cookieOptions = {have some cookies?}

10 Orang Daim, Dan Melayu Akan Menawan Dunia!

Thursday 4 April 2013 | comments


Sudah Masanya Anak Muda Kita Pandang Kedepan, Lihat Berapa Ramai Tokoh Yang Kita Ada Namun Tak Didendangkan?

Sila Baca :

Sukarno, Presiden Indonesia pernah menyatakan," Berikan aku 10 orang pemuda, maka aku akan goncangkan dunia." Manakala bagi Dr. Mahathir pula beliau menyatakan," Berikan aku 10 orang seperti Daim, maka Melayu dapat menawan dunia." Itulah kata-kata Dr. Mahathir yang melihat Daim Zainuddin, bekas menteri kewangannya sebagai seorang anak melayu yang mempunyai sifat, kualiti dan potensi yang diperlukan oleh orang Melayu untuk membina maruah diri dan mempunyai kekuatan untuk membantu kaum melayu mencapai kemajuan.

Siapa tidak kenal bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin yang sehingga dikenali sebagai Daim yang Diam ataupun diam-diam Daim oleh puak berhaluan kiri di Malaysia. Beliau pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan 2 kali (1984-1991) dan (1999-2001) membantu Dr. Mahathir (kini Tun) memulihkan ekonomi negara semasa negara mengalami kemelesetan. Beliau pernah gagal dalam perniagaan garam serta plastik dan bangkit semula bersama Maluri. Beliau merupakan jutawan hartanah melayu pertama yang berjaya memecahkan monopoli bangsa cina dalam perniagaan hartanah di Kuala Lumpur melalui Syarikat Maluri ini sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Sekarang, beliau merupakan Pengerusi International Commercial Bank (ICB) yang kini telah berkembang di seluruh dunia.

Sebenarnya, konsep Melayu Baru yang ingin dibawa oleh Dr. Mahathir ialah untuk melahirkan lebih ramai melayu yang mempunyai sifat seperti Daim. Sesungguhnya, beberapa kelemahan Daim tidak dapat menutup mata Dr. Mahathir terhadap kepintarannya, kekuatannya dan sumbangannya yang lebih besar untuk memperteguhkan kantung UMNO, Melayu dan negara. Daim merupakan seorang melayu yang agresif dapat memperkotak-katikkan kaum bukan bumiputera dalam bidang perniagaan. Baik Chang Ming Thien, Tan Koon Swan & Kumpulan Multi-Purposenya, dan Kang Kok Seng menerima padah akibat memandang rendah terhadap Daim dan Paremba. Inilah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh orang melayu dan bukannya meguar-uarkan konsep ketuanan melayu yang sebenarnya ialah alat pencacai bangsa asing untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Jadi Sebelum Nak Kutuk Tun Daim.. Sila Cermin Muka Anda Sebelum Itu.

Selain itu, Daim melahirkan beberapa orang jutawan melayu yang berkelayakan dan berkebolehan yang menjadi catalyst kepada penetasan lebih ramai orang Melayu dalam dunia perniagaan dan perusahaan. Rancangan Daim ketika itu adalah mudah iaitu mencipta sekelompok usahawan melayu yang kompetitif yang bukan sahaja mengatasi jutawa cina tetapi juga dunia. Antara jutawan melayu yang dilahirkan oleh Daim semasa era 90-an ialah Tan Sri Halim Saad (Renong), Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General), Tan Sri Tajuddin Ramli (MAS & TRI), Tan Sri Yahya Ahmad (DRB-Hicom) dan lain-lain lagi melalui struktur ekonomi payung melalui bantuan kerajaan. Walaupun nama-nama ini sudah menjadi lagenda selepas krisis ekonomi 1997/98, namun ia tetap menjadi kebanggaan orang-orang melayu suatu ketika dahulu.

Semasa Tun Daim menjadi Menteri Kewangan, beliau mengeluarkan negara daripada sistem kewangan lapuk dan mengemukakan strategi kewangan yang dinamik, mengurangkan bebanan hutang luar, meningkatkan simpanan negara dan memperteguhkan kedudukan ekonomi negara dalam masa singkat. Beliau telah berjaya mengeluarkan negara daripada lembah kemelesetan apabila dapat memulihkan ekonomi yang mengalami pertumbuhan negatif (-1.1%) pada tahun 1985 kepada +9.2% pada tahun 1989! Memulihkan ekonomi sesuatu ketika dahulu adalah amat sukar kerana negara tidak pernah mengalami pertumbuhan negatif sejak mencapai kemerdekaan. Kejayaan Daim semasa menjadi Menteri Kewangan ini membuktikan bahawa beliau lebih handal daripada Robert Kuok, Lim Goh Tong dan Lee Loy Seng melalui kejayaan pemulihan ekonomi dan dasar-dasar pengswastaan yang dijalankan.


Mendiang Lim Goh Tong 
(Genting Developer)

Oleh itu, kita perlulah menyoroti sikap Daim ini untuk muhasabah diri kita ini. Kita perlulah meningkatkan kualiti diri kita daripada semasa ke semasa sama dalam semua konteks. Usahlah kita merasa rendah diri kerana kita ini orang melayu berbanding dengan kaum lain.

Daim selalu merangsang anak-anak didiknya di Paremba dengan soalan sebegini:
"Mengapa anda tak boleh jadi?
  Mengapa anda tak boleh buat?
  sebab anda orang Melayu?"

Sumber:
1. Daim Insan Di Sebalik Enigma, Cheong Mei Sui & Adibah Amin.
2. Daim yang Diam, Fatini Yaacob.
3. Surat daripada Dr. Mahathir, Zainuddin Maidin.
4.Dan Tulisan Hebat Ini Diambil dari Sini
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger