cookieOptions = {have some cookies?}

[GAMBAR]: Wajah Ketakutan Rakyat Israel Atas Serangan Ganas "Pengganas GAZA"

Saturday, 2 August 2014 | comments

Inilah wajah wajah mangsa keganasan pengganas di GAZA, mereka terpaksa menyorok dalam 'bomb shelter' dalam ketakutan yang amat sangat kerana serangan demi serangan ke atas Negara itu.

Itu antara petikan yang anda boleh baca dalam BBC , CNN, dan media barat.. realitinya?





















[GAMBAR] Cara Google Hacks Yang Kita Tak Tahu.

Monday, 14 July 2014 | comments (1)

Selalu gunakan Google Search sebagai enjin carian anda, namun ada beberapa aplikasi tersembunyi yang kita tak tahu.. jom tengok apa lagi yang boleh kita buat dengan google search nih.



Google as a timer:
set masa dan "countdown" bermula.



Google tip :
dengan aplikasi ini, google akan tunjukkan nilai tip yang sepatutnya anda berikan.



Search for special days:
Taip nama hari hari yang penting atau hari hari keraian , google akan paparkan maklumatnya secara automatik.


Release Date Filem.



Jadual Penuh Episode Kegemaran:




Barrel Roll:
Taip " Do A Barrel Roll" pada ruang carian dan page google anda berpusing.



Google Tilt:
Cuma taip "Tilt" pada carian, dan lihat apa yang berlaku.





Google Zerg Rush:
Bosan ketika sedang online? taip "Zerg Rush" dan huruf "O" akan turun memusnahkan carian anda. Tugas kita sekarang adalah menghapuskan huruf "O" tersebut dengan menekan butang kanan padanya beberapa kali.





Google Calories Comparison:
Membandingkan kadar kalori makanan kegemaran anda.


Google 1998:
Guna antaramuka enjin carian google pasca 1998


Pulau Mabul Diserang Penceroboh Sulu!

Sunday, 13 July 2014 | comments





SABAH- Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom,telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi,pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran,bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.

berita penuh :- Klik

Anak Muda China Ketagih Internet Dan Tindakan Kerajaan Mereka

Tuesday, 8 July 2014 | comments

Anak muda China yang bermasalah ketagihan internet mencapai tahap yang sangat membimbangkan. Cara nak membaiki masalah ini?


Rasanya, anak muda kita boleh tahan tak kalau buat kem macam nih ?




















[VIDEO] Penjelasan Ibu OKU Dikurung Sehingga Kering.

Sunday, 22 June 2014 | comments (2)






Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Taman Semarak, Nilai, semalam, mendakwa tidak tahu bagaimana cara meminta bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata dalam laporan Berita Harian, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.

“Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya. Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.

Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.

“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami. Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja berkenaan dipetik laporan Harian Metro pula.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.




“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

[Gambar] 10 Senarai Manusia Dengan "SuperPower" Yang Sebenar

Saturday, 21 June 2014 | comments (1)



Mereka Wujud!




 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger