cookieOptions = {have some cookies?}

Qaradhawi Puji Najib - Ehh Dulu Anwar Cakap Lain..

Monday, 18 March 2013 | comments



ASAL kisah laman portal propembangkang menganggap berita ulama terkenal Sheikh Yusof Al-Qardhawi memuji lawatan Perdana Menteri Najib Tun Razak ke Gaza Januari lepas sebagai propaganda yang disebarkan pencacai UMNO sahaja, tapi setelah membuat penyelidikan sendiri, ternyata ia memang berita yang tepat.

Umum di Malaysia ini tahu Al-Qardhawi adalah penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sering memberikan sokongan serta galakan terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia itu dalam sebarang cabaran yang dihadapinya demi menegakkan kebenaran di bumi Malaysia ini.

Anwar juga sering kali menyebut nama Al-Qardhawi sebagai rujukannya bila ada isu-isu berkaitan Islam membabitkan beliau yang dijadikan polemik politik oleh pihak musuh, terutama UMNO. Menyebut nama itu saja bukti penghargaan yang begitu tinggi dari Anwar terhadap Al-Qardhawi.

Tetapi nampak gayanya Anwar kini tidak duduk senang apabila tokoh terkemuka itu memuji Perdana Menteri.

Semalam dalam satu kenyataan, tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menegaskan, lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza Januari lalu menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang sekian lama mengimpikan kemerdekaan di bumi mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Institut Antarabangsa Al-Quds (QII) berkata, lawatan Perdana Menteri itu juga memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa serta pemimpin negara-negara Islam terhadap pentingnya tindakan berani diambil dalam menamatkan sekatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.

Menurutnya, sekatan itu bukan hanya di Gaza malah di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

“Rakyat Palestin kini semakin menderita dengan tindakan kejam rejim Zionis yang cuba menukar identiti Arab dan Islam mereka kepada identiti Yahudi menerusi ‘penjajahan’ Israel itu.

Sememangnya lawatan anda (Najib) telah menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang mencari kebebasan berdekad-dekad lamanya.

“Bagi mereka, Malaysia dianggap sebagai negara Islam utama yang sentiasa memberi perhatian berat terutama dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Oleh itu, lawatan khas ini memperlihatkan penegasan sokongan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat penghargaan kepada Najib bertarikh 15 Februari lalu atas lawatan Perdana Menteri ke Gaza, Januari lalu.

Pada 22 Januari lalu, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia menjejak kaki ke Palestin selain pemimpin Islam pertama dari bukan kalangan negara Arab berbuat demikian.

Lawatan itu bagi melihat sendiri apa yang berlaku di Gaza dan dibuat atas faktor kemanusiaan selain merupakan simbol sokongan kuat Malaysia demi rakyat Palestin.

SUMBER
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger