cookieOptions = {have some cookies?}

[Video]Haji Hadi Sendiri Tak Sanggup Jadi Calon DAP

Saturday 31 May 2014 | comments



Kemangkatan Sultan Perak Vs Kematian Karpal Singh

Thursday 29 May 2014 | comments


Selama ini DAP memang bencikan ketuanan Melayu. Hakikat bahawa Tanah Melayu ini milik orang Melayu dan atas budibicara orang Melayu juga maka kaum pendatang seperti bangsa Cina dan India diberi kewarganegaraan dengan syarat ketuanan Melayu dan hak istimewa orang Melayu dipatuhi.

Setelah sekian lama negara mencapai kemerdekaan maka DAP berharap mereka dapat menghapuskan hak istimewa orang Melayu dengan membuatkan orang Melayu lupa kepada perjanjian pra kemerdekaan dan perlembagaan.

Namun sistem demokrasi Raja Berpelembagaan telah berfungsi melindungi hak-hak orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu. Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua negara untuk seluruh negara Malaysia. Baginda dipilih antara raja-raja Melayu.

Semalam Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah mangkat pada pukul 1.30 tengah hari rabu 28 Mei 2014 pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Kemangkatan baginda yang memerintah Perak selama 30 tahun diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kemangkatan baginda dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Namun begitu bagi DAP mereka jelas tidak meratapinya. Mungkinkah selama ini mereka berdendam kepada Sultan Perak kerana tidak membenarkan Dun dibubarkan suatu masa dahulu.sehingga mereka terpaksa menyerahkan kuasa politik kepada Barisan Nasional.

Dalam blog Lim Kit Siang tidak ada menyebut sepatah pun berkenaan kemangkatan Sultan Perak sedangkan Lim Kit Siang mengusung ke sana ke mari Dyana sebagai calon DAP di PRK Teluk Intan yang berada dalam negeri Perak ketika ini.

Ini seolah-olah menggambarkan perasaan benci DAP terhadap Sultan dan Raja-Raja yang berbangsa Melayu. Raja berpelembagaan inilah yang menjadi batu penghalang terbesar untuk mereka merampas negara dengan mudah.

Kita boleh lihat bagaimana DAP meratapi kematian Karpal Singh. Wujudnya “double standard” dalam mereka melayan isu kematian Karpal Singh dan kemangkatan Sultan Perak. Seolah-olah Karpal inilah raja bukannya Sultan Perak. Semasa kemangkatan Sultan Perak, dalam salah satu “tweet DAP mereka dengan sombong mengatakan bahawa hidup perlu diteruskan sedangkan semasa kematian Karpal, DAP mengambil masa yang lama meratapi kematian Karpal yang menentang hudud bermati-matian.

Jelas kita tahu bahawa betapa bencinya DAP terhadap Raja-Raja Melayu kerana mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan Ketuanan Melayu. Oleh itu, orang Melayu jangan tertipu dengan “wayang” yang sedang dimainkan oleh DAP dengan menggunakan pelakon Melayu iaitu Dyana Sofya untuk mengaburi sikap rasis, chauvanist dan ala komunis mereka.


*MYKMU

Dinosour Terbesar Seberat 77 Tan Sudah Ditemui!

Thursday 22 May 2014 | comments




Paleontologi baru baru ini telah menemui sebuah penemuan yang menakjubkan. Argentinosaurus, dijangkakan dinosour paling besar yang pernah menghuni dunia ini dianggarkan sepanjang 130 kaki, 65 kaki tinggi dan berat yang mencecah 77 tan metrik.

Setelah membaca anggaran raksasa purba ini, cuba bayangkan bertapa besarnya Argentinosaurus. Perghhh lebih kurang rumah 2 tingkat dah dan itu kalau nak kira badan je.. bayangkan pula 77 tan ....












2 Tan Dadah Jenis Cocaine Dirampas! Fuuuuuuuuu

Wednesday 21 May 2014 | comments

Rampasan sebanyak 2,350 kilo dadah jenis kokain dari hanya sebuah bot oleh polis Colombia. Dadah tersebut dipamerkan secara umum untuk membiarkan tokan - tokan dadah tahu bahawa tiada sesiapa pun yang boleh terlepas dari undang-undang.... melainkan anda berada di Mexico...sebab kat sana kartel dadah lagi power!












Raja Bomoh Bertanding di Telok Intan! wahahahaha

Saturday 17 May 2014 | comments



Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sedang memikirkan kemungkinan untuk bertanding sebagai calon Bebas di pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurutnya ramai penduduk Teluk Intan yang ditemui memintanya untuk bertanding sebagai calon bagi mewakili mereka.

“Ramai yang datang jumpa dan minta Datuk bertanding sebagai calon bebas.

“Datuk adalah anak jati Teluk Intan, lahir dan dibesarkan di sini. ” katanya kepada wartawan Suara.TV petang tadi.

Menurutnya lagi sebahagian besar pengundi di Teluk Intan mempunyai pertalian saudara dan merupakan kenalan yang rapat dengannya.

Ibrahim turut berkata, selain masyarakat Teluk Intan, semua ahli persatuan Silat Gayong Ghaib dan Selendang Merah turut menyatakan sokongan dan sanggup untuk menjadi jenteranya sepanjang tempoh berkempen.

“Apapun tunggulah ketika proses penamaan calon nanti kerana Datuk masih memikirkan permintaan mereka itu” katanya lagi.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian anggotanya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Seah mengalahkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional (BN) dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

-Suara.tv@ 

DAP Fuck PAS… Dan PAS Cuba Tutup Mulut Tentang Hudud

| comments





PAS cuba maklum malah sangat sedar tentangan sengit kepada keinginan mereka untuk mewujudkan undang-undang hudud di negara ini sebenarnya mendapat tentangan yang paling kuat adalah dari DAP, bukannya MCA atau GERAKAN mahupun parti-parti nyamuk yang lain. Walau bagaimanapun, PAS tidak berani mengakui kebenaran tersebut sebaliknya terus bertaici kepada MCA dan GERAKAN walaupun dari semasa ke semasa, pelbagai peringkat kepimpinan dalam DAP terus lantang menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan hukum hudud.

Penghalauan PAS dari Pakatan Rakyat juga telah dibuat secara terbuka. Jawatankuasa Teknikal berkaitan hudud yang merupakan kerjasama atau kolaborasi antara PAS dengan UMNO telah dilabelkan oleh DAP sebagai ancaman terbesar kepada kewujudan Pakatan Rakyat. PAS secara halus dikatakan tidak lagi berminat dan tidak lagi boleh dipercayai untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Isu hudud telah menyebabkan DAP cukup takut dan cuba mengelak daripada berada sepentas dengan para pemimpin PAS. Lebih ditakuti sekiranya para hadirin bertanya kepada para pemimpin DAP dan PAS yang berada di atas pentas yang sama, tentang hudud dan reaksi daripada kedua-dua parti tersebut.

Justeru, beberapa ceramah yang sepatutnya dikongsi bersama oleh PAS dan DAP, terpaksa dipinda, bahkan dibatalkan terus bagi mengelakkan perpindahan undi masyarakat Cina dan Melayu kepada pihak lawan ekoran kontroversi hudud.

Itulah yang berlaku dua malam sudah di Dewan Kwan Tung, Jalan Tokong, Taiping. Sepatutnya satu ceramah PAS diadakan di situ. Malangnya, DAP telah melakukan tekanan dan membatalkan ceramah tersebut atas alasan bimbang memberi kesan kepada PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Akhirnya PAS terpaksa mengadakan ceramah di Markaz PAS Ayer Kuning. PAS benar-benar kecewa apabila DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming enggan memberikan kerjasama untuk mengumpulkan masyarakat Cina untuk hadir ke program berkenaan.

ADUN Pokok Assam dari DAP, Teh Kok Lim secara berterus-terang menyatakan bahawa isu hukum hudud yang dibawa oleh PAS Kelantan akan menggugat peluang kemenangan besar calon-calon DAP di Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Tambahan pula, kenyataan susulan daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mengatakan, PAS tetap bercadang membawakan usul hukuman hudud ke Parlimen pada bulan September nanti, akan memberi ruang kepada calon-calon lawan meraih sokongan pengundi-pengundi Cina.

Usul tersebut sepatutnya dibentangkan dalam Sidang Dewan Rakyat pada bulan Jun nanti tetapi PAS yang didesak kuat oleh DAP, akhirnya menerusi Presiden parti, telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menunda atau menangguhkan terlebih dahulu usul berkenaan dibentangkan di Parlimen bagi menyelamatkan air muka DAP dalam dua PRK.

Disebabkan itulah, dalam kempen-kempen pilihanraya yang berjalan di Bukit Gelugor dan pra-kempen di Teluk Intan, DAP dan PAS selagi boleh cuba mengelak daripada berada di atas pentas yang sama. Baik PAS mahupun DAP langsung tidak berani menyentuh tentang isu hudud di kalangan hadirin masing-masing. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh pemimpin kedua-dua parti tersebut yang dikerahkan untuk berkempen ialah, mempergiatkan penyuburan sentimen agar rakyat bangun memberontak dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional dengan sebarang cara.

Menariknya penyokong kedua-dua parti ini terus menyorak-nyorak dan mengejek-ngejek UMNO serta Barisan Nasional. Tanpa melihat apa yang berlaku dalam parti yang mereka sendiri sokong, Barisan Nasional dan UMNO khususnya dikatakan terus menentang hudud dan tidak selayaknya mengaku yang mereka beragama Islam.

Sedangkan pada masa yang sama, PAS sendiri bekerjasama rapat dengan UMNO untuk mendapatkan sokongan dan berkongsi kedudukan dalam Jawatankuasa Teknikal mengenai hudud yang telah pun dibentuk untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam Undang-Undang Syariah (II) Kelantan untuk perlaksanaan di negeri berkenaan.

Yang mereka langsung tidak berani sentuh ialah KETAKUTAN PAS dan DAP menceramahkan hudud di atas pentas-pentas ceramah di PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan.


*Petikan MyKMU.net

Semoga Tun Siti Hasmah Diberi Kesihatan Berpanjangan..

Sunday 11 May 2014 | comments


[Gambar] 50 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Disneyland

Thursday 8 May 2014 | comments

Perkara menarik yang perlu anda tahu jika merancang untuk ke Disneyland. :D





















































 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger