cookieOptions = {have some cookies?}

Mereka Yang Cintakan Keadilan Dan Kemanusiaan Perlu Sokong Pembebasan Palestin, Kata Penulis Israel

Monday 17 June 2013 | comments


KUALA LUMPUR -- Mereka yang cintakan keadilan dan kemanusiaan perlu menyokong perjuangan membebaskan Palestin, kata penulis Israel Miko Peled.

Peled kelahiran Jerusalem, yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin berkata, demokrasi di Palestin boleh wujud jika setiap orang menyatakan pendidiran moral terhadap isu itu.

Pengarang buku "The General's Son, The Journey of an Israeli in Palestine" (Anak Jeneral, Perjalanan seorang Israel di Palestin) menyatakan bagaimana pendekatan 'rakyat bersatu' boleh mengubah senario dunia, sambil menyebut sebagai contoh keruntuhan dasar aparthied di Afrika Selatan.

"Jika lebih banyak negara turut serta dan bergabung di sebalik perjuangan ini, ia boleh berlaku.

"Apartheid di Afrika Selatan telah berakhir, tetapi negara itu kekal wujud dan rakyat bebas dan kini mengamalkan demokrasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah "Beyond Zionism - Hope For Peace in Palestine" (Di Luar Zionisme - Harapan untuk Keamanan di Palestin" anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) di sini Ahad.

Peled berkata adalah amat penting bagi masyarakat memahami bahawa jika mereka menyokong Israel, secara tidak langsung mereka menyokong penghapusan penduduk di Palestin.

"Sokongan untuk Israel adalah sokongan kepada sebuah negara yang membunuh penduduk awam Palestin. Jika anda ingin meneruskan sokongan, itu pilihan anda.

"Tetapi jika anda fikir itu salah, sokong Palestin dan idea demokrasi," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata aktiviti ceramah mengenai Palestin adalah salah satu daripada aktiviti badan bukan kerajaan itu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin.

"Saya berharap melalui aktiviti seperti ini rakyat Malaysia akan lebih terbuka dan mengetahui hakikat sebenar apa yang berlaku di negara bergolak itu," katanya.

- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger