cookieOptions = {have some cookies?}

STRATEGI UMNO TAK DIBINCANG DI KEDAI KOPI

Friday, 2 December 2016 | comments



SELEPAS selesai ucapan pembukaan Presiden pagi tadi, bertebaran maklumat palsu di Whatsapp mengenai kononnya strategi UMNO dalam menghadapi PRU14 yang akan datang.

(Mesej yang berkenaan boleh dirujuk di bawah).

Seperti mana biasa, mesej ‘ternampak’ betul ini memang menjadi kegemaran kaki forward tanpa akal sehingga terlupa satu perkara asas – strategi UMNO (psywar atau apa jenis war pun) tidak dibincang di kedai kopi. Let alone, membincangkan hal seserius ini dengan orang yang entah apa hulu halanya.

Benda bincang di kedai kopi, hasilnya pun taraf kedai kopi jugaklah.

Jelasnya, ini hanyalah propaganda pembangkang, tidak lebih dan tidak kurang. Semua maklumat di dalamnya adalah palsu semata-mata. Malah tidak keterlaluan penulis katakan, silap-silap yang disebutkan itu (main isu perkauman dan sebagainya) adalah strategi pembangkang sebenarnya, bukan strategi UMNO pun.

UMNO/BN dah perintah hampir 60 tahun dah, tolak 22 tahun di bawah Mahathir, selain itu kalau nak main isu perkauman, lama dah kita main, tapi tak pun. Penulis tak berani nak ulas 22 tahun bawah pemerintahan Mahathir sebab segala yang buruk tentang cara menang pilihanraya ini, ada disitu.

Selama hari ini, itulah cara mereka kan, selain memindahkan pengundi dari kawasan selamat ke kawasan dimana kalah dengan majoriti kecil.

Bagaimanapun, semua ini menunjukkan UMNO yang kononnya sudah tidak lagi relevan ini, masih mendapat perhatian penyebar fitnah pembangkang sehingga benda yang tidak ada pun masih diada-adakan.

Di PWTC petang tadi….Aku duduk minum dan sempat berbicara dgn seseorang yg agak berpengaruh (ada jawatan) di dalam UMNO…(dia kawan rapat aku masa dlm army dulu…tak perlulah di sebutkan namanya)
 
Beliau berkongsi beberapa tips yg aku rasa tidak menjadi satu kesalahan utk aku share di sini………
 
Katanya…UMNO/BN berada di situasi yg amat genting…. kesan semasa Anwar Ibrahim di pecat thn 1998 dahulu tidaklah seteruk hari ini…Terkini…Umno sudah mula melancarkan psy-war & propaganda utk memastikan mereka memenangi PRU14 dgn apa cara sekalipun…. dia ckp org putih dgn aku….katanya….’by hook or by crook’….
 
aku ringkaskan 7 agenda psy-war yg dikongsikan……..
 
1. Melayan PAS supaya terus menjauhi gabungan parti pembangkang. UMNO terpaksa mengambil sikap ‘berlembut’ dgn PAS untuk memujuk org melayu. Pertandingan 3 penjuru mesti di realisasikan dlm PRU ke 14….dgn 3 penjuru sahajalah Umno/BN masih berpeluang utk menang .
 
2. Memainkan sentimen perkauman supaya orang Melayu menolak DAP kononnya DAP adalah parti cauvinis cina & ada agenda utk membunuh Melayu di tanahair sendiri. Lalaikan org Melayu daripada melihat MCA, Gerakan & Parti Komunis China sebenarnya lebih berbahaya berbanding DAP…
 
3. Mengumpan isu2 agama spt himpunan selawat dan majlis2 bercorak agama. Terkini mengumpan isu RUU355 supaya orang Melayu Islam mula melihat Umno sudah mula berminat dgn agenda perjuangan Islam..ini telah membuka laluan mudah untuk mereka mendekati PAS & agenda ini telah menampakkan kejayaannya…kini PAS seperti telah termakan umpan UMNO..ini terbukti dgn agenda UMNO utk menangguhkan perbahasan mengenai RUU tersebut telah dilaksanakan dgn jayanya oleh PAS. katanya…”now…they are playing with time”….
 
4. Menggunakan NGO2 melayu pro umno untuk mewar2kan isu2 peribadi pemimpin pembangkang konon ada skandal seks & sebagainya supaya rakyat meragui kepimpinan mereka.
 
5. Membesar2kan isu keselamatan negara spt Daesh, IS & pengganas, ….dengan isu2 ini..UMNO akan lebih mudah meminta org Melayu Islam untuk bersatu…
 
6. Pemindahan pengundi ke kawasan lain utk memenangkan Umno – satu komplot terancang sedang dilaksanakan oleh satu &^$#@ yg dilantik khas….. Proses Gerrymandering bukan di buat oleh pihak SPR, sebaliknya oleh satu tim *%#@%^ pemindahan pengundi…ini sedang berjalan….perkara ini agak sulit utk di dedahkan…tetapi itu sedang berjalan…..
 
7. Medium 3M akan digunakan secara optimum. Money,Media,dan Machinery ( jentera kerajaan) akan digunakan secara besar2an utk memastikan undi memihak kpd mereka. Media digunakan utk memesongkan fakta, mengalih isu, menutup penyelewengan pemimpin Umno. Kakitangan kerajaan & bajet yg ada digunakan sewenang2nya utk buat program supaya pemimpin Umno dpt “mendekati” rakyat. Manakala wang akan diberikan secara tunai kpd rakyat supaya kerajaan dilihat sbg prihatin terhadap nasib rakyat. Semua agensi kerajaan spt Felda, Felcra & Risda akan memberikan wang tunai & segala “bantuan” secara besar2an menjelang PRU14. Felda mungkin akan berikan RM25000 kpd setiap peneroka mulai thn depan.
 
Itulah sebahagian yg dapat aku kongsikan…….
Datuk Seri Zahid Hamidi dlm ucapan dasarnya semalam telah berpesan….”UMNO tidak ada pilihan, melainkan perlu menang” ….
 
FIKIRKAN TENTANG MASA DEPAN ANAK CUCU KITA BERSAMA…..
 
KETEPIKAN SEMENTARA PERBEZAAN…FOKUS KEPADA KERJA2 MENUMBANGKAN MEREKA…..
 
SETAKAT RUU 355 SAHAJA….TIDAK MUNGKIN AKAN DAPAT MENUTUP BERATUS BILLION HUTANG NEGARA…..
 
SETAKAT RUU 355 JUGA…. TIDAK MUNGKIN BOLEH MENGEMBALIKAN RATUSAN BILLION WANG KWSP YG DIPINJAMKAN….TIDAK MUNGKIN BOLEH MENGEMBALIKAN PULUHAN BILLION WANG TABUNG HAJI YANG DI SALAHGUNAKAN…..DAN TIDAK MUNGKIN BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH RATUSAN JUTA WANG LTAT YG HILANG!
 
BELUM LAGI CERITA TENTANG FGV, NFC, FELCRA……DAN IBU SEGALA HUTANG…1MDB!
 
CUKUP2LAH …… AGAMA BUKAN ‘CLOROX’ YG GUNANYA UNTUK ‘MEMUTIHKAN RASUAH DAN PENYELEWENGAN’ PEMIMPIN UMNO/BN!
 
Selamat pagi…….

MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355

Friday, 25 November 2016 | comments

MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355


[ULANG SIARAN]
MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355
(DR ASYRAF WAJDI DUSUKI, TIMBALAN MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI)


Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.
Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 137 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?
Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.
Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
1 JUN 2016

Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama

Thursday, 24 November 2016 | comments



SEJAK ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Paduka Husam Musa dipecat daripada Parti PAS pada 23 April 2016, beliau seolah-olah menjadi jurucakap DAP untuk menyerang parti PAS.

Memandangkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah ditangguhkan, Husam beranggapan bahawa ianya memberi petanda yang pilihan raya umum ke 14 akan diadakan sebelum sidang parlimen Mac depan.


Untuk makluman, cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000.


Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.


Walaupun RUU355 ini tidak melibatkan orang bukan Islam memandangkang tidak mungkin mereka boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah namun usul memperkasakan RUU355 tetap mendapat tentangan DAP dan MCA.


Husam yang kini merupakan pemimpin kanan Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa, Umno berjaya menggantung isu ‘perlaksanaan hudud’ dan mewujudkan suasana sama menang (win-win) dengan PAS.


Beliau dilihat cuba melakukan provokasi bagi mencetuskan perbalahan dikalangan PAS dan UMNO. Sebarang pemuafakatan antara kedua-dua parti ini sudah tentu tidak disenangi pembangkang pimpinan DAP.


“Ia bagus untuk PAS tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara PAS dan Umno, khususnya untuk PRU terdekat.
“Umno pula dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam. Parti komponen BN pula tidak dilihat dipermainkan,” kata Husam.
Sepertimana yang kita amat maklum, pembangkang yang diketuai DAP akan mengunakan pemimpin Melayu untuk “membunuh” orang Melayu yang lain dalam usaha mereka untuk merampas negara dari kerajaan Barisan Nasional. Sebarang kerjasama antara Umno dan PAS akan mengundang bala kepada DAP.
Oleh itu, sama-sama kita nantikan beberapa lagi pemimpin Melayu dalam pembangkang pimpinan DAP bersuara mengutuk kerjasama tersebut.

Duit Malaysia Tak Laku : Berapa Kali Nak Ulang Cerita Bodoh Ini?

Tuesday, 22 November 2016 | comments



SEJAK semalam bertebar lagi cerita duit Malaysia tak laku di luar negara. Sama macam tahun lepas. yang dok sebar pun adalah juga orang yang sama, puak Pribumi cap bunga pimpinan Mahathir dan sekutu-sekutu mereka.

Apa yang suka sangat sebar cerita tak betul macam ini pun tak tahulah. Rakyat kita yang kerja di Singapura atau menunaikan umrah di Mekah pun tak mengadu apa-apa, yang duduk di Perak, kaya raya menipu orang masa ada jawatan dalam kerajaan pulak yang kecoh.

Pemerhatian di salah sebuah laman web agensi pertukaran matawang Singapura juga menyaksikan matawang RM masih diniagakan. Apa benda depa temberang ni, ingat semua orang bodoh macam dia ke?

Lagipun apa ke halnya pulak masuk ke negara asing bawak matawang sini? Bukan dah tukar siap-siap ke sebab memangkah negara asing gunamatawang dia (atau US Dollar – pun bukan semua)? Maksudnya nak tipu orang yang tak pernah ke luar negara la ni ya.

Jadi sekadar nak sebutlah, ini semua hanya propaganda pembangkang untuk mengatakan kononnya ekonomi tidak diurus dengan baik. Hakikatnya asas ekonomi bukan pertukaran matawang asing semata-mata. IMF pun dah sahkan semalam.

Puak-puak ini hanya nak lihat legasi Mahathir jadi Perdana Menteri. Along the way kalau negara nak jahanam pun, mereka ini tidak akan peduli. Rakyat bagaimanapun nak bagi macam mana negara ini diuruskan legasi Mahathir? Dua kali dalam sejarah masa bapanyanya jadi Perdana Menteri, negara ini mengalami kemelesetan ekonomi, 1997 dan 1986. ‘Ketakutan’ akibat duit jatuh ini pun, asal mulanya dulu bila Mahathir gagal uruskan ekonomi dengan baik sehingga berlaku kemelesetan ekonomi 1997/1998.

Cakap pasal duit jatuh ini pun, paras paling teruk ialah ketika Mahathir jadi Perdana Menteri – RM 4.88/dollar. Tapi ekonomi jatuh ketika itu bukan saja sebab nilai matawang, rizab negara pun pada paras terendah disamping Indeks Komposit KLSE jatuh sebanyak 44.9% (bukan 44.9 mata tau).

Berlaku ke semua itu sekarang? Tidak. Hanya duit saja jatuh (itupun tak seteruk zaman Mahathir), asas ekonomi yang lain (rizab, CI dan sebagainya) masih kukuh.

Soal duit jatuh ni jangan bimbang sangatlah kerana pasaran matawang asing ada turun naiknya. Pun bila ia naik nanti, majoriti kita macam itu juga – bukan bayar makan kat kedai mamak pakai dollar pun.

Ini semua propaganda parti cap bunga untuk memburukkan kerajaan semata-mata.

sumber krisis matawang


RINGGIT MALAYSIA SUDAH TIDAK DITERIMA DI SINGAPURA, THAILAND DAN VIETNAM

Mulai hari ini Arab Saudi menolak Ringgit Malaysia..
Berkemungkinan Indonesia juga akan mengambil langkah yg sama.

Untuk makluman kpd yang hendak menunaikan Umrah. RM sudah tak diterima untuk tukaran di Mekah.
Makluman terkini saya terima dari Dato’ Daud Che’ Ngah dlm kursus Umrah semlm 19.11.2016 (Sabtu) berita yg baru di terima dari jemaah umrahnya di Mekah, kita di nasihat kan membawa duit dlm nilai Rial atau US Dollar tunai yg telah ditukar trlebih dahulu di Malaysia. Kerana money changer di sana tidak mahu menerima Ringgit Malaysia…sekian utk makluman jemaah Group Umrah kita.

—————————–

*Feed Back From Jabatan Haji*

*JAWAPAN*

TH Telah menghubungi Dato Daud dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut :

1. Money changer di Makkah dan Madinah masih terima RM dan

2. Maklumkan kpd jemaah umrah tidak guna ATM bagi elak kad ATM dari ditelan mesin ATM.

3.Jbt Haji dah maklumkan kpd Dato Daud Che Ngah . Hari ni TH akan maklum kpd media .

4.Matawang sesebuah negara dinilai secara harian. Tak timbul soal tak diterima. Cuma apa yg berlaku setiap hari dinilai tukaran tersebut. Kalau naik dibayar mengikut pasaran kenaikkan tersebut. Begitulah sebalik.

5.Isu ini pernah diviralkan sebelum. Cuma versi sedikit berbeza. Dulu musim pun tak laku kata mereka. Tapi tak betul. Kali ini berita disandarkan kpd Mad Daud Che Ngah bekas staff Thaji.

*KESIAN … RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA UMAT ISLAM DITIPU DAN DIFITNAH SETIAP MASA*

*Tolong viral kan SEGERA jawapan* ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam khususnya yg mengerjakan UMRAH atau yang akan pergi ke Arab Saudi…

Ada Kerusi Dalam Dewan Rakyat Pun Masih Tak Faham SOSMA?

Monday, 21 November 2016 | comments (1)



Penulis yakin bahawa rakyat di negara kita ini majoritinya dikurniakan akal yang sihat dan waras-waras belaka. Kita semua sudah mula mampu menilai tentang perkara yang baik dan buruk seawal selepas melewati umur akil, baligh.

Namun begitu, unsur-unsur kewarasan tersebut semakin tercemar ekoran dakyah pihak-pihak tertentu yang cuba memperbodoh daya pemikiran rakyat di negara ini, sehingga ada segelintir yang lemah minda dan mudah terpengaruh dengan kebobrokan dakyah tersebut.

Seperti yang kita maklum, SOSMA telah diwarta dan dikuatkuasakan di negara kita. Ia telah dibentang, dibahas dan kelulusannya diputuskan secara adil mengikut prosedur legislatif di Dewan Rakyat seperti biasa.

Namun begitu, penulis amat hairan apabila salah seorang anggota badan legislatif itu masih lagi keliru, ‘blur’ atau tidak faham-faham tentang akta yang menggantikan ISA itu. SOSMA diyakini tidak sekeras ISA yang pernah menahan ramai pemimpin politik di negara ini, termasuk ‘baba’nya.

Semua orang tahu bahawa SOSMA merupakan sebuah akta yang digubal bagi mengelak, membanteras dan mengambil tindakan segera bagi menangani aktiviti keganasan di dalam negara ini, sama ada secara terancang atau tidak.

Membendung keganas secara efektif di negara ini, akta ini telah menahan ramai pengganas yang merancang untuk melakukan keganasa di dalam tanahair. Antara yang sudah ditahan menerusi akta ini adalah suspek pengganas IS dan DAESH.

Tapi mengapa ahli dewan legislatif bertudung itu mempersoal apabila Maria Chin ditahan di bawah SOSMA? Kerana Maria adalah kawan baiknya? Kerana Maria menentang dan membantah kerajaan? Kerana wanita itu ‘sebulu’ dengannya’?

Apakah dia fikir pengganas itu terhad kepada yang bersenjata seperti IS dan DAESH sahaja? Apakah dia fikir rakyat di dalam negara ini tidak mampu untuk merancangan keganasan? Atau dia sudah terjangkit sindrom mudah lupa seperti ‘mantan’?

Siri-siri baju kuning sebelum ini sudah cukup menggambarkan keganasan yang dilakukan oleh peserta-peserta himpunan tersebut. Ia sudah cukup untuk menimbulkan gambaran kukuh bahawa himpunan baju kuning sangat berpotensi untuk bertukar menjadi ganas.

Apakah Ahli Parlimen PKR yang bertudung itu lupa bagaimana motorsikal berkuasa tinggi PDRM dijatuhkan dan dirosakkan? Apakah dia lupa bagaimana anggota polis diterajang dan dibelasah hingga berdarah-darah? Tidakkah ia melambangkan ganas? Kereta polis pun hancur terbalik!

Jadi, secara tidak langsung pihak berkuasa sudah serik dengan baju kuning. ‘Preventive better than cure’, bukan? Maka sudah tentu perancangan untuk melakukan himpunan seperti itu akan ditolak dan tidak dibenarkan berlaku lagi.

Himpunan Aman? Jika benar ikhlas mahu menganjurkan himpunan yang aman, mengapa jalan raya di bandar sesak yang dipilih? Di Selangor ada beberapa stadium yang boleh dipilih, di Pulau Pinang pun ada. Kenapa tidak pilih di lokasi yang tidak mengganggu ketenteraman awam?

Apakah Puteri Reformasi itu ‘buta’ untuk melihat perangai buruk dan tingkah laku tidak sopan yang berlaku dalam himpunan baru-baru ini? Mengajar rakyat Malaysia berakhlak biadap? Tahu maksud adil menurut Islam? ‘Baba’ tidak ajar?

Pernah dengar ‘meletakkan sesuatu kena pada tempatnya’? Itulah keadilan di dalam Islam. Jadi, apakah adil untuk berhimpun di tengah jalan raya? Ada lokasi yang lebih baik untuk berhimpun, kenapa tidak dipohon permit di lokasi yang lebih adil? Sengaja mahu tunjuk perangai buruk pada dunia?

Sekarang himpunan baju kuning mahu pun merah sudah selesai. Apa yang baju kuning dapat? Setahu penulis, Datuk Seri Najib masih lagi teguh, malah semakin kukuh kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Paling utama, rakyat sendiri makin sedar dan dapat menilai, siapakah puak baju kuning sebenarnya…

Melayu, Atau Pembangkang Juga "Mudah Lupa?"

| comments (1)






Penulis melihat ramai pemimpin Pakatan Harapan yang meroyan-royan marahkan pihak berkuasa kerana bertindak menahan pemimpin Bersih, aktivis radikal dan beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat dalam himpunan haram, semalam.

Kononnya tindakan yang diambil itu ‘zalim’ dan tidak patut. Kononnya kerajaan BN telah mempergunakan PDRM untuk menganiaya semua individu baju kuning yang ditahan sebelum, ketika Bersih 5 berlangsung dan selepas himpunan haram itu tamat.

Namun untuk pengetahuan mereka yang menuduh begitu, ketahuilah bahawa bukan baju kuning saja yang ditahan. Malah, pemimpin baju merah juga ada yang ditahan reman beberapa hari gara-gara turut sama berhimpun semalam.

Ia membuktikan bahawa pihak PDRM tidak mengamalkan sentimen pilih kasih atau berat sebelah dalam soal menegakkan undang-undang di negara ini. Jangankan ‘kepala baju kuning’, ‘kepala baju merah’ pun ditahan, bukan? Itu fakta.

Cuma, pada pandangan penulis, perbezaan puak Pakatan Harapan dengan UMNO dalam soal ini adalah membabitkan keluhuran dan kepatuhan kepada undang-undang negara. Terlalu ketara perbezaannya jika diperhatikan.

Sebagai contoh, puak Pakatan Harapan bukan saja menyokong dan berkempen melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, malah turut bersama-sama memimpin himpunan haram itu. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali dan mungkin sejak azali lagi.

Berbanding UMNO, awal-awal lagi sudah diberitahu supaya patuh pada undang-undang negara dan tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Boleh melakukan himpunan, namun hendaklah cukup segala syarat pihak berkuasa.

Sebagai contoh, sedang baju kuning dan baju merah berhimpun secara haram di ibu negara, UMNO Kedah juga berbaju merah berhimpun di Sungai Petani. Malah tidak ada seorang pun yang hadir Konvensyen UMNO Kedah itu ditangkap polis semalam di sana. Nampak?

Malah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini langsung tidak berkompromi dengan kesalahan sengaja melanggar undang-undang negara dan menegaskan bahawa UMNO akan mengambil tindakan disiplin pada ahli parti yang menyertai himpunan haram semalam.

Apakah DAP, PAN, PPBM dan PKR akan mengambil tindakan disiplin pada ahli parti mereka yang melanggar undang-undang negara semalam? Mahathir dan Mukhriz akan ambil tindakan disiplin PPBM terhadap diri sendiri? Mustahil sangat rasanya…

Jadi, rakyat dapat melihat dengan jelas tentang siapa yang mendaulatkan undang-undang negara dan tidak hormat pada undang-undang yang mereka sendiri gubal di parlimen, bukan?

Lebih menarik lagi, mereka yang hadir semalam terlupa bahawa ada individu ‘terlalu veteran’ yang hadir semalam pernah mengarahkan pihak berkuasa ‘menembak’ mereka dengan ‘water cannon’, melempar gas pemedih mata serta mengejar mereka dengan belantan dan cota.

Mungkin mereka lupa, individu ‘terlalu veteran’ itu juga pernah menangkap ratusan pemimpin mereka ketika bergelar ‘Maha Firaun’ dulu. Atau pembangkang kini telah dijangkiti sindrom ‘mudah lupa’ seperti ‘dia’?

Apa Pengguna Perlu Tahu Sepanjang 2 Minggu Pelaksanaan Rasionalisasi Minyak Masak

Friday, 18 November 2016 | comments

KPDNKK Harga Minyak

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua minggu penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) dilaksanakan bermula 1 November lalu, Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuktikan bahawa pihaknya begitu konsisten membela hak golongan sasar untuk memastikan mereka terus menikmati subsidi kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini memberi tempoh seminggu untuk kementeriannya secara beransur-ansur memulihkan bekalan minyak masak terutamanya bagi paket 1 kilogram (kg) berikutan kekurangan bahan asas tersebut dalam pasaran yang berpunca daripada pembelian panik dan kegiatan menyorok minyak masak.

Usaha tersebut nyata membuahkan hasil apabila kemelut isu minyak masak dilihat semakin pulih di mana dalam tempoh kurang 20 hari sebanyak 40 juta minyak masak bersubsidi telah dikeluarkan pada November.

Memetik kenyataan Hamzah seperti dilapor Bernama semalam, kementeriannya memberi jaminan sebanyak 60 juta paket minyak masak satu kilogram dikeluarkan sepanjang bulan ini, yang mana baki 20 juta paket minyak masak lagi adalah pada 10 hari terakhir November.

“Isu kekurangan minyak masak di pasaran sudah mulai reda berbanding minggu pertama November. Aduan yang diterima KPDNKK (mengenai isu minyak masak) juga sudah berkurangan iaitu 400 aduan sekarang berbanding hampir 1,000 aduan pada minggu pertama,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan KPDNKK, pada Rabu.

Selain bekalan minyak masak, apa lagi yang pengguna perlu tahu sepanjang dua minggu pelaksanaan rasionalisasi?

Mengikut laporan media, sejak 21 Oktober sehingga 14 November lalu, KPDNKK telah merampas 81,000kg minyak masak bernilai RM550,000 melibatkan 38 premis di seluruh negara.

Ini bermaksud, angka rampasan itu sendiri telah melebihi permintaan untuk menampung keperluan pengguna yang mana berdasarkan kajian KPDNKK dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rakyat negara ini hanya menggunakan 45,000 tan metrik minyak masak sahaja sebulan.

Malah, dalam usaha untuk memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan kegiatan penyelewengan bahan asas itu diatasi, KPDNKK telah menjalankan pemeriksaan terhadap 39,544 premis di seluruh negara sejak 21 Oktober, kata Timbalan Pengarah Penguatkuasa Datuk Iskandar Halim Sulaiman dipetik Bernama.

Sementara Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh pula memaklumkan, sehingga kini 44 kes melibatkan minyak masak disiasat sejak operasi COSS dilancarkan.

Bahkan, kesungguhan KPDNKK dalam mengekang kegiatan penyeludupan minyak masak nyata tidak boleh dipertikaikan apabila kementerian berkenaan bakal melaksanakan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan semua agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Amaran kepada syarikat pembungkus yang ingkar terhadap arahan KPDNKK untuk memastikan bekalan minyak masak berada di pasaran juga telah dikeluarkan.

Menurut Jamil, pembungkus minyak masak berdepan tindakan ditarik lesen sekiranya mereka gagal membekalkan minyak masak bersubsidi.

Terdahulu, Hamzah menegaskan tindakan menyorok minyak masak yang merupakan barang kawalan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan berdepan denda RM1 juta, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Tidak cukup dengan itu, KPDNKK juga telah menjelaskan kekeliruan orang ramai melibat isu minyak masak kitar semula dan dakwaan bahawa minyak masak paket bersubsidi adalah berkualiti rendah.

Antara langkah tersebut Hamzah menjelaskan bahawa kementeriannya akan mengkaji kaedah pelabelan minyak masak kitar semula.

Malah Hamzah turut memberi jaminan bahawa kualiti minyak masak paket 1kg adalah sama dengan minyak masak tidak bersubsidi.

Bagi memberi pilihan kepada pengguna, Hamzah memaklumkan pihaknya akan memperkenalkan minyak masak bersubsidi di dalam botol berisi padu satu liter dalam tempoh terdekat. Namun katanya, harga bagi minyak masak dalam botol ini sedikit berbeza dengan paket 1kg.

Isu kenaikan harga minyak masak dalam botol antara yang paling mendapat perhatian sepanjang pelaksanaan COSS. Ramai yang mempertikaikan kenaikan harga minyak masak botol yang didakwa terlalu tinggi.

Berkuat kuasa 1 Nov, harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50 manakala harga minyak masak di dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran.

Menjelaskan perkara itu, Hamzah memaklumkan kenaikan harga minyak masak dalam botol masih lagi berada pada tahap yang ditetapkan iaitu antara RM3.80 hingga RM4.00 sekilogram.

Dalam pada itu, KPDNKK turut menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat yang dapat membuktikan bahawa wujud ketirisan minyak masak dalam negara.

Justeru, dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh KPDNKK dalam tempoh kurang sebulan pelaksanaan COSS, ia sudah cukup menunjukkan kementerian itu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu ketirisan minyak masak yang telah mengakibatkan kerajaan kerugian lebih RM540 juta.

Sehubungan itu, orang ramai disaran supaya terus membantu KPDNKK dengan menyalurkan maklumat jika mendapati wujud kegiatan tidak beretika membabitkan minyak masak

Hukum Peniaga Restoran Mamak Jika Naikkan Harga Makanan - Presiden PRESMA

Friday, 11 November 2016 | comments

PUTRAJAYA: Pengusaha restoran memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga makanan susulan pemansuhan subsidi minyak masak sejak awal bulan ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata jika terdapat ahlinya yang melanggar jaminan berkenaan, mereka patut dihukum kerana mengaut keuntungan berlebihan.

“Terdapat khabar angin bahawa kedai mamak telah menaikkan harga makanan selepas pemansuhan subsidi minyak masak. Saya berharap orang ramai tidak percaya kepada khabar angin ini.

“Ahli-ahli kami berjanji tidak akan menaikkan harga. Kami akan bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaporkan jika terdapat pengendali restoran yang tidak mematuhi perkara ini,” kata Noorul Hassan kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-13 Presma pada Khamis.

Noorul Hassan berkata pengusaha restoran tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana subsidi minyak masak hanya terpakai kepada isi rumah.

“Subsidi ini sejak dari dahulu dikhususkan untuk isi rumah dan bukan perniagaan. Oleh itu kita tak boleh terima jika pemilik perniagaan mengatakan mereka terkesan dengan pemansuhan subsidi itu,” katanya.-MS

Denda RM1 Juta Sorok Minyak Masak!

Monday, 7 November 2016 | comments



KUALA LANGAT – Peruncit dan pasar raya digesa supaya memastikan bekalan minyak masak di premis masing-masing mencukupi bagi mengelakkan orang ramai beranggapan bekalan barangan itu tidak mencukupi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang degil menyorokkan minyak masak hingga mencetuskan panik kepada pengguna.



“Saya mahu nasihatkan pekedai dan pasar raya supaya memesan dengan lebih awal bekalan minyak masak ini supaya ia tidak habis sekali gus mengelakkan pengguna daripada panik.

“Penguatkuasa kementerian akan sentiasa memantau keadaan dan jika berlaku perkara seperti ini (sorok minyak) mereka boleh dibawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman dengan denda maksima bernilai RM1 juta, ” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke atas dua kilang memproses dan membungkus minyak masak di Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Henry turut menjelaskan sehingga kini bekalan minyak masak di kilang-kilang memproses dan membungkus minyak masak terutama dalam paket seberat satu kilogram adalah mencukupi.

Turut hadir Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Roslan Mahyuddin dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakub.

Sementara itu, pemeriksaan KPDNKK Selangor di sebuah pasar raya di Bukit Rimau, Shah Alam, mendapati stok bekalan minyak masak terkawal dan tidak mengalami masalah putus bekalan.

Pegawai penguatkuasanya, Mohd Zarif Anwar Mohd Ali berkata pemeriksaan di stor pasar raya berkenaan juga mendapati tiada bekalan minyak masak yang disorokkan.

#CaringMinistry - Banyaknya Kes Sorok Minyak!

Saturday, 5 November 2016 | comments


KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membuka 18 kes siasatan berhubung kesalahan menyorok dan menaikkan harga minyak masak.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh berkata empat pembekal minyak masak dari Selangor, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan pada minggu hadapan.

“Seorang pembekal di Pulau Pinang pula didakwa di bawah Akta Pencatutan 2010 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk kesalahan menyorok dan menaikkan harga minyak masak,” katanya selepas melawat kilang Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Kes-kes seumpama ini diharap dapat ditangani menerusi Operasi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak yang dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara bermula hari ini, katanya.
Operasi berkenaan melibatkan 2,600 pegawai penguat kuasa dan lebih 1,000 pegawai pemantau harga.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berikutnya, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya, dikenakan denda sehingga RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Jamil menasihatkan pengguna supaya tidak panik kerana bekalan minyak masak adalah mencukupi yang mana 50,000 tan metrik dikeluarkan setiap minggu.

Di KEDAH, sebanyak 985 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM2,500 dirampas untuk tempoh 26 Okt hingga semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Mohamed Aznanshah Khalid berkata, rampasan itu membabitkan dua operasi berasingan di Langkawi dan Alor Setar.

Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak empat aduan daripada orang awam diterima sejak 21 Okt lepas, kata Timbalan Pengarah KPDNKK negeri Saifulbahri Abdul Kadir.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada sebarang tindakan diambil terhadap peniaga dan pemborong setakat ini, memandangkan mereka tidak melakukan kesalahan menyorok minyak masak.

Di KELANTAN, sebanyak 61,964kg minyak masak dan 1,656kg gula bernilai RM170,423.59 dirampas KPDNKK negeri mengikut Akta Kawalan Bekalan.

Pengarah KPDNKK negeri Datuk Ab Ghani Harun berkata terdapat peniaga di negeri itu sanggup menjual bekalan minyak masak kepada pihak tertentu di Thailand berikutan harganya yang boleh mencecah sehingga RM4.50 sekilogram di negara itu.

“Kita pernah menyita sebuah kilang pembungkusan minyak masak di Pengkalan Kubor, Tumpat kerana disyaki menjual minyak ke negara jiran berdasarkan rekod, selain menahan peniaga runcit serta lori-lori yang disyaki cuba menyeludup minyak masak ke negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan bekalan minyak masak.

Di TERENGGANU, Timbalan Pengarah KPDNKK negeri, Md Nawawi Abd Rahman berkata sikap pengguna yang membeli bekalan minyak masak secara berlebihan dan tidak mengikut kadar kebiasaan menjadi antara faktor kekurangan bekalan minyak masak di pasaran.
Bagaimanapun, tinjauan di pasar raya di sekitar Kuala Terengganu mendapati bekalan adalah mencukupi sama ada dalam bentuk paket atau botol.

Di MELAKA, Pengarah KPDNKK negeri, Jaiya Abu berkata kekurangan bekalan minyak masak dikesan di kedai runcit, tetapi bekalan adalah mencukupi di beberapa pasar raya besar.
Beliau berkata pembungkus, pemborong dan peruncit minyak masak di negeri itu perlu sentiasa memastikan bekalan adalah mencukupi kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan lesen mereka digantung atau dibatalkan.

Di SARAWAK, sebanyak 479 premis berkaitan minyak masak diperiksa di seluruh negeri sejak 1 Nov untuk memastikan bekalan yang mencukupi, menurut Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri Abdul Hafidz A. Rahim.

Abdul Hafidz yang ditemui selepas memeriksa kilang pengedar minyak masak di Pending berkata sehingga semalam, stok semasa yang diperiksa di pasaran sejak tiga hari lepas adalah kira-kira 246,118kg.

Di PERAK, sebuah kedai runcit di Jalan Baharu, Batu 5 di Parit Buntar, dikompaun penguat kuasa KPDNKK cawangan Parit Buntar kerana didapati menjual minyak masak tamat tempoh yang dibotolkan semula.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Mohd Fazly Edros berkata tangkapan itu dibuat susulan viral mengenai penjualan minyak masak paket satu kilogram yang dibotolkan semula dalam botol air mineral 1.5 liter dan dijual dengan harga RM3 sebotol sejak awal bulan ini.

Di LABUAN, Pengarah KPDNKK Arun Fazhillah Hamdan berkata bekalan minyak masak di pulau bebas cukai itu masih mencukupi dan dijual pada harga lama.

Arun berkata pemantauan harian terhadap sembilan pemborong utama dan 13 peruncit utama akan diteruskan untuk memastikan bekalan minyak masak adalah stabil.

Di PERLIS, Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri, Ahmad Sabri Mohd Suri berkata pemantauan harga yang dijalankan hari ini mendapati penjual dan pemborong mematuhi peraturan ditetapkan.

Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri Perlis, Datuk Nordin Abdullah pula berkata orang ramai perlu bijak menggunakan kuasa memilih dalam usaha mengawal harga minyak masak di pasaran. – BERNAMA
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger