cookieOptions = {have some cookies?}

Polis buru guru hina Polis-Isu Cikgu Anjing

Thursday, 14 March 2013 | comments (3)




KOTA BHARU 14 Mac - Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

“Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.

“Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Artikel Penuh: Utusan
 
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
14 March 2013 at 20:25

cari sampai lubang cacing

15 March 2013 at 06:37

Kesian, tak fasal2 nama sekolah dia turut terpalit, kesian, kesian
Bukan mudah nak membina nama baik sekolah
Anak murid bertungkus lumus dlm kokurikulum
Nak mengharumkan nama sekolah
Cuma dgn menaip beberapa ayat
telah meruntuhkan nama baik itu.

Anonymous
16 March 2013 at 13:58

dengar citer daripada member di kelantan...cikgu ni dah berbulan tak mengajar....dah ada lesen besar.andainya betul mengapa jpn tak maklumkan.bersihkan nama institusi guru.....mengapa tak umumkan dalam tv...

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger