cookieOptions = {have some cookies?}

Kemangkatan Sultan Perak Vs Kematian Karpal Singh

Thursday 29 May 2014 | comments


Selama ini DAP memang bencikan ketuanan Melayu. Hakikat bahawa Tanah Melayu ini milik orang Melayu dan atas budibicara orang Melayu juga maka kaum pendatang seperti bangsa Cina dan India diberi kewarganegaraan dengan syarat ketuanan Melayu dan hak istimewa orang Melayu dipatuhi.

Setelah sekian lama negara mencapai kemerdekaan maka DAP berharap mereka dapat menghapuskan hak istimewa orang Melayu dengan membuatkan orang Melayu lupa kepada perjanjian pra kemerdekaan dan perlembagaan.

Namun sistem demokrasi Raja Berpelembagaan telah berfungsi melindungi hak-hak orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu. Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua negara untuk seluruh negara Malaysia. Baginda dipilih antara raja-raja Melayu.

Semalam Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah mangkat pada pukul 1.30 tengah hari rabu 28 Mei 2014 pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Kemangkatan baginda yang memerintah Perak selama 30 tahun diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kemangkatan baginda dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Namun begitu bagi DAP mereka jelas tidak meratapinya. Mungkinkah selama ini mereka berdendam kepada Sultan Perak kerana tidak membenarkan Dun dibubarkan suatu masa dahulu.sehingga mereka terpaksa menyerahkan kuasa politik kepada Barisan Nasional.

Dalam blog Lim Kit Siang tidak ada menyebut sepatah pun berkenaan kemangkatan Sultan Perak sedangkan Lim Kit Siang mengusung ke sana ke mari Dyana sebagai calon DAP di PRK Teluk Intan yang berada dalam negeri Perak ketika ini.

Ini seolah-olah menggambarkan perasaan benci DAP terhadap Sultan dan Raja-Raja yang berbangsa Melayu. Raja berpelembagaan inilah yang menjadi batu penghalang terbesar untuk mereka merampas negara dengan mudah.

Kita boleh lihat bagaimana DAP meratapi kematian Karpal Singh. Wujudnya “double standard” dalam mereka melayan isu kematian Karpal Singh dan kemangkatan Sultan Perak. Seolah-olah Karpal inilah raja bukannya Sultan Perak. Semasa kemangkatan Sultan Perak, dalam salah satu “tweet DAP mereka dengan sombong mengatakan bahawa hidup perlu diteruskan sedangkan semasa kematian Karpal, DAP mengambil masa yang lama meratapi kematian Karpal yang menentang hudud bermati-matian.

Jelas kita tahu bahawa betapa bencinya DAP terhadap Raja-Raja Melayu kerana mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan Ketuanan Melayu. Oleh itu, orang Melayu jangan tertipu dengan “wayang” yang sedang dimainkan oleh DAP dengan menggunakan pelakon Melayu iaitu Dyana Sofya untuk mengaburi sikap rasis, chauvanist dan ala komunis mereka.


*MYKMU
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger