cookieOptions = {have some cookies?}

Kenaikan Cukai Rokok Tiada Justifikasi, Hanya Buruk Imej Kerajaan

Wednesday, 2 October 2013 | comments





SEBELUM bermula biar penulis jelaskan, penulis adalah penyokong kerajaan dan rasanya sampai bila-bila pun akan kekal begitu. Tapi dalam masa yang sama, penulis juga sedar banyak elemen dalam kerajaan yang bertindak tanpa memikirkan rasional politik disebalik tindakan tersebut.

Dimana akhirnya kerajaan juga yang akan menanggung akibatnya.

Terbaru dalam soal kenaikan cukai eksasais rokok sebanyak 14% yang dikenakan ke atas pengeluar rokok di negara ini. Penulis bukanlah seorang perokok, tapi yang dipersoalkan sekarang ialah, kenapa rakyat tidak dimaklumkan dengan kenaikan tersebut lebih awal?

Sekarang rakyat mendapat tahu dari syarikat rokok apabila mereka menjustifikasi kenaikan harga tersebut disebabkan oleh kenaikan cukai sebanyak 14%. Walaupun ada yang melihatnya kecil, tapi ia menjadi besar bila pengeluar rokok berkenaan menyalahkan kenaikan cukai (sebut kerajaan) sebagai punca rokok naik mendadak.

Kerajaan kena dah siang-siang.

Ini bukan satu cara yang betul dalam sistem penyampaian kerajaan. Dalam kita bercakap mahu meningkatkan mutu penyampaian kerajaan, perkara-perkara seperti ini yang kita lihat seringkali berlaku. Sudahlah agensi penerangan yang sedia ada pun tidak boleh diharap, macam RTM yang tersilap beberapa kali.

Apa pun, penulis nak mengajak pihak berkaitan dalam kerajaan fikirkan fakta ini - kenaikan cukai rokok terbaru ini, tidak akan menambah hasil kerajaan pun, kerana percayalah para perokok akan terus mencari rokok-rokok seludup yang dijual pada harga murah berbanding rokok yang dikeluarkan secara sah di negara ini.

Sebaliknya, kenaikan ini hanya memburukkan lagi imej kerajaan seperti yang penulis lihat di laman-lama sosial dan kedai-kedai kopi dimana semakin ramai orang mempersoalkan kenaikan secara mendadak harga rokok - tidak berapa lama setelah harga minyak naik.

Pendek kata, menambah tidak, mengurang lagi ada.

Menariknya, semua ini berlaku tanpa Anwar Ibrahim dan pembangkang membuka mulut sangat pun. Bayangkanlah kalau mereka masuk campur dan menghangatkan lagi keadaan, apakah yang akan berlaku kepada imej kerajaan?

Sejak minyak naik ni, ada orang tak boleh tengok muka Perdana Menteri pun, sekarang pulak harga rokok naik macam ini. Nampaknya kita terlalu memandang rendah benih kebencian yang ditanam pembangkang terhadap kerajaan. Kita rasa bila kita menang, kita boleh buat macam-macam tanpa memikirkan implikasi politik disebaliknya.

-Sumber
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger