KUALA LANGAT – Peruncit dan pasar raya digesa supaya memastikan bekalan minyak masak di premis masing-masing mencukupi bagi mengelakkan orang ramai beranggapan bekalan barangan itu tidak mencukupi.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang degil menyorokkan minyak masak hingga mencetuskan panik kepada pengguna.
“Saya mahu nasihatkan pekedai dan pasar raya supaya memesan dengan lebih awal bekalan minyak masak ini supaya ia tidak habis sekali gus mengelakkan pengguna daripada panik.
“Penguatkuasa kementerian akan sentiasa memantau keadaan dan jika berlaku perkara seperti ini (sorok minyak) mereka boleh dibawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman dengan denda maksima bernilai RM1 juta, ” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke atas dua kilang memproses dan membungkus minyak masak di Telok Panglima Garang di sini hari ini.
Henry turut menjelaskan sehingga kini bekalan minyak masak di kilang-kilang memproses dan membungkus minyak masak terutama dalam paket seberat satu kilogram adalah mencukupi.
Turut hadir Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Roslan Mahyuddin dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakub.
Sementara itu, pemeriksaan KPDNKK Selangor di sebuah pasar raya di Bukit Rimau, Shah Alam, mendapati stok bekalan minyak masak terkawal dan tidak mengalami masalah putus bekalan.
Pegawai penguatkuasanya, Mohd Zarif Anwar Mohd Ali berkata pemeriksaan di stor pasar raya berkenaan juga mendapati tiada bekalan minyak masak yang disorokkan.
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...
-
KENAPA AKU TIDAK SOKONG RUU 355
Hari ini akan berlangsung perhimpunan RUU 355 yang dianjurkan oleh Pas.
Mungkin ramai yang menyokong perhimpunan ini, t...
Korang Tercari-cari Cenderamata #FBP2015 ??
-
Festival Belia Putrajaya yang diadakan setahun sekali ini, tak sah kalu
korang tak bawak balik cenderamata sebagai kenang-kenangan. Nak beli tapi
kat mane...
INSYAALLAH ...
-
Esok 5 Mei 2015 pengundi Rompin akan keluar mengundi bagi memilih wakil
mereka di Parlimen selepas Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang mewakili mereka
sebelum ...
KISAH BENAR – HAKIKAT MENGHERDIK ANAK YATIM.
-
Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan
Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala
Lumpu...
Untung Jadi Cinabeng Di Malaysia
-
Untung jadi Cinabeng ni. Banyak duit, dah bunuh orang, boleh lari ke luar
negara.
Jangan kata penulis dengki dengan Cinabeng pula ya. Penulis cuma
men...
Mansuh AUKU & PTPTN Janji Populis Pembangkang
-
Masa untuk menggerakkan jentera parti masing-masing di Malaysia untuk
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi sedang giat
direncanakan....
Kumpulan Bersenjata Masih Enggan Berundur
-
PETALING JAYA: Kumpulan bersenjata yang mendakwa tentera diraja Sultan Sulu
masih enggan berundur dari tempat persembunyian mereka sambil berharap ada
...
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D