Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.
Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara.
"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir…tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi.
Artikel ini diceduk dari :http://kedahan69ers.com/chegu-bard-ditolak-pas-dari-dun-n21-sg-acheh/
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D