cookieOptions = {have some cookies?}

#P085Pekan : Debat Anwar VS Najib Di Pekan Hari Ini!.

Thursday 25 April 2013 | comments



Taniah Najib Razak!  sebab dah berjaya buat hati juak juak pembangkang ini terus panas ...
disebabkan keengganan Najib melayan permintaan permintaan yang tidak pernah cukup ini, puak pembangkang terpaksa gunakan rancangan cara terakhir.

Iaitu terpaksa mencipta satu keaadaan yang kononnya Najib "telah bersetuju" menerima cadangan Fariz Musa untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Banner sudah mula dipasang dibahu-bahu jalan  dan Flyer telah diedarkan dipasar malam, kedai kopi sebagai jemputan ke acara yang "akan" dijalankan itu nanti.



Agenda jijik yang bertujuan untuk memalukan Najib Razak ini adalah salah satu agenda jahat mereka untuk meraih populariti dan mengalihkan isu yang sedang melanda gabungan parti-parti yang kecewa itu.

Pasti ramai orang yang hadir akan kecewa ekoran ketidakhadiran Najib, Sedangkan perkara ini bukan dari persetujuan bersama dan kemungkinan besar diluar pengetahuan Najib sendiri. Inilah cubaan menanam persepsi yang akan dicipta oleh juak pembangkang untuk melabel Najib Razak sebagai "Penakut", "Lari Dari Debat", "Mungkir Perjanjian" dan bermacam lagi.

Banyak lagi usaha usaha dan gerak kerja yang sedang dijalankan bukan bertujuan mencipta sebuah negara yang lagi baik, tapi hanya tidak lebih dari satu usaha untuk memalukan Perdana Menteri Ke-6 itu. Budaya menjelikkan Pemimpin sedang diasuh kepada penyokong-penyokong mereka.

Pada pendapat GAM sendiri, dalam tempoh waktu yang singkat menuju ke PRU 13 ini, adalah lebih baik untuk  Najib terus menjalankan kempen menerangkan agenda Barisan Nasional kepada  rakyat daripada melayan golongan golongan picisan ini.





Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger