebebasan berdekad-dekad lamanya.

“Bagi mereka, Malaysia dianggap sebagai negara Islam utama yang sentiasa memberi perhatian berat terutama dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Oleh itu, lawatan khas ini memperlihatkan penegasan sokongan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat penghargaan kepada Najib bertarikh 15 Februari lalu atas lawatan Perdana Menteri ke Gaza, Januari lalu.

Pada 22 Januari lalu, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia menjejak kaki ke Palestin selain pemimpin Islam pertama dari bukan kalangan negara Arab berbuat demikian.

Lawatan itu bagi melihat sendiri apa yang berlaku di Gaza dan dibuat atas faktor kemanusiaan selain merupakan simbol sokongan kuat Malaysia demi rakyat Palestin.

SUMBER

Yuktes Vijay Peguam Liwat Anwar : Anwar Sesumpah!

Thursday, 14 March 2013 | comments



Satu demi satu Peguam, dia lari, dari Zulkifli Nordin , hingga yang terbaru ini, kenapa ada yang bela Anwar lagi? macam Bekas Peguam Anwar Zulkifli Nordin ( Baca: Yang Lagi Lama Duduk Dengan Anwar) pon hentam anwar. Kenapa Anjing anjing PAS, DAP sibuk dok bela? Kenapa Yang duduk kedai kopi baru tahu bukak MalaysiaKini nak bela? hihihih

Yuktes , dalam bulatan.


Dear Dato’ Seri Anwar Ibrahim, 
Ya, ini adalah surat terbuka saya kedua. Seperti yang Dato’ Seri tahu, surat ini adalah luahan kekecewaan saya, membazirkan 13 tahun menganggap Dato’ Seri sebagai idola saya. Secara jujurnya, saya sesekali tidak akan terkejut jika Dato’ Seri tidak menjawab surat ini, kerana saya pasti Dato’ Seri akan tetap mengabaikan segala kritikan yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri kerana Dato’ Seri beranggapan bahawa Dato’ Seri adalah seorang yang MAKSUM. Secara peribadinya saya ingin menyatakan disini, Dato’ Seri adalah seroang yang BERMASALAH. 
Chameleon 
Banyak kali saya cuba menahan diri daripada memanggil Dato’ Seri sebagai seorang ‘Chameleon’ tetapi kenyataan terbaru Dato’ Seri dalam media Harrold Sydney membuatkan saya mengubah pendirian saya berkenaan dengan isu ini. Bagaimana Dato’ Seri boleh menganjurkan satu perhimpunan, menuntut supaya Lynas TIDAK DIBERIKAN LESEN UNTUK BEROPERASI, tetapi sebaliknya MENGUBAH PENDIRIAN FLIP-FLOP bila BERHADAPAN dengan MEDIA Australia Harrold Sydney..? Mengapa amat sukar bagi Dato’ Seri untuk mempunyai pendirian yang TETAP dan KONSISTEN...? Membawa istilah "Lakukan apa yang orang-orang Rom lakukan di Rom ke peringkat baru yang seterusnya”.
Dato’ Seri bagaikan seorang Pahlawan India bila berada bersama-sama dengan masyarakat India, berlakon bagai seorang Imam Melayu yang warak atau ulama apabila berhadapan dengan orang-orang Melayu dan seterusnya sebagai seorang Pakar Ekonomia apabila mengadakan perbincangan dengan masyarakat. Saya boleh nyatakan pelbagai contoh disini, dimana penampilan berkualiti Dato’ Seri bagaikan seorang ‘Chameleon’ tetapi saya tidak berminat untuk membazirkan banyak masa untuk itu kerana saya pasti, rakyat sendiri sudah bijak untuk menilai segala pergerakan dan tingkah laku Dato’ Seri. 
Con-Artis 
Saya tidak peduli apa yang telah diberikan kepada masyarakat India di Kg Buah Pala. Apa yang telah Dato’ Seri janjikan kepada mereka..? BUKTI VIDEO telah menunjukkan, Dato Seri telah BERKATA bahawa jika Pakatan Rakyat menang, Dato’ Seri sesekali TIDAK AKAN MEMBENARKAN kampong tersebut DIKOSONGKAN. Melainkan jika saya berada dalam keadaan KOMA, saya yakin bahawa jika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, Kg Buah Pala pasti TIDAK AKAN WUJUD lagi. Malah jika sekiranya pampasan diberikan sekalipun, BUKANKAH ianya AKAN MEMBUKTIKAN bahawa Dato’ Seri akan MELAKUKAN APA SAHAJA untuk MEREALISASIKAN IMPIAN Dato’ Seri untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7..? 
Lagi satu adalah masalah tulang belakang Dato’ Seri. Saya memberi jaminan melalui pengalaman saya sebagai salah seorang Peguam Dato’ Seri, Dato’ Seri seolah-olah berada di dalam keadaan kesakitan yang amat sangat semasa menghadiri Perbicaraan Mahkamah, tetapi bila berceramah, Dato’ Seri boleh melompat dan menari di sekeliling pentas tanpa rasa sakit walau sedikit pun..? Macamana tu..? Adakah Dr Hoogland telah menggunakan TONGKAT AJAIB beliau kepada Dato’ Seri..?
Kebebasan Media
Dato’ Seri adalah seorang hipokrit yang penuh dengan SANDIWARA. Bagaimana Dato’ Seri boleh MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN MEDIA sekarang, apabila Dato’ Seri sendiri adalah satu-satunya INDIVIDU yang telah MENGAMBIL LANGKAH untuk ianya DISWASTAKAN. Ingat NST Dato’ Seri..? Masa Dato’ Seri mengambil-alih jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Tun Ghafar Baba..? Saya perlu MEMPERINGATKAN Dato’ Seri kerana nampaknya MEMORI Dato’ Seri telah menjadi semakin sedikit. Dato’ Seri tidak pernah MERUNGUT atau MEMBUAT SEBARANG USAHA untuk KEBEBASAN MEDIA ketika itu. Dato’ Seri tahu MENGAPA..? Kerana MEDIA KETIKA ITU TELAH MEMUJI dan MENGANGKAT Dato’ Seri. Tetapi kejadian SEBALIKNYA BERLAKU sekarang apabila MEDIA MULA MENGKRITIK Dato’ Seri, TIBA-TIBA SAHAJA KEBEBASAN MEDIA MENJADI SATU AGENDA YANG AMAT BESAR dalam MAINAN POLITIK Dato’ Seri. Betapa besarnya SIKAP HIPOKRIT dan SANDIWARA Dato’ Seri…! Sebagaimana Dato’ Seri MEMUTARBELITKAN Isu PTPTN , memperjuangkan PENGHAPUSAN PTPTN kononnya WALHAL IANYA ADALAH ILHAM Dato’ Seri SENDIRI…!!!
Perbahasan dengan PM
Anda lihatlah Dato’ Seri, Saya MEMUJA Dato’ Seri suatu ketika dahulu adalah kerana KEHEBATAN Dato’ Seri BERHUJAH dan BERPIDATO. Sayalah orang pertama yang akan MENGAKUI KEMAHIRAN dan KEHEBATAN yang ada pada Dato’ Seri, ianya AMAT MENARIK sekali. Saya telah MENGAGUMINYA hingga kini.
 Tetapi untuk Dato’ Seri MENCABAR Perdana Menteri Dato’ Seri Najib untuk BERDEBAT, ianya langsung TIDAK MASUK AKAL dan TIDAK WARAS sama sekali. Dato’ Seri sendiri pernah berada dalam UMNO. Dato’ Seri pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, mengalahkan Datuk Suhaimi hanya dengan MAJORITI 10 UNDI, walaupun Dato’ Seri sendiri masih baru dalam UMNO ketika itu.
Saya tidak pernah ingat mahupun membaca apa-apa tentang perdebatan Dato’ Seri dengan Datuk Suhaimi atau menggunakan mana-mana proses demokrasi untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO tersebut. Dato’ Seri MENANG hanya semata-mata kerana Dato’ Seri adalah KESAYANGAN Tun dr Mahathir ketika itu…!
Dato’ Seri menuntut supaya PM berdebat dengan Dato’ Seri kerana itu adalah bidang KEPAKARAN Dato’ Seri…! Kenapa Dato’ Seri TIDAK MENCABAR PM untuk sesuatu yang beliau pandai dan mahir..? Seperti MEMENUHI SEGALA JANJI dan PELBAGAI BENTUK PERUBAHAN EKONOMI. Saya sanggup menulis untuk mengeluarkan satu PETISYEN terhadap Kerajaan Negeri Selangor sekarang, untuk menaikkan gaji Dato’ Seri supaya Dato’ Seri dapat melakukan sesuatu yang sama seperti apa yang PM lakukan daripada sibuk kesana-kemari, kehulu-kehilir MENGADAKAN CERAMAH. Yang pastinya, RM1 tidak mencukupi sebagai sumbangan untuk mengerahkan masa dan tenaga saya melakukan kerja tersebut.
 Kesimpulannya disini Dato’ Seri, saya berdoa supaya TIADA SESIAPA yang MENJADI SEPERTI SAYA..! Saya juga BERDOA supaya Dato’ Seri menemui KEHANCURAN, kerana saya merasa SUNGGUH KECEWA, KEKECEWAAN YANG AMAT SANGAT setelah MENGETAHUI SIAPA Dato’ Seri yang SEBENAR-BENARNYA…! Tidak dinafikan, Dato’ Seri adalah seorang POLITIKUS yang baik. Bagi MANUSIA SEPERTI SAYA, Dato’ Seri bagaikan SEORANG HERO,
Tetapi Dato’ Seri sendiri yang MEMUSNAHKANNYA…!
Dan sebelum saya mengakhiri, BERHENTILAH BERTINDAK SEBAGAI SEORANG REFORMIS Dato’ Seri..! Hanya ada SEORANG SAHAJA MANDELA dalam DUNIA ini. Dato’ Seri telah DIPECAT dari JAWATAN TIMB PERDANA MENTERI. Dato’ Seri TIDAK MELETAKKAN JAWATAN dan BANGKIT untuk MEMPROTES seperti mana yang seorang REFORMIS patut lakukan. Seorang REFORMIS SEJATI AKAN BERHENTI DARI BEREFORMASI JIKA APA YANG MEREKA DAKWA TENTANG UMNO/BN SELAMA INI ADALAH SAMA SEKALI TIDAK BENAR…! 
Yuktes Vijay Pegawai Perundangan kpd YB Kamalanathan, Bekas Peguam Bela Anwar Ibrahim dalam Liwat II

Anwar Sakit Punggung Lagi?

Sunday, 10 March 2013 | comments (2)



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di Pasir Mas apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Zulkifli (kiri), yang sempat berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.

"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.

Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.

"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Naib Presiden PERKASA itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, dalam pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.

- Bernama
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger