cookieOptions = {have some cookies?}

E-Sedekah: Sedekah Pahala Secara Elektronik.

Thursday 6 March 2014 | comments


Bisnes macam ni pun boleh?

Mengapa tidak dipasang sahaja sebuah radio besar untuk kegunaan semua "Ahlil Kubur" yang ada. Boleh share-share bayar.

- Air jampi quran ubat penyakit
- Madu lebah yang dibacakan quran 30 juzuk.
- Cendawan dari anai-anai yang telah didengarkan quran
- Bacaan quran untuk Si Mati di kuburan

Semua pasal bisnes. Semua nak mudah, semua nak untung cepat, Hinggakan nak sedekahkan AL-FATIHAH untuk si mati pun nak pakai alat elektronik.

Nak sedekah pahala dengan doa kat ibu bapa tapi malas nak tadah tangan utk berdoa. Anak yang soleh bukan boleh dibeli dengan duit woii...

Sampai diciptakan pulak Inovasi baru e-Sedekah di mana sebuah Al-Quran Elektronik di letak di tanah perkuburan Rujuk laporan di bawah:-


BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Bersedekah mempunyai banyak cara, bukan saja melalui dari perbuatan bahkan melalui Inovasi baru e-Sedekah di mana sebuah Al-Quran Elektronik telah di tempat di Tanah Perkuburan Islam Pulaie sebagai salah satu cara sedekah secara tidak langsung.

Haji Jefri bin Haji Suhaili, Pemilik Syarikat SOD Engineering dan pencipta e-Sedekah berkata, beliau memasang e-Sedekah (Al-Quran Elektronik) berkenaan sebenarnya untuk ibu beliau yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini, sekali gus untuk saudara-saudara yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulaie.


e-Sedekah Al-Quran Elektronik menggunakan tenaga solar itu merupakan hasil ciptaan beliau dan ia mampu berfungsi selama sepanjang masa dan membacakan 30 juzuk setiap hari.

“Sebelum ini ramai tertanya-tanya akan benda yang saya letakkan di tanah perkuburan dan saya juga ada menerima berita yang kurang senang dari orang ramai. Namun inikan perbuatan yang mulia dan langsung tidak melanggar akidah Islam,” ujarnya .

Menurut Haji Jefri, setakat ini, Bahagian Perkuburan, Pusat Dakwah Islamiah dan Kementerian Hal Ehwal Ugama pernah menghubunginya dan mereka tidak ada halangan apa-apa untuk beliau meneruskan usahanya itu.

“InsyaAllah jika keadaan mengizinkan, e-Sedekah akan saya tempatkan lagi di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Residency, BSB,” katanya sambil menjelaskan bahawa usahanya itu adalah sebagai menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.


Diceduk dari blog :- SUMBER

Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger