cookieOptions = {have some cookies?}

Nik Aziz Halau Ulamak Pondok, Kenapa?

Wednesday 10 April 2013 | comments


Acap kali kita disumbatkan oleh Pengkhianat Rakyat dengan ayat-ayat lunak yang sangat enak didengari seperti " Inilah Demokrasi", "Ini Hidup Rakyat" ,"Ini Hak Rakyat" , "Kerajaan Harus Menerima Kritikan Dari Rakyat" dan bermacam lagi ayat-ayat propaganda yang juga telah digunakan oleh boneka-boneka Amerika di negara-negara yang sudah dijatuhkan sebelum ini.

Kerajaan Barisan Nasional pula dilihat sangat meraikan demokrasi apabila memansuhkan banyak perkara seperti ISA,memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 kebebasan media, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,
Akta Kebebasan Berhimpun, dan banyak lagi. Malah membiarkan sahaja kritikan serta fitnah dilemparkan dan terus dilemparkan tanpa hukuman....

Tapi bagaimana pula dengan kerajaan "Islam" Kelantan? 


Ekoran pandangan yang dilemparkan adalah berbeza dengan pendirian Parti tersebut, bangunan yang disumbangkan kepada mereka oleh kerajaan pusat terus disita. ini bukti mereka tidak boleh dikritik langsung, setiap kata-kata yang menentang rejim pengguna nama agama ini akan terus dihukum tanpa sebab yang jelas Kelakar.... 

Berita Penuh:-

TUMPAT 9 April - Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan bertindak menyita Pondok Geting di sini.

Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.

Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu.

Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas.

"Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah.

"Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan berada di Kedah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, MDT turut mengeluarkan saman semalam ketika beliau berada di Gurun, Kedah dengan memberi tawaran kompaun sebanyak RM500 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran.

Katanya, sebelum itu pihak berkuasa tempatan tersebut telah menghantar empat notis amaran sejak Februari lalu.

"Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu.

"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan pembinaan.

"Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau.

BOH LA WEI!







Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger