cookieOptions = {have some cookies?}

Hukuman Karpal Dipertikai Kerana Ganggu Gerakkan Menghasut Rakyat?

Friday 21 February 2014 | comments



Gerak kerja pembangkang sejak beberapa tahun ini seolah-olah menghasut rakyat secara melampau dan berterusan untuk membenci kerajaan. Hasutan itu merangkumi semua segi yang berkemungkinan dapat memprovokasikan dan memanipulasikan walaupun secebis rasa kebencian terhadap kerajaan, agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Peguam veteran Karpal Singh telah didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan pada 2009. Beliau telah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009 dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah . Karpal, 73, dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sebelum ini Majlis Peguam yang didominasi oleh pembangkang kerap mengeluarkan kenyataan “menghentam” kerajaan demi mempertahankan tindakan jahat pakatan pembangkang. Kini Persatuan peguam Lawyer for Liberty (LFL) pula kononnya melihat hukuman di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap Karpal Singh merupakan kembalinya pendakwaan berunsur politik dan bersifat kuku besi.

Ini merupakan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah. Mereka ini sepatutnya dikenakan tindakan yang berat demi menjaga keamanan dan keadilan Negara. Kononny a para peguam ini berpendidikan namun tindakan mereka yang menyebelahi para penghasut yang mengancam kemakmuran Negara membuktikan mereka ini telah “dibeli” dan menjadi “alat” bagi mencapai maksud jahat pembangkang.

Kenyataan Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen dengan angkuhnya menegaskan hukuman yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah akta berkenaan memungkinkan pengerusi DAP itu dipenjara selama tiga tahun, sekaligus melucutkan jawatannya sebagai ahli Parlimen juga membuktikan mereka ini dipihak pembangkang. Kerisauan melampau beliau berkemungkinan tentang bakal kurangnya seorang pemimpin pembangkang yang berani “buat kacau”.

Ironinya bagi pembangkang bahawa mengeluarkan kenyataan kritikal atau politik yang bersifat menghasut bukanlah satu jenayah seolah-olah mereka tidak faham akan perlembagaan Negara atau pun sengaja buat-buat tidak faham . Mungkin pihak kerajaan perlu lebih mengingatkan akan ideologi komunis yang benar-benar bersifat kuku besi di Negara nenek moyang mereka China. Mereka juga perlu sentiasa diingatkan bahawa mereka datang ke Tanah Melayu kerana dibawa oleh Inggeris untuk melombong bijih timah.

Oleh itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu lebih tegas terhadap pembangkang. Tiada istilah “beri muka” kepada perosak Negara. Pembangkang tergolong dalam golongan yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Mereka perlu dilayan sebagai perosak Negara. Prioriti perlu diberi kepada pengundi dan penyokong kuat Barisan Nasional yang sentiasa bersyukur , berterima kasih dan memberikan kerjasama terbaik untuk memastikan inspirasi kerajaan dapat dilaksanakan.

Karpal Singh memberitahu pemberita beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman. Karpal, 73, yang juga pengerusi DAP, juga berisiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen kerana kesalahan itu membawa sehingga denda berjumlah RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat akan hilang kelayakan bagi jawatan itu jika didenda melebihi RM2,000 atau penjara melebihi tempoh setahun.

Karpal telah mempersoalkan hak Sultan mengikut perlembagaan. Jelas beliau berkecenderungan menimbulkan kebencian terhadap Raja. Rakyat perlu sedar bahawa keseluruhannya kesemua pemimpin pembangkang seolah-olah sentiasa mengapi-apikan rakyat untuk menentang dan mempersoalkan hak Sultan mengikut perlembagaan. Mereka seolah-olah telah menghantar jentera mereka dengan memfitnah bangsa Melayu berasal dari Indonesia hanya untuk menidakkan hak Raja-Raja Melayu dan bangsa Melayu sebagai tuan Tanah Melayu.


Oleh itu tindakan tegas mahkamah terhadap Karpal Singh merupakan satu permulaan yang baik untukmengembalikan semula martabat bangsa Melayu dan hak-hak Raja-Raja Melayu mengikut Perlembagaan.
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger