cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label #KualaBesut. Show all posts
Showing posts with label #KualaBesut. Show all posts

Che Long! Dah Kalah Tu Kalahlah

Saturday, 27 July 2013 | comments




Che long cakap dia kalah sebab dia lawan kerajaan Malaysia yang berjanji jutaan ringgit projek. Kalah sebab TPM dan Menteri turun padang. Kalah sebab dia orang biasa (walaupun selalu claim diri sebagai Kontraktor Kelas A berjaya).

Apakah jentera pihak lawan harus berteleku diam baru Che Long boleh terima kekalahan? Adakah Che Long mahu agar geng Barisan Nasional jangan buat apa apa program baru Che Long redhoo?

Serius macam mana nak menang kalau Anwar Ibrahim yang menang "Undi Popular"  turun mencemar duli tapi berucap tak sampai 15 minit dan intipati asyik cerita dia jumpa ulamak itu ulamak ini, gerakan itu-gerakan ini. Ucapan hanya berkisar bertapa hebatnya dia dimata dunia.

Promosi untuk Che Long? Adalah 5% jer..

Macam mana juga Che Long nak menang bila hadi turun dan sepatutnya  menawarkan harapan tapi leka cerita kemuliaan Ramadhan dalam kempen? Mahfuz asyik citer harga ayam, serius.. mana je ceramah asyik cerita harga ayam dan bertapa hebatnya dia dalam parlimen.

Yang nak bertanding nih Mahfuz ke?

Macam mana nak menang kalau Abby asyik citer camner dia masuk PAS?Kalau asyik nak Promote laki baru dia?

Yang nak bertanding nih Laki Baru Abby ke?

Camner nak menang kalau usung Nik Aziz yg dah uzur sebagai bahan kempen? lebih 80% masa Nik Aziz di Kuala Besut dihabiskan dengan tidur. Tuh pon bajet boleh menang ke?



Statement yg akhirnya menunjukkan Che Long letak 100% kesalahan pada jentera sendiri.

In the end dia mungkin lupa. Rakyat nak tengok apa harapan yg boleh dibawa untuk mereka. Lain kali smash sekali org yg bagi arahan supaya tuan sentiasa tutup mulut sewaktu berkempen. Lepas PRK baru nak bukak mulut.

What a joke Che Long!

untuk rekod - Che Long kalah kepada Tengku Zaihan, 37, dengan majoriti 2,592 undi setelah mendapat 5,696 undi berbanding calon BN yang mendapat 8,288 undi.

#KualaBesut : Senarai Fitnah PAS Tak Berkesudahan

Wednesday, 24 July 2013 | comments



Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.


1. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2. Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3. Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4. Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5. Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6. Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7. Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8. Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004 untuk dijadikan ladang limau

9. Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10. Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

#KualaBesut: Video Tok Guru Jeles!!!

Sunday, 21 July 2013 | comments (2)



Marah Betul Pokcik nih yer...ala rileks lah... ada rezeki boleh punya masuk tv, radio, rancangan memasak..ada kesempatan mesti boleh punya..

#KualaBesut - "Lebuh Raya Rakyat Guna Duit Sami Siam" - Nik Aziz

Friday, 19 July 2013 | comments






Ada sedikit kesangsian berkenaan Tuan Guru Teramat Mulia Nik Aziz nih... bila Kerajaan bagi bantuan macam macam kata yang keluar..

" UMNO, Nama pon mat saleh, takkan nak bantu orang Islam"

Tapi dalam bab nih... terima bantuan sami siam jadi halal pulak...ooo guano tuh tok guru oi...


Sumber : Wartarakyat

Mukhriz Seru Anak Muda Kekalkan BN Di Besut

| comments



KUALA BESUT-- Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mengekalkan pemerintahan Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN) dengan memilih BN pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini.

"Oleh kerana sudah ada yang baik-baik di negeri Terengganu ini, sehinggakan kami dari Kedah dan negeri-negeri lain pun datang untuk belajar dengan Terengganu, maka saya rasa tidak ada sebarang keperluan untuk penduduk negeri ini menukar kerajaan.

"Kami lihat kerajaan BN Terengganu adalah satu kerajaan yang begitu progresif dan mempunyai wawasan serta pendekatan luar kotak yang telah berjaya melonjakkan negeri ini ke tahap jauh lebih baik berbanding terdahulu termasuklah bidang pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kedah.

Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada lebih 100 penerima dari Kampung Air Terjun dekat sini Jumaat.

Mukhriz juga berkata, Kedah akan mencontohi teknik pendidikan Terengganu terutama dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga mencatat keputusan cemerlang untuk 11 tahun berturut-turut.

Selain itu, Terengganu juga membuktikan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) paling cemerlang empat tahun berturut-turut dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tiga tahun berturut-turut.

Mukhriz turut menaruh keyakinan terhadap perwatakan dan peribadi calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk membawa kemenangan pada 24 Julai ini.

"Oleh kerana saya difahamkan pengundi muda di sini sebanyak 54 peratus, saya yakin dengan pendekatan secara terus dan perwatakannya yang rendah diri itu mampu menarik pengundi terutama golongan muda," katanya.

Mukhriz turut melawat seorang warga emas, Hasan Ali, 68 serta bersolat Asar di rumah bekas bendahari PAS Gong Penaga.

-- BERNAMA
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger