cookieOptions = {have some cookies?}

UMNO Tetap Tak Boleh Solat?

Monday 8 April 2013 | comments



Tolak Isle tuh bawa maksud macam mana tuh Pok Nik? Sebab Jalankan sistem Lord Reid Ke ? Yang Sekarang PAS pon setuju untuk mengiktiraf sistem "Jahiliyah" tu ke? Sebab tak nak buat hudud macam , hudud cuma 0.001% tuh ker? Peliknya... Orang PAS tolong terangkan kat GAM boleh?

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan kenyataannya bahawa pahala solat anggota Umno tidak diterima Allah swt kerana menolak dasar Islam.

Beliau turut mendakwa bukan sahaja solat anggota Umno tidak diterima Allah swt, malah solat mereka yang memberi sokongan kepada parti itu juga tidak mendapat pahala.

"Orang Umno maknanya orang tolak Islam. Bila tolak Islam maknanya tolak Allah. Sebab itulah kita (PAS) terima Islam kerana Islam serba molek," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar Kelantan di Kubang Kerian di sini, Ahad.

Nik Abdul Aziz semasa berucap pada ceramah di Kampung Jambu, di sini pada 4 April lepas, mendakwa sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam dan mengamalkan dasar kebangsaan dalam pemerintahannya.

"Dia (kerajaan pusat) buat masjid, bukan hendakkan Islam... nakkan kontraktor sahaja. Yang pentingnya, kenapa tak beri projek pusat dikendalikan oleh kerajaan Kelantan? Kerana apa melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan)?.

"Tentu ada benda, sambil menyelam, sambil minum. Umno ini sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri), bukan setakat minum sahaja," dakwanya.

Mengenai manifesto BN yang dilancarkan semalam, Nik Abdul Aziz berkata aku janji BN itu mengarut kerana dasar parti berkenaan yang menolak Islam.

"Buat la apa sahaja pun, asalkan tolak Islam, semua mengarut," katanya.

Sumber: BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger