cookieOptions = {have some cookies?}

Ini Janji Ditepati? Atau Janji Sang Munafik?

Saturday 16 February 2013 | comments




Mahkamah Tinggi di sini Isnin menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Khalid Ibrahim
Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.

Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.


Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.- Bernama

G.A.M :- Salah Satu Kegagalan, kegagalan, demi kegagalan yang telah berjaya direkod Parti kepunyaan "Rakyat"  kononnya ini. Percayalah PRU 13 akan datang, PR akan menjanjikan penambahan Janji berupa Rumah Percuma, Pembantu Rumah Percuma , Kereta Percuma, diatas "Nama Rakyat" jika diberi mandat sekali lagi.......tapi Janji jer lah.
                
 
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger