Seorang ayah di wilayah Sichuan berjalan kaki setiap hari untuk
menghantar anaknya ke sekolah setiap hari. Mungkin kedengarannya seperti
sesuatu yang sangat biasa apabila seorang ayah menghantar anak ke sekolah. Namun
tidak seperti orang lain, Yu Xukang menggunakan bakul buluh yang dibina khas untuk
anaknya Xiao Qiang, yang berusia 12 tahun,. Xiao dilahirkan dengan
penyakit yang tidak dikenal pasti dan telah menyebabkan sendi dan anggotanya
lemah.
Jadi setiap hari, Yu berjalan lapan belas batu di kawasan
pergunungan memastikan anaknya mendapat pendidikan. Selepas empat dan setengah
batu perjalanan untuk menghantar Xiao off , Yu akan kembali rumah untuk bekerja
di ladang. Pada waktu petang beliau akan berpatah balik untuk membawa pulang
anaknya.
Satu-satunya sekolah boleh menerima anaknya untuk belajar
adalah Sekolah Rendah Fengxi , yang terletak sejauh 5 batu dari rumah mereka.
Dianggarkan, Yu telah berjalan sejauh 1600 batu sepanjang usaha beliau memastikan anaknya mendapatkan pendidikan
#Respect!
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D