cookieOptions = {have some cookies?}

Ini Punca PR1MA Tidak Capai Sasaran

Friday, 28 March 2014 | comments





 Sikap kerajaan negeri dan syarikat swasta yang sering menukar keputusan menyebabkan pelaksanaan projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) tidak dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan pusat tetap akan meneruskan rundingan bagi menjayakan projek berkenaan.

Antara masalah yang sering timbul katanya apabila PR1MA bersetuju mengambil alih serta mengeluarkan modal, syarikat swasta pula menukar harga berbanding pada harga peringkat awalnya menyebabkan PR1MA tidak dapat meneruskan rundingan.

Ini kerana kerajaan perlu menanggung 20% diskaun daripada harga asal bagi memenuhi permintaan golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah sendiri.

“Bila luluskan 80,000 tahun ini bukan bermakna tahun ini siap. Kita diproses serta merta pada tahun itu juga. Sebab tahun ini kita kena proses lagi 80,000 dan tidak mungkin rumah boleh siap pada tahun yang sama,” katanya ketika menjawab soalan ahli parlimen Tanjong Piai, Datuk Wee Jeck Seng dalam sesi sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Ketika menjawab soalan tambahan ahli parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali, beliau menegaskan pelaksanaan PR1MA sedang melalui pelbagai peringkat dan yang dalam proses pembinaan dan di Selangor sahaja sebanyak 8,740 unit.


Malah pada 2013 sahaja, 80,494 rumah telah diluluskan bagi peringkat pertama, manakala di peringkat kedua 80,000 lagi dalam proses pelaksanaannya.

Jelas Shahidan yang juga ahli parlimen Arau, yang paling penting bila perumahan itu dalam proses analisa perancangan, ia akan diikuti dengan proses yang seterusnya.

“Dan apabila lembaga telah meluluskan bermakna ia telah mengambil kira perbincangan dan persetujuan dengan kerajaan negeri dan juga swasta,” katanya.-bnbbc.my.
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger