cookieOptions = {have some cookies?}

Mengundi Dua Kali? Ini Jawapan SPR.

Thursday, 23 May 2013 | comments


SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan seseorang itu tidak akan terlepas daripada undang-undang jika didapati melakukan perbuatan tertentu untuk kepentingan mana-mana parti politik.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan seorang pemuda dari Kuantan yang mengaku keluar mengundi dua kali semata-mata mahu mempertikaikan sistem pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lepas.

"Saya rasa budak ini, kalau dia cuba nak buat laporan polis itu untuk tujuan politik, dia akan hadapi kesan-kesannya.

"Saya harap polis siasat perkara ini secara menyeluruh dan beri satu hasil penyiasatan yang begitu menyeluruh dan rapi kerana benda ini menjadi satu kes siasatan yang menarik bagi SPR. Kita pun nak tengok hasil siasatan macam mana," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Jelas Wan Ahmad lagi, SPR akan menunggu hasil siasatan pihak polis berkenaan laporan pemuda itu, malah beliau sendiri menyifatkan hal ini sesuatu yang 'menarik'.

Walaupun pemuda berkenaan telah membuat laporan polis yang mendakwa SPR tidak telus dalam menjalankan tugas semasa hari mengundi, namun tegas Wan Ahmad, perbuatan pemuda tersebut jelas menunjukkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Pertama orang itu sendiri membuat kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya iaitu pergi mengundi dua kali dan kedua bawa keluar kertas undi dari tempat mengundi. Ini menarik. Kita tengok (hasil) siasatan. Dan seterusnya masuk akal ke kalau orang tu dah mengundi nama dia dah dipotong oleh kerani SPR dan ejen parti yang berada dalam itu kerana nama dia disebut dengan IC dan diteriak, dah dipotong lepas tu dia pula (datang) masuk mengundi sekali lagi.

"Sejauh mana kesahihan cerita dia itu satu persoalan. Bagi orang yang tak faham teknikal kerja (SPR) orang seronok dengar cerita dia macam mana mengundi 2 kali. Tapi orang tak sedar yang dia cerita mungkin cerita rekaan yang tak benar," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Omar berkata, perbuatan 'tidak masuk akal' pemuda berkenaan dipertikai kerana warganegara yang telah mengundi pada hari tersebut telah dipotong nama mereka daripada daftar pemilih, selain polis dan petugas SPR berkawal di tempat mengundi dan setiap saluran agar tiada kertas atau bahan terlarang dibawa keluar.

"Kita sendiri akan memastikan budak macam ini tak terlepas daripada undang-undang. Kalau dia sebelum ini diperalatkan oleh mana-mana parti politik konon nak malukan SPR, tanpa disedari budak ini telah meletakkan diri dalam risiko salah dari segi undang-undang," katanya lagi.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Mohd Fadhli Khaharruddin, 23 mengaku keluar mengundi dua kali atas alasan mahu membuktikan ketelusan sistem pilihan raya walaupun menggunakan dakwat kekal.

Beliau dilaporkan mengundi pada kali pertama pada jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan keluar mengundi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama selepas mendakwa dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh.

Fadhli bagaimanapun tidak membuang undi kali kedua itu, sebaliknya menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai dakwaan bukti kelemahan SPR, selain terus membuat laporan polis.

Polis Itukan Anjing?

| comments (3)

Bukan Polis Je..Siapa Tak Sokong PR, Automatik Jadi
Anjing.. PR Logic..Legit?

Malam tadi bertempat di Balai Polis Jinjang, Sentul lebih kurang 18 orang penyokong pembangkang yang berkumpul dihadapan balai dengan membuat bermacam-macam provokasi telah ditahan oleh pihak polis kerana cuba merusuh dengan mengepung balai polis berkenaan. Pihak FRU terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan bagi menghalang balai polis itu diserang.

18 orang yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki Cina, 2 wanita Melayu dan 2 wanita Cina. Mereka kononnya mahu menuntut keadilan bagi Adam Adli 'jambu Anwar' yang ditahan atas akta hasutan. Lebih kurang 3 hari sudah mereka berkumpul di hadapan balai sambil memegang lilin ala-ala kristian. Mereka kelaparan, kepenatan sedangkan didalam lokap Adam Adli sedang seronok bersantai sambil berbaring.

Untunglah mereka-mereka yang sedang berkumpul ni, tak perlu kerja sebab masing-masing dah jadi taukeh, tak payah kerja pun dah boleh hidup senang. Untuk mengisi masa lapang maka berhimpunlah mereka untuk melakukan perkara yang sia-sia dengan menuntut keadilan kononnya untuk Adam Adli. Tak fahamlah aku apa yang dibanggakan dengan budak nama Adam ni. Kalau kata pejuang, apa yang diperjuangkannya?




Minta maaf cakaplah ye. Korang memang bodoh sebab berhimpun menuntut benda yang telah nyata. Negara ni kan punyai undang-undang yang telah digunakan sejak lama dulu. Kenapa time Anwar jadi TPM dulu korang tak melalak apabila Anwar mengarahkan polis menahan barisan pemimpin PAS dibawah akta ISA? Kenapa baru sekarang nak bising-bising macam Anwar ni datang dari perut mak korang.

Pilihanraya dah lepas. Sekarang masa untuk buat kerja bukan lagi berpolitik bodoh seperti Adam Adli ni. Buat apa nak gulingkan kerajaan melalui jalanan? Nak jadi macam Arab Spring? Yang rugi peniaga Cina juga kalau ada yang bisnes kacau. Ke orang Cina ni tak marah kalau tiba-tiba kedai mereka terbakar?

- SUMBER

Infografik Everest:Mamat Felda Gapai Puncak Dunia!

Wednesday, 22 May 2013 | comments


Najib Ucap Tahniah Kepada Empat Anak Felda Berjaya Tawan Gunung Everest


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada empat anak Felda atas kejayaan mereka menawan Gunung Everest Selasa.

Perdana Menteri berkata kejayaan pendaki 'Everest Felda 2013' bersama dua jurulatih itu memberi inspirasi kepada seluruh warga Felda.

"Tahniah kepada empat anak Felda dan dua jurulatih mereka yang berjaya tawan Gunung Everest hari ini. Kejayaan ini adalah inspirasi kapada seluruh warga Felda," katanya dalam tweet beliau hari ini.

Menurut sumber, pendaki termuda Mohd Nasuha Shamsuddin, 21, menawan Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut pada 8.31 pagi waktu Nepal (2.05 pagi waktu Malaysia).

Ini diikuti Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, pada 8.48 pagi (3 pagi waktu Malaysia) dan Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, pada 9.11 pagi (3.25 pagi waktu Malaysia).

Mereka merupakan sebahagian daripada lima anak Felda dari Negeri Sembilan, Johor dan Pahang yang terbabit dalam ekspedisi 'Everest Felda 2013', anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B).

Ekspedisi yang bermula sejak 2 April lepas itu turut mendapat kerjasama Majlis Belia Felda dan Felda Global Venture Holding (FGVH).
-- BERNAMA


Buat kita yang tak pernah tengok pun secara live Puncak Tertinggi dunia ini. Jom layan infografik dibawah kemudian bayangkan ketinggian yang perlu didaki.....

Karikatur Yang Menghina Hukum Hudud.

Sunday, 19 May 2013 | comments


Masih Teringat kata-kata dari Dr Maza..

"adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut. Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’

Mungkin inilah kefahaman Non Muslim diluar sana berkenaan Hudud.


Khalid Semakin Pening Dengan Perangai Azmin

| comments



Kegagalan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam cubaan untuk merampas kerusi Menteri Besar dari pengaruh Wan Azizah tidak menghalangnya dari meneruskan gerakan politik menghalang penguasaan Khalid Ibrahim secara menyeluruh di Selangor
.
Terbaru Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan ‘ayam sabungnya’ dilaporkan mengeluarkan kenyataan mendesak Khalid agar memberikan jawatan Exco kanan kepada Azmin atas faktor senioritinya dalam parti bermata satu itu. Sekiranya diberikan tempat sebagai Exco kanan, Azmin secara tidak langsung akan dapat mengawasi sumber yang banyak di Selangor seperti tanah, pelaburan dan infrastruktur.

Tidak cukup dengan itu Zuraida turut memaklumkan PKR negeri telah mencadangkan beberapa nama untuk mengisi jawatan Exco negeri dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar. Ia secara tidak langsung menguatkan andaian, ‘kumpulan Azmin’ sedang berusaha untuk meletakkan pengaruh agar dapat mengawal pentadbiran Khalid.

Zuraida yang sinonim dengan gelaran ‘Mak Lampir’ ketika diminta mengulas lanjut mengatakan, gesaan tersebut bukan untuk mengawal Khalid atau sumber-sumber negeri, tetapi untuk memastikan bahawa dasar-dasar pakatan dapat diterjemahkan di peringkat negeri. Malah Zuraida turut menggunakan kesempatan tersebut untuk mengkritik pentadbiran Khalid yang dikatakan gagal memainkan peranan yang secukupnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Ekoran desakan dan tekanan yang diterima itu, Khalid dikatakan telah ‘mengadu’ kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk menjadi orang tengah bagi menasihati Azmin. Ini kerana selaku ‘anak emas’kepada Anwar, Khalid percaya Ketua Pembangkang itu mampu menjadi pendamai bagi menyelesaikan konflik yang semakin meruncing itu.

Menurut sumber, PKR Selangor turut menggunakan alasan ‘beri peluang kepada muka baru’ supaya Khalid menggugurkan semua penyandang jawatan Exco PKR. Sekiranya gesaan diterima, Khalid terpaksa menyingkirkan para penyokong kuatnya dari jawatan tersebut seperti Elizabeth Wong, Dr Xavier Jeyakumar, Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail.

‘Kumpulan Azmin’ ketika ini sedang kuat melobi beberapa nama antara Adun Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad. Ahli Exco Selangor dijangka mengangkat sumpah minggu depan.

Walaupun secara dasarnya keputusan akhir Exco Selangor adalah merupakan kuasa mutlak Menteri Besar, namun umum menyedari kegagalan Khalid menerima pakai gesaan Azmin bakal menyebabkan PKR di ‘landa badai’ buat kesekian kalinya. Sebagai contoh kegagalan Anwar tempoh hari, memujuk Azmin agar menerima keputusan Wan Azizah untuk meletakkan Khalid sebagai MB hampir sahaja meranapkan parti itu.

Ia ekoran dari ugutan yang dibuat Azmin sebelum ini untuk meletakan jawatan bersama para pengikutnya sekiranya Anwar akur dan tunduk dengan kehendak Azizah. Namun hasil ‘pujuk rayu’ Anwar, ahli parlimen 
Gombak itu akhirnya membatalkan hasratnya di saat akhir.
Azmin Ali (SGB)

Namun pembatalan tersebut tidak bermakna Azmin patuh dengan arahan, namun ia lebih kepada strategi untuk melihat keikhlasan Anwar terhadap dirinya. Sebagai tanda protes, Azmin dan kumpulannya dilihat memulaukan program jelajah ‘Himpunan Kemarahan Rakyat’ yang dihadiri Anwar. Tidak cukup dengan itu,‘anak emas’ Anwar itu juga dilihat mula ‘mesra’ dengan pimpinan Umno apabila dilihat berbalas pesanan melalui twitter. Sedangkan sebelum ini, Azmin tak ubah seperti ‘singa lapar’ apabila berdepan pemimpin Umno.

Kesimpulannya, ekoran masalah dan perpecahan dalaman yang melanda dan mungkin juga kerana sudah tidak tahan lagi dengan mainan politik kotor Anwar dan isterinya, Azmin yang dahulu garang akhirnya terpaksa mengemis kasih dan ihsan Umno. Nyata perjuangan sebenar mereka bukan atas dasar prinsip atau kebenaran tetapi lebih kepada politik yang mendambakan kuasa.

Apa yang diharapkan, semoga rakyat tidak lagi tertipu dengan sandiwara pembangkang dan mampu menilai dalam membuat pertimbangkan yang waras dan wajar.
#SudahKalah..Kalahlah

-SuaraGenerasiBaru.

KURANG AJAR!! GURU AJAR ANAK MURID JANGAN NYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN!!

Thursday, 16 May 2013 | comments (3)




BANGSAT!!!! Tq Atan Chenglim....

Tapi perkara ini belum SELESAI. Mohon tuan buat report berkenaan perkara ini. Kita cari Cikgu CINA BANGSAT dan hantar dia BALIK. Buang Kewarganegaraan.

Kepada sesiapa yang familiar dengan lencana sekolah ini, juga diharap dapat membantu mengesan pelajar-pelajar ini. TAPI INGAT!!! Bukan mereka yang bersalah!!

CARI CIKGU CINA BANGSAT TERSEBUT!!!



G.A.M : So Called Ubah? Tak leh cakap lebih lebih...nanti orang panggil kita racist..

SayaCedukDari :BeliaBangkit

Burqa: Islam Itu Sempit!

Wednesday, 15 May 2013 | comments



"Menindas hak wanita,""Mengongkong Kebebasan Wanita""Membungkus wanita dengan permakaian yang kolot""Pengganas!"
Itu antara provokasi yang sentiasa dibuat oleh golongan Orientalis barat terhadap wanita wanita muslimin yang berada di negara mereka khususnya. Penilaian-penilaian sinis yang sering diletakkan diatas kepala wanita muslim ini dikira sebagai sesuatu yang normal di barat.

malah terdapat satu rancangan television mereka yang sengaja mewawancara sang pemakai burwa dengan soalan-soalan yang seolah-olah mengambarkan kekejaman Islam terhadap muslimah secara amnya.

Dan di dalam salah satu wawancara tersebut. Ini adalah maklum balas yang paling "Win" diberikan sebagai jawapan kepada soalan:

"Adakah kamu memakai burqa kerana ketegasan dan ketidaktorelansian agama kamu?"



KERAMAT 153, KERIS TERAKHIR MELAYU DAN BUMIPUTRA

| comments


Pertama kali, saya mahu menjelaskan tujuan saya menukilkan artikel ini adalah untuk menjawab segala kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Ahmad Ibrahim. Beliau dengan lantang mempertikaikan mengenai Artikel 153 dalam perlembagaan tanpa sedikitpun memahami artikel itu diwujudkan, dan apa kandungannya. Sebelum itu, hayati petikan ucapan dua orang figura politik Malaysia yang terkenal.

"Orang Melayu perlu mengekalkan hak istimewa selagi mereka memerlukan." - Dr Mahathir Muhamad.

"Orang Melayu perlu mengekalkan hak istimewa Melayu sehingga kiamat." Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kembali kepada artikel, kita dapat melihat beliau mula memasang jarum dalam menghasut. Beliau mempertikaikan apakah ada dalil dalam Al-Quran untuk membenarkan hak keistimewaan ke atas bangsa Melayu. Hmmm… sebenarnya salah sebenarnya permintaan. Sebelum meminta dalil apa-apa, kita kena buka kembali buku sejarah. Juga memahami dengan mata hati apa itu artikel 153 dalam perlembagaan? Sebelum membicarakan bagaimana artikel 153 ini boleh wujud, kita kena salami dahulu apa itu artikel ini.

Saya jangkakan bahawa anda sebelum bersuara mengenai perkara ini sepatutnya sudah meneliti bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia itu, terdapat ‘provision-provision’ yang menghuraikan tentang hak keistimewaan orang melayu yang terdapat di dalam Klausa (1) dan Klausa (2) Artikel 153 – meliputi aspek kuota untuk servis, permit dan lain-lain, untuk Melayu dan etnik Sabah dan Sarawak (yang dimasukkan susulan formasi penggabungan Malaysia 1963).

Sekarang kita faham artikel 153 ini bercakap mengenai apa? Sekarang, kita kembali menyelami sejarah di sebalik penubuhan artikel 153 ini. Kalau dirujuk sejarah, Melayu dan orang asli merupakan pribumi. Orang asli juga terbahagi kepada dua, di mana satu dalam kategori Melayu asli dan satu lagi merupakan Negrito. Di mana sebelum penjajah datang ke tanah air kita yang tercinta ini,

Selepas Jepun menjajah, British kembali memegang Tanah Melayu ketika itu dengan melaksanakan Malayan Union. Ketika itulah kita melihat bersatunya orang Melayu seperti mana belum pernah mereka bersatu. Selepas berjaya menjatuhkan Malayan Union, maka orang Melayu mula menuntut kemerdekaan. Tetapi, British memberi syarat kepada orang Melayu, mereka boleh beri kemerdekaan asalkan warga cina dan india yang berada di tanah Melayu diberi kewarganegaraan. Pada asalnya, orang Melayu tidak bersetuju langsung pada waktu itu. Mereka mengatakan apa gunanya melawan Malayan Union, kalau pada akhirnya mereka yang bukan penghuni asal tanah ini akhirnya menjadi warganegara.

Lantas, orang Melayu mengatakan kami boleh memberikan kerakyatan kepada 1juta kepada mereka yang bukan Melayu, tetapi dengan syarat, orang bukan Melayu harus bersetuju dengan kontrak sosial. Antara kandungan kontrak sosial itu ialah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra haruslah terjamin.

Selepas penjelasan ringkas mengenai sejarah lahirnya artikel 153 ini, mari kita kembali kepada pertanyaan dalil apakah yang membenarkan hak keistimewaan bangsa Melayu. Sebenarnya, izinkan saya membetulkan kenyataan anda. Soalan anda sepatunya begini, dalil manakah yang boleh digunakan daripada Al-Quran atau hadis nabi untuk membenarkan sebuah perjanjian dilanggar sama sekali?

Kenapa? Anda kena ingat, mereka yang bukan Melayu pada ketika itulah yang bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada warganegara dan sebagai pertukaran, mereka harus menerima dan mengakui hak pribumi. Mereka yang sudah berjanji dengan kami, dan soalan anda sepatutnya bertanyakan apakah dalil dari Quran dan hadis yang membenarkan sebuah perjanjian yang dimeterai dibogelkan? Tanya pada diri anda sendiri.

Saya tak tahu dari mana sumber sejarah saudara mengatakan bahawa British hanya memberikan 15 tahun untuk artikel 153 berjalan. Sila kemukakan sumber yang sahih agar senang saya mengkajinya. Apa-apa pun, anda jangkakan tempoh 15tahun itu cukup untuk kembali mengisi kembali ruang yang ditinggalkan oleh British dalam dasar pecah dan perintah?

Apa itu dasar pecah dan perintah? Meh sini nak ajar anda. Dulu, ketika British datang ke Tanah Melayu, British tahu perpaduan akan menggugat penjajahannya. Lantas, satu dasar pecah dan perintah diperkenalkan. Di mana orang Melayu akan diletakkan di kawasan kampung, orang India akan diletakkan di kawasan estet manakala orang cina diletakkan di kawasan bandar. Apabila ini berlaku selama ratusan tahun, pastinya jurangnya sangat besar. Dan anda jangkakan jurang ekonomi selama ratusan tahun mampu ditimbus dalam masa sesingkat 15 tahun? Saya nak gelak sikit kat anda…

Lagi, kami dapati anda telah faham artikel 153 dengan DEB. Hehehe… artikel 153 fungsinya adalah untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu manakala DEB sebenarnya fungsinya untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Okey, memandangkan anda dah tanya apa yang “artikel 153” ini sudah buat? Mari saya senaraikan.

Pada tahun 1970, untuk pengetahuan saudara, kadar kemiskinan di Malaysia ialah hampir sahaja mencecah 50 peratus, dalam angka 49.3%. Di mana daripada kadar kemiskinan itu memperlihatkan 64.8 peratus orang Melayu hidup di bawah paras kemiskinan. Pendapatan orang Melayu daripada RM 173 meningkat kepada RM 931 pada akhir perlaksanaan DEB. Sebelum DEB pemilikan ekuiti bumiputera 15 peratus dan matlamatnya mahu dinaikkan sehingga 30 peratus. Sebelum DEB pemilikan ekuiti Cina dan bukan Melayu hanya 23 peratus tetapi meningkat kepada 40 peratus. Pada hari, saya mahu bertanya, orang Melayu sudah cukup senang dengan dasar DEB yang bertunjangkang artikel 145 ini. Jadi di mana kenyataan mereka mengatakan bahawa artikel ini untuk kroni. Namun, orang Melayu lagi ketinggalan dan memerlukan artikel 153. Seperti mana kata Tun, satu hari nanti orang Melayu sendiri akan melepaskan hak yang telah diberikan kepada mereka.

Sesungguhnya Artikel 153 ini bersifat sangat pasif dan sederhana bercanggah dengan apa yang selalu digambarkan oleh ekstrimis-ekstrimis pembangkang. Sama juga halnya untuk Artikel artikel yang diperuntukkan untuk kaum bukan bumiputera, dimana perlembagaan telah meletakkan garis panduan yang pada hemat saya seadil mungkin bagi kaum bumiputera yang lahir dan tanah ini diperturunkan padanya dan kaum bukan bumiputera yang datang dandiberi kerakyatan berlandaskan kontrak sosial pada awalnya. Apabila Artikel 8 dan Artikel 136 dibaca bersama, Artikel 153 tidaklah dengan apa cara sekalipun menindas mereka yang bukan bumiputera.

Orang melayu memang ada hak yang lebih dekat tanah sendiri. Perkara ni tak patut dipersoalkan sebab benda yang sama berlaku di mana mana negara pun. Penduduk asal mmg dapat privelege. Kalau kita tengok tiada satu negara dalam dunia pun yang ada keharmonian kaum yang sebegitu ketara mcm Malaysia. Ingat, keadilan bukan bermaksud kesamarataan tetapi meletakkan sesuatu di tempatnya. Itu prinsip keadilan dalam Islam.

P.S: Dulu, orang kafir Zimmi yang mahu menghuni di negara orang Islam pun harus membayar kifyah. Malah kadar cukai penduduk arab, parsi dan non arab berbeza-beza pada zaman Dinasti Umayyah.

Jangan ditanyakan dalil untuk semua perkara. Kalau macam tu tak ada guna pejuang melayu dulu lawan british sebab tak ada dalil kena lawan British. Tu sebab ada ihtijad ulama di mana untuk perkara yang tak pasti, maka ulama akan berihtijad.



sayacedukdari: 
Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

Tukang Provokasi PRU-13

Sunday, 5 May 2013 | comments

MAKLUMAT PENTING!
Gambar dibawah menunjukkan kumpulan kenderaan yang membawa bendera warna putih bertulis 2 kalimah syahadah yg kini dikesan di Johor dan Perak sedang bergerak menghala ke KL.


Adalah dipercayai kumpulan ini yang akan mencetuskan masalah terutamanya di Putrajaya.

Jika ada terkesan di dalam daerah/kawasan/zon Tuan2, Mohon bantuan tuan2 utk membuat pemeriksaan secara teliti keatas pemandu dan penumpang serta pemeriksaan secara menyeluruh keatas kenderaan tersebut kerana dipercayai membawa senjata merbahaya dan catatkan nombor kereta dan jenis kereta yang digunakan dan terus lapor kepada Penyelaras Cantas Khas Kontijen..

ANGGAP MUSTAHAK & KEUTAMAAN.

TERIMA KASIH - sumber

#PRU13: Apa Yang Bakal Terjadi Selepas Hari Esok?

Saturday, 4 May 2013 | comments


PRU 13 Malaysia esok hari dijamin akan merubah landskap politik Malaysia untuk selamanya. Namun setiap perancangan manusia yang sedang digarap ini tetap ditentukan oleh Sang Pemilik Langit dan Bumi. Mutlak.

Namun apa jangkaan-jangkaan yang bakal berlaku sekiranya pakatan menang atau kalah pada hari penentu masa depan Negara ini?

Apakah yang sedang berada di kotak kepala Anwar Ibrahim yang kononnya "the next Prime Minister in the making " sekarang ini?


1) Anwar tahu PKR akan kalah & sdg buat psikologi songsang (reverse psychology)

2) Anwar sudah mulakan kempen "semuanya salah BN". Anwar akan kata:

a) Kalau PKR kalah, ia adalah kerana BN menipu, BN main taktik kotor, bawa masuk pengundi hantu, pakat dgn SPR, pakat dgn polis, dakwat kekal menipu, senarai pengundi tak telus dll

b) Kalau PKR menang, Anwar pula akan kata BN akan buat huru hara. Akan berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan. KL akan curfew, barang2 akan dicatu dll

3) Kalau PKR menang, Anwar juga akan kata, susah PKR nak tunai janji dl manifesto. Kerana kononnya BN akan arah Petronas tarik balik subsidi petrol, BN akan sekat bekalan sayur, minyak masak, keperluan isirumah harian ke pasar. Brg brg akan mahal balik. BN akan sabotaj manifesto PKR wujudkan kelam kabut. (ini cuma alasan utk PKR tak payah tunai janji dlm manifesto)

4) Macam macam lagi dongeng dan penipuan Anwar akan keluar sehari dua ini. Anwar juga akan serang peribadi DS Najib dan keluarga

5) Huru-hara bukan dicetus oleh BN tapi oleh group Anwar. Masih ingatkah lagi Bersih, Reformasi, tunjuk perasaan di Masjid Negara, depan Istana  Negara dll? Semuanya dirancang oleh Anwar.

6. Bendera kecil pelbagai warna adalah meetg points utk demonstrasi.

Rakyat Malaysia yang sudah marfum dengan drama politik Malaysia...setuju atau tidak dengan jangkaan-jangkaan ini ... nyatakan pendapat anda

Video Kantoi :Guna Mahasiswa Untuk Politik? Ini Kalilah!

Friday, 3 May 2013 | comments (1)


Kantoi~ Kalau selama ini, mahasiswa dikatakan hanya untuk meramaikan program, sekarang ini, mahasiswa Malaysia diangkat ke level yang lebih tinggi. Menjadi Jentera Macai Politik.

Kesian.. tak tahu apa-apa, tiada kepentingan apa-apa, tapi demi kepentingan politik, orang PR tak peduli itu semua asalkan nafsu politik mereka dipuaskan. Diugut dengan menggunakan markah final exam, Mahasiswa ditakut-takutkan untuk buat kerja mempromosikan PR dengan baik jika mahu lulus dengan cemerlang.

Soalnya.. Inikah yang Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) juangkan? Sejijik UMNO/BN tak pernah sehina ini  level mempergunakan Mahasiswa. Kesian....Rasanya Rakyat dah boleh nilai, mana satu yang teruk.. ini karilah!

Gambar di atas , tetap sekadar hiasan. Jom Tonton Video Kantoi Ini.

Nasib Baik Bukan Zaman Aku Lah Pensyarah ni!

Patutlah Ramai!! Semua Nak Upah RM100!! Memalukan!!

Thursday, 2 May 2013 | comments (3)


Patutlah nampak ramai, ingatkan semuanya datang nak support, rupanya rasuah orang datang.. memang dah terdesak sangatlah nih sampai terpaksa keluar duit..tipu orang kampung pulak tuh..isk isk isk isk kesian untie..last last tak tahu lah dapat ker tak duit tuh.

Jom Tengok Hasil Temuramah ini... err..gambar diatas cuma hiasan.



Kredit Goes To....
http://medantempurkedah.blogspot.com
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger