cookieOptions = {have some cookies?}
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Video Kantoi :Guna Mahasiswa Untuk Politik? Ini Kalilah!

Friday, 3 May 2013 | comments (1)


Kantoi~ Kalau selama ini, mahasiswa dikatakan hanya untuk meramaikan program, sekarang ini, mahasiswa Malaysia diangkat ke level yang lebih tinggi. Menjadi Jentera Macai Politik.

Kesian.. tak tahu apa-apa, tiada kepentingan apa-apa, tapi demi kepentingan politik, orang PR tak peduli itu semua asalkan nafsu politik mereka dipuaskan. Diugut dengan menggunakan markah final exam, Mahasiswa ditakut-takutkan untuk buat kerja mempromosikan PR dengan baik jika mahu lulus dengan cemerlang.

Soalnya.. Inikah yang Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) juangkan? Sejijik UMNO/BN tak pernah sehina ini  level mempergunakan Mahasiswa. Kesian....Rasanya Rakyat dah boleh nilai, mana satu yang teruk.. ini karilah!

Gambar di atas , tetap sekadar hiasan. Jom Tonton Video Kantoi Ini.

Nasib Baik Bukan Zaman Aku Lah Pensyarah ni!

Orang Malaysia Sudah Boleh Melawat Israel??

Tuesday, 30 April 2013 | comments (1)



Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.

Saksikan video ini;



Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.

Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.

Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan pembangkang adalah sesuatu yang pasti.

Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.

Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.

Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.

Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.

Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.

Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong pembangkang.

Tentulah ini tidak masuk akal.

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap pembangkang, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.

Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.

Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.

Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya ?

Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.

BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan pembangkang juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.

Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata.

Kenapa ?

Apakah sudah sah yang pembangkang akan menang ?

 Sambung baca sehingga habis di http://www.parlimenpekan.com/?p=1222

Unit Amal Pas Pukul Che'Gu Bard?

Tuesday, 23 April 2013 | comments



Che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh . Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. CheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.

Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara.

"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir…tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi.


Artikel ini diceduk dari :http://kedahan69ers.com/chegu-bard-ditolak-pas-dari-dun-n21-sg-acheh/

Pening Juak PR. Juanda Jaya Sokong BN!

| comments





“Jika kerusi itu diperuntukkan kepada PKR, sememangnya dia (Dr Juanda) adalah calon terbaik bagi PKR bagi memenangi undi pengundi di situ.


“Dia masih menyokong PKR dan berjanji akan terus memberi sokongan,”

- Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Mohd Faisol Abd Rahman

Masih terdengar sorak sorai penyokong Pakatan bila berita ulasan dari Pengerusi PKR SYIAH Perlis memberi ulasan ini pada media. Katanya, Ulama termasuk mufti sudah "kembali" ke pangkal jalan, katanya Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan ramai. Katanya PR dijalan yang benar, 

Katanya..kihkhikhikihki ... lagi pun semua orang tahu yang Pengerusi PKR Perlis nih penyebar Syiah dan direstui sendiri oleh PAS yang merupakan "sahabat" dalam Pakatan Rakyat. Mana mungkin seorang ulamak Sunni boleh duduk sekapal dengan geng geng yang menkafirkan sahabat-sahabat Nabi?

Kelakar~ 




Masih Mahu Menyokong Anwar Ibrahim?

Monday, 8 April 2013 | comments


Pasti ramai Anwarinas yang sedaya upaya mempertahankan Anwar Ibrahim daripada kenyataan-kenyataan yang dilemparkan oleh Dr. Chandra bukan?

Sabar kawan, sebelum menghentam beliau baca sikit info nih.
"Chandra Muzaffar ialah seorang ahli sains politik Malaysia yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya(UM) selama beberapa tahun, dan kini merupakan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menumpukan persoalan-persoalan keadilan sejagat dari segi kerohanian dan akhlak. Dialog antara agama merupakan salah satu daripada keutamaannya dan beliau adalah ahli Majlis Keamanan Antara Agama Antarabangsa serta ahli lembaga Titik Persamaan (Common Ground), sebuah gerakan antarabangsa terhadap semua bentuk diskriminasi dan rasisme. Muzaffar pernah memegang jawatan dalam Parti Keadilan, sebuah parti pembangkang Malaysia. " -Sumber WikiPedia.
Pernahkah walau sedetik anda terfikir bagaimana seramai 32 orang kuat termasuk Dr. Chandra sendiri yang mengasaskan PKR, telah keluar dari parti itu secara keseluruhan? yang tinggal hanyalah Azmin Ali, Wan Azizah (The Puppet), & Tian Chua ?

Yang setia mempertahankan PKR ? tinggal Macai-macai politik sempit anwar ibrahim..kihkihkih kelakar.

Mahu Tahu Tentang Misteri Foundation Of The Future? Klik Sini

Video Penuh :




PENING LAGI BUNG NUOR




 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger