cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label #P085Pekan. Show all posts
Showing posts with label #P085Pekan. Show all posts

Orang Malaysia Sudah Boleh Melawat Israel??

Tuesday, 30 April 2013 | comments (1)



Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.

Saksikan video ini;



Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.

Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.

Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan pembangkang adalah sesuatu yang pasti.

Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.

Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.

Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.

Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.

Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.

Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong pembangkang.

Tentulah ini tidak masuk akal.

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap pembangkang, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.

Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.

Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.

Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya ?

Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.

BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan pembangkang juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.

Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata.

Kenapa ?

Apakah sudah sah yang pembangkang akan menang ?

 Sambung baca sehingga habis di http://www.parlimenpekan.com/?p=1222

#P085Pekan :Buang Ibu, Buang Bapa, Kerana Sayangkan Anwar Ibrahim, Kasih Ku Turutkan

Saturday, 27 April 2013 | comments



Dalam PKR kita dah ada ramai Si Tanggang Moden. Azmin Ali sebagai contoh,.. kadang kadang pelik tengok pentaksub parti nih kerana meletakkan Anwar Ibrahim sebagai priority dalam kasta hidup mereka.

Menjijikan.....


"Catatan Wartawan
Hari ini, telah masuk hari keenam musim berkempen untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13, bermakna telah enam hari penulis membuat liputan sekitar Parlimen Pekan (P085), DUN Pulau Manis (N20), DUN Peramu Jaya (N21), DUN Chini (N22) dan DUN Bebar (N23).
Semalam, penulis telah meluangkan masa sepanjang petang di DUN Chini, iaitu di FELDA Chini 3 dan perkampungan Orang Asli di Kampung Patah Jelutung, Batu Goh.
Sempat juga penulis mencuri masa untuk beramah mesra dengan penuduk tempatan.
Banyak maklumat yang disampaikan oleh penduduk tempatan kepada penulis dalam sembang santai penulis bersama penduduk tempatan yang merupakan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Antara maklumat yang diperolehi yang ingin penulis kongsikan disini adalah berkaitan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dari kem pembangkang iaitu Sitarunisah Ab Kadir dari parti PKR.
Menurut penduduk tempatan, Sitarunisah adalah anak jati FELDA Chini dan merupakan anak peneroka FELDA.
Setelah mengecapi segala kesenangan dan kemudahan dari Kerajaan dan FELDA, Sitarunisah memilih untuk “menggigit” pihak-pihak yang pernah membantunya dan keluarga.
Dari sumber yang penulis temui, keluarga Sitarunisah tidak merestui “jalan” politik yang dipilih oleh Sitarunisah.
Ibunya membantah keras bilamana Sitarunisah menyatakan hasrat untuk menentang calon Barisan Nasional di DUN Chini atas tiket komponen parti pembangkang (PKR).
Namun, bantahan ibunya tidak diendahkan langsung oleh Sitarunisah.
Selepas selesai proses penamaan calon pada 20 April lalu, maka telah pasti bahawa Sitarunisah mengekalkan pendiriannya untuk dicalonkan dalam PRU-13 dan bertanding atas tiket parti PKR menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar.
Sitarunisah bakal bertanding di kerusi DUN Chini yang telah dipegang oleh penyandang selama 2 penggal, Datuk Abu Bakar.
Sebaik sahaja ibunya mengetahui bahawa Sitarunisah sah sebagai calon DUN Chini atas tiket parti pembangkang, ibunya kini bergerak sebagai jentera Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.
Atau didalam maksud lain yang lebih tepat, ibunya kini menjadi jentera Barisan Nasional bagi memastikan “kekalahan” Sitarunisah di kerusi Dewan Undangan Negeri Chini (N22).
Menurut sumber, ibunya amat terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Sitarunisah dan nyata sekali kecewa dengan sikap “tidak mengenang budi” anaknya itu.
Sitarunisah boleh diibaratkan “Tanggang wanita” didalam PKR.
Pemimpin didalam PKR tidak pernah sunyi dari pelbagai spekulasi dan masalah adab serta moral.
Sikap menderhaka kepada ibubapa ini bukanlah kali pertama terjadi didalam PKR.
Malah “si Tanggang” yang cukup popular didalam PKR adalah Azmin Ali.
Kisah penderhakaan Azmin terhadap ibunya, bukan lagi rahsia, malah ibu Azmin sendiri pernah membuat kenyataan media berkaitan hal ini.
Malah, isu penderhakaan Azmin ini mendapat pendedahan meluas di semua medium berita cetak mahupun atas talian dan juga media sosial.
Dan kini, calon PKR DUN Chini, Sitarunisah pula mengikut jejak langkah Azmin yang menderhaka kepada ibu.
Apakah ini bakal menjadi “trend” para anak-anak jika pembangkang mendapat mandat memerintah ?
Adakah budaya menderhaka kepada ibubapa bakal menjadi tradisi generasi baru di Malaysia jika pembangkang diberikan kepercayaan untuk mewarisi tampuk pemerintahan negara ?
Tidakkah ianya ibarat “mengharap pagar, pagar makan padi” ?" 

#P085Pekan : Debat Anwar VS Najib Di Pekan Hari Ini!.

Thursday, 25 April 2013 | comments



Taniah Najib Razak!  sebab dah berjaya buat hati juak juak pembangkang ini terus panas ...
disebabkan keengganan Najib melayan permintaan permintaan yang tidak pernah cukup ini, puak pembangkang terpaksa gunakan rancangan cara terakhir.

Iaitu terpaksa mencipta satu keaadaan yang kononnya Najib "telah bersetuju" menerima cadangan Fariz Musa untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Banner sudah mula dipasang dibahu-bahu jalan  dan Flyer telah diedarkan dipasar malam, kedai kopi sebagai jemputan ke acara yang "akan" dijalankan itu nanti.



Agenda jijik yang bertujuan untuk memalukan Najib Razak ini adalah salah satu agenda jahat mereka untuk meraih populariti dan mengalihkan isu yang sedang melanda gabungan parti-parti yang kecewa itu.

Pasti ramai orang yang hadir akan kecewa ekoran ketidakhadiran Najib, Sedangkan perkara ini bukan dari persetujuan bersama dan kemungkinan besar diluar pengetahuan Najib sendiri. Inilah cubaan menanam persepsi yang akan dicipta oleh juak pembangkang untuk melabel Najib Razak sebagai "Penakut", "Lari Dari Debat", "Mungkir Perjanjian" dan bermacam lagi.

Banyak lagi usaha usaha dan gerak kerja yang sedang dijalankan bukan bertujuan mencipta sebuah negara yang lagi baik, tapi hanya tidak lebih dari satu usaha untuk memalukan Perdana Menteri Ke-6 itu. Budaya menjelikkan Pemimpin sedang diasuh kepada penyokong-penyokong mereka.

Pada pendapat GAM sendiri, dalam tempoh waktu yang singkat menuju ke PRU 13 ini, adalah lebih baik untuk  Najib terus menjalankan kempen menerangkan agenda Barisan Nasional kepada  rakyat daripada melayan golongan golongan picisan ini.





#P085Pekan - Mazlan Aliman (ANAK), Fariz Musa(Jingga 13) Pasti Tepuk Dahi Lagi!

Tuesday, 23 April 2013 | comments

Bergoyang lagi Mazlan Aliman (ANAK) dan Fariz Musa (Jingga 13) hihihih ..mana taknya, dalam setiap ceramah sibuk mendoktrin penyokong mereka yang rakyat semakin menolak BN..tapi realiti yang ada di Fedla Chini lain pulak? camner tuh geng geng ANAK dan Jingga 13? isk isk isk...Asyik memfitnah jer kerja nya. #P085Pekan Pasti Milik BN Lagi, Percaya lah.


Saja Nak Selit Poster
.




5 Ribu Hadir Majlis Pelancaran Kompleks Industri Dan Rekreasi FELDA Chini 3

FELDA CHINI, 21 April – Seramai hampir 5,000 orang penduduk tempatan yang majoritinya warga FELDA telah memeriahkan Majlis Pelancaran Kompleks Industri Dan Rekreasi FELDA di FELDA Chini 3.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bersama isterinya.
Berikut paparan rakaman sepanjang Majlis Pelancaran berkenaan;
20130421_100304
20130421_100312
20130421_100404
20130421_100457

Lagi Banyak Gambar Awek Awek CUN Di Sini
http://www.parlimenpekan.com/?p=283
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger