cookieOptions = {have some cookies?}

Mat Sabu, Syiah & BN Tumbang – Satu Analisis

Sunday 15 December 2013 | comments



NAMPAK sukar sungguh para balaci PAS nak menerima bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penglibatan Timbalan Presiden mereka, Mat Sabu dengan kegiatan syiah.

Isu ini memang banyak kesan pada PAS sebab sebelum ini PAS nafi ada mana-mana ahlinya yang terlibat dengan fahaman salah tersebut (rujuk Nik Abduh), disamping PAS juga sudah beri komitmen menolak fahaman Syiah dan akan memecat ahli yang terbabit dengan serta merta (rujuk Harun Taib).

Cakap bolehlah, sekarang bila ada bukti yang kena pulak Timbalan Presiden sendiri, kelam kabut nak nafi pulak.

Penafian balaci PAS ini pada penulis tidak begitu mengejutkan. Alangkah video yang jelas menunjukkan pemimpin mereka berzina dengan perempuan pun, para balaci ini masih tidak mengaku.

Dibandingkan dengan itu, apalah sangat 10 bukti yang didedahkan KDN kelmarin. Senang saja balaci nak memutar belitkan bukti-bukti itu mengikut fahaman masing-masing – sampai tak sedar yang mereka sendiri mengakui hampir separuh dari bukti yang didedahkan itu, memang pernah dilakukan Mat Sabu.

Antaranya menyanjung tinggi pemimpin syiah Iran, Ayatollah Khomeini dan kerap berkunjung ke negara tersebut.

Ini ibarat orang yang diakui suka puji kehebatan pelacur dan kerap pula kunjungi rumah pelacuran, lepas tu nak nafi yang dia langgan pelacur? Bodoh manalah yang percaya benda macam itu.

Lagipun KDN dah jelaskan, semua bukti yang didedahkan setakat ini adalah bukti Kelas B, masih ada lagi bukti Kelas A yang disimpan untuk didedahkan di platform yang lebih sesuai, Mahkamah umpamanya.

Kita pun tak sabar nak tunggu bukti kelas A ini macam mana, isinya tentang apa. Kalau boleh nak minta KDN dedah segera, nak main teka teki buat apa?

Apa pun, persoalan sama ada Mat Sabu akan didakwa atau tidak kerana menjadi syiah, pada hemat penulis, itu isu lain. Isunya sekarang untuk PAS membuktikan apa yang dia kata tentang ahli parti yang mengamalkan ajaran syiah ini.

Kata dulu nak pecat, nah, sekarang kita nak lihat dia berani pecat Mat Sabu atau tidak.

Apapun, keseluruhan episod ini menunjukkan pemimpin UMNO mendahului agama dari politik. Walaupun ada yang kata dengan mendedahkan bukti kaitan Mat Sabu dan fahaman Syiah ini boleh menjejaskan keupayaan BN untuk menang dalam PRU14 akan datang, so what?

Sekarang ini pun terlalu banyak perkara yang dikaitkan boleh menyebabkan BN tumbang, antaranya saman AES, tarif elektrik, harga minyak. cukai pintu DBKL dan sebagainya, jadi apa yang menjadikan kes Mat Sabu ini berbeza? Kalau nak dihujahkan, tak dedahkan (walaupun dah tahu), nanti UMNO yang dipersalahkan - boleh tumbang juga.

Penulis percaya, nak menang nak kalah ini kuasa Allah swt – tak tahulah kalau ada fahaman lain. Kalau ikut air liur cerita kalah ni, PRU13 lagi kalah dah, tapi Alhamdulillah, kita masih menang juga.

Yang penting sekali, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan parti yang asasnya nak mempertahankan bangsa, agama dan negara, adalah penting untuk BN dan UMNO mendedahkan siapa pelaku fahaman salah ini.

Kalau selepas tu masih ada nak ikut juga pemimpin berkenaan, itu pilihan sendiri, sehinggalah dikuatkuasakan kesalahan mengamalkan ajaran syiah ini, masa itu baru boleh tangkap dan dakwa.

Sekarang ini, rakyat mahu fahaman tersebut tidak terus menjalar dan akhirnya menyebabkan perpecahan dan kemusnahan di kalangan umat Islam – ayat ni mungkin nampak klise sikit, tapi bukti bahaya syiah ini berlambak depan mata, sedangkan BN belum tentu lagi kalah kerana mendedahkan pemimpin yang taksub dengan fahaman tersebut.

Petikan- Mykmu.net
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger