cookieOptions = {have some cookies?}

Anwar Tibai Mahfuz!!

Saturday 2 November 2013 | comments



YAN: Pakatan pembangkang masih dihimpit isu pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa sistem tersebut merupakan kaedah percukaian yang baik.

Ketua Pembangkang itu berkata sistem berkenaan memberi manfaat kepada ekonomi negara namun kerajaan perlu memenuhi beberapa syarat sebelum melaksanakannya.

"GST ini ok dari segi sistem, tapi tak boleh laksana lagi dan kita kena kaji dulu. Ia merupakan satu bentuk percukaian yang bagus," katanya ketika berucap pada ceramah perdana di Simpang Tiga Sungai Limau Dalam di sini, Jumaat malam.

Kenyataan itu bertentangan dengan pendirian PAS yang menolak sepenuhnya tanpa syarat mengenai pelaksanaan GST.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pakatan pembangkang kekal dengan pendirian mereka sebelum ini iaitu menolak pelaksanaan GST.

Mengulas lanjut Anwar berkata, kerajaan perlu mengatasi masalah ketirisan dalam pentadbiran mereka sebelum sistem cukai baharu itu diperkenalkan.

"Perbetulkan masalah kebocoran dan pembaziran dulu. Kemudiannya kalau kita sudah lakukan (atasi masalah) serta berjaya meningkatkan pendapatan rakyat...nak cakap pasal GST pun saya tak halang," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus bermula 1 April 2015, tertakluk kepada pengecualian beberapa barangan keperluan asas seperti makanan.
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger