cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label Belia. Show all posts
Showing posts with label Belia. Show all posts

#MyVOC Guna Pendekatan “COOL & CATCHY”

Saturday, 3 October 2015 | comments


Hari ini saya berpeluang meluangkan masa bersama seramai 1,119 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur sambil merasmikan Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2015. Turut hadir bersama ialah Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM.

Kesempatan yang terluang, beberapa perkara dapat saya kongsikan dengan para pelajar. Antaranya ialah kepentingan generasi muda di kalangan pelajar sekolah aktif dalam kegiatan kokurikulum samada melalui kegiatan berpersatuan, badan beruniform mahupun sukan.


Majlis Belia Malaysia (MBM) sentiasa membuka ruang dan peluang kepada golongan belia yang berumur 15-18 yang rata-ratanya di bangku sekolah menengah untuk menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.


Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyatakan bahawa MBM bersedia menawarkan penyertaan kepada para pelajar SMK Cochrane menjadi ahli Malaysian Youth Community Volunteer (MyVOC) yang diyakini mampu melahirkan golongan pelajar yang mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji. Pendekatan “cool and catchy” yang diamalkan oleh MBM dalam mendekati anak muda akan dilakukan tanpa meninggalkan nilai-nilai murni yang wajib ada dalam setiap gerakannya.- http://www.rizanhassan.com/.

Pakatan Rakyat Hina Mahasiswa Malaysia?

Wednesday, 20 March 2013 | comments

ptptn-logo


Lebih “Auta” dari “Fakta” apabila sekali lagi Rafizi Ramli memperbodohkan dirinya dengan berkata “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dihapuskan segera bagi mengelakkan perbadanan tersebut membankrapkan negara !!!”

Masih ingatkah anda semua akan perdebatan Isu Mansuh PTPTN diantara Khairi Jamalludin dan petualang bangsa Rafizi Ramli yang mana Rafizi gagal membuktikan kemampuan PR melaksanakan Dasar Pendidikan Percuma ?

Sebelum ini Rafizi dalam ucapan-ucapannya sering mengaitkan negara-negara “Scandinavia” untuk dijadikan perbandingan seperti Turki dan Finland tetapi tidak kini kerana info dan maklumat yang diberikan nyata bercanggah dengan kenyataan dan hampir memalukan dirinya.

Wajarkah Malaysia dibandingkan dengan Negara Uncle Sam (Amerika), begitu bangsatkah siswa-siswi Malaysia dipandangan mata Rafizi Ramli dengan membuat andaian Malaysia akan muflis jika PTPTN diteruskan dengan “andaian” lepasan siswazah yang menerima pinjaman PTPTN akan melupakan akur janji untuk membayar balik pinjaman ?!

Semenjak PTPTN dutubuhkan pada tahun 1997 sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam telah menerima manfaat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Berbeza dengan pihak pembangkang, Kerajaan sentiasa percaya dan yakin bahawa sikap jujur, amanah dan bertanggunajawab yang disemai dan diamalkan rakyat Malaysia pastinya tidak akan merugikan dan membebankan Kerajaan.

Beberapa pekej dan tawaran diperkenalkan demi memastikan peminjam PTPTN membayar balik pimjaman antaranya diskaun 20 peratus itu diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan hutang secara sekali gus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

Hasilnya seramai 13,900 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil menyelesaikan pinjaman pembiayaan pendidikan PTPTN bagi menikmati tawaran diskaun sebanyak 20 peratus seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daripada 1 Oktober sehingga 15 Disember lepas jumlah pembiayaan sebanyak RM47.94 juta manakala jumlah bayaran balik yang diterima adalah RM38.36 juta dengan jumlah diskaun pengurangan bayaran balik adalah sebanyak RM9.59 juta.

Lebih menbanggakan daripada 13,900 peminjam yang membuat bayaran balik secara sekali gus itu, seramai 629 merupakan peminjam yang telah disenarai hitam dengan jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.07 juta.

Jadi tidak patut wujud isu Malaysia bakal mengalami kebankrapan jika PTPTN diteruskan.
“Dasar Pendidikan Percuma” dan “negara bakal muflis” jika PTPTN tidak di mansuhkan sengaja diserapkan di dalam minda rakyat yang berfikiran cetek atau lebih tepat orang-orang yang berfikiran secara melulu oleh pembangkang kerana semakin hampir pilihanraya.

Dasar pendidikan percuma hanyalah satu dasar yang tidak jelas dan kabur kerana ianya bila-bila masa boleh diubah dan dimanupulasi mengikut keadaan.

Banyak keraguan dan kebocoran dalam dasar pendidikan percuma yang dicanag-canangkan oleh pakatan pembangkang.

Cuba fikirkan, sebanyak RM43.85 billion diperlukan untuk melupuskan PTPTN.

Seterusnya satu “dana” diperlukan untuk membayar yuran pengajian IPTA, selepas itu satu lagi “dana” diperlukan lagi untuk kos sara hidup, itu tidak masuk lagi dana yuran pengajian IPTS yang sehingga kini masih belum diperjelaskan lagi.

Bukankah didalam Menifesto Rakyat (buku jingga) Pakatan Rakyat ingin memansuhkan cukai-cukai, tol-tol di Malaysia, kurangkan harga minyak, harga barang, harga kereta dan sebagainya ?!

Pernahkah terfikir bagaimana dan dari mana kah PR akan menampung segala-galanya setelah semua dimansuhkan dan PR masih bermimpi ingin memberikan Pendidikan Percuma ?
Perlukah kita menyokong kepada satu dasar yang tak pasti ?

Walaupun pelbagai-bagai cara di gembar-gemburkan oleh PR untuk menampung kos dasar pendidikan percuma mereka, yang pasti cara-cara tersebut hanyalah mainan politik semata-mata.

Bayangkan begitu banyak wang yang dibelanjakan untuk menjayakan satu dasar yang tak pasti bagaimana pula sektor-sektor lain seperti subsidi, perubatan, pendidikan (menengah/rendah), pembagunan negara dan sebagainya ?

Yang pasti jika Dasar Pendidikan Percuma dilaksanakan dan PTPTN dimansuhkan, yang menjadi mangsa adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Jika kita fokus pada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sehingga pada tahun ini, peminjam PTPTN di bawah IPTS adalah 603,810 orang melibat RM20.2 bilion.

Pada tahun 2012 sahaja, PTPTN meluluskan sejumlah 14,459 peminjam melibatkan peruntukan sejumlah RM182.3 juta.

Daripada 600 IPTS di bawah KPT, sebanyak 434 IPTS di bawah tajaan PTPTN.
Jika PTPTN dimansuhkan ia boleh menyebabkan IPTS di Malaysia gulung tikar.

Seharusnya golongan mahasiswa masa kini memikirkan cara-cara untuk membaik pulih sistem PTPTN dan bukannya terpengaruh dengan dakyah pembangkang dengan memansuhkan terus PTPTN.
Mahasiswa seharusnya sedar sistem dan dasar PTPTN telah memberi kesinambungan dari satu generasi ke satu generasi dengan jayanya.

Jika diadakan universiti percuma, sudah tentu cukai-cukai lain akan meningkat untuk menampung keperluan pengajian percuma, bayangkan keadaan negara ketika itu.

Wajarkah sekadar mengejar kesenangan semantara, nasib negara dimasa depan tergadai.
Tidak pernahkah anda semua terfikir Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sendiri tidak mampu melaksanakan  pendidikan percuma di Negeri Selangor sedangkan dalam kenyataan menteri  besarnya Abdul Khalid Ibrahim  mengatakan rizab tunai terkumpul Selangor sebanyak RM 2.5 billion !

Oleh itu, marilah kita fikirkan dan renungkan bersama.

Sumber

Bangkit Anak Muda ! Ini Pentas Kita

Monday, 28 January 2013 | comments



"It is all that the young can do for the old, to shock them and keep them up to date."


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger